Anda di halaman 1dari 12

PENCARIAN MAKLUMAT MELALUI INTERNET

(oleh : Noraziah Sharuddin)

Banyak kini diperkatakan mengenai Internet dan maklumat yang boleh diperolehi
melaluinya. Teknologi terkini ini berpotensi untuk menjadi penyebar maklumat yang
boleh menyumbang kepada maklumat yang berguna untuk sesuatu pengumpulan
maklumat atau penyelidikan yang sedang dijalankan. Adalah amat penting kita
mengetahui strategi pencarian yang patut digunakan apabila ingin mendapatkan
maklumat yang menepati keperluan kita. Dengan ini ianya akan dapat menjimatkan
masa pencarian. Artikel ini ditulis dengan objektif untuk memberi penerangan
ringkas semua mengenai pencarian maklumat yang berkesan melalui WWW khusus
untuk semua pengguna yang baru ingin mencuba menggunakannya. Sebelum
mengetahui kaedah pencarian tersebut, kita perlu mengetahui beberapa perkara
asas mengenai Internet.

Apakah Internet?

Internet secara umumnya merujuk kepada gabungan jaringan komputer yang


berkomunikasi menggunakan sistem pertuturan yang sama dikenali sebagai TCP/IP
(Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Ia berfungsi sebagai satu
rangkaian yang besar menghubungkan badan kerajaan, komersial, Institusi
Pendidikan dan individu di seluruh dunia.

Tiap komputer mempunyai nombor IP iaitu sinonim bagi alamat internet yang
berbeza antara satu sama lain. Alamat IP merupakan nombor yang merujuk kepada
sesebuah komputer. Ia terdiri dari 4 angka yang dipisahkan oleh titik (dot).
Contohnya ialah 161.139.36.1 bagi Sistem Perpustakaan Sultanah Zanariah. Selain
dari alamat IP, sese-buah komputer juga boleh dikenali melalui "Domain Name
System (DNS) yang mudah diingati berbanding dengan alamat IP. Contoh "DNS
entry" ialah "psz.utm.my" atau "lib.usm.my". Sistem ini menggunakan hanya abjad
yang membahagikan peringkat-peringkat rangkaian sesebuah komputer
menggunakan titik (dot). Antara "domain" adalah :

 .com - Syarikat komersial


 .edu - Institusi Pendidikan
 .net - Perkhidmatan rangkaian seperti Internet NICs (Network Information
Centers)
 .org - Organisasi yang kebanyakkannya tidak ber-asaskan keuntungan
 .mil - Jaringan Institusi Ketenteraan
 .gov - Organisasi Kerajaan
 .uk - United Kingdom
 .de - germany
Kemudahan yang diberikan oleh Internet

Internet menyediakan ber-bagai kemudahan yang antara lainnya termasuklah Telnet


iaitu mengakses sesebuah komputer dari jarak jauh, ‘IRC chat’ iaitu berbual dengan
individu lain di merata dunia, menghantar dan menerima mel, rangkaian
‘newsgroup’, memindahkan fail antara satu komputer dengan komputer yang lain
(ftp) dan akses ke WWW (World Wide Web).

WWW

‘World Wide Web’ merupakan kemudahan dari Internet yang begitu popular di
seluruh dunia masakini. Dengan jangkamasa yang singkat ia telah menjadi begitu
popular di peringkat global sejak ianya dimulakan oleh dua orang ahli fizik iaitu Tim-
Berners-Lee dan Robert Cailliau di European Particle Physics Laboratory (CERN)
Geneva, Switzerland pada tahun 1990. Dari hanya sebanyak 500 tapak Web pada
tahun 1990, ia telah meningkat kepada 11,500 pada tahun berikutnya dan tidak
dapat dipastikan jumlah sebenar tapak Web yang ada kini.

Terdapat beberapa konsep dalam WWW yang harus difahami. Ini termasuklah
pelayar WWW (WWW browser) yang memaparkan fail ‘hypertext’ untuk
membolehkan-nya dibaca. Antara ‘browser’ yang popular adalah Netscape, Mosaic,
Cello dan Winweb.

Apa itu hypertext?

Hypertext adalah satu bentuk teknologi yang membolehkan teks dihubungkan


diantara satu sama lain. Ia membolehkan pembaca mendapat maklumat yang
berkaitan dengan hanya menekan perkataan yang dihubungkaitkan (linkable word)
atau ‘hot button’. Hypertext bersifat interaktif dengan menunjukkan hubungkait
antara satu perkara dengan perkara yang lain. Pencarian ini memberi peluang
kepada pembaca membuat perayauan di Web dan mendapat maklumat dengan
lebih mendalam bagi sesuatu tajuk/perkara yang ingin diketahui. Kini terdapat pula
konsep ‘hypermedia’ yang mampu memberi imej, bunyi, klip video dan lain-lain
media yang mampu diterjemahkan oleh komputer.

HTML (Hypertext Markup Language)

HTML merupakan bahasa penghubung bagi Web. Ianya merupakan format kod
sumber dimana tapak Web dibentuk dan maklumat darinya disebarkan. HTML
adalah berdasarkan format standard untuk membentuk dokumen yang dikenali
sebagai SGML (standard generalized markup language). HTML ditulis dalam bentuk
teks ASCII yang mudah. Apabila kita menggunakan HTML, kita boleh mengedit
dengan menggunakan mana-mana editor teks.
URL (uniform resource locator ) URL merupakan alamat yang mengenalpasti
sesuatu tapak Web yang ingin dihubungi. Ianya membolehkan manusia dan pelayar
Web mengetahui dengan tepat di-mana dan bagaimana untuk mendapatkan
maklumat/fail tertentu.

Isu yang terlibat dengan Internet

Cabaran dalam menggunakan WWW kini adalah terdapatnya terlalu banyak


maklumat daripada jutaan sumber dari seluruh dunia. Kita kini dibanjiri oleh
maklumat yang kadangkalanya tidak berkualiti. Adalah menjadi satu masalah untuk
kita menilai maklumat yang disediakan didalam Internet memandangkan tiadanya
sekatan atau tapisan untuk men-yumbang maklumat ke WWW. Timbul juga masalah
untuk mendapatkan kembali maklumat memandangkan terlalu banyak maklumat
sedangkan masa kita untuk menggunakan sistem ini adalah terhad. Tentunya amat
mengecewa-kan jika hasil pencarian yang dibuat tidak seperti yang diharapkan
setelah berjam-jam duduk di depan komputer.

Bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku, perlu ada satu kaedah serta strategi
pencarian maklumat yang berkesan untuk memastikan masa yang kita luangkan
dihadapan komputer untuk melawat tapak web dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Engin Pencarian

Terdapat lebih dari 200 enjin pencarian yang boleh digunakan untuk mencari
maklumat di dalam Internet. Apabila kita ingin memulakan pencarian di WWW, kita
mesti terlebih dahulu mengetahui beberapa jenis kaedah pencarian dan merancang
dua proses yang penting iaitu mencari enjin pencarian (search engine) yang
bersesuaian dan merancang pencarian supaya tapak web yang paling menepati
keperluan maklumat muncul pertama sekali dalam senarai hasil pencarian.

Pencarian Direktori dan Indeks

Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan apabila kita membuat pencarian
menggunakan enjin pencarian. Anda boleh memilih untuk membuat pencarian
samada berasaskan Indeks atau kategori (category-based). Alta Vista, HotBot, Open
Text Index dan World Wide Web Worm adalah contoh enjin pencarian yang
menggunakan Indeks. Pencarian berasaskan Indeks adalah bersifat luas dan
merupakan pencarian dari berjuta tapak web serta artikel yang dihasilkan oleh
‘usenet newsgroup’ dan dihasilkan oleh perisian komputer (computer-generated).
Indeks ini dibina oleh 'Web crawler' iaitu program komputer yang mendapatkan
kembali fail HTML, mengimbas dan mengindeks semula kandungannya serta
mendapatkan fail yang dihubungkan (linked files). Dengan hanya memasukkan kata-
kunci dan frasa tertentu kedalam kotak pencarian, anda akan mendapat sejumlah
besar tapak web yang mengandungi katakunci pencarian tersebut. Walau
bagaimanapun pencarian menggunakan Indeks memerlukan latihan untuk
membiasakan diri. Ia memerlukan kita bijak dalam memilih katakunci dan frasa
dimana jika katakunci yang digunakan terlalu luas, kita akan diberikan terlalu banyak
tapak yang tidak mengikut susunan. Kebiasaannya kita memerlukan 2 katakunci
untuk memperolehi tapak yang hampir menepati pencarian. Enjin pencarian yang
berasaskan kategori seperti ‘Yahoo’, ‘Magellan’ dan 'WWW Virtual Library'
mempunyai kelebihan dimana topik yang dipecahkanadalah mengikut kategori dan
dilakukan oleh manusia yang mengenalpasti kategori mengikut perkara tertentu. Ia
tidak dihasilkan oleh program komputer seperti pada Indeks.

Direktori menghubungkan senarai tapak Web berkaitan yang dibahagikan mengikut


kategori dan sub-kategori. Dengan melihat begitu banyak senarai tapak Web
dibawah sesuatu perkara tertentu, anda akan temui tapak web yang dirasakan
menepati kehendak maklumat yang dicari. Oleh kerana direktori ini dihasilkan oleh
manusia, terdapat ulasan bagi tiap tapak Web yang disyorkan sebagai panduan
sebelum memasuki terus tapak tersebut. Contohnya jika anda menggunakan Yahoo
dan mencari maklumat mengenai ‘Basketball’, anda mestilah memilih kategori utama
yang dipaparkan iaitu ‘Recreation’ dan kemudian anda hendaklah memilih sub-
category iaitu Sports dan seterusnya Basketball dari senarai yang dipaparkan.
Semua senarai tapak Web yang diberikan oleh Yahoo telah dikenalpasti terlebih
dahulu oleh kakitangannya dan maklumat yang anda perolehi sudah pastinya tidak
memasukkan tapak Web yang dibina oleh orang perseorangan yang tiada kredibiliti
dalam bidang tersebut. Walau bagaimanapun terdapat juga enjin pencarian yang
mengabungkan kedua-dua pen-dekatan diatas seperti Excite, Infoseek, Lycos dan
WebCrawlers.

Strategi Teknik pencarian maklumat

Teknik mengemukakan pencarian maklumat melalui enjin pencarian juga amat


penting diketahui bagi memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya.
Kebiasaannya kita mencari maklumat dengan hanya memasukkan katakunci atau
frasa sahaja! Sebenarnya kita juga boleh menggunakan kaedah ‘Boolean’ dalam
pencarian tersebut. Kebanyakan enjin pencarian menggunakan kaedah ini tetapi ada
juga yang boleh menggunakan simbol yang berbeza. Contohnya adalah Alta Vista
yang menggunakan juga tanda + bagi AND dan - bagi NOT. Apakah sebenarnya
kaedah ‘Boolean’? ‘Boolean’ bermaksud menghadkan atau mengabungkan skop
pencarian dengan mengunakan perkataan yang dikenali sebagai ‘Boolean operators’
iaitu 'AND, OR dan NOT'. 'AND, OR and NOT’ berfungsi menhubungkan antara satu
katakunci dengan yang lain manakala ‘AND and NOT’ boleh mengecilkan skop
pencarian manakala OR boleh meluaskan skop pencarian. Jika kita memasukkan
perkataan ‘internet searching skills’, enjin pencarian akan menganggap kita mencari
maklumat bagi ‘Internet OR searching OR skills’. Maklumat mengenai salah satu dari
tiap perkataan itu yang terdapat dimana-mana tapak Web akan disenaraikan. Jika
kita ingin mendapatkan semua maklumat pula kita harus menggunakan AND iaitu
‘Internet AND searching AND skills’. Enjinpencarian akan hanya mencari tapak web
yang mengabungkan ketiga-tiga perkataan yang dicari. Perlu diingatkan bahawa kita
mestilah menggunakan huruf kecil bagi menaipkan katakunci melainkan kita ingin
mencari nama khas (proper names). Kita juga boleh menggunakan simbol &
(ampersand) bagi menggantikan AND.

Selain dari itu kita juga boleh menggunakan tanda ‘quotation’ bagi frasa (phrase)
yang mana enjin pencarian akan hanya mencari frasa tersebut. Terdapat beberapa
enjin pencarian yang memberikan lebih banyak kemudahan menghad/meluaskan
atau menapis pencarian. Alta Vista contohnya memberipilihan mengecilkan
pencarian dengan menghadkan tapak Web mengikut jangkamasa tarikh yang
tertentu sahaja ataupun mengkelas-kan katakunci mengikut hireki dengan
menggunakan simbol (…..) (parenthesis). Beberapa enjin pencarian lain seperti
Lycos menggunakan tanda $ bagi pencarian ‘wildcard’ iaitu mencari apa sahaja
perkataan mengikut sesuatu katakunci, contohnya ‘comp$’ akan menghasilkan
perkataan seperti ‘computer’, ‘computing’ dan lain-lain lagi.

Penilaian maklumat dari Internet

Maklumat yang diperolehi dari Internet perlulah dinilai dari segi kualitinya,
kesahihannya, ketepatannya dan kekiniannya. Terdapat beberapa cara kita boleh
menilai samada maklumat yang diterima melalui Internet boleh dipercayai atau tidak.

1. Kenalpasti tapak web yang menepati bidang anda

Kita mestilah melawati beberapa tapak web yang dirasakan berkaitan dengan
bidang kita dan kenalpasti tapak yang paling menepati maklumat dibidang tersebut.
Untuk memudahkan kita menyimpan alamat tapak tersebut, kita hanya perlu
menggunakan kemudahan ‘Add bookmark’. Langkah yang perlu dibuat hanyalah:

 1. Klik Bookmark dan tetingkapnya akan memaparkan ‘add bookmark’


 2. Klik ‘add bookmark’ dan tapak Web yang sedang dilawati akan dimasukkan
ke senarai Bookmark kita.

Dengan adanya Bookmark ini, apabila kita ingin melawat tapak ini dilain kali, kita
hanya perlu klik 'bookmark' dan pergi ke 'View Bookmark' dan klik tapak web yang
diingini untuk dihubungkan terus ke tapak tersebut.

2. Kesahihan dan Penanggung-jawab sumber maklumat

Kita mesti memastikan penyumbang kepada tapak web dimana maklumat diperolehi
boleh dipertanggungjawabkan atau tidak. Maklumat yang diberikan oleh sesebuah
Institusi yang mempunyai reputasi yang tinggi seperti Institusi Pendidikan, Organisai
kerajaan, Institusi Penyelidikan tentunya lebih dipercayai dari maklumat yang
diberikan oleh individu perseorangan.
3. Kekinian Maklumat dan Jangkamasa Kemaskini

Perlu juga kita menilai samada sesuatu maklumat itu adalah terkini ataupun telah
lapuk. Ini dapat dibuat dengan meliha tarikh sesutau maklumat di Web itu disediakan
dan tarikh ianya dikemaskini. 4. Isi Kandungan dan Ketepatan Maklumat

Terdapat tapak Web yang pada tajuknya kelihatan seperti menepati maklumat yang
kita ingini tetapi kita mestilah memastikan isi kandungannya menepati tajuk/perkara
yang dibincangkan. Jangan hanya tertarik dengan tajuk tapak Web yang seperti
indah khabar dari rupa!

Kaedah pemindahan maklumat dari WWW

Maklumat yang diperolehi dari WWW boleh juga dipindahkan kedalam bentuk kertas
atau disket dan juga boleh di e-mel kepada orang lain. Beberapa kaedah utama
yang ringkas diberikan disini sebagai panduan bagi anda yang ingin mencuba.
Walau bagaimana-pun pastikan anda tidak melanggar undang-undang hakcipta!!

Mencetak maklumat dari WWW

Bagi memindahkan maklumat ke bentuk kertas, pastikan PC dihubungkan ke


pencetak.

 1. Dari tapak web, klik ‘file’ dan dari tetingkap klik ‘print preview’ untuk melihat
draf bahan yang ingin dicetak
 2. Klik ‘print’ dan klik ‘ok’.

Bagi memindahkan data ke fail lain di PC yang sama atau ke disket. Kita boleh juga
berbuat demikian dengan mengikut langkah berikut :

1. 1. Dari tapak Web, tekan ‘save as’ dan tetingkap akan bertanya lokasi yang
ingin di pindahkan data iaitu ‘save in’.
2. 2. Jika kita mahu memindahkan data ke direktori C, nyatakan file didalam
direktori tersebut dimana maklumat akan dimasukan.
3. 3. Pastikan kita menyatakan format file yang ingin dipindah, samada ‘plain
text’, ‘all files’ atau HTML file. Kebiasaannya kita memilih ‘plain text’ untuk
membaca maklumat tersebut dalam bentuk teks biasa.
4. 4. Klik ‘save’ dan selesai.

Membaca semula fail yang telah dipindahkan.

1. 1. Pergi ke Perisian yang dipilih bagi pemindahan maklumat yang telah


dibuat.
2. 2. Buka nama fail yang telah di ‘save’ tadi dan kini anda boleh membaca atau
edit fail tersebut.

c. Kaedah ‘cut’ and ‘paste’


Anda juga boleh meng-gunakan kaedah ini dengan meng-ikuti langkah berikut :

1. 1. ‘Highlight’ maklumat yang ingin di salin. Jika anda mahu menyalin kesemua
maklumat dalam sesuatu fail, klik arahan ‘select all’ di 'tool bar'.
2. 2. Klik arahan ‘edit’ dan pilih ‘copy’ di 'tool bar'.
3. 3. Buka mana-mana Perisian Wordprocessing dan buka’ file’ dan pilih ‘new’.
4. 4. Klik ‘edit’ dan ‘paste’ maklumat dari tapak web ke fail baru ini.
5. 5. Kini anda boleh membaca atau edit fail ini dan jangan lupa untuk ‘save’ fail.

Kaedah e-mel fail

Jika anda melawati sesuatu tapak dan ingin berkongsi maklumat yang diperolehi
dengan rakan-rakan yang lain, anda boleh menggunakan kemudahan e-mel yang
diberikan oleh ‘browser’.

Kaedahnya ialah :

1. 1. Tekan ‘file’ dan pilih ‘mail document’ dari tetingkap.


2. 2. Isikan maklumat alamat e-mel dalam kotak yang disediakan
3. 3. Tekan arahan ‘send’.

Kesimpulan

Maklumat yang terlalu banyak di WWW merupakan satu peluang baik bagi kita untuk
menambah maklumat bagi kerja penyelidikan dan membuat 'assignment' yang
sedang dijalankan. Ia juga mungkin merupakan cabaran yang harus di tangani
dengan bijak dengan membuat penilaian yang sewajarnya disamping turut menguji
kesabaran kita dalam menunggu maklumat dipaparkan di skrin. Adalah amat penting
membiasakan diri menggunakan WWW kerana hanya dengan latihan sahaja
kemahiran dapat diperolehi.
5 enjin pencarian ikon untuk laman web anda
Submitted by masa2 on Mon, 05/26/2008 - 03:00

Ikon adalah merupakan bahagian terpenting di dalam membina satu-satu


antaramuka sama ada untuk laman web mahupun untuk komputer anda. Ikon
adalah merupakan hasil karya seni kecil, namun untuk membinanya sendiri adalah
sangat rumit.

Terdapat banyak ikon yang diterbitkan secara percuma yang boleh anda muat turun
dari internet. Namun begitu, untuk mencari ikon yang sesuai memerlukan masa dan
pencarian berterusan. Kini terdapat enjin pencarian yang dikhususkan untuk mencari
ikon yang boleh anda gunakan. Berikut adalah antara enjin pencarian yang wujud.

Ikon adalah merupakan bahagian terpenting di dalam membina satu-satu


antaramuka sama ada untuk laman web mahupun untuk komputer anda. Ikon
adalah merupakan hasil karya seni kecil, namun untuk membinanya sendiri adalah
sangat rumit.

Terdapat banyak ikon yang diterbitkan secara percuma yang boleh anda muat turun
dari internet. Namun begitu, untuk mencari ikon yang sesuai memerlukan masa dan
pencarian berterusan. Kini terdapat enjin pencarian yang dikhususkan untuk mencari
ikon yang boleh anda gunakan. Berikut adalah antara enjin pencarian yang wujud.
iconfinder_400

Iconfinder.net: Salah satu daripada enjin pencarian icon yang paling komprehensif.
Fungsi navigasi AJAX yang digunakan di laman web ini memudahkan anda untuk
pergi dari satu ikon ke ikon yang lain. Setiap ikon yang di dalam hasil pencarian
lengkap dengan tag, pautan untuk muat turun dan maklumat mengenai lesen
penggunaan ikon tersebut. Tidak perlu untuk pergi ke beberapa halaman sebelum
anda boleh memuat turun ikon yang dikehendaki. Hanya klik pautan muat turun, dan
ikon tersebut akan dimuat turun ke komputer anda. Kebanyakkan ikon yang
dipaparkan amat cantik dan sesuai untuk digunakan bagi mereka yang berminat
untuk membina laman web 2.0.

iconlet_400Iconlet.com:
Satu lagi enjin pencarian ikon. Pencarian ikon di laman web ini akan menghasilkan
banyak ikon berbanding enjin pencarian yang lain, namun begitu ianya agak tidak
kemas tersusun di dalam kategori tertentu. Ikon yang dijana hasil pencarian agak
lama dan ketinggalan zaman, namun masih lagi boleh digunakan. Maklumat lesen
penggunaan terdapat di dalam halaman yang berbeza.
 

iconlook_400Iconlook.com:
Merupakan pendatang baru di dalam dunia enjin pencarian ikon. Masih lagi di
peringkat beta namun boleh digunakan. Kebanyakkan ikon hasil dari pencarian agak
menarik dan sesuai untuk digunakan di dalam laman web modern. Namun untuk
mengetahui lesen penggunaan, anda perlu pergi ke halaman maklumat ikon.

searchicon_400Searchicon
.net: Mempunyai banyak inventori ikon yang boleh anda pilih, namun susunan
kategori agak tidak kemas di mana ikon-ikon yang tidak berkaitan kekadang
tersenarai di dalam kata kunci yang tidak betul. Ia memaparan pautan muat turun,
lesen penggunaan dan tag bagi setiap ikon namun tidak berfungsi sepenuhnya.

Enjin Carian Internet


Oleh webmaster
Dikirim pada Wednesday 27 September 2006
Apa itu Enjin Carian?
Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman
web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci 'Malaysia' pada
Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang
dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data.
Apabila kata kunci 'Malaysia' dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan
'Malaysia' akan dipaparkan kepada anda.

Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin
carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula
hanya akan mengindeks kandungan sahaja.

Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin
pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk
Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori,
bukan enjin pencari.

Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang 'search' yang


disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan
mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.

Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data
bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia
manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot
yang dipanggil 'spiders'. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang
terdapat di dalam sesebuah laman web.

Bagaimana Enjin Pencari Berfungsi?


Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan
satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider
akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web
tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan
data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.
Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci
tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan
perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama
atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.

Berikut adalah contoh-contoh enjin carian internet:

1) Google.com
2) MSN.com
3) Altavista.com
4) MetaCrawler.com

Anda mungkin juga menyukai