Anda di halaman 1dari 7

SASTERA EPIK

Definisi Sastera Epik

Sastera epik dikenali juga sebagai sastera pahlawan. Karya-karya


sastera epik mengisahkan seorang tokoh wira yang menjadi
kebanggaan sesuatu bangsa.
Tokoh wira tersebut diceritakan penuh keistimewaan dan luar biasa.
Tokoh wira merupakan tokoh pahlawan yang istimewa dan menjadi
kebanggaan bagi bangsa itu.

Keistimewaan tokoh dari segi kepahlawanan dicampuraduk dengan


unsur-unsur mitos, lagenda,cerita rakyat dan sejarah.

Tokoh pahlawan bersifat superhuman.Beliau juga mempunyai sifay


keberanian, kesetiaan,kesaktian dan sebagainya.
Ciri-ciri Sastera Epik

Dari segi bentuk ia merupakan puisi naratif yang panjang.Walaupun


begitu karya epik Melayu (Epik Kebangsaan) ditulis dalam prosa
naratif yang panjang

Latar Tempat – Latar tempat sastera epik meliputi ruang yang amat
luas,latar dewa kayangan, bawah laut dan latarmasa amat panjang
meliputi beberapa generasi.

Gambaran bersifat objektif – sastera epik bersifat objektif di mana


ceritanya tidak menyebelahi mana-mana pihak sewaktu
menceritakan sesuatu peristiwa atau watak.

Penceritaan mengenai tokoh wira – Tokoh wira diberi kedudukan


tinggi dalam sejarah bangsa. Watak tokoh wira epik mempunyai
sifat kepahlawanan yang tinggi seperti gagah, berani, setia dan
bersemangat tinggi. Tokoh wira juga memiliki sifat superhuman
Peranan watak wira dalam cerita melibatkan – Peranan wira semasa
kecil, unsur-unsur kepahlawanan yang dimilki oleh wira, sifat
negarawan wira.diplomatik dan mistik.

Jenis dan Penggolongan


Sastera Epik

Epik kebangsaan Epik bersumber Islam


– Hikayat Hang Tuah – Hikayat Hang Tuah

Hikayat Amir Hamzah Hikayat Muhammad


Hanafiah
Sifat kepahlawanan pada Wira Epik

Mistik-ilmu agama- Semangat


bantab-bantuan pahlawan Keberanian, gagah –
jibrail/Nabi berani sejak kecil
menentang musuh-
musuh jahat
Sabar,pemurah, adil. Pintar
Mempunyai nilai- Wira Epik akal/muslihat.
nilai moral positif Strategi
peperangan
Kesetiaan tidak
berbelah bagi Ilmu kesaktian –
Bijaksana/pintar dalam senjata ajaib/sakti
berbagai ilmu perang dan
ilmu dunia
Fungsi Karya Sastera Epik

1. Mengagungkan seseorang tokoh


Karya sastera epik kebangsaan bertujuan mengagungkan pahlawan
Melayu. Karya epik berunsur Islampula bertujuan mengagungkan
pahlawan Islam yang terbilang

2. Sebagai lambang keagungan sesuatu bangsa dan negara

Tokoh epik merupakan lambang kebanggaan dan keagungan


sesuatu bangsa. Tuah adalah lambang kebanggaan dan keagungan
Kesultanan melayu Melaka. Manakala tokoh epik Amir Hamzah
lambang keagungan kerajaan pemerintahan Islam ketika mencapai
kemuncak kecemerlangan.

3. Menanamkan semangat cintakan bangsa, negara dan agama


Keperibadian yang dimiliki oleh tokoh-tokoh epik dapat
membangkitkan semangat juang yang tinggi bagi mempertahankan
maruah bangsa dan agama. Contohnya sifat yang dimiliki oleh Hang
Tuah dapat menanam semangat kepada generasi kini tehadap
bangsa, tanah air dan agama.
4. Sebagai alat pengekalan dan pemantapan nilai-nilai dan norma
masyarakat

Sifat-sifat kepahlawanan tokoh-tokoh epik dapat memantapkan lagi


nilai-nilai dan norama kehidupan masyarakat tersebut. Contohnya
sifat kepahlawanan dan negarawan yang ada pada Hang Tuah boleh
dijadikan contoh atau model kepada masyarakat melayu

5.Memperkenalkan identiti bangsa dan negara kepada generasi


akan datang.

Sifat-sifat yang ada pada tokoh epik ini dapat memberi gambaran
kepada generasi akan datang tentang bangsa itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai