Anda di halaman 1dari 21

PENDIDIKAN ISLAM

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN MASYARAKAT


ISLAM
Memelihara Nilai-nilai
AN-NISAK:36
Akhlak

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa
jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim,
dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat,
dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
MEMELIHARA NILAI-
NILAI AKHLAK
SEGALA PERATURAN ATAU UNDANG2 DALAM ISLAM ADLAH
BERTUJUAN UNTUK MEMELIHARA NILAI2 AKHLAK UMAT
ISLAM

NILAI-NILAI AKHLAK SEPERTI HORMAT-MENGHORMATI,


TIDAK MENIPU, HASAD- DENGKI DAN LAIN2 LAGI
DIHARAMKAN DALAM ISLAM.

ISLAM SANGAT MENCELA ORANG-ORANG BERLAKU


SUMBANG AKHLAK KERANA ORANG SEPERTI INI SEOLAH-
OLAH TENAT DI PANDANG ALLAH DAN PERLU DIUBATI
Memelihara Penglihatan: Seseorang muslim itu mestilah memelihara
dirinya dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah kerana
pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat
dan merupakan faktor yang membawanya ke kancah pelanggaran dan
maksiat. Berhubung dengan perkara-perkara ini Al-Quran mengingatkan
orang-orang mukmin supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak
memberi faedah.

Kamu hendaklah memelihara pandangan, menjaga kehormatan


(kemaluan) kamu atau Allah akan memburukkan muka kamu. (Hadis
riwayat Tabrani).

Memelihara Lidah:Seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya dari


menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, perbuatan-perbuatan yang
buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat keji dan
mengadu domba.

Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil


tuaian (jelek) lidahnya. (Hadis Riwayat Tirmizi).
Berpegang teguh dengan konsep
keadilan
Berlaku adil dalam kehidupan adalah satu cara yang penting
dalam masyrakat Islam. Ia merupakansatu sifat akhlak yang
mulia dan asas utama dalam membentuk sebuah masyarakt Islam.
Adil ialah meletakkan seseuatu pada tempatnya, lawanya zalim.

AN.NAHL: 90

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada
kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta
kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil
peringatan mematuhiNya.
Surah an-nisa: 135

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa
menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun
terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa)
itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan
kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada
keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari
keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi),
maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Keadilan di sini bukanlah bermaksud kesamarataan sebagaimana
yang difahami oleh kebanyakan umat Islam kini. Sebaliknya,
keadilan sebenarnya beerti meletakkan setiap sesuatu pada
tempatnya. Yang lebih penting lagi keadilan merupakan antara
unsur yang utama dan terpenting dalam mewujudkan suasana
yang harmoni dan aman damai dalam sesebuah masyarakat dan
negara yang berdaulat

Hak-hak si lemah dapat dilindungi, setiap yang bersalah nyata


akan menerima hukumanya yang sewajarnya walaupun ia datang
dari golongan yang berkedudukan tinggi
Sejarah Islam telah membuktikan kebenaran hal ini pada zaman Rasulullah, seorang wanita
berketurunan kaya dari Bani Makhzum telah terbukti melakukan jenayah mencuri barang
perhiasan. Kemudian, keluarganya dan beberapa orang pemimpin terkemuka Quraisy tersentak
dengan kejadian tersebut dan mereka mula mencari jalan keluar agar wanita kaya tersebut terlepas
daripada hukum Allah yang telah ditetapkan iaitu potong tangan yang wajib dilaksanakan terhadap
orang-orang yang telah disabitkan bersalah dalam jenayah tersebut.            Perbuatan tersebut telah
dilaporkan kepada Rasulullah sebagai ketua negara dan telah disabitkan kesalahannya. Maka
kaumnya khuatir jika baginda akan melaksanakan hukum Allah terhadap wanita kaya tersebut yang
mengakibatkan mereka menanggung malu dan rahsia mereka pula akan terbongkar juga akhirnya
di khalayak ramai.            Oleh itu, kaum Bani Makhzum telah melakukan berbagai-bagai
pendekatan untuk merayu melalui keluarga Rasulullah, namun ia tidak berhasil. Akhirnya mereka
bersepakat untuk melobi terus kepada Rasulullah dengan menggunakan perantaraan orang tengah
iaitu Usamah bin Zaid yang dianggap oleh mereka merupakan orang yang paling sesuai pada
pandangan mereka dalam mengajukan permohonan pengecualian hukum Allah kepada Rasulullah.
Lebih-lebih lagi, Usamah adalah putera kepada anak angkat kesayangan baginda iaitu Zaid bin
Harithah.            Begitu saja mendengar permohonan Usamah yang mewakili Bani Makhzum, serta
merta wajah Baginda merah padam sambil menahan perasaan marah dan terus mengecam Usamah
dengan berkata: Apakah kamu hendak menolong orang-orang ini supaya aku tidak melaksanakan
satu ketentuan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah? Kemdian baginda berdiri di hadapan
himpunan orang ramai lalu berkata dengan suara lantang: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya
punca yang menyebabkan orang-orang yang terdahulu daripada kamu rosak binasa ialah kerana
apabila ada di antara mereka seorang yang kaya dan mulia mencuri, dibiarkan sahaja (tidak
dilaksanakan hukuman terhadap kesalahannya). Akan tetapi apabila yang mencuri itu seorang yang
lemah iaitu rakyat jelata atau rakyat biasa yang tidak ada kedudukan dalam masyarakat, maka
mereka akan melaksanakan hukuman yang sebenar-benar terhadapnya. Demi Allah! Andai kata
Fatimah puteri Muhammad mencuri, sudah pas
Mengambil berat terhadap
keluarga/ perkahwinan
Keluaraga adalah asas kekuatan Islam, jikalau keluarga baik
nescaya masyarakat akan baik. Sebaliknya jika rosak maka
keseluruhanya akan rosak

Hukum2 dan peraturan2 yang mengatur keluarga terdapat di al-


Quran, sebagai satu cara hidup masyrakat yang sempurna

Melalui institusi rumahtangga, binaan kekeluargaan membangun


dan wujud perkahwinan antara sepasang manusia

Dengan perkahwinan lahirnya generasi baharu yang bercabang


dan lahirlah ikatan keluarga

Rumahtangga adalah institusi generasi melatih memikul


tangungjawang dan membersihkan masyarakat daripada
melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam
Mengambil berat terhadap keluarga/
perkahwinan
Surah an-nisak : 1
َّ َ‫اح َد ٍة َو َخل ََق ِمن ْ َها َز ْو َج َها َوب‬
‫ث‬ ِ ‫س‬ ‫يَا أَيُّ َها الن ّ ُ ا‬
‫َاستَّقُوا َربَّك ُْم ال َّ ِذي َخل َ َقك ُْم ِم ْن ن َ ْف ٍ َو‬
‫عل َيْك ُْم‬ َ ‫ُون ِب ِه َواأل َ ْر َحا َم ِإ َّن الل َّ َه ك‬
َ ‫َان‬ َ ‫اء َواتَّقُوا الل َّ َه ال َّ ِذي تَتَ َس‬
َ ‫اءل‬ ً ‫ِمن ْ ُه َم ِار َجاال ً ك َ ِث ًيرا َو ِن َس‬
‫َر ِقيبًا‬

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah


menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang
menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga
yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan
perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa
memerhati (mengawas) kamu.
Menentukan kedudukan wanita dalam
masyarakat
Islam mengangap masalah wanita sebagai masalah serius, kerana
baiknya sesuatu masyarakat bergantung sejauh mana buruk baiknya
wanita

Sebab itulah Islam telah menetapkan hak2 wanita dengan sempurna


tanpa dikurangi sedikit pun.

Islam meletakkan wanita ke darjat yang lebih tinggi dan dimuliakan


di dalam al- Quran tentang pernan wanita dalam membangunkan
masyarakat serta dan menjaga keutuhan dan kesejahteraan umat.

Islam melarang kita bersikap sedih di atas kelahiran anak


perempuang dan mengancam perbuatan menguburkan anak2
permupuan hidup2
Menentukan kedudukan wanita dalam
masyarakat
Al- IMRAN 195

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang
yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya
yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya,
dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk
mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-
kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)”.
MENENTUKAN KEDUDUKAN
WANITA DALAM MASYARAKAT
Islam memberikan kebebasan untuk memelih pasangan hidup dan
mempunyai hak menentapkan mahar serta mendapatkan nafkah dari
suami

Poligami dibolehkan supaya tidak berlaku kecurangan suamai, dan


suami berlaku adil dari segi kebendaan, waktu bermalam dan hubungan
pergaulan antara pasangan.

Wanita dieberikan hak untuk menuntut cerai melalui khulu’ dan fasakh

Wanita mempunyai hak untuk mengasuh anaknya yang masih kecil


apabila berlaku kecurangan dan mendapat hak perbelanjaan daripada
bekas suami

Wanita diizinkan untuk melaburkan hartanya dan wanita bebas dan


tidak terikat dengan sesiapa dalam urusan pentadbiran hak miliknya
Dari Anas bahwa Nabi SAW bersabda, ''Demi Tuhan yang jiwaku berada di
tangan-Nya, tidaklah seorang hamba (dikatakan) beriman sehingga ia
mencintai tetangganya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.'' Hadis
Muttafaqun'alaih.

Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, ''Barangsiapa ingin


dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya, hendaknya ia
menghubungkan tali silaturahim.'' Hadis riwayat Bukhari

5. Ibnu Mas'ud RA berkata, ''Aku bertanya kepada Rasulullah saw, dosa


apakah yang paling besar? Beliau bersabda, ''Engkau membuat sekutu bagi
Allah, padahal Dia lah yang menciptakanmu.'' Aku bertanya lagi, ''Kemudian
apa? Beliau bersabda, ''Engkau membunuh anakmu karena takut ia akan
makan bersamamu.'' Aku bertanya lagi, ''Kemudian apa? Beliau
bersabda,''Engkau berzina dengan istri tetanggamu.'' Hadis Muttafaqun'alaih.
INDIVIDU
BERTANGGUNJAWAB
MEMPERBAIKI MASYARAKAT
SEBAB2 INDIVIDU BERTANGGUNGJAWAB
Al-araf 56

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan
padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan
perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang
memperbaiki amalannya.

At-taubah 81

Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di
belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa
mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: “Janganlah kamu
keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Api neraka
Jahannam lebih panas membakar”, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.
Al-luqman

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat


kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan
bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat
melakukannya.
MEMBINA MASYARAKAT YANG BAIK

KONSEP UTAMA AMAR MAARUFBERTUJUAN


UNTUK MEMBINA SATU MASYARAKAT YANG
BERTANGGUNGJAWAB

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.Daripada Abu Sa'id al-


Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda:Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran,
maka hendaklah dia mengubahnya dengantangannya. Sekiranya dia
tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya.
Sekiranyadia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya
dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalahselemah-lemah iman.
MENYELAMATKAN DARI
BENCANA

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang


membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa
orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus
(tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah
bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Sudah menjadi sunnah Allah

Anda mungkin juga menyukai