Anda di halaman 1dari 9

BAB II

KAJIAN LITRETURE

2.0: PENGENALAN:

Tahap perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat pada lingkungan umur


empat hingga enam tahun .Kajian Bloom (1964) membuktikan 80% kecerdasan
seseorang individu pada usia 18 tahun terbina pada peringkat umur prasekolah. Pada usia
ini kanakkanak bertindak aktif kepada ransangan, berinteraksi bebas dengan orang
sekeliling dan peka kepada keadaan sekeliling. Roopnarine dan Johnson (1997)
menegaskan kanak-kanak menempuh waktu perkembangan yang paling sensitif justeru
perlu diberi pendidikan seawal mungkin. Sehubungan itu adalah penting kanak- kanak
mengalami pengalaman pembelajaran prasekolah yang berkesan, bermakna dan
menggembirakan supaya kanak-kanak dibekalkan dengan kemahiran, keyakinan diri dan
sikap yang positif sebelum memasuki alam persekolahan formal (Rohaty 2003).
Dalam bab ini, akan membincangkan perkara berkaitan dengan proses perkembangan dan
faktor-faktor yang mempengaruhi perkembagan bahasa di kalangan kanak-kanak
prasekolah.

2.1: BAHASA DAN KOMUNIKASI:

Bahasa dan komunikasi merupakan kemahiran berbahasa, mendengar, bertutur,


membaca dan menulis . Murid diajar  konsep menyelesaikan masalah dan kemahiran
berfikir melalui pelbagai aktiviti yang terancang. Mengikut teori biologis, sejak anak itu
dilahirkan, memang sudah ada satu kebolehan menggunakan bahasa. Menurut Chomsky
(1965), kebolehan ini dinamakan jentera pemerolehan bahasa atau Language Acquisition
Device ( LAD ). Seorang kanak-kanak yang normal akan memperolehi bahasa
pertamanya antara umur dua hingga enam tahun. Ketika itu, mereka akan mengambil
perkataan-perkataan penting, mempelajarinya dan seterusnya menggunakannya.
Namun begitu, satu perkara yang pasti ialah setiap kanak-kanak memerlukan
pendedahan terhadap bahasa. Kanak-kanak perlu mendengar cara-cara bahasa dihasilkan
dan apakah hubungan bahasa dengan objek. Tanpa pendedahan bahasa, kanak-kanak
tidak akan memperolehi sebarang bahasa dan sukar menerima bahasa yang akan diajar.
Kanak-kanak memerlukan beberapa pendedahan bahasa sama ada melalui pertuturan,
isyarat, tulisan ataupun sentuhan sebelum pembelajaran bahasa berlaku.

Bahasa yang dipelajari ialah dalam kelas prasekolah ialah Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Aspek yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah ini ialah dalam
kemahiran mendengar iaitu membezakan bunyi, kemahiran  membaca iaitu mengucap
apa-apa yang ditulis , kemahiran bertutur dengan menyebut bunyi dan perkataan dengan
betul dan kemahiran menulis - kemahiran motor halus untuk membolehkan mereka
menulis perkataan dengan betul.

Pada kebelakangan ini, banyak kajian membuktikan bagaimana kemahiran


menulis dan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga
enam tahun dapat dikembangan secara semulajadi oleh kanak-kanak. Kajian-kajian
tersebut telah mengubah pandangan kita selamanya tentang cara kanak-kanak mencapai
perkembangan mereka dan bagaimana cara terbaik bagi kita membantu pertumbuhan dan
perkembangan mereka. Walau bagaimanapun masalah ini amat membimbangkan dan
mencabar peranan guru prasekolah kerana mereka keliru dengan tanggapan, harapan dan
keperluan seperti mana yang terungkap dalam kurikulum prasekolah kebangsaan. Melalui
bacaan literatur yang berkaitan dengan perkembangan dan pembelajaran bahasa kanak-
kanak prasekolah dari aspek kemahiran menulis, guru prasekolah telah disogokkan
dengan dapatan mengatakan kanak-kanak membentuk cara mereka sendiri untuk
bercakap dan juga menulis serta membaca (Beaty, J.J.,1998; 293). Dalam satu kajian
yang dibuat oleh Temple et.al (1993;2), beliau mengatakan bahawa kanak-kanak belajar
menulis melalui pengalaman dan penemuan kendiri. Dengan pandangan tersebut kita kini
semacam dihimpit dengan dilema apakah perbuatan mengajar kanak-kanak menulis
secara konvensional sudah tidak relevan lagi
2.2: FAKTOR DALAMAN YANG MEMPENGARUHI PENGUASAAN BAHASA
DIKALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Memang tidak dapat dinafikan bahawa percubaan pembelajaran bahasa dari aspek
menulis dan membaca yang pertama dilakukan oleh kanak-kanak adalah dalam bentuk
contengan, corengan dan kemudiannya bentuk-bentuk lakaran dan bentuk-bentuk yang
dapat dikenal pasti. Dari satu aspek yang lainnya pula, perkembangan dan pembelajaran
bahasa kanak-kanak juga dikatakan mempunyai perkaitan yang rapat dengan aspek
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

Kemahiran pratulis di kalangan kanak-kanak prasekolah bermula dengan


perkembangan kemahiran motor halus. Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat
saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan. Menurut Allyn dan Bacon (1997)
kemahiran menulis kanak-kanak prasekolah adalah meliputi kebolehan kanak-kanak
menggunakan alat-alat tulis seperti pen, pensil, krayon, marker dan berus cat untuk
membuat sebarang bentuk contengan (scribble). Contengan yang dilakukan oleh kanak-
kanak adalah sebarang bentuk lakaran yang berulang dan sebarang perubahan-perubahan
pada contengan secara mendatar, dan contengan yang bercampur dengan bentuk-bentuk
huruf. Contengan yang dilakukan oleh kanak-kanak juga meliputi percubaan kanak-kanak
menggunakan lakaran gambar untuk membuat ilustrasi cerita. Kanak-kanak pada
peringkat prasekolah boleh menulis nama sendiri, mencipta huruf-huruf yang mewakili
makna tertentu atau mencipta huruf secara rawak (composed of letters), mencipta ejaan
perkataan (invented spelling), dan menulis perkataan yang bermakna (distinguishable
words).

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran membaca bukanlah merupakan


satu perkara yang mudah dipupuk dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara 5
hingga 6 tahun. Ini kerana kemahiran tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat
khususnya dalam konteks pengalaman bahasa secara total. Terdapat banyak faktor
perkembangan tertentu yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Antara lain faktor-faktor yang mempengaruhinya ialah faktor fizikal, faktor persepsi,
faktor kognitif, faktor bahasa, faktor afektif dan faktor persekitaran atau pengalaman
seseorang individu .

2.3 KAEDAH MEMPENGARUHI PENGUASAAN BAHASA KANAK-KANAK:

Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan keupayaan


membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan malah kanak-kanak
sememangnya telah mula belajar menulis sejak dari peringkat awal perkembangan
mereka. Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh diperhatikan melalui tingkah laku
mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara mereka bermain dan contengan yang mereka
lakukan membentukkan makna yang tertentu (Vygotsky, 1978). Menurut aliran ini
bahawa apabila seseorang individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk mempelajari
dunia di persekitarannya melalui pancainderanya. Pengetahuannya tentang dunia di
sekelilingnya itulah nanti akan menjadi dasar bagi dirinya untuk pemerolehan bahasa dan
bacaannya.

Dengan penemuan ini, jelaslah bahawa pengajaran bahasa yang agak formal
sudah boleh dimulakan pada waktu kanak-kanak mula pandai bercakap iaitu pada umur
antara dua atau tiga tahun (Kamaruddin Husin et.al, 1986,2).

Menurut Pumfrey (1977) membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik


tetapi sebagai satu proses pemikiran yang membina. Berdasarkan pandangan Pumfrey
tersebut maka kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah haruslah
dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan
tepat dan memahami kehendak situasi

Ketika kanak-kanak mencipta satu penemuan baru tentang menulis melalui

penerokaan kendiri dan penglibatan mereka dengan buku-buku bergambar, mereka

sebenarnya telah membina pandangan kendiri tentang tulisan. Menurut Tempel et.al
(1993), pembelajaran menulis di kalangan kanak-kanak adalah satu tindakan mereka

melalui penemuan-penemuan kendiri. Pandangan tersebut diperkukuhkan lagi oleh

Schrader et.al (1987) dengan mengatakan bahawa kanak-kanak membina sendiri

peraturan dan sistem pemerolehan bahasa mereka sama ada bahasa lisan dan bahasa

tulisan melalui pengaruh persekitaran mereka. Daripada pandangan-pandangan tersebut

mungkinkah kita boleh menegaskan di sini bahawa kanak-kanak mengajar diri mereka

sendiri untuk bercakap, menulis dan juga membaca.

Dengan yang demikian kemahiran-kemahiran menulis, membaca, berfikir, emosi,

sosial dan motor diperoleh oleh kanak-kanak pada fasa perkembangan mereka melalui

permainan penerokaan dan eksperimen mereka ke atas bahan-bahan di persekitaran

(Beaty,J.J., 1998, 294). Pandangan tersebut bukanlah sesuatu yang hakiki dan meliputi

untuk semua lapisan kana-kanak. Ini kerana perkembangan menulis dan membaca dalam

kalangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Kanak-kanak

memerlukan alat untuk menulis, bahan-bahan di persekitaran yang boleh digunakan

mereka untuk menulis, dan dorongan kepada mereka untuk melakukan percubaan

menulis adalah penting. Kanak-kanak perlu melakukan latihan-latihan pratulis dan dan

prabaca seperti mana mereka melakukan latihan-latihan untuk berlari dan bercakap

dengan bantuan orang dewasa.

Terdapat beberapa cara atau aktiviti yang dikenal pasti oleh ahli linguistik untuk
memupuk minat kemahiran menulis dan membaca di kalangan kanak-kanak prasekolah
(Beaty, J.J., 1998). Antara cara-cara tersebut adalah :
2.3. 1 : Menyediakan Sudut Tulisan
Apabila matlamat guru prasekolah untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka
sendiri kemahiran menulis, kita seharusnya menyediakan satu suasana untuk
memungkinkan perkara tersebut berlaku. Bagi kanak-kanak sudut bacaan
mempunya kesan menarik sama dengan sudut main blok. Alat-alat tulisan seperti
meja, kertas, sampul suarat, kad, pelekat, pita, pembaris, getah pemadam, pad
stamp, klip kertas dan sebagainya disediakan di sudut ini memang mempunyai
daya tarikan pada diri kanak-kanak. Selain dari itu papan tulis kecil atau stand-up
chalk board dibekalkan untuk menggalakkan aktiviti menconteng dan menulis
menggunakan kapur. Minat dan keinginan mereka untuk meniru tingkah laku
menulis oleh orang dewasa dapat di penuhi dengan melakukan cakaran,
contengan dan lakaran tertentu di sudut ini.

2.3.2: Melengkapi Bilik Prasekolah Dengan Persekitaran Tulisan


Guru prasekolah bolehlah melengkapkan bilik prasekolahnya dengan bahan-
bahan yang menggambarkan persekitaran tulisan. Bahan-bahan yang perlu
disediakan dalam bilik prasekolah adalah seperti buku-buku, majalah-majalah,
katalog, poster, tanda nama jalan, isyarat-isyarat jalanraya, iklan-iklan, logo-logo
restoran seperti KFC dan sebagainya. Penyediaan persekitaran yang dilengkapi
dengan bahan-bahan tulisan (print) meningkatkan lagi kesedaran (awareness)
mereka tentang tulisan dan bacaan.

2.3.3: Menyediakan Sudut Bacaan


Pusat prasekolah perlu dilengkapi dengan sudut bacaan. Bahan-bahan seperti
buku-buku bergambar,buku-buku abjad, poster, majalah dan buku besar
ditempatkan di sudut ini.

2.3.4: Menggunakan Tray Pasir / Garam Untuk Menulis Dengan Jari


Guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis.
Dengan menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir / garam, kanak-kanak
boleh berlatih menulis menggunakan hujung jari di atas pasir atau garam. Cara ini
mudah bagi kanak-kanak untuk memadam dan menulis semula bentuk-bentuk
yang diminatinya. Kanak-kanak hanya perlu mengoyang (shake) tray jika ingin
memadam untuk menulis semula huruf dan sebaginya.

2.3.5: Menggalakkan Kanak-Kanak Menulis Pesanan


Kanak-kanak pada peringkat memaknakan contengan dalam penerokaan tulisan
mereka boleh menulis pesan dalam aktiviti menulis olok-olok (mock writing)
kepada rakan atau ibu bapa mereka. Galakkan kanak-kanak melakukan aktiviti
menulis surat olok-olok (mock letter writing) kepada ibu bapa mereka. Ketika
kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok, guru akan menulis
sebenar mesej surat tersebut dalam mock letter writing tersebut. Apabila ibu bapa
mereka bertindak balas terhadap surat tersebut kanak-kanak akan merasakan
bahawa tulisan mereka dapat dibaca oleh ibu bapa. Dari detik inilah akan timbul
motivasi mereka untuk terus belajar menulis huruf-huruf yang sebenarnya.

2.3.6: Mengenali Nama Dengan Abjad


Kanak-kanak lazimnya belajar dalam cara yang bermakna, menyeronokkan dan
berkait rapat dengan dirinya. Guru prasekolah atau orang dewasa boleh membantu
kanak-kanak mengenal abjad pertama tentang namanya secara yang
menyeronokkan. Misalnya guru boleh membuat rantai leher yang diperbuat dari
benang dan kad abjad pertama namanya digantungkan padanya. Kanak-kanak
kemudiannya diminta mencari rakan-rakannya yang mempunyai abjad nama yang
sama dengannya.

2.3.7: Kad-kad Abjad


Galakkan kanak-kanak bermain dengan kad abjad yang mempunyai gambar selari
dengannya. Cara begini dapat membantu kanak-kanak melihat perkaitan abjad
dengan persekitran yang selari dengannya.
2.3.8: Membaca Buku Abjad
Membaca buku abjad adalaah berkesan apabila dibaca oleh guru kepada seorang
atau dua orang kanak-kanak dalam sesuatu masa. Kanak-kanak perlu duduk
bersebelahan dengan guru ketika pembacaan sedang dilakukan oleh guru agar
mereka berpeluang untuk mengenal pasti objek yang sedang disebut dan bentuk
huruf yang berkenaan.

2.3.9: Peti Surat Peribadi


Kanak-kanak digalakkan membuat peti surat peribadi dengan menggunakan
kotak-kotak buangan yang sesuai. Kanak-kanak akan menandakan kotak peti surat
peribadi tersebut dengan nama mereka masing-masing. Guru akan membuat
pesanan ringkas setiap hari kepada murid-murid tertentu dan guru akan memberi
galakkan kepada mereka untuk membalas pesanan tersebut.

2.3.10: Permainan Abjad Komputar


Dewasa ini setiap pusat prasekolah ada dibekalkan dengan kemudahan komputer.
Kanak-kanak amat meminati komputer. Guru boleh menggunakan komputer
sebagai media yang menggalakkan mereka untuk minat menulis dan membaca.
Program abjad komputer adalah amat baik untuk satu pengenalan kepada kanak-
kanak untuk mengenali abjad di papan kekunci komputer.

2.3.11: Buku Besar / Big Books


Walaupun harga sebuah buku besar jauh lebih mahal berbanding dengan buku
biasa, buku besar mempunyai peranan penting dalam meningkatkan minat murid
untuk membaca. Buku besar ini digunakan oleh guru untuk membaca cerita atau
ayat mudah kepada kanak-kanak secara kumpulan. Kanak-kanak berpeluang
melihat tulisan huruf dan gambar yang terdapat pada buku tersebut dengan jelas.
KESIMPULAN:

Seseorang kanak-kanak yang hidup tanpa mendengar bahasa manusia sehinggalah dia
baligh akan mengalami masalah dalam mempelajari bahasa. Seseorang kanak-kanak
memerlukan pendedahan bahasa terlebih dahulu sebelum mempelajarinya sama ada dari
segi sebutan, isyarat atau dengan menyentuh objek-objek. Walaupun setiap bayi yang
dilahirkan telah dianugerahkan sejenis alat pemerolehan bahasa ( LAD ), namun tanpa
pendedahan bahasa diperingkat awal, kanak-kanak sukar untuk menguasainya.
Selain dari pendedahan bahasa, suasana persekitaran juga memainkan peranan penting
dalam menentukan kemajuan dan kejayaan seseorang kanak-kanak dalam mempelajari
bahasa. Suasana persekitaran perlulah aman dan sentiasa ada persaingan untuk belajar.
Dengan adanya persaingan dalam pelajaran, seseorang itu secara tidak langsung
bermotivasi untuk belajar.

Selain itu, ibu bapa turut berperanan dalam memberi kejayaan kepada anak-anak.
Dorongan dan sokongan ibu bapa adalah penting dalam membentuk psikologi anak-anak
supaya lebih cenderung untuk belajar.Sebagai kesimpulannya, antara faktor yang boleh
membawa kejayaan seseorang kanak-kanak dalam menguasai bahasa ialah perlu adanya
pendedahan terhadap bahasa, suasana persekitaran yang normal dan guru yang
berdedikasi serta pakar dalam mengajar bahasa.

Anda mungkin juga menyukai