Anda di halaman 1dari 4

Setiap hari bila kita menggunakan keyboard..

kita tak semestinya menggunakan semua


jumlah kesepuluh jari jemari kita...
Mungkin faktor sesorang itu kidal akan menyebabkan hanya sesetengah jari je "berfungsi"..
Di sini ada tutorialnya...Harap harap dapat membantu kita agar lebih lancar menaip..

Pertama untuk mahir menaip dengan menggunakan 10 jari, terlebih dahulu kita
harus tahu posisi jari yang tepat. Lihat langkah langkah dibawah ini :

Tangan Kiri
Jari Kelingking :
Baris Pertama = ‘ dan 1
Baris Kedua = Tab dan Q
Baris Ketiga = Capslock dan A
Baris Keempat = Shift kiri dan Z
Baris Kelima = Ctrl dan Windows

Jari Manis :
Baris Pertama = 2
Baris Kedua = W
Baris Ketiga = S
Baris Keempat = X

Jari Tengah :
Baris Pertama = 3
Baris Kedua = E
Baris Ketiga = D
Baris Keempat = C

Jari Telunjuk :
Baris Pertama = 4 dan 5
Baris Kedua = R dan T
Baris Ketiga = F dan G
Baris Keempat = V dan B

Ibu Jari :
Baris Kelima = Alt kiri dan Spasi

Tangan kanan
Ibu Jari :
Baris Kelima = Alt kanan dan Spasi

Jari Telunjuk :
Baris Pertama = 6 dan 7
Baris Kedua = Y dan U
Baris Ketiga = H dan J
Baris Keempat = N dan M

Jari Tengah :
Baris Pertama = 8
Baris Kedua = I
Baris Ketiga = K
Baris Keempat = ,

Jari Manis :
Baris Pertama = 9
Baris Kedua = O
Baris Ketiga = L
Baris Keempat = .
Jari Kelingking :
Baris Pertama = 0, -, = dan BackSpace
Baris Kedua = P, [ dan ]
Baris Ketiga = , ;, ‘ dan Enter
Baris Keempat = / dan shift kanan.

Selamat mencuba..harap harap anda semua makin mahir dalam menaip..

Justkhai bukan sebuah blog yang tertumpu ceritanya mengenai komputer sahaja dan jika
korang pembaca setia di sini, korang mesti tahu yang Justkhai adalah sebuah 'MIX BLOG'
iaitu bercerita mengenai pelbagai aspek tidak kiralah ilmuan, promosi, website, blogging,
duniawi, akhirat, hiburan dan pelbagai lagi. Pendek kata, macam-macam ada lah. Bukanlah
maksud Khai untuk menjadi mamat poyo atau kerek, tapi jika Justkhai ni bukan Khai punya
sekalipun, pastinya Khai jadikan blog ni sebagai Favourite. Tahukah korang yang Khai
menghabiskan 1/4 dari hidupnya untuk membaca blog ini? Bila Khai baca, Khai tak rasa pun
yang artikel tu Khai yang tulis. So Khai boleh revise balik pelbagai perkara yang hampir Khai
lupakan.

Orait, merujuk tajuk entri ni, ramai dan tersangat ramai bertanya Khai bagaimana untuk
menaip laju? Yup, semua orang ingin menaip laju dan itu adalah satu advantage jika korang
ingin bekerja di syarikat yang menggunakan komputer 100% untuk bisnes mereka. Apabila
korang diterima bekerja di mana-mana syarikat sebegini, percayalah bahawa korang
mempunyai eset saham sebanyak 100% dari kepercayaan bos. Akan tetapi, betapa sedihnya
bila bos korang usya korang menaip dengan tersangat lembap dan percayalah juga saham
korang pada hari tersebut akan jatuh merudum hingga tinggal 20%. Ini adalah perumpamaan
sahaja yer. Mungkin juga tinggal 0% kalau tahap korang menaip dah macam kura-kura ingin
belajar menaip.

Menaip menggunakan satu atau dua jari, suatu perkara yang memalukan jika korang
menggelarkan diri korang sebagai seorang yang celik IT. Kononnya! So entri ni Khai nak
mengajar diri Khai sendiri dan juga korang bagaimana ingin menaip dengan pantas dan
kurang membuat kesalahan. Tahukah korang yang setiap entri di Justkhai tidak pernah Khai
cek ejaannya selepas habis menulis. Publish dan terus publish. Dan jika korang terjumpa
salah ejaan di mana-mana entri, normal lah tu kerana Khai sedang belajar menaip laju dan
kurang membuat kesilapan. Begini caranya...

Mana-mana kelas komputer yang korang pergi pun, cara ini yang akan mereka ajar. Tuhan
mengurniakan kita 10 jari di tangan dan pastinya kesemuanya ada motif yang tertentu diluar
jangkaan kita mungkin.

First, sila renung keyboard korang betul-betul. Tumpukan perhatian pada huruf "F" dan "J".
Perasan atau tidak yang dua huruf itu terdapat satu tanda kecil yang timbul. Kalau ada, tolong
jangan ingat tanda tu untuk kegunaan orang buta. Orang buta tak guna keyboard macam kita
ye? So letakkan jari telunjuk kanan pada huruf "J" dan telunjuk kiri pada huruf "F". Dan jari-
jari lain susun sahaja mengikut huruf di sebelah.

Masa korang baca kat bawah ni, sila buat praktik'kan sekali jari-jari tu.

Ibu Jari
Satu ibu jari kanan atau kiri (ikut mana selesa) digunakan untuk menekan butang SPACE.
Satu lagi ibu jari digunakan untuk control touchpad (jika korang menggunakan notebook).

Jari telunjuk
Jari telunjuk kiri digunakan untuk menekan butang F, G, R, V, B dan T.
Jari telunjuk kanan pula digunakan untuk menekan butang J, H, Y, U, N dan M.

Jari Hantu (tengah)


Jari hantu kiri digunakan untuk menekan butang D, C dan E
Jari hantu kanan pula digunakan untuk menekan butang K, I dan koma (,)

Jari Manis
Jari manis kiri digunakan untuk menekan butang S, W dan X
Jari manis kanan pula digunakan untuk menekan butang L, O dan Noktah (.)

Jari Kelinking (anak jari)


Jari kelinking kiri digunakan untuk menekan butang A, Q, Z, Shift, Caps Lock dan Tab
Jari kelinking kanan pula digunakan untuk menekan butang (titik bertindih ;), P, slash (/) dan
Enter

Selesai. Itu sahaja asas yang perlu kita tahu dan bila jadi korang dah berada di tempat yang
betul, jari tu sendiri akan bertindakbalas dengan mana-mana butang lain yang ingin korang
tekan termasuklah nombor-bombor yang berderet kat atas tu. Untuk lebih membantu korang
practice menaip dengan 10 jari ni, google je la software type ye.

So sekarang, korang dah tahu kenapa keyboard tu betul-betul seni cara susunan dia. Maksud
Khai, tidak disusun selari antara setiap huruf atas dan bawah. Z, X, C dan V pula adalah
huruf paling sukar dicapai kerana itu huruf yang sangat jarang kita gunakan. Wonder, siapa
yang otai sangat cipta Keyboard QWERTY ni yer? Bill Gate juga kah? Tidak, kerana
Typewriter dah lama wujud dari Windows. Hurm... korang tahu siapa?

Update 21 March 2009


Korang boleh menguji kepantasan menaip di Fast Finger. [klik sini]

Anda mungkin juga menyukai