Anda di halaman 1dari 12

NAMA: NOOR ATIKAH BINTI YAHAYA NIK AMIRA SYAHIRAH BINTI HAMAD

Sheikh Mustafa Abd. Al-Razak

..falsafah Islam berkembang di negara Islam dan di bawah naungan negara Islam hasil pemikiran ahli falsafah yang berada di bawah lingkungan kekuasaan Islam tentang hakikat sesuatu dalam premis pemikiran yang logik dan sistematik.

Pendidikan bertujuan menyebarkan pengalaman dan kebudayaan dari satu generasi ke satu generasi Pengalaman tidak berubah dan boleh didapati daripada Al-Quran dan As-sunnah

Keesaan Tuhan Kepercayaan pesuruh-pesuruh-Nya kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada Nabi-nabi Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian Setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri Kehidupan keduniaan dan akhirat Persamaan dan persaudaraan sejagat di antara semua umat Islam

rohan

MOHAMMAD QATB proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani

DR MOHD ATHIYA AL-ABRASYI proses pendidikan sebagai pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia

AMAL AL-SHAIBANI pendidikan digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan

AL-SYAIBANI 1979 o Menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup HAMKA Proses membentuk tingkah laku yang baik AL-GHAZALI merangkumi semua aspek intelek, latihan jasmani dan pembinaan akhlak mulia

Antara aspek-aspek yang diterapkan dari falsafah pendidikan timur adalah, aspek emosi, intelek dan jasmani di mana kebijaksanaan dalam bidang muzik, puisi, kesusasteraan, sejarah, kod dan tatacara, kelakuan yang baik, seni, drama dan tarian, dan pendidikan diberi keutamaan. Sama seperti Falsafah Negara kita di mana para pelajar diajar mata pelajaran-mata pelajaran yang tidak teras seperti muzik, seni dan untuk menjadikan para pelajar seimbang dari segi emosi.

Penekanan secara rohani yang terdapat di Negara kita pula jelas terpapar dalam falsafah pendidikan Islam dan timur. Dalam falsafah pendidikan Islam, konteks agama diberikan keutamaan di mana terdapat pendidikan al-Immaniah yang bermaksud pendidikan iman. Abd Halim Hj Mat Diah, 1989 berkata bahawa pendidikan Islam ialah proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan untuk membentuk manusia Muslim berdasarkan ajaran Islam.

Falsafah pendidikan Islam pula menyatakan bahawa pendidikan bermaksud, satu proses yang berterusan memupuk seluruh potensi semula jadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani serta bersepadu ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. Menurut Abdul Halim El- Muhammady, pendidikan Islam ialah proses yang mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani, emosi manusia berasaskan ilmu wahyu, al-Quran dan assunnah, pengalaman Salaf Al-Salih serta ilmu muktabar Ini pula jelas menunjukkan bahawa aspek intelek yang terdapat di Negara kita ini adalah pengaruh daripada falsafah-falsafah barat dan juga Islam di mana aspek intelek diberikan keutamaan

Aspek rohani juga ditekankan dalam pendidikan Islam di mana dalam dalam konsep Abd Halim Haji Mat Diah ,al-Immaniah iaitu pendidikan iman terkandung di dalam bidang pendidikan Islam. Ahli falsafah timur iaitu Rabindranath Tagore pula menyatakan bahawa pendidikan adalah satu usaha seseorang insan untuk mencapai nirvana. Ini jelas menunjukkan bahawa aspek rohani yang terdapat di Negara kita diterapkan dari kedua-dua falsafah ini.

Aspek jasmani pula ditekankan dalam pendidikan Islam di mana dalam dalam konsep Abd Halim Haji Mat Diah, al-Jasmiah iaitu pendidikan jasmani terkandung di dalam bidang pendidikan Islam. Selain itu, Rabindranath Tagore juga menekankan tarian dan drama sebagai satu mata pelajaran.

Ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah Pendidikan Timur, Islam, dan Barat mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Setiap aspek yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita diterapkan daripada ketiga-tiga Falsafah Pendidikan ini dan digabungkan ke atas satu unsur iaitu keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ketiga-tiga falsafah ini boleh dikatakan sebagai asas untuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita.. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga falsafah ini digabungkan dan diubahsuai mengikut keperluan negara kita. Aspek-aspek penting yang terdapat di dalam ketiga-tiga falsafah ini digunakan untuk dijadikan panduan untuk perkembangan pendidikan di Malaysia

Anda mungkin juga menyukai