Anda di halaman 1dari 19

PERKEMBANGAN

KOGNITIF

• KEMAHIRAN BERFIKIR
• KONSTRUKTIVISME
• KEPELBAGAIAN
KECERDASAN
APAKAH PERKEMBANGAN KOGNITIF?

i. Pertumbuhan kemahiran fungsi otak.


ii. Persepsi (memberi makna pada sesuatu)
iii. Memori (mengingati sesuatu)
iv. Proses berfikir (konkrit dan abstrak)
v. Sebagai remaja, pemikiran anda berubah-ubah
daripada konkrit kepada abstrak.
vi. Perkembangan kognitif terjadi pada kadar berbeza (ada
yang lambat berbanding dengan yang lain).
 
BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOGNITIF ANDA?

 Aktif secara fizikal dan cergas badan.


 Amalkan pemakanan sihat
 Pelajari kemahiran baru bila berkesempatan:
 Kemahiran akademik(contoh: belajar, mengingat, menganalisis,
mengimbas dan lain-lain)
 Kemahiran sosial (contoh: mewujudkan dan mengekalkan
persahabatan, perbualan)
 Kemahiran hidup seharian (contoh: penjagaan kendiri,
mengemas rumah dan pengurusan masa)
 Kemahiran pergerakan (contoh: bermain, bersukan,dan lain-
lain)
 Kemahiran menyelesaikan masalah (contoh: cara-cara
menghindari kesusahan)
KONSEP KOGNITIF
Skema
merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk
melakukan sesuatu dengan cara tertentu.

Asimilasi
-merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan skema yang sedia ada.

Akomodasi
-Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.

Adaptasi
-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara
akomodasi dan asimilasi
untuk disesuaikan dengan persekitaran.
KEMAHIRAN BERFIKIR
 Kemahiran berfikir adalah kemahiran
intelek
 Terbahagi kepada 4:

i. Kemahiran berfikir aras rendah dan aras


tinggi
ii. Kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif (KBKK)
iii. Pemikiran ‘Vertical’ dan ‘Lateral’
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
RENDAH DAN TINGGI
 Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran
yang luas dan mendalam
Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali
fakta atau maklumat.

 Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang


luas dan mendalam
Contoh: kemahiran menjelaskan, membuat analisis,
menilai, menjanakan idea, membuat keputusan, menyelesaikan
masalah dan merancang.
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS
DAN KREATIF (KBKK)
 KBKK adalah kemahiran membuat penilaian tentang
sesuatu data atau maklumat

 Kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis


data atau maklumat itu seperti:
i. membanding
ii. membeza
iii. menyusun atur

iv. mengkelas

v. mengenal pasti sebab dan akibat


PEMIKIRAN ‘VERTICAL’ DAN ‘LATERAL’

 Pemikiran ‘vertical’ bermakna pemikiran secara logik


dan kritis.
Contoh: Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek.
Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku?

 Pemikiran ‘lateral’ bermakna mengeluarkan idea yang


baru tanpa berfikir secara logik; pemikiran ini
merupakan pemikiran secara kreatif.
Contoh: Bagaimanakah kita boleh ukur tinggi sesuatu
pokok?
PEMIKIRAN BERTUMPU DAN
BERCAPAH

Pemikiran bertumpu dan bercapah

Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran


diberi dalam menganalisis sesuatu data atau Dalam pemikiran bercapah,
maklumat. kita hendak mengeluarkan idea-idea yang
Contoh: Ali deman. Dia tidur di bilik darjah. banyak, pelbagai dan baru.
Mengapa Ali tidak faham apa yang cikgu Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan?
mengajar?
 Aktiviti yang boleh digunakan untuk mengembangkan
kemahiran berfikir termasuk:

i. soal jawab
ii. sumbang saran
iii. Permainan
iv. pertandingan
v. kuiz
vi. teka teki
vii. perbahasan
viii. projek:
PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME
 Adalah satu proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia

 Unsur-unsur konstruktivisme tidak begitu ketara dan tidak


ditekankan.

 Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah


tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk
yang serba sempurna.

 Murid perlu bina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman


masing-masing.
Konstruktivisme
Tanggapan Utama Pengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar tahu
dan faham hanyalah persepsi kita. Ia ditentukan oleh kita
semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak

Kesan Guru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong


murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada.
Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk
analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru
menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi
membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi

Respons Guru "Ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan tolong
anda mengetahui bagaimana anda boleh belajar mengenainya"
"Saya ajar ini, mereka belajar itu"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya
tidak pernah rancang untuk ajar mereka"
PRINSIP PEMBELAJARAN ALA
KONSTRUKTIVISME
 Otak itu prosesor yang selari
Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi dan
pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai
strategi pengajaran.
 Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi.
 Emosi adalah kritikal kepada pencorakan.
Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan sikap.
 Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak.
Orang menghadapi masalah membelajari sesuatu jika bahagian
kecil atau keseluruhan diabaikan.
 Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran
diselitkan dalam ingatan natural dan ruang.
Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.
 Lapan kecerdasan diperkembangkan menurut Howard Gardner, seorang
mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan berikut:

i. Bahasa
ii. Logik-matematik
iii. Ruang (spatial)
iv. Muzik
v. Kinestetik
vi. Interpersonal
vii. Intrapersonal
viii. Naturalistik
Kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan

Bahasa Menulis karangan, sajak, Penulis, penyajak,


puisi, pantun dan penceramah
memberi ucapan

Logik Matematik Menakul, kiraan, Saintis, jurutera,


membuat analisis akauntan

Ruang Mencorak, melukis, Pelukis, pengukur


mengukir

Muzik Mencipta lagu, Pencipta lagu, penyanyi,


menyanyi, menikmati pemain alat muzik,
muzik, memain alat peminat muzik
muzik
Kinestetik Gerakan, tarian, Atlit, pemain bola sepak,
lakonan, sukan, memain peninju, penari, pelakon
permainan
Kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan

Interpersonal Perhubungan manusia Diplomat, ahli politik,


peniaga
Intrapersonal Nilai murni, pendirian, Pengarang, penyajak,
falsafah ahli falsafah

Naturalistik Mengecam sifat semula Pemburu, petani, ahli


jadi, memburu dan sains semulajadi
pertanian
SENARAI RUJUKAN
 Internet
www.scribd.com/doc/5517475/TEORI-PERKEMBANGAN-
KOGNITIF
teoripiaget.blogspot.com
www.scribd.com/doc/2523991/kemahiran-berfikir
NOR MAZIAH BINTI MAZLAN
NUR SHAZWANI BINTI MOHD NORIZAN
NUR BARAA AH BINTI AHMAD NASPU
NORHASHIKIN BINTI HARUN

Anda mungkin juga menyukai