Anda di halaman 1dari 2

KEFARDHUAN SOLAT

Solat merupakan ibadah yang telah difardhukan oleh Allah s.w.t. sebanyak lima kali sehari semalam ke atas setiap orang Islam yang mukallaf tanpa diuzurkan kepadanya selagi akalnya masih sempurna, sekalipun dia sakit tenat. Mukallaf bererti seorang Muslim yang wajib melakukan kewajipan agamanya dengan syarat dia telah berakal, sampai umur; sejahtera kedua-dua pancaindera mata dan telinga sejak dari lahirnya atau mumayyiz (tahu membezakan baik dan buruk) serta sampai kepadanya seruan agamanya. Oleh itu pesakit yang tidak mampu solat berdiri, dibolehkan kepadanya duduk. Sekiranya dia tidak mampu juga berbuat demikian, maka dibolehkan kepadanya bersolat di dalam keadaan berbaring. Jika masih juga dia tidak mampu, maka hendaklah dia bersolat dengan berisyaratkan perbuatan solat itu dengan kelopak matanya. Andainya dia masih tidak mampu lagi, hendaklah dia bersolat di dalam hatinya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Ibrahim (14) ayat ke 40;

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim 14: 40)

Al-Quran Al-Karim banyakkan memperingatkan kepada manusia tentang kewajipan dan kefardhuan mendirikan solat. Ia adalah dalil yang memfardhukan solat kepada manusia. Antaranya di dalam firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nisa (4) ayat yang ke 103;

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (An-Nisa 4: 103)

Firman Allah s.w.t. lagi di dalam surah Al-Baqarah (2) ayat 238;

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya solat Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk. (Al-Baqarah 2: 238)

Di dalam surah Al-Ankabut (29) ayat ke 45; 1

Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan. (AlAnkabut 29: 45)

Tidak kurang juga melalui sabda-sabda Rasulullah s.a.w. yang antaranya bermaksud; Asas segala urusan adalah Islam. Tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah fisabilillah. (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Baginda s.a.w. lagi; Islam didirikan atas lima dasar iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan yang tempat diperhambakan diri melainkan Allah, dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan sabdanya lagi; Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat.

Anda mungkin juga menyukai