Anda di halaman 1dari 2

ketiga dibuat oleh sebuah majlis mesyuarat ( Syura ) yang telah ditubuhkan oleh Umar bin al-Khattab sebelum

kematiannya. E. Saidina Ali r.a menjadi khalifah yang ke-empat - Setelah berlaku kontroversi tentang pembunuhan Uthman r.a, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina Ali r.a. Perlantikan Ali bin Abi Talib berlaku pada tahun 35 Hijrah. Namun begitu Ali juga akhirnya dibunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya. Bulan Zulhijjah juga merupakan bulan terserlahnya simbol kekuatan dan perpaduan ummat Islam iaitu melalui ibadah Haji dan Wukuf di padang Arafah. Bayangkan berjuta-juta umat Islam tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa,dan kedudukan bersama-sama mengerjakan ketaatan kepada-Nya. Selain itu,kita disunnatkan berpuasa pada 9 hari pertama termasuk pada hari Arafah ( kecuali bagi orang wukuf dalam mengerjakan haji ).Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Puasa pada hari Arafah,saya mengharap agar Allah akan menghapuskan ( dosa ) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang" ( Muslim ). Kita juga disunnatkan bertakbir ( Allahu Akbar ) dan berzikir padanya, Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : "Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum"( hajj : 28 ), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah, Oleh kerana itu para ulama' menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu Umar r.a yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah,di antaranya : " Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil ( La Ilaha Illah Allah ),takbir ( Allahu Akbar ) dan Tahmid ( Alhamdulillah )". Perkara Sunnat lain adalah : 1. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa.Semoga dengan amalan baik ini dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. 2. Memperbanyakkan amalan soleh ( baik ) terutama amalan-amalan sunat seperti solat sunat, bersedekah, membaca Al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

ZULHIJJAH
Sejarah telah merakamkan berbagai peristiwa yang berlaku di bulan Zulhijjah. Zulhijjah merupakan bulan terakhir dalam kalendar Islam. Antara peristiwa penting yang berlaku ialah:A. Pengorbanan Nabi Ismail a.s. - Nabi Ibrahim a.s. yang medapat gelaran Rasul Ulul'Azmi sekali lagi membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk mengorbankan anak yang disayangi Ismail a.s. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam melalui sembelihan korban sama ada unta,lembu,atau kambing pada 10,11,12 atau 13 Zulhijjah. B. Bai'tul Aqabah - Pada tahun ketiga belas selepas perlantikan Rasulullah s.a.w. menjadi nabi, berlakulah peristiwa Bai'tul Aqabah ( Perjanjian setia Aqabah )yang disertai kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahankan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah s.a.w kepada penduduk Yatsrib ( Madinah ). Sebenarnya Bai'tul Aqabah adalah pembuka kunci kepada penghijrahan Nabi s.a.w ke Madinah. C. Hajjatul Wida' ( Haji Selamat Tinggal ) - Rasulullah s.a.w. hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidup baginda. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi s.a.w. mengerjakan ibadah haji yang dikenali dengan Hajjatul Wida'. Dalam peristiwa Hajjatul Wida' itu,baginda s.a.w. menyampaikan khutbah terakhirnya ( Khutbatul Wida' ) yang terkandung amanat-amanat tentang peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam. D. Saidina Umar r.a. meninggal dunia dan Saidina Uthman r.a sebagai pengganti - Umar adalah khalifah yang kedua selepas Saidina Abu Bakar r.a. Beliau adalah sahabat rapat Rasulullah s.a.w. dan terkenal dengan sifat tegas dan cerdik sehingga digelar sebagai Umar Al-Faruk ( pembeza ). Pada tahun 23 Hijrah, Amirul Mikminin Umar bin Al-Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu'luah al-Majusi. Perlantikan Uthaman bin Affan sebagai khalifah

3. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu sama ada pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan solat fardhu lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji', takbir bermula dari waktu Subuh hari Arafah ( 9 Zulhijjah ) dan bagi yang menunaikannya,takbir bermula pada waktu Zohor Hari Raya Haji ( 10 Zulhijjah ), kesemuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ketiga belas (13)Zulhijjah. 4. Disyariatkan melakukan korban ( menyembelih haiwan ternakan ) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq ( 11,12 dan 13 Zulhijjah ). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim a.s setelah Allah Ta'ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail a.s yang kemudian ditebus atau digantikan dengan seekor kibas untuk disembelih. 5. Menunaikan solat hari raya secara berjamaah,mendengar khutbah serta pengajaran daripadanya. 6. 29 Zulhijjah : membaca doa akhir tahun setelah selesai solat Asar hingga sebelum masuk waktu maghrib.. Maka selaku umat Islam hendaklah kita memperbetulkan kefahaman kita bahawa bulan Zulhijjah bukanlah sekadar bulan haji sahaja yang di sambut ala kadar sebagaimana biasa bahkan bulan Zulhijjah sebenarnya adalah bulan yang penuh keberkatan. KELEBIHAN IBADAH KORBAN Amalan menyembelih korban merupakan satu ibadah sunat yang dikerjakan pada setiap hari Raya 'Idul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Korban iaitu pada 10,11 12 dan 13 Zulhijjah. Binatang-binatang korban itu pula terdiri daripada unta, lembu, kerbau atau kambing. Ibadat ini menjadi bukti keikhlasan dan kesetiaan serta ketaatan hamba kepada Allah. Melaksanakan ibadah mempunyai banyak kelebihan yang dikurniakan oleh Allah. Dengan berkoban kita mendapat tempat yang mulia di sisi Allah, sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam sabdanya bermaksud :

" Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya. Sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia disisi Allah 'Azza wajalla" ( hadis riwayat Thabarani) Berkorban juga boleh menebus dosa-dosa kita iaitu dengan setiap titisan darahnya , sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah bermaksud : "Hai Fatimah berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atau dosa-dosamu " ( Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban ) Binatang -binatang yang dikorbankan tersebut akan menjadi tunggangan atas titian (sirat ) pada Hari Kiamat, sepertimana dipetik daripada kitab Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : "Perbesarkanlah oleh kamu akan sekalian korban kamu kerana bahawasanya ia jadi tunggangan kamu atas titian pada Hari Kiamat." Bulu binatang yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan sebagaimana menurut sebuah hadis bermaksud : "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan" ( Hadis riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim ) Jika diperhatikan daripada keterangan di atas, jelas bahawa keseluruhan amalan atau pekerjaan yang berhubung-kait dengan ibadah korban itu, mempunyai kelebihan yang sangat besar kepada orang yang melakukan ibadah korban itu. Bermula daripada perbuatan menyembelih, menyaksikan penyembelihan, darah, bulu, dan memperbesarkannya semuanya akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
www.masjidlekir.blogspot.com / www.dakwahpdf.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai