Anda di halaman 1dari 1

Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara.

Menghalang hidayah Allah dan sukar untuk menerima nasihat.

HUKUMAN PEMINUM ARAK

ARAK ADALAH PUNCA KEMAKSIATAN


Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Sahih Muslim)
Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w Ertinya : "Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram (walaupun belum memabukkan)" ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih) Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk. Kerana itu nabi menyebut :Ertinya : "Arak itu adalah ibu kepada kejahatan" (Hadis Hasan : Sunan Turmizi)

Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulangulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim di dalam Kerajaan Islamiyah). HASIL KAJIAN ARAK MEMBINASAKAN Menurut statistik rasmi di United Kingdom (UK), Alcohol-related crime adalah seperti berikut : 1. Hampir 45 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alkohol (arak). 2. 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alkohol (arak) 3. Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk (Source: British Crime Survey 2007/08). Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :

Merosakkan akal fikiran dan kesihatan Merosakkan akhlak dan akidah seseorang Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah

Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.
www.dakwahpdf.blogspot.com / www.masjidlekir.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai