Anda di halaman 1dari 29

SULIT 910/1 Bahasa Malaysia 1 2008 2 jam

910/1

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA

PENILAIAN PENGESANAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2008

BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 Dua jam

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah. Jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 28 halaman bercetak

STPM 910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[Lihat sebelah SULIT*

2 Soalan 1 hingga 3 berdasarkan carta di bawah ini.

Pasal kawasan hutan di situ jangan siapa cuba mainkan dia. Lamid tahu berapa selekoh, berapa alur air, berapa pokok meranti, berapa pokok meribong, berapa banir, berapa busut! Tak siapa pun dapat lepas kalau Lamid hambat. Tubuh pendeknya dengan punggung tonggek, mudah saja dia mendaki bukit setinggi mana. Mudah saja merentas ikut lereng bukit berbatu kerikil. Kaki kematunya tidak pernah gentar dengan duri nibung atau onak duri apa pun. Lamid pantas meredah belukar padat. Siapa pun tak dengar kakinya memijak ranting atau daun-daun kering di tanah. Tapi Lamid tak pernah mencabar siapa pun pasal kawasan hutan di situ. Terbongkok-bongkok dia mengenakan dawai jerat. Joran jeratnya batang penak besar lengan sudah dilentur. Dawai kawat lambar dua tersangkut kukuh di hujung joran. Gelungnya betul-betul melingkar di atas denai tempat binatang melintas. Gelung melingkar itu diserengkup baik-baik dengan daun-daun kering. Lamid yakin betul-betul jeratnya sudah dipasang kuat. Dia akan tinggalkan di situ. Esok akan dijenguk. Tulat akan dijenguk. Bingkas atau tidak bingkas bukan soal penting lagi. Lamid mesti jenguk berulang-ulang. Usik jeratnya samalah macam meludah mukanya dengan kakah pekat. Ludah muka samalah macam mencabar jantan. Lamid tiada peduli siapa lagi kalau jantannya sudah dicabar. Lamid bersumpah tidak mahu mengadu pada Batin Dabin. Dia akan cari sendiri pencuri yang mengganggu jeratnya. Dia akan ajar cukup-cukup, sampai satu kawasan hutan tahu jantan Lamid. Dia mula menuduh Itam yang mencuri. Itam anak muda panas baran itu memang tak takut siapa. Kalau tidak segan pada Batin Dabin, tentu Itam berani cabul Jemah . Hatinya sudah tetap mahu menikah dengan Jemah. Sama ada Jemah suka atau tidak dia juga tidak ambil pusing. Perlahan-lahan dia mencari banir tempat berlindung jauh dari jeratnya terpasang. Dia mahu tunggu di situ. Biarlah sampai jauh malam baru balik. Biarlah tidak balik rumah

langsung. Lamid sanggup. Tali jerat tidak putus kena rentap. Cerutnya terbuka sendiri bagaikan dibuka orang. Itu yang menyebabkan Lamid kuat menuduh Itam datang awal darinya. Itam tidak ada di rumah

3 sewaktu dia bangun dari tidur. Dendam Lamid membara. Cemburunya pada Itam semakin meluap-luap. ( Disesuaikan daripada cerpen Jerat oleh Dharmala N. S dalam Dewan Masyarakat)

1.

Lamid memang boleh berlari pantas di hutan kerana I. dia boleh menuruni cerun begitu laju

II. dia mudah merentasi bukit-bukit yang tinggi III. dia dapat mengejar semua orang di hutan itu IV. kakinya tidak pernah menjejak bumi semasa berlari

A. B. C. D.

I dan II I dan IV II dan III III dan IV

2.

Mengapakah dikatakan Lamid seorang yang betul-betul mahir di hutan? I. Dia mengetahui semua laluan di hutan

II. Dia mengetahui tempat untuk berlindung III. Dia mengetahui tempat binatang bersembunyi IV. Dia dapat mengingat bilangan tumbuhan di hutan

A. I, II dan III B. I, III dan IV C. I, II dan IV D. II, III dan IV

3.

Mengapakah Lamid berani menuduh Itam yang mencuri hasil jeratnya? I. Itam tidak takut kepada sesiapa

4 II. Itam juga berminat dengan Jemah III. Itam tiada di rumah sewaktu dia bangun IV. Jeratnya menunjukkan tanda dibuka orang

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

Soalan 4 hingga 7 berdasarkan petikan di bawah ini

Tidak syak lagi bahawa dengan segala kecanggihan di bidang teknologi maklumat yang kian menyemarak, dunia kini menjadi semakin kecil. Apa-apa sahaja peristiwa penting yang berlaku di mana-mana bahagian dunia akan menjadi berita sejagat dalam masa yang singkat , malah kerap pula dapat dinikmati secara terus-menerus di bilik tidur kita. Demikianlah, era siber yang telah mewujudkan sebuah dunia tanpa sempadan dengan langit yang tidak lagi tertutup. Oleh sebab tidak mahu ketinggalan dalam arus siber yang berkembang pesat, kita kini sedang membina dan mengembangkan prasarana teknologi maklumat menerusi Koridor Raya Multimedia (MSC). Projek Cyberjaya yang serba canggih dan menelan biaya berbilion-bilion ringgit itu akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara terunggul di dunia dalam bidang berkenaan. Salah satu ciri penting dalam perkembangan teknologi maklumat sekarang ialah perkhidmatan internet, iaitu satu talian ajaib yang dapat menyalurkan berjuta-juta fakta dan data tentang apa-apa sahaja daripada seluruh pelosok dunia. Hanya dengan menekan butangbutang tertentu, segala maklumat yang diperlukan akan menjelma pada skrin komputer kita semuanya jelas, terang, menarik , dan berwarna-warni pula. Sebagai jaringan bebas yang berupaya menyelusup ke mana-mana sahaja tanpa sebarang batas dan sempadan, internet juga ialah kilang segala sampah sarap yang boleh meracuni minda pengguna, terutama para ramaja. Ada sekian banyak laman web yang mendedahkan bahan-bahan negatif termasuk propaganda tentang fahaman-fahaman tertentu, penghinaan

5 terhadap agama, unsur-unsur yang bercanggah dengan budaya dan kesopanan kita, dan berbagaibagai bentuk kelucahan. Sejak kebelakangan ini internet telah digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah, khabar-khabar angin, gosip-gosip liar dan beritaberita palsu. Sesetengah bahan negatif yang disebarkan ini memang mendatangkan kesan buruk. Banyak pihak yang menyatakan kebimbangan dan prihatin tentang penyebaran bahanbahan negatif menerusi internet. Jabatan Perpaduan Negara sudah pun menubuhkan satu unit khas untuk mengesan dan mengawasi pihak yang menyebarkan maklumat palsu di internet. Pihak berkuasa juga telah mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin melalui internet, tetapi bolehkah sampah sarap ini dinyahkan daripada internet? Sebenarnya kecenderungan menggunakan internet untuk menyebarkan bahan-bahan

negatif ialah sesuatu yang sukar untuk disekat. Undang-undang untuk mengawsi perkara ini memang ada, tetapi sesiapapun tidak mempunyai keupayaan untuk mengesan, apatah lagi untuk mengawasi berjut-juta laman web di internet. Tambahan pula Koridor Raya Multimedia yang sedang pesat dibangunkan akan membuka seluas-luasnya pintu inernet tanpa sebarang sekatan. Jadi, satu-satunya cara untuk bebas daripada pengaruh negatif ini adalah dengan kematangan dan kewajaran kita memilih maklumat. Kita sendiri mesti membina kekebalan dalaman salah satu caranya menerusi asas keagamaan yang tulen agar tidak mudah menerima dan terpengaruh dengan sampah sarap di internet.

4.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan daripada kecanggihan bidang teknologi maklumat? I. Proses globalisasi semakin dominan dan dunia kini menjadi semakin kecil

6 II. Penyebaran bahan-bahan negatif di internet meracuni minda anggota masyarakat terutaman para remaja III. Dunia kini menjadi lebih demokratik kerana fahaman-fahaman tertentu dapat disebarkan secara bebas dan meluas IV. Kehidupan penduduk negara-negara dunia ketiga semakin maju kerana dapat berkongsi maklumat dengan negar-negara maju

A. I dan II B. II dan III C. I dan IV D. III dan IV

5.

Cara yang paling berkesan untuk menangani penyebaran bahan-bahan negatif di internet ialah A. pendidikan moral dan agama yang sempurna B. mengembangkan prasarana teknologi maklumat yang terkini C. mengadakan undang-undang yang ketat untuk menyekat penyebaran maklumat negatif D. menubuhkan satu unit khas untuk mengesan dan mengawasi pihak yang menyebarkan maklumat palsu Antara yang berikut, manakah maklumat yang tergolong sebagai sampah sarap di internet? I. Fitnah

6.

II. Bahan lucah III. Iklan perniagaan IV. Propaganda fahaman tertentu

A. I, II dan III B. I, II, dan IV C. I, III, dan IV

7 D. II, III dan IV

7.

Berdasarkan petikan di atas, penyataan-penyataan yang berikut adalah benar kecuali A. Memang sukar untuk menyekat penyabaran bahan-bahan negatif di internet B. Antara keburukan internet ialah penyebaran bahan-bahan negatif yang merosakkan minda para remaja C. Kerajaan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penyebaran maklumat palsu di internet D. Kecanggihan teknologi maklumat membolehkan segala maklumat secara jelas, pantas dan menarik disampaikan

Soalan 8 hingga 10 berdasarkan maklumat di bawah Ditolak Pencalonan Pengumpulan maklumat Tapisan awal

Pengambilan awal

Tidak diterima (ke kelas biasa) Diterima

Penentuan calon

Ujian saringan Terus di kelas pemulihan

Ujian diagnostik Perancangan pengajaran Pengajaran Penilaian Analisis penilaian

Aktiviti susulan

Masuk ke kelas biasa

8.

Berdasarkan carta, dapat dilihat bahawa seseorang murid itu akan memasuki kelas pemulihan selepas melalui I. Kelas biasa

II. Ujian diagnostik III. Tapisan awal IV. Ujian saringan

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 9. Peringkat terpenting yang memungkinkan seseorang itu memasuki kelas pemulihan ialah peringkat A. Analisis ujian B. Tapisan awal

9 C. Pencalonan D. Ujian saringan

10.

Daripada carta di sebelah dapat disimpulkan bahawa ujian diagnostik penting untuk I. Mengenal pasti punca kelemahan

II. Menetapkan aktiviti susulan III. Memastikan ketepatan maklumat IV. Menentukan strategi pemulihan

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

11

Austronesia

Melayu Proto Penyataan yang berikut adalah benar tentang X kecuali

A. Penuturnya datang dari daerah Yunan pada kira-kira 2500 SM B. Penuturnya memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam C. Penuturnya merupakan kumpulan kedua yang datang ke Wilayah Asia Tenggara D. Penuturnya telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara

12

Pilih padanan yang betul antara batu bersurat dengan tempat dan tulisan. Batu bersurat A B C D Kedukan Bukit Karang Brahi Gandasuli Talang Tuwo Tempat Sumatera Jawa Acheh Palembang Tulisan Nagiri Nagiri Palava Palava

10

11 Berdasarkan petikan di atas, pilih penyataan yang BENAR. I. Tidak mempunyai e pepet atau ditulis dengan a

II. Menggunakan huruf v yang sekarang menggunakan huruf b III. Banyak konsonan diucapkan dengan aspirasi seperti ph, dz, kh IV. Awalan ber- muncul sebagai mar- dalam bahasa Melayu Kuno

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

14

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik? I. II. menggunakan subjek sering menggunakan bahasa dalam.

III. sering menggunakan ayat songsang. IV. banyak menggunakan partikel pun dan juga.

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

15

Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang menunjukkan perancangan bahasa Melayu pada peringkat pertama? I. Melaksanakan rancangan yang disusun

II. mempertimbangkan kedudukan bahasa-bahasa lain III. Memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan IV. Melaksanakan kajian semula terhadap kedudukan bahasa kebangsaan

12 A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

16

Antara pasangan perkataan yang berikut, manakah yang menyalahi pola keselarasan vokal bahasa Melayu ? A. telor subur B. semak tonton C. tulen pamer D. toleh toreh

17

Antara ayat yang berikut, yang manakah yang mempunyai kata berimbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit? A. Kehidupan duniawi penuh dengan cabaran dan dugaan B. Pesta budaya itu dirasmikan oleh seorang budayawan terkenal. C. Para hadirin berpuas hati dengan ucapan beliau pada malam itu. D. Kebanyakan karya novelis itu bertemakan semangat cinta akan negara.

18

Antara yang berikut, yang manakah mengandungi unsur percampuran kod? I. Ana tidak dapat hadir hari ini kerana Ana sibuk

II. You dikehendaki menyampaikan ucapan pada majlis itu III. Ah Seng, lu kasi ini barang sama anak gua IV. Saya amat gembira mendengar berita kejayaan awak itu

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

13 19 Antara ayat-ayat berikut, yang manakah contoh laras bahasa undang-undang? I. Pihak pentadbir hospital melakukan siasatan rapi terhadap kes amuk seorang pesakitnya. II. Tiada seorang warganegara boleh dilucutkan kebebasannya atau diambil nyawanya kecuali menurut undang-undang. III. Hakim membuat keputusan selepas mendengar penggulungan hujah Timbalan Kanan Pendakwa Raya dan peguam bela yang tertuduh. IV. Ali didakwa memiliki 130 butir peluru tanpa kebenaran sah mengikut Seksyen 57(1)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membawa hukuman mati mandotori.

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. II dan IV

20

I: II:

Gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa Seni penggunaan bahasa yang melibatkan penyampaian idea dengan menarik dan berkesan

Pilih pasangan penyataan yang betul.

I A B C D Retorik Dialek Laras Wacana

II Laras Wacana Retorik Variasi

14 21 I: Mengapakah anda masih sangsi dengan barangan keluaran kami? Sudah berpuluh-puluh tahun barangan keluaran kami memenuhi cita rasa anda. Cubalah sekarang! II: Orang yang saya cari itu namanya Wan Sapiah. Umurnya lebih kurang 70 tahun. Kulitnya agak cerah. Suaminya Haji Sani seorang guru Al-Quran dan pernah mengajar Al-Quran di surau Kampung Hulu

I dan II dalam petikan di atas merujuk kepada retorik berikut.

I A B C D Hujahan Pemerian Penceritaan Pujukan

II Penceritaan Pendedahan Penerangan Pemerian

22

Retorik hujahan boleh mengakibatkan A. penerima dapat memahami hal yang diperkatakan B. penerima berubah pendirian, pandangan atau kepercayaan C. penyampai menjadi optimis kepada bahan yang diperkatakan D. timbul kesan atau tujuan utama penulis terhadap emosi penerima

23

Pilih padanan hubungan penanda wacana dengan contoh ayat yang betul. Hubungan A B C Sebab dan akibat Sebab dan tujuan Sebab dan hasil Contoh Chong sangat rajin. Pendapatannya sangat tinggi. Raju sangat penat. Dia tertidur. Kita mesti bekerja bersungguh-sungguh. Kesungguhan menghasilkan kejayaan. D Syarat dan hasil Rubi cantik. Adiknya lebih cantik lagi.

15 24 Status I II III IV Senator Hakim Menteri Besar Mufti P Q R S Sapaan Sahibul Samahah Yang Amat Berhormat Yang Berhormat Yang Arif

Berdasarkan jadual di atas, pilih padana yang betul. I A B C D Q S R P II P Q S R III R P Q S IV S R P Q

25 Cara sebutan Bibir Letupan tak bersuara Letupan bersuara Letusan bersuara 1 2 4 Daerah sebutan Gigi-gusi 3 Lelangit keras

Berdasarkan carta konsonan di atas, konsonan [ t ] seperti dalam perkataan tilam, tutup, dan sukat terletak pada ruang yang bertanda A. 1 B. 2 C. 3 D. 4

16 26 Perkataan yang manakah menggunakan hentian glotis? I. saat

II. jumaat III. sekat IV. ketat

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

27

Berikut merupakan perkataan yang mengandungi konsonan asli kecuali I. filem

II. khabar III. nyanyuk IV. malam

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

28 Pita suara bergetar Keadaan bibir bundar dan terhampar Udara yang keluar tidak mengalami sebarang sekatan

Penyataan di atas merujuk cara-cara penghasilan bunyi A. vokal B. konsonan

17 C. diftong D. sengauan 29 (R) (Q)

(P) Diftong yang ditandai oleh (P) terdapat pada perkataan A. pertautan B. pentauliahan C. pertikaian D. pemboikotan

30

Yang manakah kedudukan konsonan [ n ] dalam jadual di bawah.

Cara sebutan Sengauan Letusan

Bibir A

Gigi - gusi B

Lelangit keras

Lelangit lembut D

31

Yang manakah perkataan yang mengandungi vokal belakang separuh sempit? I. II. Borong Sorong

III. Tuntun IV. Sarang

A. I dan II B. I dan III

18 C. II dan IV D. III dan IV

32

Ayat yang manakah menggunakan kata sendi dengan betul? A. Dalam hal peralihan kuasa politik, semua pihak harus berfikiran rasional. B. Kaunselor harus bertindak bijak di dalam menangani masalah pelajar di sekolah C. Azlan dan Zulaikha berkenalan di majlis ulang tahun kelahiran teman mereka iaitu Rozi. D. Ayah memberi hadiah yang istimewa itu pada Ahmad kerana kejayaannya dalam peperiksaan.

33

Antara ayat yang berikut, yang manakah menggunakan kata penegas? A. Lelaki itu bukan kaya sangat tetapi pemurah. B. Masalah itu dirasai juga oleh penduduk di situ. C. Persembahan peserta itu sungguh di luar dugaan. D. Mereka masih bertenang dalam saat-saat genting begini.

34

Antara yang berikut yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja pasif. I. Memorandum itu ditulisnya.

II. Lauk yang sudah basi terhidang oleh emak. III. Salman terlanggar budak itu ketika sedang bermain bola. IV. Masalah kerosakan akhlak pelajar telah saya bincangkan dengan pengetua.

A. I,II dan III B. I, II, dan IV C. I,III dan IV D. II, III dan IV

19 35 Emak masih makan Pertanyaan bapa belum berjawab Hari sudah siang

Kata-kata yang berhuruf condong dalm ayat-ayat di atas ialah A. Kata bantu aspek B. Kata bantu ragam C. Kata penegas D. Kata penguat

36

Antara yang berikut, ayat manakah yang menunjukkan penggunaan kata hubung keterangan jenis tujuan I Pasukan keselamatan berjuang bermati-matian demi mempertahankan negara. II Perdana Menteri menyeru rakyat Malaysia supaya berusaha dengan Bersungguh-sungguh. III IV Pegawai keselamatan itu berkawal dengan menggunakan senjata api. Asrama itu dibina bagi menempatkan anak-anak yatim.

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. II dan IV

20 37 Daripada jadual yang berikut, pilih padanan yang betul. Kata kerja tak transitif berpelengkap A Hasnah sedang bergurau di ruang tamu. B Bapa tidak berkereta ke pejabat hari ini. C D Ayam borek itu sudah bertelur. Pesakit itu sudah beransur baik Mereka berterima kasih kerana pertolongannya. Barang itu sudah bertukar tangan. Pokok durian ayah saya mula berbuah Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap Banduan itu berbuat jahat lagi.

38

Antara berikut, ayat yang manakah mengandungi kata kerja tak transitif dengan pelengkap frasa sendi nama? A. Setelah menjalani pemeriksaan doktor, keadaan nenek beransur sihat. B. Sejak kecil lagi, Siti bercita-cita menjadi seorang pensyarah yang berjaya. C. Ali dan keluarganya telah menetap di Kampung Sentosa sejak tiga tahun lalu. D. Perompak yang dibunuh oleh polis itu bersenjatakan pisau dan parang panjang

39

Yang berikut,merupakan ayat yang menggunakan kata pemeri dengan betul kecuali A Hadiah ini adalah untuk kakak saya B Mereka ialah delegasi dari Argentina C Peguam itu ialah anak kepada seorang jutawan

D Adalah diisytiharkan, esok merupakan cuti umum bagi seluruh negara

40

Imbuhan pada perkataan yang manakah mengekalkan jenis golongan kata? I. Kerajaan

II. Kecantikan III. Pemusnahan IV. Perumahan

21 A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

41

Antara ayat yang berikut, yang manakah yang menggunakan kata bilangan dengan betul? A. Masalah ini sering dihadapi oleh kebanyakan para pendidik. B. Berbagai kemudahan telah disediakan untuk atlit menjalani latihan C. Kita patut menghormati kedua ibu bapa kita yang telah memelihara kita sejak kecil. D. Setengah-setengah penduduk di kawasan itu tidak bersetuju dengan rancangan pembangunan yang telah dilaksanakan.

42

Antara ayat yang berikut, yang manakah mengandungi kata kerja aktif transitif? A. Kebanyakan pekerja kilang itu tinggal di rumah pangsa. B. Penyalahgunaan dadah mengancam kesejahteraan masyarakat. C. Penyakit Pak Ali beransur sembuh sejak dua minggu yang lalu. D. Pembangunan di luar bandar menjadi semakin pesat kebelakangan ini.

43

Manakah daripada ayat-ayat berikut mengandungi frasa yang menyalahi hukum D-M? I. Setiap petang dia tidak lupa membeli pisang goreng di gerai itu

II. Bilik tidurnya dilengkapi dengan mesin penghawa dingin III. Timah mencampurkan perasa serbuk dalam masakannya IV. Seperti lain-lain negara, Indonesia juga mempunyai bank pusatnya sendiri

A. I dan II B. I dan III

22 C. II dan III D. III dan IV

44

Antara ayat yang berikut, yang manakah yang tidak boleh dipasifkan? I. Memancing ikan menjadi kegemaran mereka sejak kecil

II. Tuhan membuka pintu syurga kepada orang yang bertaubat III. Warna merah menjadi lambang keberanian dan kegagalan IV. Dermawan itu membiayai semua aktiviti kebajikan persatuan itu.

A. I dan III B. II dan IV C. III dan IV D. I, II, dan IV

45 Encik Ali menghadiahi anaknya sebuah buku cerita Ayat di atas ialah ayat aktif transitif kerana I. mempunyai objek

II. boleh dipasifkan III. mempunyai penerang kata kerja IV. menjadikan subjek sebagai judul

A. I, II, dan III B. I, II, dan IV C. I, III, dan IV D. II, III, dan IV

23 46 Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja dengan pelengkap. A. Penceramah itu berada di kolej itu. B. Emak masih belum pulang dari masjid. C. Ayah sedang tidur di dalam bilik ketika banjir itu berlaku. D. Peserta kursus motivasi itu datang dari seluruh negara.

47

Antara yang berikut, yang manakah ayat aktif transitif ? I. Konflik di Afghanistan mengancam keselamatan rakyatnya. ditinggalkan kakaknya.

II. Budak itu menangis kesakitan setelah

III. Peserta pidato itu menjerit gembira setelah muncul sebagai pemenang. IV. Kekalahannya membuktikan bahawa latihan yang dijalani tidak berkesan.

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

48

Yang manakah ayat pasif yang betul penggunaan Kata Ganti Nama Diri. I. Seluar itu dijahit oleh emak semalam.

II. Baju yang lusuh itu ayah buang. III. Ranting-ranting kering yang bertaburan itu ibu bakar. IV. Penunggang yang melanggar peraturan itu kena saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

24 49 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang menepati pola FN + FK? I. Rumah peninggalan ayah saya di Kampung Durian Daun.

II. Pasukan tentera itu baru balik dari sempadan negara. III. Mat Hassan pemuzik tradisional yang terkenal sejak dahulu. IV. Anak kesayangan ayah sedang bersembunyi di sebalik pintu.

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

50

Yang manakah padanan ayat yang betul?

A B C D

Dia tidur bertilamkan lantai Ke sekolah pelajar itu setiap hari. Hal itu telah saya bincangkan dengannya. Hasan memburu binatang di dalam hutan.

Ayat Aktif Ayat Dasar Ayat Pasif Ayat Majmuk

51 Pemilik syarikat kenderaan awam akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya pemandu mereka melakukan kesalahan jalan raya.

Ayat di atas I. Mengalami pengguguran subjek

II. Mengalami pengguguran objek III. Mengandungi klausa keterangan syarat IV. Mengalami proses peluasan dengan kata hubung

25 A. I dan II B. II dan III C. I dan IV D. III dan IV

52 Ayat

Frasa Nama

Frasa Kerja

Kata nama (inti) Kata nama (inti)

Kata bantu

kata kerja

unsur keterangan

Antara yang berikut, ayat manakah yang menepati rumus di atas? A. Bumbung rumah itu belum dibaiki lagi B. Teruna dara masih bersantai di tepi pantai. C. Pemandu bas sedang menunggu penumpang. D. Masyarakat Melayu akan menyambut hari raya tidak lama lagi.

53

Antara yang berikut, ayat manakah yang mengandungi subjek kata adjektif yang

berfungsi sebagai kata nama? I. Merah melambangkan keberanian.

II. Kaya impian semua orang di dunia ini III. Menari boleh melangsingkan badan seseorang. IV. Kejujuran gadis itu memikat hati putera raja itu.

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

26 54 Antara yang berikut, yang manakah ayat tanya terbuka? I. Benarkah dia sudah pulang dari kerja?

II. Adakah kamu menyertai pertandingan itu ? III. Siapakah guru sejarah yang cekap mengajar? IV. Bagaimanakah keadaan kesihatannya sekarang?

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

55

Antara yang berikut, ayat manakah yang mengandungi kata kerja transitif aktif dengan dua objek? I. Kakak membelikan ibu seutas rantai.

II. Kassim melukis gambar pemandangan yang cantik itu. III. Suraya menjahitkan adiknya sepasang baju kurung berwarna merah. IV. Sultan Perak menganugerahi tokoh korporat itu darjah kebesaran negeri.

A. I, II, dan III B. I, II, dan IV C. I, III, dan IV D. II, III, dan IV

56

Ayat yang manakah yang telah mengalami proses pengguguran? I. Shukri tidak datang ke sekolah kerana rumahnya dilanda banjir kilat.

II. Fatimah melonjak kegirangan apabila lulus dalam temuduga jawatan itu. III. Cikgu Amran tetap meneruskan tugasnya walaupun badannya kurang sihat. IV. Pelajar itu meraih kejayaan cemerlang setelah bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran.

27 A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

57 Sekolah Bestari

Kafe siber

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tandatangan digital

Koridor raya multimedia

Rajah diatas merujuk kepada A. Hiponim B. Polisemi C. Homonim D. Homofon 58 Dua pasang mempelai itu sedang bersanding di atas pelamin Ibu melarang adik bermain di tepi pantai kerana air laut dijangka akan pasang.

Perkataan berhuruf condong dalam penyataan di atas merujuk kepada A. Hiponim B. Homonim C. Homofon D. Homograf

28 59

I.

Semenjak kejadian kecurian di kampung itu, ayah tidak lena tidur sekadar tidur ayam sahaja

II. Semasa ibu sedang menanak nasi, ayah masih belum pulang dari kerja

Jenis kiasan yang berhuruf condong dalam ayat I dan II ialah

I A B C D Pemanis Asal Terus Sandar Permanusiaan Melarat Berpindah Melompat

II

60 Jenis Peribahasa I II Simpulan bahasa Perumpamaan P Q Contoh Laksana katak diharung ular Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan III Bidalan IV Pepatah R S Panjang tangan Taku kerana salah, berani kerana benar

Pilih padanan yang betul antara jenis peribahasa dengan contohnya.

I A B C D Q R R P

II R P P R

III S Q S Q

IV P S Q S

29 SKEMA JAWAPAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 D C D A A B C D D B A D B C C C B A D C 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 D B A C C A A A C B A A B B A D D C D B 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 D B D A B A B B C C D B A D C C A B D B

Anda mungkin juga menyukai