Anda di halaman 1dari 39

1

910/1 SULIT 910/1 BAHASA MALAYSIA 1 2010 2 JAM

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA.

PENILAIAN PENGESANAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PEPERIKSAAN MALAYSIA 2010

BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 Dua jam

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Jawab semua soalan.Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah. Jumlah markah anda dalam peperiksaan kertas ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 28 halaman bercetak

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

2 Soalan 1 hingga 3 berdasarkan petikan di bawah Beberapa bulan lalu Badan Pencegah Rasuah(BPR) telah membongkar satu kegiatan sindiket di negeri Perak yang menawarkan lesen memandu kepada sesiapa sahaja yang sanggup membelinya. Dengan membayar wang antara RM300- RM 1500, seseorang dijamin akan mendapat lesen terbang dalam masa yang singkat, tanpa perlu mengikuti kelas memandu. Sindiket ini dikatakan telah memungut berpuluh-puluh ringgit dan lebih 100 000 lesen terbang dikeluarkan. Anehnya , setelah dilakukan sekian lama dan semua orang mengetahui mengenainya, tidak ada usaha bersungguh-sungguh dilakukan untuk membanteras kegiatan ini. Akhirnya umum menganggap budaya lesen kopi o ini sebagai sesuatu yang telah diterima oleh semua pihak. Dengan jumlah yang begitu besar, tidak hairanlah sekiranya jalan raya dan lebuh raya kita terus menjadi medan maut. Tahun lalu lebih 4000 orang maut kerana kemalangan kenderaan. Namunbegitu biarlah lambat, sekurang-kurangnya satu permulaan yang bersungguh-sungguh telah dilakukan dalam usaha memerangi penyelewengan dan rasuah di jabatan-jabatan yang terlibat. Yang diharapkan sekarang ialah tindakan tegas BPR ini janganlah hangat-hangat tahi ayam. Siasatan hendalah terus menerus dilakukan terhadap mana-mana pihak tanpa mengira bulu. Sesuatu yang lebih penting, pihak berkuasa yang lain hendaklah bekerjasama dan bertindak segera terhadap hasil siasatan BPR. Tidak ada ertinya ketegasan dan siasatan BPR, sekiranya badanbadan lain, terutama Jabatan Peguam Negara memerapkan fail hasil siasatan itu tanpa sebarang tindakan lanjut. Mereka yang disyaki terlibat, tidak terkecuali kakitangan dan pegawai JPJ hendaklah didakwa segera dan hukuman yang setimpal patut dijatuhkan sekiranya mereka terbukti bersalah. Tidak ada tolak ansur terhadap mereka yang memandu kenderaan di jalan raya. Mereka perlu mendapatkan lesen memandu yang sah setelah mengikuti kelas memandu dan melalui ujian, sebelum memegang stereng. Tanpa pengetahuan dan kemahiran memandu mereka sebenarnya berisiko tinggi ketika di jalan raya, walaupun mereka telah mengeluarkan wang untuk membeli lesen terbang. Apa apa pun kesudahannya, lesen terbang bukanlah perkara baru. Sejak berpuluh-puluh tahun lalu penyelewengan dalam pengeluaran lesen-lesen memandu ini bukan rahsia lagi. Setiap hari kenderaan sentiasa bertambah di jalan raya dan lebuh raya kita tetapi kita tidak mahu bilangan pemandu yang tidak bertanggungjawab juga meningkat. Tiada lesen terbang tiadalah pemandu hantu (Dipetik dan diubah suai daripada Lesen Terbang dan Pemandu Hantu oleh Abdullah Ali, Dewan Masyarakat, November 2000)

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

3 1. Bentuk kerjasama yang dapat membanteras kegiatan Lesen Terbangialah A. Pihak berkuasa harus bertindak segera terhadap siasatan BPR . B. Pihak berwajib haruslah bertindak segera dan mendakwa sesiapa sahaja yang terlibat.dalam kegiatan ini. C. Jabatan Peguam Negara haruslah menangkap kakitangan dan pegawai JPJ jika mereka terlibat dalam kegiatan jenayah. D. Pihak BPR dan Jabatan Peguam perlulah berganding bahu untuk membanteras masalah ini. 2. Berdasarkan petikan, faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan Lesen Terbangialah I. II. III. IV. Penerimaan masyarakat sebagai satu kelaziman Tidak ada sebarang tindakan tegas diambil oleh pihak tertentu Mengalakkan lambakan kenderaan di jalan raya sebagai satu kemudahan. Penyelewengan dalam pengeluaran lesen memandu tidak boleh dibendung lagi

A. I, II, dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II , III dan IV 3. Negara memerapkan fail hasil siasatan membawa maksud A. Menyimpan maklumat yang telah diperoleh. B. Tidak mengambil tindakan terhadap semua kesalahan C. Menyimpan maklumat untuk mendapatkan bahan bukti yang lebih kukuh. D. Tidak melaksanakan tindakan serta menyimpan maklumat yang telah selesai diperiksa.

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

4 Soalan 4 hingga 6 berdasarkan petikan di bawah Kejatuhan harga minyak kelapa sawit pada awal tahun ini telah menyebabkan sebahagian besar daripada 237 564 orang pekebun kecil dan peneroka sawit di seluruh negara hidup di bawah paras kemiskinan dengan memperoleh pendapatan antara RM 150 hingga RM 450 sebulan. Ekoran daripada masalah tersebut, kerajaan telah mewujudkan satu skim bantuan khas untuk membantu 102000 orang peneroka FELDA selama dua tahun bermula pada penghujung bulan Februari yang lalu. Walaupun bantuan itu tidak mungkin dapat menyelesaikan keseluruhan masalah yang dihadapi oleh para peneroka FELDA, tetapi sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Masalah kemiskinan dan kemelaratan yang dihadapi oleh para peneroka tidak lagi menjadi suatu rahsia kepada umum. Namun begitu mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang jerih penat para peneroka membuka kawasan hutan sehingga akhirnya menjadi ladang yang memberikan pulangan yang sewajarnya kepada mereka. Walau bagaimanapun, yang berlaku adalah sebaliknya. Kehidupan para peneroka masih tidak banyak berubah. Sungguhpun rancangan FELDA telah berjaya membangunkan satu penempatan yang tersusun dan menyediakan pekerjaan kepada ratusan ribu rakyat di negara ini, tetapi masih banyak masalah yang dihadapi oleh peneroka yang menuntut penyelesaian segera. Antara masalah yang dihadapi ialah

masalah pemilikan tanah yang masih lagi menjadi pertikaian antara peneroka rancangan dengan pihak pengurusan FELDA. Ramai peneroka menyertai FELDA dengan harapan dapat memperoleh sebidang tanah dan ladang. Selepas semua hutang habis dibayar, mereka akan mendapat geran dan hak milik tanah yang diduduki dan diusahakan selama ini. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari bahawa di bawah Akta Penempatan Beramairamai 1960 (GSA), mereka sebenarnya tidak dibenarkan membahagi, menjual, menggadai , dan

memberikan tanah berkenaan kepada waris sebagai harta pusaka. Akta ini memberikan kuasa yang terlalu besar kepada pihak FELDA untuk mengurus dan mengendalikan tanah rancangan dari segi pengunaan tanah, jenis tanaman yang perlu ditanam, dan organisasi pengeluarannya. Oleh itu sebelum mendapat hak milik tanah itu, kedudukan dan status para peneroka tidak lebih daripada pekerja di tanah rancangan yang disertainya. Para peneroka masih perlu mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh FELDA walaupun mereka telah menerima hak milik tanah mereka. Hal ini menjadikan kehidupan para peneroka terkongkong. Untung rugi mereka masih bergantung pada hasil tanaman yang diusahakan. Sekiranya

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

5 harga tanaman jatuh, maka mereka tidak mempunyai pilihan kecuali terpaksa menerimanya kerana mereka tidak, diberikan alternatif untuk menanam jenis tanaman komersil yang lain. Dengan usia FELDA yang sudah hampir mencecah setengah abad itu, usaha-usaha untuk

meningkatkan taraf hidup para peneroka sepatutnya telah berhasil. Tidak timbul lagi rintihan dan keluhan mengenai kesengsaraan, penderitaaan, dan kemelaratan yang dihadapi oleh para peneroka dan keluarga mereka. Sudahlah mereka dibelit oleh kemelut ekonomi dan kewangan yang silih berganti, masyarakat peneroka juga berhadapan dengan masalah sosial yang sudah sampai ke tahap yang serius. Masalah keruntuhan akhlak dan jenayah seperti penyalahgunaan dadah, lumba haram, skim cepat kaya, seks bebas, video lucah dan sebagainya semakin menular di tanah rancangan FELDA. Usaha yang bersungguh-sungguh dan iltizam yang tinggi daripada kerajaan sebenarnya diperlukan untuk membantu serta menyelesaikan masalah para peneroka. Bantuan ini bukan sekadar berbentuk fizikal, tetapi juga merangkumi pembangunan kerohanian agar kehidupan para peneroka tidak terus berada pada takuk lama. Hal ini dapat dilakukan dengan menilai semula perjalanan organisasi FELDA supaya sejajar dengan perkembangan dan keperluan masyarakat peneroka itu sendiri.

(Diubahsuaikan daripada Permasalahan dan Penyelesaian Masalah Peneroka


FELDA oleh Haslina Hassan, Dewan Masyarakat, Julai 2001)

4. Apakah fokus perbincangan petikan di atas? A. Masalah peneroka FELDA dan cara penyelesaiannya B. Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan peneroka C. Masalah kemiskinan dan pendapatan di bawah kadar RM450 sebulan. D. Masalah pengurusan dan pengendalian tanah dari segi jenis penanaman.

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

6 5. Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah para peneroka. I. II. III. IV. Membangunkan satu pertempatan tersusun. Menilai semula perjalanan organisasi FELDA. Mewujudkan skim bantuan khas sejak dua tahun kebelakangan ini. Usaha dan iltizam yang tinggi bukan sahaja berbentuk fizikal malahan kerohanian. A. I , II dan III B. I, II dan IV C. I, III , dan IV D. II, III, dan IV 6. Berdasarkan Akta Penempatan Beramai-ramai 1960 (GSA), termaktub beberapa perkara . Antaranya ialah I. II. III. IV. Memberikan kuasa mutlak kepada FELDA. Peneroka mendapat hak milik tanah dengan bersyarat. Tiada alternatif lain dalam memilih tanaman komersial. Tiada pewaris bagi setiap tanah rancangan yang diusahakan oleh mereka.

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

7 Soalan 7 hingga 10 berdasarkan sajak di bawah. Duhai pentafsir Pentafsir, sebenarnya telah lama kucari suaramu yang sarat ke mana jatuhnya gema itu? dimanakah tempat istirahat setelah pengembaraan yang penat di manakah telah kaurakamkan pertemuan matahari, rimba dan lautan? Senja ini menemuiku dengan lusuh catatanmu angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku sedang aku belum ketemu surat yang kau tulis padaku Telah hilangkah ia atau kau tidak bisa tidur dan melupakan racun keresahan telah membunuh lenaku sejak kudahagai penawar dalam lautan nota-notamu kiranya terdampar dalam angin yang ragu yang tidak mengenal arah tiupannya angin tanpa sabar yang telah melunturkan kehijauan dalam keriangan masa kecilku Pentafsir musim telah terlalu tua Kaca jendela menjadi kelabu Dan aku telah terlalu lesu Untuk menari bersama bayang-bayangmu Senja pun semakin larut Lembar-lembar jadi semakin kuning Apakah aku harus mengebumikan buku-buku ini Di samping pusaramu yang sepi Hentikan ejekanmu Biar kupecahkan kaca Melihat keluar,lalu mengenal Rumpun-rumpun yang redup Adalah pengakuanmu Tuhanku! Yang menjernihkan mataku Zurinah Hassan Kumpulan Puisi Malaysia,1988 Dewan Bahasa dan Pustaka STPM 910/1 Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat sebelah* SULIT*

8 7.Nyatakan tema yang paling tepat berkaitan dengan sajak di atas. A. Keinsafan terhadap kesilapan lalu B. Keinginan untuk ke pangkal jalan. C. Jiwa penyajak yang ingin mencari pembimbing D. Keagamaan untuk mencari kesucian dan kebenaran

8. Berdasarkan rangkap kedua apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak A. Kehidupan semakin singkat tetapi penyajak masih belum temui petunjuk. B. Pertambahan usia mengingatkan penyajak akan saat kematian. C. Pertambahan usia mengambarkan hidup semakin singkat. D. Penyajak masih lagi tercari-cari kebahagiaan.

9. Secara keseluruhan antara persoalan yang terdapat dalam sajak ialah I. II. III. IV. Kehidupan manusia tidak kekal Manusia perlulah mengembara untuk mendapatkan sesuatu. Kesedaran menuntut ilmu haruslah bermula sejak kecil lagi. Kesedaran untuk mendekati Tuhan perlulah wujud apabila usia tua. A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV 10. Pilih pernyataan yang paling sesuai berdasarkan baris angin tanpa sabar yang telah melunturkan kehijauan dalam keriangan masa kecilku

A. Masa merampas kebahagiaan penyajak. B. Penyajak dibelengu oleh perasaan keresahan. C. Perasaan kesal penyajak kerana tidak menerima petunjuk dan didikan agama yang sempurna. D. Menghilangkan sikap terbuka untuk menerima kebenaran.

STPM 910/1 Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah* SULIT*

9 11. Pada peringkat awal istilah Melayu hanya dikaitkan dengan konsep kerajaan. Padankan istilah yang sesuai berdasarkan gambar rajah.

Istilah/ sebutan I II III IV Mo-lo-yu Mo- lo-yeu Malaya dvipa Maleucolon T U V

Sumber Tulisan Cina Kitab purana Catatan I-tsing

W Geographike sintaxis

I A T B C T

II U V

III IV V U U W W W T

V T

D V W U

Austronesia

Dikenali sebagai Melayu Polinesia

Berusia kurang daripada 2000 tahun

Terdiri daripada bahasa Polinesia,Melanesia dan Mikronesia 12. Lengkapkan pernyataan bagi Q A. Berasal dari Cina-Tibet B. Merupakan induk bahasa C. Bermaksud bahasa di Pulau Selatan D. Boleh dibahagikan kepada tiga rumpun

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

10 13. mempunyai 14 baris ayat bertarikh 606 tahun Saka ditemui di Bukit Seguntang ditulis menggunakan tulisan Palava.

Penyataan di atas menerangkan ciri-ciri batu bersurat A. Kota Kapur B. Talang Tuwo C. Karang Brahi D. Kedukan Bukit 14. Antara penyataan yang berikut yang manakah tidak benar tentang bahasa Melayu Klasik I. Kerap menggunakan bahasa dalam.

II. Mengekalkan pengaruh bahasa Sanskrit. III. Ayat-ayatnya terdiri daripada ayat tunggal yang panjang IV.Ayat pasifnya menggunakan kata kerja pasif berawalan ni.

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

15. Perancangan korpus bahasa merangkumi aktiviti di bawah antaranya ialah I. II. Pembakuan sebutan dan dialek Penyeragaman tatabahasa dan ejaan

III. Penciptaan istilah dalam pelbagai bidang ilmu IV. Penguatkuasaan undang-undang penggunaan bahasa

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

11 A. I dan II B. I dan IV C. II dan V D. II dan III

16. Tujuan penubuhan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim adalah untuk A. Melatih guru Melayu bagi menghasilkan buku-buku teks B. Menggalakkan penghasilan karya asli dalam bahasa Melayu C. Melatih orang Melayu supaya dapat menghasilkan karya sastera D. Menerbitkan buku bahasa Melayu bagi sekolah Melayu dan bacaan umum 17. Perkataan dalam bahasa Melayu seperti kebaya, palsu, sekolah dan tembakau merupakan perkataan yang diambil daripada bahasa A. Sanskrit B. Arab C. Portugis D. Jawa 18. Percampuran kod digunakan dalam pertuturan X Partikel lah digunakan dengan meluas Gelaran yang digunakan tidak lengkap X mewakili ciri yang menunjukkan variasi A. Dialek B. Bahasa Mesra C. Bahasa Biasa D. Bahasa Istana

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

12

Barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti patik-patik yang lain, telah maklum ke bawah duli tuanku itu, jikalau ada ampun kurnia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku.

19.

Berdasarkan petikan di atas apakah bukti yang menunjukkan ia memenuhi variasi bahasa istana I. Unsur merendah-rendahkan diri

II. Pengulangan kata dan rangkai kata III. Meletakkan raja di tempat yang tinggi IV. Menggunakan kata ganti nama diri orang

A. I,II B. II,III,IV C. I, III, IV D. I,II,III dan IV 20. Pilih padanan yang sesuai berdasarkan laras iklan berikut slogan

A.

Wang RM 1000 Menjadi Milik Anda

B.

Kaedah umpan

BREEZE lebih bersih dan wangi

C.

mesra

Mutu , Gaya dan Keunggulan

D.

gesaan Cepat, Dapatkan naskah anda sekarang

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

13 21. Di bawah menunjukkan pernyataan yang ada kaitan dengan wacana kecuali I. II. III. IV. Wacana ialah hasil unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana mempunyai tautan dan runtutan Tiada hubungan antara sesebuah wacana dengan wacana sebelumnya Keutuhan sesebuah wacana hanya dapat dilihat dari segi leksikal . A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

22.Hubungan wacana daripada aspek semantik boleh dilihat daripada padanan berikut

Hubungan A Sebab dan akibat

Ayat Lelaki itu terbabit dalam pembunuhan. Dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Latar dan kesimpulan

Pelajar haruslah rajin belajar. Kejayaan pelajar menentukan prestasi sekolah.

Sebab dan hasil

Saya memandu kereta dengan cermat. Saya tidak mahu terlibat dalam kemalangan.

Syarat dan hasil

Soalan analisis ayat susah. Soalan analisis wacana lagi susah.

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

14

Bersifat informatif Bahasa bernas dan formal Disampaikan secara nada yang menarik dan intonasi sesuai.

23. Ciri-ciri di atas ialah retorik A. Pemerian B. Pemujukan C. Penceritaan D. Penerangan

24. Daripada jadual berikut pilih rujukan kehormat yang sesuai

Ketua Polis Negara A Yang Setia B C Yang Berusaha Yang Amat Setia

Menteri Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Yang Berhormat Yang Berusaha

Undang Yang Maha Mulia Duli Mulia Duli Amat Mulia Yang Mulia

D Yang Arif

25. Dalam pasangan di bawah , manakah merupakan pola sukukata yang utama dalam bahasa Melayu.

A. V,KV, VK, dan KVK B. KV, KKKV,V,dan KKV C. KV,KKV,VKK, dan VK D. VK,KKV,KKKVK dan V

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

15 26. Pilih penyataan yang betul berkaitan sukukata

I. II

sukukata boleh terbentuk dengan satu vokal. terdapat 11 pola sukukata dalam bahasa Melayu.

III dalam bahasa Melayu hanya terdapat dua jenis sukukata IV sukukata yang diakhiri dengan konsonan dinamakan sukukata terbuka.

A. I,danII B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

27. Diftong [oi] ialah bunyi yag dimulai dengan cara penghasilan vokal belakang separuh sempit, kemudian berlaku geluncuran ke arah bunyi A. vokal depan sempit B. vokal belakang luas C. vokal belakang sempit D. vokal tengah separuh luas

Hujung lidah ditemukan ke gigi gusi. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut. Sekatan udara dilepaskan dengan serta merta tanpa mengetarkan pita suara Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

16 28. Huraian tersebut merupakan cara untuk menghasilkan bunyi A. Geseran gigi bersuara B. Letupan gigi-gusi tak bersuara C. Sengauan lelangit keras bersuara D. Separuh vokal lelangit keras bersuara 29. Perkataan manakah yang melibatkan geseran bibir gigi tak bersuara I. Vanila II. Fitnah III. Negatif IV. Kanvas A. I danII B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV Cara sebutan Sengauan dua bibir Daerah sebutan Gigigusi Lelangit keras Lelangit lembut

30. Berdasarkan carta konsonan sengauan di atas ,bunyi konsonan bagi perkataan mimbar dan damar terdapat dalam daerah sebutan A. O B. S C. N D. K

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

17 31. Antara yang berikut, kumpulan perkataan yang manakah menepati pola keselarasan vokal bahasa Melayu e (taling) -a. A. Telan, emak,segak B. Pesan, hebat debat C. Kelat, besan, beras D. Endah, serak , kerenah

32.Berdasarkan penyataan dibawah , manakah yang ada kaitan dengan bidang Fonologi I. II. III. Fonetik terbahagi dua iaitu fonetik artikulasi dan fonetik akuistik. Fonemik ialah cabang mengenal pasti fonem dalam sesuatu bahasa. Fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan. IV. Pendekatan yang digunakan dalam pengkajian fonetik ialah penyebutan dan pendengaran.

A. I,II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

33 .Antara yang berikut manakah kata tugas yang termasuk dalam Kata Praklausa

I. II. III. IV.

Kata seru Kata bantu Kata perintah Kata pembenar

A. I dan III B. I,II dan III C. I , III, dan IV D. II, III dan IV

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

18 34. Pilih padanan yang betul antara jenis kata majmuk dengan contohnya

Kata Majmuk

Bebas A B C D Lebuh raya Lut sinar Pita suara Kuning langsat

Kiasan Makan suap Terima kasih Kaki ayam Hak milik

Istilah khusus Garis pusat Buah hati Kemas kini Kaki ayam

Jakim

Makna

Sukma

Puspati

35.

Akronim tergolong kata tunggal yang boleh dihasilkan secara cantuman, apakah jenis cantuman untuk P. A. Percantuman huruf awal B. Percantuman suku kata awal kata C. Percantuman huruf dan suku kata sesedap sebutan D. Percantuman bahagian awal kata pertama dengan bahagian lain yang menyusur.

36. Pilih ayat-ayat yang betul dengan pengunaan apitan mempeRkan I. II. Usaha untuk memperlebarkan Jalan Bukit Putus telah dilaksanakan pada 2010. Kementerian Pelancongan menyarankan masyarakat bergotong royong untuk memperindahkan kawasan persekitaran mereka. III. IV. Tujuan mereka berkumpul adalah untuk memperdebatkan isu-isu semasa. Kerajaan akan memperluas kempen kebersihan hingga ke kawasan pedalaman.

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

19 A. I dan II B. II dan III C. II dan IV D. III dan IV

37. Antara kata yang berikut, yang manakah yang tidak mengalami perubahan golongan kata setelah menerima imbuhan. I. II. III. IV. Pedalaman Kemetot Pelukis Gerigi

A. I dan III B. II dan IV C. III dan IV D. II ,III dan IV

38. Pilih kumpulan kata yang kesemuanya betul mengikut golongan masing-masing

Akronim I II III Perkim Cerpen Tabika

Kata Praklausa Aduh Jangan Sedang sungguh

Kata Majmuk Pilih kasih Setiausaha kugiran jurujual

Kata ganda lelangit gegendang Cirit-birit Hidup-hidup

IV Purata

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. II dan III

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

20

I Sebenarnya dia bukan adik Idris. II Panjangnya karangan itu ialah 100 perkataan III Kepala saya bukan kepalang sakitnya

39. Berdasarkan ayat di atas kata pascakata nya berfungsi sebagai

I A B C D Kata penekan Kata Penekan Kata pembenda Kata Penekan

II Kata penekan Kata Pembenda Kata pembenda Kata Penekan

III Kata pembend Kata Pembenda Kata Penekan Kata penekan

40. Pilih pernyataan di bawah yang menggunakan kata pemeri dengan betul

I. II. III. IV.

Puan Yau adalah pengarah baru syarikat tersebut Ceramah kesihatan itu adalah khusus untuk wanita. Kereta Proton Saga itu adalah hadiah kepada pemenang utama. Perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah ialah usaha membanteras masalah ponteng sekolah.

A. I dan II B. II dan III C. II dan IV D. III dan IV

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat .

[Lihat sebelah SULIT*

21

Bilangan mangsa gempa bumi di Haiti belum diketahui.

41. Perkataan berhuruf condong dalam ayat di atas berfungsi sebagai

A. Kata penguat B. Kata sendi nama C. Kata bantu ragam D. Kata bantu aspek

42. Antara kata yang berikut, yang manakah tidak tergolong dalam kata tugas? A. Hendak B. Walaupun C. Jangan D. unggul

Malaysia berhasrat untuk menambah jumlah eksport barangan ke Jepun,. negara itu ialah pasaran utama dunia.

43. Tempat kosong dalam ayat di atas amat sesuai diisi dengan kata hubung

A. Gabungan B. Pancangan relatif C. Pancangan keterangan D. Pancangan komplemen

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

22 . Kata penegas + kata adjektif + kata penguat

44. Antara yang berikut, yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa di atas? A. Alunan suara penyanyi itu sungguh merdu. B. Pakaian yang diciptanya memang cantik sekali. C. Kehidupan penduduk kampung itu daif sungguh. D. Kawasan itu menjadi tarikan pelancong kerana pulaunya indah nian. .

Jepun berjaya menjadi negara maju, kerana negara itu menggalakkan rakyatnya menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi.

45. Ayat di atas adalah merupakan A. Ayat gabungan B. Ayat campuran C. Ayat pancangan relatif D. Ayat pancangan keterangan.

Membasuh kereta abang saya di halaman rumah

46. Berdasarkan ayat di atas, bahagian yang berhuruf condong ialah A. Pendepanan kata kerja sahaja B. Pendepanan kata kerja dengan objek C. Pendepanan kata kerja dengan pelengkap D. Pendepanan kata kerja transitif dengan objek

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

23 47. Antara ayat yang berikut yang manakah kata tanya terbuka. I. II. III. IV. Bilakah cuti penggal pertama? Di mana awak tinggal? Mereka sudah sampai? Lelaki yang kacak itu suami awakkah? A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

48. Antara ayat yang berikut, yang manakah terdiri daripada ayat majmuk pancangan keterangan harapan? A. Mereka datang ke sekolah dengan menunggang motosikal. B. Pengarang itu meneruskan penulisannya, walaupun dia tidak begitu sihat. C. Encik Yusof bekerja kuat supaya dapat menyara keluarganya dengan sempurna. D. Kalau saya berjaya dalam peperiksaan SPM, ayah akan menghadiahkan sebuah motosikal untuk saya.

Mereka mengejar dan memberkas peragut itu

49.Ayat di atas telah mengalami proses penerbitan ayat iaitu A. Proses peluasan B. Proses terbitan C. Proses pengguguran D. Proses penyusunan semula

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

24 . 50. Pilih penyataan yang benar tentang klausa I. Terbahagi kepada dua jenis klausa. II. III. IV. Terdiri daripada subjek dan predikat Klausa bebas tidak dapat berdiri sendiri Klausa tidak bebas tidak dapat berdiri sendiri A. I , II dan III B. I , II dan IV C. II, III dan IV D. I , III dan IV

51. Antara yang berikut , ayat yang manakah yang menunjukkan pola ayat dasar yang terdiri daripada Kata Nama + Kata Kerja? I. II. III. IV. Nenek terbaring di atas katil sejak semalam. Suara qariah itu amat merdu didengar. Mereka menaiki kereta api ke Selatan. Udara pagi ini sejuk dan nyaman

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

Pokok ciku itu ditanam oleh Pak Abu.

52. Unsur yang menjadi pengisi frasa nama dalam ayat di atas terdiri daripada A. Inti + inti B. Inti + penerang nama jenis C. Inti + penerang nama milik D. Inti + penerang nama penyambut

. STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

25

Setiap anggota masyarakat perlu bekerjasama membanteras lanun cetak rompak.

53. Unsur predikat bagi ayat di atas ialah A. Setiap anggota masyarakat B. Masyarakat perlu bekerjasama. C. Bekerjasama membanteras lanun cetak rompak. D. Perlu bekerjasama membanteras lanun cetak rompak.

54. Antara yang berikut , ayat manakah yang mengandungi kata kerja transitif aktif dengan dua objek?

I. II. III. IV.

Aban membelikan ibu sehelai baju. Kakak menghadiahi adik sepasang kasut. Pelajar-pelajar itu sedang menjawab soalan ujian. Pemuda itu menjalankan tugasnya sebagai pengurus dengan baik.

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I, II dan III Datin Maimun menghadiahi anak tunggalnya sebuah telefon bimbit

55.

Frasa telefon bimbit dalam ayat di atas dikenali sebagai A. Penerang B. Pelengkap C. Objek sipi D. Objek tepat.

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

26 . Ali, Ibrahim, Yusof dan Idris yang tamat pengajian di Universiti Putra Malaysia akan memulakan perusahaan menternk arnab, membuka ladang buah-buahan dan mengadakan pusat nasihat pertanian untuk memberi khidmat kepada orang ramai.

56. Nyatakan jenis ayat berdasarkan petikan di atas. A. Ayat Majmuk Pancangan B. Ayat Majmuk Campuran C. Ayat Majmuk Keterangan D. Ayat Majmuk Gabungan

57. Padanan yang betul antara jenis peribahasa dengan contohnya adalah seperti susunan yang berikut.

Jenis Perbahasa I II III IV Kiasan Bidalan Pepatah Perumpamaan P Q R S

Contoh jinak merpati indah khabar dari rupa umpama cincin dengan permata untung sabut timbul, untung batu tenggelam

I A B C D P S P Q

II Q P S P

III S R Q R

IV R Q R S

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT*

27 58.Bahasa kiasan merupakan bahasa yang mengiaskan sesuatu. Antara berikut yang manakah merupakan kiasan sandar. A. kutu embun B. pekak badak C. datang bulan D. alam percintaan

disusun berangkap-rangkap setiap rangkap terdiri daripada dua baris atau lebih. Menitikberatkan adat, istiadat, undangundang dan peraturan.

59. Penyataan di atas ialah ciri A. Kiasan B. Bidalan C. Pepatah D. Perbilangan

Jangan diganggu orang yang tidak melawan kerana kalau diganggu dan ia marah, buruk padahnya

60. Antara yang berikut , yang manakah peribahasa yang membawakan maksud seperti di atas.

A. Lembu dogol jangan dibalun. B. Jangan bercermin di air yang keruh C. Biar buruk kain dipakai, asal pandai menjaga hati. D. Cakap siang pandang-pandang , cakap malam dengar-dengar

STPM 910/1 Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah* SULIT*

28 SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 1 2010

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

B D D A D A C C B B C C B C D A C B D D

21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

C A D C A A A B C D D B C A C D B A B C

41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60

D D C B D B A C C B B B D A C B C C D A

29

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

30

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

31

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

32

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

33

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

34

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

35

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

36

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

37 STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat sebelah SULIT

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

38

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

39

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

STPM 910/1 *Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[Lihat sebelah SULIT

Anda mungkin juga menyukai