Anda di halaman 1dari 1

Panduan kepada Guru Mata Pelajaran di Kelas Sebelum memulakan pengajaran - memastikan semua murid yang hadir pada

hari tersebut ada di dalam kelas - mengetahui dengan jelas punca murid tiada di dalam kelas - mengisi maklumat murid dalam Buku Pengesanan Murid - memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan teratur - memastikan semua murid berada dalam keadaan bersedia untuk belajar - mengambil tindakan segera jika ada murid yang tidak sihat/ cedera/ menghadapi masalah utuk mengikuti pelajaran dengan merujuk masalah yang berkenaan kepada Guru Bertugas/ penolong kanan/ pengetua untuk tindakan selanjutnya Semasa sesi pengajaran-pembelajaran - memastikan semua murid memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru - memastikan murid-murid tidak bising, bermain-main, bergurau, dan mengganggu ketenteraman kelas - memastikan murid-murid tidak meninggalkan tempat duduk masing-masing kecuali dengan izin guru - memastikan hanya seorang murid dibenarkan keluar pada satu masa tertentu dengan menggunakan Kad Izin Keluar Kelas dan nama murid yang keluar kelas mesti direkodkan dalam Buku Pengesanan Murid - memastikan semua murid membuat tugasan mata pelajaran yang diarahkan Sebelum keluar dari kelas -memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan terkawal -memastikan murid yang keluar dari kelas semasa p&p sudah kembali ke kelas atau perlu dimaklumkan kepada guru subjek yang berikutnya

Anda mungkin juga menyukai