Anda di halaman 1dari 1

Ramadan ikut pemahaman empat golongan

RAMADAN adalah masa yang diberkati dan bagi mereka yang menyedarinya akan menggunakan tempoh sebulan ini dengan sebaiknya untuk
menambahkan keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Ulama Syria, Almarhum Mustafa al-Siba’iyy menggambarkan empat jenis manusia dalam menghadapi bulan Ramadan iaitu;

Seseorang yang tidak banyak mengetahui mengenai Ramadan. Dia beranggapan


datangnya Ramadan hanya menjadi penghalang bahkan tidak ada manfaat sama sekali
baginya. Ramadan dipandang sebagai tradisi keagamaan semata-mata yang tidak
memberi kesan positif baginya. Golongan ini tidak menunaikan kewajipan berpuasa.

• Seseorang yang hanya memandang puasa Ramadan sekadar menahan lapar dan
dahaga. Ini kerana dia sangat berkeinginan untuk tidak berpuasa bahkan mengolok-
olok orang lain yang berpuasa. Dia berpura-pura berpuasa kepada orang yang tidak
mengenalinya, tetapi secara terang-terangan menampakkan kepada orang yang
sejalan dengannya bahawa ia tidak berpuasa.

• Seseorang yang hanya memandang Ramadan sebagai suatu tradisi tahunan yang
ditandai dengan hidangan melimpah, sebagai kesempatan untuk berbual kosong
sehingga fajar dan siang harinya tidur sehingga terbenam matahari. Ia menjadi
seorang yang pemalas dalam melaksanakan tugasnya.

• Seseorang memandang Ramadan sebagai peluang untuk memperbaiki fungsi jiwa


manusia supaya rela berkorban, melatih bersabar dan mendidik.

Inilah empat kategori manusia dalam menghadapi Ramadan. Maka tanyalah diri di manakah kita berada. Kita patut berada dalam kategori
keempat kerana mereka menyambut Ramadan sebagai cara untuk memperbaharui keimanan, pendidikan akhlak, memperkukuhkan rohani
dan mulai hidup dengan lebih sempurna. Maka mereka inilah yang akan mendapat manfaat daripada Ramadan itu.

Seorang Muslim yang berpuasa akan meningkatkan sikap taat, mengoptimumkan usaha meningkatkan perhambaan kepada Allah, bersikap
rendah hati di bawah kebesaranNya, selalu berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.

Apabila datangnya Ramadan, Nabi SAW bersabda bahawa pintu syurga akan dibuka dan pintu neraka ditutup dan diikat syaitan. Oleh itu ia
adalah bulan syurga dan syurga untuk ahli yang menjauhi syaitan dan meninggalkan was-was.

Mereka sibuk dengan syurga dan akhirat. Manusia akan sedar dan umat akan sedar akan perkara yang disebut oleh Rasulullah SAW ini.
Mereka akan meninggalkan jalan ke neraka dan berjanji dengan Allah SWT untuk meninggalkan maksiat, kefasikan, kezaliman,
penyelewengan, kesesatan dan hawa nafsu.

Datang Ramadan dengan pintu syurga yang terbuka untuk ahlinya iaitu umat bersifat mulia dan penyayang, jauh daripada perkataan
memudaratkan, kata kotor dan palsu. Orang yang berpuasa tidak akan bersifat dengan sifat demikian. Kata-kata kotor akan memudaratkan
diri dan umat, merosakkan masa lalu dan masa depan mereka. Oleh itu kata kotor hendaklah dibersihkan.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan
keji tidak ada ertinya bagi Allah walaupun ia meninggalkan makanan dan minuman.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Nabi SAW pernah berpesan supaya orang yang berpuasa tidak mengeluarkan kata keji dan kotor dan jika ada orang mengajak kepada
pembunuhan atau perkelahian, hendaklah kita menyebutkan “sesungguhnya saya berpuasa.”

Waspadalah terhadap semua itu kerana ia adalah kekalahan yang membuatkan syaitan bergembira. Sambutlah Ramadan dengan ketaatan,
ketakwaan dan keimanan. Ambillah daripada kebaikan Ramadan dan hidulah bau syurga, angkatlah pandangan ke langit, jauhkan diri
daripada hal yang hina serta ingatlah selalu akan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi ia tidak
memperoleh pahala apa-apa daripada puasa itu kecuali rasa lapar dan dahaga.”

Orang mukmin akan semakin terpacu untuk meningkatkan ketaatan dan ibadat. Dia akan melapangkan hati kerana hari-hari dalam bulan ini
akan turunnya rahmat dan keberkatan. Jiwa mereka akan selalu memperoleh kekuatan dan sinar kesucian.

Anda mungkin juga menyukai