Anda di halaman 1dari 1

musafir diseru terus puasa

dari hamzah bin umar al-islami bahawa dia pernah bertanya rasulullah saw, katanya:
�ya rasulullah, rasanya saya tahan berpuasa dalam masa musafir, oleh itu adakah
saya bersalah (kalau saya berpuasa)?� rasulullah saw menjawab: �itu adalah satu
rukhsah (kemudahan) dari allah ta�ala, sesiapa yang menggunakan kemudahan itu (ia
tidak berpuasa dalam masa musafir), maka itu adalah baik, dan sesiapa yang memilih
untuk berpuasa maka orang itu tidak dikira bersalah.� (hadis riwayat muslim)

orang musafir pada ramadan, dibenarkan meneruskan puasa dan tidak tahan berpuasa
mereka dibenarkan berbuka tetapi diwajibkan mengqadanya pada masa lain.

islam agama mementingkan kebajikan penganutnya. ia memberi kemudahan (rukhsah)


kepada sesiapa sedang sakit atau ketika dalam perjalanan (musafir), tidak
berkemampuan dan sebagainya.

sama sekali tidak terdapat paksaan hingga mendatangkan kemudaratan. kita disuruh
mengerjakan suruhan allah dengan penuh keikhlasan, keyakinan dan ketaatan bahawa
setiap perintah allah itu mengandungi kebaikan dan hikmah tersendiri sama ada
diketahui atau tidak oleh manusia.

Anda mungkin juga menyukai