Anda di halaman 1dari 1

keutamaan mencintai kebenaran agama

daripada anas bahawa seseorang bertanya kepada nabi muhammad saw: "bilakah akan
berlaku kiamat wahai rasulullah?" sabda baginda: "apa yang kamu sediakan untuk
menghadapinya?

jawabnya: "aku tidak sediakan untuknya sembahyang, puasa dan sedekah yang banyak,
tetapi aku cintakan allah dan rasul-nya."

sabda baginda lagi: �kamu akan berada (dihimpun) bersama-samaku orang yang kamu
kasihi." (hadis riwayat bukhari)

dalam hadis di atas, rasulullah apabila ditanya mengenai kiamat, baginda mengalih
tumpuan kepada perkara yang lebih utama iaitu persediaan untuk menghadapinya.

apabila dikemukakan persoalan itu kepada lelaki berkenaan jawabnya: "aku tidak
sediakan banyak sembahyang, puasa atau sedekah dan derma. tetapi yang pasti aku
cintakan allah dan rasul-nya.�

lalu, rasulullah bersabda: "kamu akan dibangkitkan pada akhirat nanti dan akan
dihimpunkan bersama orang yang kamu kasihi itu. kalau kamu benar-benar cintakan
aku, kamu akan dihimpunkan bersama-samaku di syurga nanti.�

kesimpulannya, orang yang benar-benar kasihkan allah dan rasul serta mencintai
ajaran agamanya pasti akan berjaya dan dikasihi allah dan rasul-nya.

perkara ini kerana dia akan mengikut jejak langkah baginda sebagai contoh dalam
kehidupannya.

Anda mungkin juga menyukai