Anda di halaman 1dari 1

mempelajari dan mengajar al-quran

kita sebagai umat islam wajib bersyukur kepada allah kerana dapat menikmati
petunjuk al-quran. kita perlu menjadikan al-quran sebagai pegangan hidup bagi
mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

janganlah biarkan jiwa dan hidup ini kosong tanpa al-quran.

nabi muhammad saw bersabda bermaksud: "sesungguhnya mereka yang tidak mempunyai
sedikit al-quran dalam jiwanya samalah seperti rumah yang hampir roboh." (hadis
riwayat at-tirmizi daripada ibnu abbas).

al-quran diturunkan untuk dihayati dan diamalkan.

kita juga hendaklah sentiasa membaca dan berusaha menghafaznya. dengan membaca al-
quran, dapat menambah kebersihan jiwa, ketenangan, keimanan dan ketakwaan kepada
allah. kita juga akan mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada allah.

rasulullah bersabda bermaksud: "bacalah al-quran, sesungguhnya ia akan datang pada


hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya."

al-quran hendaklah dibaca dengan `tartil' iaitu dengan bacaan terang, jelas dan
betul mengikut ilmu tajwid.

memperelokkan suara ketika membaca al-quran akan menjadikan bacaan menusuk ke jiwa
dan menyentuh perasaan pendengarnya.

kita hendaklah sentiasa meneliti makna ayat, memahami kandungan dan pengertian
yang disampaikan dalam al-quran.

al-quran hendaklah diajarkan kepada semua umat islam iaitu disebarkan dengan
seluas-luasnya. perkara ini supaya mereka akan dapat terus melaksanakan
tanggungjawab mengamal dan memelihara kitab allah ini.

mempelajari dan seterusnya mengajar al-quran itu adalah sunnah rasulullah. baginda
bersabda bermaksud: "sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari al-quran dan
mengajarkannya."

Anda mungkin juga menyukai