Anda di halaman 1dari 1

lima ketinggian ramadan

ibnu abbas meriwayatkan bahawa nabi muhammad bersabda yang bermaksud: �apabila
datang hari pertama ramadan, maka bertiuplah angin �al-mutsiiratu� dari arsy dan
menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak
pernah terdengar oleh sesiapa pun. �bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-
sayup suara merdu itu sambil berkata: �ya allah, jadikan kami pada bulan ini
(ramadan) sebagai isteri hamba-mu. maka allah mengahwinkan hamba-nya yang berpuasa
pada bulan ramadan dengan bidadari cantik.�

ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian ramadan yang sedang dilalui
umat islam.

kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam ramadan al-mubarak, iaitu bulan
awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas)
daripada api neraka.

dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh bukhari dan muslim daripada abu hurairah,
rasulullah bersabda yang bermaksud: �barang siapa menahan tidur serta beramal pada
ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-
mata kerana allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.�

ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan lain, iaitu puasa
selama sebulan, lailatul qadar, zakat fitrah, nuzul quran dan amal kebajikan.

salman al farisi meriwayatkan: �dalam sebuah hadis panjang, rasulullah berkhutbah


di hadapan kami pada akhir bulan syaaban. baginda berpesan yang bermaksud: �wahai
umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana
ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. ramadan
juga adalah bulan yang ditambah allah rezeki orang mukmin.

�barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini,
adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula
diampunkan.�

Anda mungkin juga menyukai