Anda di halaman 1dari 2

Ma Siow Mei

Salam Sejahtera. Ya, saya setuju dengan pandangan guru. Selepas mendapat isu tentang sesuatu permasalahan, guru perlu menjalankan kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagi menyelesaikan permasalahan itu , guru perlu menentukan objektif agar dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran atau teknik . Guru perlu mengesan isu yang paling kritikal dan mana perlu diselesaikan terlebih dahulu. Isu berkenaan, dikatakan sebagai isu prihatin iaitu sekiranya isu tersebut tidak diatasi, ia akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru seterusnya. Kajian tindakan akan membantu guru mendapat idea baru mengenai sesuatu isu kemudian membuat hipotesis demi mencapai hasil pembelajaran P&P.

Salam sejahtera, Saya setuju dengan pandangan cikgu bahawa kajian tindakan merupakan satu perkara yang hendak dikaji atau digunakan untuk mencari penyelesaiannya. Usaha menyelidik dapat meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru. Guru yang membuat kajian tindakan mempunyai masa yang banyak untuk berinteraksi serta membuat kolaborasi antara murid-murid bagi mendapatkan keputusan yang memberangsangkan. Dengan berpandukan senarai semak dan soal selidik , guru dapat mengenalpasti punca utama masalah itu. Selepas itu, guru akan menyelidik menbuat kajian tindakan. Ya, apabila guru telah mengenalpasti masalah murid-murid ialah lemah berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia maka guru perlu mengambil tindakan dengan segera dengan cara mencari punca-punca masalah dengan lebih mendalam. Guru boleh mengutip data untuk membuat analisis untuk membantu guru merancang tindakan. Dengan itu, guru haruslah mencatat maklumat terperinci semasa membuat pemerhatian semasa menjalankan prngajaran di bilik darjah.

setuju dengan pandangan cikgu, perancangan kajian tindakan bermula dengan mencari dan mengenalpasti masalah dibilik darjah. Kajian tindakan yang dilakukan untuk satu waktu yang panjang sudah tentu akan dapat membantu

Kee Tsui FunSaya

kita dalam mengecam masalah dan cara-cara untuk menangganinya dengan berjaya. Kajian tindakan memberikan kelebihan dengan membudayakan murid-murid memberi tumpuan di dalam kelas serta cintakan ilmu pengetahuan, malah secara tidak langsung meningkatkan kualiti pengajaran yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran.

Noor Aishah Binti Mohd Aris

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Apa yang penting ialah kita perlu mengesan masalah yang paling kritikal dan mana satu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu demi kebaikan kelas. Masalah kritikal perlu dikenalpasti dan perlu diambil perhatian dan menyelesaikan dengan stategi yang baik dan aturcara yang cekap. Sekiranya masalah kritikal itu dibiarkan atau diketepikan maka ia akan menjadi rintangan untuk menjalankan pengurusan lain di dalam kelas. Ia juga membantutkan kemampuan pembelajaran murid untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya. Tahniah kepada cikgur kerana telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah tersebut.
Chew Lee YunSaya

menyokong pendapat yang telah diberikan. Ada kebenarannya apa yang cikgu katakan. Permasalah yang kita hadapi akan dapat dibantu sekiranya kita menjalankan kajian tindakan, dimana kita dapat mengenalpasti dimana aras dan tajuk yang sukar untuk difahami murid. Kita juga dapat berbincang dengan rakan sejawat yang lain untuk memastikan kita dapat mencari satu langkah pengajaran yang baik dan mampu membantu murid - murid menguasai dalam proses p&p. Tahniah diatas tindakan yang cikgu.
B Sheila A/P Baskaran

Salam Sejahtera, Sangat menarik pandangan yang cikgu berikan yang mana dapat dikongsi bersama serta diaplikasikan di dalam kelas. Melalui kajian yang akan dijalankan akan memberikan keputusan yang memberangsangkan selain mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah yang telah timbul. Masalah kajian tindakan bilik darjah adalah merupakan masalah yang berbangkit di dalam proses sesuatu pengajaran. Guru perlu mengenal pasti, membuat senarai semak dan seterusnya mencari dimanakah punca sebenarnya masalah tersebut. Guru perlu mengumpul data yang sesuai melalui pelbagai cara, soal selidik, temu bual dan sebagainya. Berdasarkan maklumat tersebut barulah guru mengetahui sebenarnya tentang punca masalah pelajarnya.

Anda mungkin juga menyukai