Anda di halaman 1dari 23

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYEBUT, MEMBACA DAN

MENULIS ANGKA ~WHOLE NUMBER BAGI MURID-MURID TAHUN


2 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH :PERMAIAAA KUIZ' DAN
:PERMAIAAA SILAAC KA1A'.
Oleh:
Nurulakmal binti Ab Aziz
SK Taman Tun Aminah 1, Skudai
ABSTRAK
!elajaran matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting. Ramai murid mendapat
kegagalan kerana gagal memahami konsep asas matematik. Justeru itu, mereka menganggap
mata pelajaran matematik itu susah. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan bagi Kelas Tahun 2
!erwira, SK Taman Tun Aminah 1, Skudai, Johor. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan
kemahiran asas murid bagi menguasai kemahiran menyebut, membaca dan menulis angka dan
perkataaa dalam tajuk 'Whole Number. Kajian ini melibatkan 4 orang murid serta seorang
guru Matematik sebagai pengkaji bersama. Tinjauan awal untuk mengenal pasti masalah
yang dihadapi murid dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan
menganalisis latihan yang telah dibuat oleh murid-murid serta menerusi sesi soal jawab.
Berdasarkan analisis, murid didapati belum menguasai kemahiran berkaitan membaca,
menyebut dan menulis angka, dan minat murid terhadap pembelajaran tersebut dipengaruhi
oleh cara penyampaian guru di dalam kelas. Bagi mengatasi masalah tersebut, kaedah
permainan dijalankan untuk merangsang pemikiran murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Hasil daripada perlaksanaan dan penggunaan kaedah ini, didapati murid lebih
seronok dalam pembelajaran dan memudahkan mereka menguasai kemahiran tersebut.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN LALU
Apabila menyemak markah ujian bulanan dan latihan yang telah dijalankan selepas
pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya berasa amat sedih dan kecewa kerana hampir
65 murid gagal. Kebanyakan murid yang gagal ini terdiri daripada murid pemulihan.

Saya mendapati kebanyakan murid ini tidak dapat menjawab soalan dengan betul kerana
kelemahan dalam penggunaan Bahasa Inggeris yang digunakan sebagai bahasa pengantar.
Daripada pemerhatian saya, semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan,
murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian. Ini adalah disebabkan mereka tidak Iaham
apa yang guru ajar memandangkan pengetahuan sedia ada mereka tidak kukuh. Kebanyakan
murid yang lemah dalam pelajaran ini berpunca daripada:

O Sikap yang tidak serius terhadap aktiviti guru mata pelajaran seperti berbual-bual,
mengusik kawan, berjalan serta tidak membawa buku latihan.
O Sesetengah murid selalu tidak membawa alat tulis dan lambat menyalin.
O Belum menguasai kemahiran Tahun 1 yang lepas.
O Murid tidak dapat menguasai penggunaan bahasa pengantar iaitu Bahasa Inggeris.
O Kurang latihan dan pengawasan di rumah.
FOKUS KAJIAN
Melalui latihan kerja rumah dan soal jawab dengan mereka, didapati murid selalu melakukan
kesilapan seperti kekeliruan menyebut dan menulis angka belas dan puluh (thirteen dan
thirty) dan tidak boleh menyebut angka dengan baik.

Masalah ini berlaku kerana dalam kalangan murid-murid khususnya, murid-murid yang
masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Malah kurang penguasaan dalam
Bahasa Inggeris juga merupakan salah satu sebabnya.

Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan terus ketinggalan dalam
pelajaran mereka akibat tidak mengenal angka dalam perkataan, sedangkan kemahiran ini
merupakan kemahiran yang paling asas. Murid juga akan terlepas peluang untuk
mendapatkan markah kerana tidak Iaham soalan. Sekiranya mereka masih belum mampu
membaca dan menulis, mereka akan ketinggalan dalam kemahiran-kemahiran berikutnya.
3. OBJEKTIF KAJIAN
i. Objektif Umum
&ntuk meningkatkan kemahiran menulis, membaca, menyebut angka dengan betul
dengan menggunakan kaedah 5ermainan kui:` dan silang kata.

ii. Objektif Khusus
O Membantu murid yang lemah mengatasi masalah menulis, membaca, dan
menyebut angka dengan betul.
O Meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran matematik.
O Meningkatkan kemahiran guru dalam mengatasi murid yang lemah dengan
mengambil kira situasi mereka.
. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan murid yang hendak diuji adalah seramai 4 orang dipilih
berdasarkan ujian pra yang dijalankan terhadap kelas 2 !erwira. Mereka
terdiri daripada pelbagai tahap penguasaan dan pemahaman pemikiran
masing-masing.
. PELAKSANAAN KAJIAN
.1 Tinjauan Masalah
Dalam !RLAKSANAAN kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan
!emerhatian, soal jawab dan ujian pra.

i. !emerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas.

ii. Soal 1awab
Sesi soal jawab dijalankan secara tidak Iormal untuk
mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid dengan lebih
lanjut lagi.

i. Ujian !ra
&jian pra diberikan kepada semua murid untuk mengesan tahap
pencapaian dan kelemahan mereka.
Analisis Tinjauan Masalah
i. Analisis !emerhatian
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan semasa sesi
pembelajaran, saya mendapati semua murid bercakap-cakap dan
bermain-main di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung. Kebanyakan murid juga mudah
hilang tumpuan terhadap pelajaran yang sedang diajar di dalam
kelas.
i. Analisis Soal 1awab
Setelah tamat sesi soal jawab, saya mendapati kumpulan
sasaran tidak menguasai kemahiran dalam menyebut dan
menulis angka dengan betul. Ini mungkin disebabkan oleh
mereka dari kelas pemulihan yang tidak menguasai
kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, penguasaan
Bahasa Inggeris yang rendah juga merupakan salah satu
sebabnya.
i. Analisis Ujian !ra
&jian pra yang saya berikan kepada murid-murid ini
mengandungi 15 soalan. Daripada 15 soalan ini dipecahkan
kepada tiga bahagian, iaitu bahagian A, B dan C. Tiap-tiap
bahagian mengandungi 5 soalan. Bahagian Amerupakan soalan
yang meminta murid padankan nombor dan perkataan yang
diberikan. Bahagian B pula meminta murid menulis angka
dalam bentuk nombor (numeral). Manakala bahagian C
meminta murid menulis angka dalam bentuk perkataan. Berikut
merupakan analisis ujian pra:
Soalan Murid
1 2 3 4
Bahagian A
1 / / / /
2 / / /
3 / / /
4 / / / /
5 / / / /
Bahagian B
1 /
2
3 / /
4
5 /
Bahagian C
1 /
2 / / /
3
4
5
Markah 5 8 5 8
1adual 1: Analisis Ujian !ra
Berdasarkan Jadual dua murid mendapat gred C dan dua murid mendapat
gred D Ini adalah kerana markah lulus ialah 6 daripada Bagi soalan
bahagian A mempunyai peratus kelulusan yang tinggi berbanding bahagian
B dan C
Bahagian A:
Murid dikehendaki menyambung angka nombor dengan
perkataan Saya berazam untuk dapat lulus bagi
bahagian ini namun masih terdapat seorang murid salah
soalan di bahagian ini
Bahagian B:
Bentuk soalan ini menghendaki murid menulis angka dalam
bentuk nombor Seramai 3 orang gagal dalam bahagian ini
iaitu kurang daripada Murid selalu keliru tentang belas
dan puluh seperti `nineteen `ninety Oleh itu saya mesti
mengambil inisiatif untuk mengatasi kelemahan mereka
Bahagian C:
Murid dikehendaki menulis angka dalam bentuk perkataan
Seperti bahagian B seramai 3 orang gagal dalam bahagian ini
iaitu markahnya kurang daripada Saya mendapati
penguasaan Bahasa Inggeris mereka adalah rendah Jadi
memanglah sukar bagi mereka untuk menjawab dengan baik
apatah lagi hendak menulis angka dalam bentuk perkataan
3 Tindakan Yang Dijalankan
i Aktiviti : Permainan Kuiz
Langkah : Menyebut dan mengeja nombor
Langkah : Murid dibahagi kepada kumpulan Kumpulan
A menyebut satu angka kumpulan B
dikehendaki menulis angka yang disebut oleh
kumpulan A itu dan sebaliknya
ii Aktiviti : Permainan Silang Kata
Langkah : Menyebut dan mengeja nombor Kemudian
menguji mereka dengan permainan silang kata
Langkah : Menyebut dan mengeja nombor dalam
gandaan Kemudian menguji mereka
permainan silang kata
Perlaksanaan Tindakan Dan
Pemerhatian
i. Aktiviti 1: !ermainan Kuiz
Sebelum kuiz bermula, semua murid dikehendaki membaca, menyebut dan
mengeja nombor (setiap hari 10 nombor seperti 0-9). Murid dibahagikan
kepada 2 kumpulan. Kumpulan A menyebut satu angka, kumpulan B
dikehendaki menulis angka yang disebut oleh kumpulan A itu, dan sebaliknya.
!ermainan ini lebih kurang sama dengan s5elling`, yang bezanya ialah murid
sendiri yang menyebut nombor tetapi bukan guru.
!emerhatianAktiviti 1
Melalui pemerhatian, saya dapati murid lebih berkeyakinan untuk
menjawab soalan yang diberikan oleh guru selain boleh
memberikan respon yang baik ketika sesi pembelajaran yang
dijalankan. Mereka lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk
menyebut angka-angka ini dan menjadikan mereka lebih seronok
untuk belajar.
Refleksi Aktiviti 1
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar
kerana murid lebih mudah membaca dan menyebut angka.
!encapaian murid untuk menguasai kemahiran ini juga meningkat
di samping menambahkan minat mereka terhadap pelajaran ini.
Aktiviti 2: Permainan Silang Kata
Murid dikehendaki menyebut dan mengeja nombor 0-9. Kemudian menguji
mereka dengan !ermainan Silang Kata. Contoh silang kata adalah seperti
berikut:


s n f
x
n
v
i
h
h e
s
o v
i e
Menyebut dan mengeja nombor 10-90 dalam gandaan 10. Kemudian menguji mereka dengan
permainan Silang Kata. Contoh silang kata adalah seperti berikut:

























Horizontal Vertical
Write the number in numerals
into the boxes.

1. 18
3. 90
4. 10
5. 17
7. 9
8. 20
Write the number in numerals
into the boxes.

1. 80
2. 11
3. 19
6. 70

1 2
3
4
7
6
5
8



























Horizontal Vertical
Write the number in numerals
into the boxes.

1. 18
3. 90
4. 10
5. 17
7. 9
8. 20
Write the number in numerals
into the boxes.

1. 80
2. 11
3. 19
6. 70

1 2
3
4
7
6
5
8
!emerhatianAktiviti 2
Soalan Murid
1 2 3 4
Bahagian A
1 / / / /
2 / / / /
3 / / / /
4 / / / /
5 / / / /
Bahagian B
1 / / / /
2 / /
3 / / / /
4 / / /
5 / / / /
Bahagian C
1 / / / /
2 / / / /
3 / / / /
4 / /
5 / / /
Markah 13 14 13 14
1adual 2: Analisis Ujian !asca
Jadual di sebelah
menunjukkan bahawa
kesemua murid telah
lulus. Mereka juga
merasa seronok kerana
mereka dapat menjawab
tanpa rasa ragu-ragu.
Hal ini menambahkan
keyakinan diri dalam
menjawab soalan
seumpama ini dan
menambahkan minat
mereka terhadap
pelajaran ini.
KE!UTUSAN !RA U1IAN
M&RID BT&L
MARKAH
()
Murid 1 5 33
Murid 2 8 53
Murid 3 5 33
Murid 4 8 53
KE!UTUSAN U1IAN !ASCA
M&RID BT&L
MARKAH
()
Murid 1 13 87
Murid 2 14 93
Murid 3 13 87
Murid 4 14 93
Refleksi Aktiviti 2
Daripada aktiviti yang telah dijalankan, saya mendapati murid-murid lebih seronok untuk
mengikuti kelas Matematik. Mereka dapat menguasai kemahiran dengan lebih cepat
dengan menggunakan kaedah tersebut.
0
10
20
30
40
S0
60
70
80
90
100
Mur|d 1 Mur|d 2 Mur|d 3 Mur|d 4
U[|an ra
U[|an asca
Rajah 1 : Keputusan &jian !ra dan &jian !asca
. Refleksi Kajian
Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya
mendapati teknik kuiz dan silang kata yang diperkenalkan kepada pelajar 2
!erwira merupakan kaedah yang mudah dan menyeronokkan. Berdasarkan
kaedah yang telah digunakan jelas menunjukkan murid lebih cenderung
terhadap permainan tetapi kurang berminat untuk mendengar penerangan guru.
!ermainan silang kata boleh dipelbagaikan dengan aras kemahiran mereka.
Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang
memuaskan. Selepas murid diperkenalkan kepada kaedah ini, mereka dapat
menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan baik. Ini menunjukkan
bahawa kaedah yang dijalankan dapat diikuti dengan baik dan berkesan. Soal
jawab dengan murid juga menyatakan bahawa mereka tidak lagi mempunyai
masalah besar dalam memahami pelajaran di bilik darjah.
. CADANGAN UNTUK KA1IAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:
(a) Murid boleh menyebut angka dengan melihat angka serta perkataan.
(b) Menyediakan bahan pengajaran dan pembelanjaan yang lebih bercorak interaktiI.
(c) Menyediakan buku kecil untuk dihaIal serta dijadikan rujukan bagi istilah
Matematik.
BIBLIOGRAFI
Mok Soon Sang, (1997) !engafian Matematik Untuk Di5loma !erguruan,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang, (2002) !endidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai