Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN Dunia guru banyak dihabiskan dalam bilik darjah ketika perkhidmatannya kerana guru bertanggungjawab

sepenuhnya dalan menentukan bentuk dan corak pengajaran yang hendak dijalankan. Sesuai dengan tempoh yang ditetapkan dalam jadual waktu sekolah, guru perlu menggunakan sepenuhnya masa berkenaan untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai dan matlamatnya dapat dipenuhi selari dengan kehendak sukatan pelajaran. Namun proses pengajaran dan pembelajaran tidaklah semudah disangka. Sesetengah orang beranggapan tugas mengajar itu hanya untuk menyampaikan maklumat semata-mata, tetapi tidak bagiku kerana sebenarnya lebih jauh dan lebih mendalam dari itu. Bagiku, pendidikan yang disampaikan perlu lebih bersifat bersepadu iaitu bukan sahaja menajamkan inteklek anak-anak didiku, tetapi juga aku bertanggungjawab membentuk peribadi, rohani, emosi dan fizikal mereka. Falsafah Pendidikan Kebagsaan sendiri jelas menyatakan bahawa pendidikan di negara ini bertujuan melahirkan insan yang mencapai kejayaan dan kemajuan dalam pembentukan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Agar sukar bukan? Namun pepatah lama ada mengatakan alah biasa, tegal biasa. Setiap masa perkara penting yang menjadi perhatianku ialah psikologi anak-anak didikku. Mengapa perkara ini seringkali menjadi perhatianku selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran? Detik di hatiku, kenapa amat sukar bagiku mendalami dan mengaplikasikan perkara ini sebaik-baiknya, kerapkali aku rasakan kekurangannya. Realitinya,jika seseorang guru hanya menumpukan kepada objektif, matlamat, bahan sumber dan isi pelajaran semata-mata, dikhuatiri akan wujud penghalang besar antara guru dan murid-muridnya. Aku tidak mahu jadi seperti itu, orang kata guru syok sendiri. Pengalaman aku mengajar subjek sains sejak 12 tahun yang lalu, tambahan pula tajuk-tajuk dan tahun mengajar tidak berubah saban tahun menjadikanku boleh dikatakan mahir dan sentiasa bersedia dengan pelbagai sumber bahan pengajaran yang lengkap untuk mengajar. Namun apakah bahan-bahan pengajaran itu, objektif dan langkah-langkah pengajaran dilakukan mampu memenuhi pengetahuan anak didikku seperti yang disasarkan. Tahap kualiti pengajaran guru-guru di negara ini semakin baik disebabkan pendedahan mereka dalam kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang sering diadakan di sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Apa pun, aku sedar bahawa tahap dan kualiti itu sahaja tidak cukup jika aku sendiri tidak membuat kerja rumah yang sepatutnya, iaitu mengukur dan menilai tahap pencapai setiap anak didikku sebelum meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Aku juga sedar murid-murid ini bukanlah robot yang boleh diprogramkan untuk menerima bulat-bulat apa sahaja yang diarahkan oleh aku sebagai gurunya. Anak-anak didik adalah insan biasa yang juga mempunyai hati dan perasaan. Sebaga insan yang dalam proses menuju kematangan hidup, mereka perlu melalui pelbagai proses pembinaan jati diri serta perlu bersedia menghadapi cabaran hidup yang pelbagai. Ini bermakna, sebelum mereka sampai ke bilik sainsku, mereka telah menempuh banyak halangan, peristiwa dan kejadian yang sebahagian besarnya terakam dalam kotak minda, hati dan perasaaan mereka. Rakaman ini kemudiannya akan sentiasa terpancar dalam ingatan dari semasa ke semasa yang akan datang sebagai satu gambaran semula peristiwa. Gambaran inilah yang kemudiannya nanti yang banyak mengganggu emosi dan persediaan anak-anak didikku sepenuhnya. Implikasinya, mereka gagal menumpukan perhatian terhadap apa-apa yang aku ajarkan kepada mereka. Oleh itu, jika aku hanya bertindak menyampaikan isi pelajaran semata-mata tanpa memikirkan kesediaan muridmuridku untuk belajar atau sama ada mereka mampu menerima isi pelajaran. Bagiku, guru perlu memenuhi hasrat diri sendiri, iaitu bersedia dalam apa-apa jua keadaan semasa situasi pengajaran dan pembelajaran. Aku sepatutnya mampu memenuhi hasrat mereka terutamanya dalam proses perkembangan intelek. Persediaan sebelum pengajaran harus dibuat dengan teliti dengan mengambil kira banyak faktor selain dari isi pelajaran, aku perlulah mengetahui pencapaian mereka. Ini memudahkan dalam penentuan aras pengajaran yang hendak disampaikan. Sumber yang paling berharga bagi seorang guru ialah anak-anak didik yang

berkebolehan belajar dengan cekap, mampu berfikir dan dapat melahirkan idea-idea baharu tetapi persoalannya ialah, berapa ramaikah anak didikku yang boleh memnuhi hasrat berkenaan. Tetapi, ini bukanlah alasan untukku mengambil jalan mudah di dalam menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aku juga tidak boleh menganggap semua murid di dalam sebuah kelas mempunyai taraf pengetahuan yang sama. Kekadang keterbatasan waktu belajar juga terpaksa dikorbankan untuk member laluan kepada pelbagai program sekolah yang mempunyai wajaran, objektif dan matlamatnya tersendiri. Aku tidak boleh menjadikan halangan ini sebagai memikirkan kesediaan mereka, mereka. Melalui pengetahuan terhadap psikologi murid-murid, ia akan sedikit sebanyak membantuku di dalam melihat semula objektif yang hendak dicapai, matlamat yang perlu dipenuhi, langkah-langkah yang mesti diikuti serta tindakan selanjutnya ke arah alasan untuk terus mengajar tanpa

pengetahuan sedia ada dan juga pengalaman lampau

menyediakan pengukuran dan penilaian yang bersesuaian. Jelaslah di sini bahawa untuk memulakan satu pengajaran malah lebih jauh dari itu, iaitu menyediakan ringkasan

pengajaran memerlukan banyak tugas dan kerja rumah yang perlu dilakukan oleh seseorang yang bergelar guru. Aku sentiasa berpegang kepada guru yang inovatif dan kreatif akan sentiasa berfikir tentang psikologi murid-muridnya, kehendak sukatan pelajaran, ruang waktu, tempat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Aku harus memikirkan setiap perkara berkenaan sebelum sesi sesebuah pengajaran kerana aku benar-benar mahu anak didikku belajar sesuatu pada hari berkenaan dan kemudian mencapai objektif pembelajaran yang kurancangkan. Aku tidak mahu menjadi seorang guru yang hanya mahu menghabiskan sukatan pelajaran semata-mata bagi menghalalkan pendapatanku pada setiap bulan dan anak didikku hanya belajar untuk peperiksaan sahaja. Setiap pengajaranku, aku berazam memberikan input yang baharu kepada mereka. Aku sentiasa mengingati bahawa guru yang berkesan adalah sebaik sahaja anak didikku melangkah keluar dari bilik sainsku, aku akan berasa puas kerana objektif pengajaranku tercapai dan murid-muridku dapat memahami isi pelajaran pada waktu berkenaan. Renungkan-renungkanlah, bukankah guru itu hidup untuk berbakti?

Anda mungkin juga menyukai