Anda di halaman 1dari 50

KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

SAS/CTU 553

BAB 1- KONSEP ASAS HE

ETNIK DAN RAS


ETNIK

Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
RAS

Kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri fizikal.


BAB 1- KONSEP ASAS HE 2

ETNISITI, ETNOSENTRISME & RASISME


ETNISITI

Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

ETNOSENTRISME

Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
RASISME

Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras semata-mata.

PREJUDIS, STEREOTAIP & DISKRIMINASI


PREJUDIS

Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka.

STEREOTAIP

Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.
DISKRIMINASI

Perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

MASYARAKAT & BANGSA


MASYARAKAT

Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
BANGSA

Jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 7

CIRI-CIRI MASYARAKAT
BAB 1- KONSEP ASAS HE 8

1. Manusia yang hidup berkelompok


Mereka yang hidup bersama, saling mengenali

dan bergantungan. 2. Melahirkan kebudayaan Tiada masyarakat maka tiadalah budaya dan sebaliknya. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses penyesuaian.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 9

3. Mengalami perubahan Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. 4. Berinteraksi Masyarakat berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 10

5. Terdapat Kepimpinan
Pemimpin terdiri daripada ketua keluarga, ketua

kampung, ketua negara dan sebagainya. Kepimpinan dalam masyarakat Melayu awal, bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan.

BAB 1- KONSEP ASAS HE

11

6. Terdapat stratifikasi sosial Ia meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau ia merujuk kepada susun lapis masyarakat. Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta

BAB 1- KONSEP ASAS HE

12

Kelas: Kedudukan seseorang dalam masyarakat

berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan.


Status: Jangkaan peranan yang dimainkan oleh

individu dalam masyarakat seperti penerimaan gelaran Dato, Haji dan Lebai.
Kasta: Kelas sosial yang keahliannya ditentukan

hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial.

KEPERLUAN MENGKAJI MASYARAKAT


BAB 1- KONSEP ASAS HE 14

1. Manusia hidup bermasyarakat Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. Seseorang itu dicermin dan mencerminkan masyarakatnya.

BAB 1- KONSEP ASAS HE

15

2. Memahami cara hidup bermasyarakat Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat.

3. Memahami budaya dan masyarakat lain Tidak akan mengalami satu kejutan budaya, tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 16

4. Memupuk kerjasama di antara masyarakat Perhubungan merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. Dapat mengatasi isu-isu global seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya.

BAB 1- KONSEP ASAS HE

17

KONSEP BUDAYA

BUDAYA
Cara hidup orang ramai termasuk pemikiran,

nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu: Budaya kebendaan Budaya bukan kebendaan

Budaya kebendaan: Peralatan dan kelengkapan

hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya.

Budaya bukan kebendaan: Kepercayaan, adat

istiadat dan undang-undang contohnya adat istiadat yang berbeza-beza dalam perkahwinan.

BAB 1- KONSEP ASAS HE

20

Dalam budaya Melayu, faktor agama paling

penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal.
Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi. Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk

jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.


BAB 1- KONSEP ASAS HE 21

Peranan utama pembentukan sesuatu budaya:


1. Membina imej negara ke arah mewujudkan

keperibadian dan identiti.

2. Memupuk

kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. (Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).
BAB 1- KONSEP ASAS HE 22

CIRI-CIRI BUDAYA
BAB 1- KONSEP ASAS HE 23

1. Dipelajari
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi

perlu dipelajari dan ia melibatkan banyak unsur seperti asimilasi dan adaptasi.

BAB 1- KONSEP ASAS HE

24

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran:


Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran,

sekolah, institusi latihan dan sebagainya. Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu. Umur seseorang. Tahap pendidikan.

BAB 1- KONSEP ASAS HE

25

2. Dikongsi Ia bermaksud setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

BAB 1- KONSEP ASAS HE

26

3. Sejagat Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Namun ia berbeza antara masyarakat kerana pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

BAB 1- KONSEP ASAS HE

27

4. Diwarisi Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu.

BAB 1- KONSEP ASAS HE

28

5. Berubah Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.

BAB 1- KONSEP ASAS HE

29

Faktor perubahan budaya:


Pertambahan bilangan anggota masyarakat. Pertambahan

keperluan

dan

keinginan

manusia. Penemuan dan penciptaan teknologi baru. Pertembungan budaya. Konflik yang berlaku. Perubahan alam sekitar.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 30

6. Perlambangan Budaya boleh ditunjukkan dalam bentuk perlambangan seperti logo, bendera, ukiran dll.

7. Pandangan Semesta Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Ia timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitar.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 31

FUNGSI BUDAYA DALAM KEHIDUPAN


1. Memenuhi keperluan hidup. 2. Panduan kepada anggota masyarakat

bertingkahlaku. 3. Mengatur hubungan sesama manusia 4. Galakan untuk manusia mencipta. 5. Alat penyatuan dan pengenalan identiti.

BAB 1- KONSEP ASAS HE

32

TAHAP HUBUNGAN ETNIK

BAB 1- KONSEP ASAS HE

33

SEGREGASI
Hubungan yang bersifat pemisahan di antara

etnik-etnik dalam sesebuah negara.

Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan

seperti tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

Ia didasari oleh undang-undang ataupun tidak

seperti Dasar Apartheid di Afrika Selatan.

AKOMODASI
Satu proses di mana etnik menyedari norma

dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Switzerland adalah negara yang mempunyai

hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 35

AKULTURASI
Satu proses penerimaan unsur kebudayaan

di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.
Berbeza dengan proses asimilasi, proses

akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.


SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 36

ASIMILASI
Proses percantuman dan penyatuan di antara

etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu

ke dalam etnik yang lain.


SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 37

Sambungan.

Semua kumpulan lama kelamaan akan

mematuhi pola-pola kebudayaan golongan dominan dan melupakan kebudayaan dan identiti masing-masing.
Ia diwakili oleh formula : A+B+C=A

SAS/CTU 553

BAB 1- KONSEP ASAS HE

38

Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:


1. Etnik yang berbeza budaya.

2. Individu di dalam atau di antara etnik

sering berinteraksi. 3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

SAS/CTU 553

BAB 1- KONSEP ASAS HE

39

Faktor kejayaan asimilasi:


1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan

identiti mereka dan menerima identiti etnik lain. 2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain. 3. Kelompok minoriti adalah kecil. 4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 40

Faktor penghalang asimilasi:


1. Kurang pengetahuan kebudayaan sehingga

menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain. 2. Timbul perasaan bahawa budaya sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain. 3. Wujud perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat. 4. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 41

AMALGAMASI
Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair

dan dijadikan satu keseluruhan bersama.

Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila

budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. antara etnik.

Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur Diwakili oleh formula : A+B+C=D


SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 42

PLURALITI BUDAYA
Menerapkan pencapaian keseragaman dalam

hal-hal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri.
Diwakili oleh formula: A + B + C = A + B + C

(A, B dan C merujuk kepada budaya).


SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 43

KELEBIHAN PLURALITI BUDAYA


1. Boleh menjadi satu penghubung penstabil

antara cara hidup lama dengan cara hidup baru.


2. Dapat

mengelakkan sedikit sebanyak disorganisasi sosial dan peribadi yang mungkin timbul akibat kejutan budaya.

MASYARAKAT PLURALITI BARU

MASYARAKAT PLURALITI BARU


Gabungan dua atau lebih masyarakat yang

hidup bersama dalam satu unit politik atau dalam satu kerajaan.
Ia wujud hasil dari pluraliti budaya yang

terdapat dalam sesebuah negara.

SAS/CTU 553

BAB 1- KONSEP ASAS HE

46

CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALITI BARU


1. Pemerintah dan yang diperintah ada yang

berlainan bangsa dan hidup dalam komuniti yang berasingan.


2. Satu set nilai budaya dan politik yang

yang dikongsi oleh komuniti yang berbeza melalui persetujuan kebangsaan.


SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 47

3. Kecenderungan

untuk meramal ekonomi dalam konteks bangsa.

konflik

4. Bangsa-bangsa

yang berbeza tetapi mempunyai keinginan yang sama seperti keamanan dan kesejahteraan.

5. Sedikit campur tangan pihak luar kadang-kala mungkin diperlukan bagi meleraikan konflik yang mungkin wujud di antara masyarakat pluraliti baru ini.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 48

Masyarakat pluraliti baru dapat dikenali melalui:


1. Kepelbagaian budaya yang terdapat dalam

satu kelompok besar manusia.

2. Lebih banyak keutamaan bangsa dalam

politik.

3. Kewujudan unit politik yang dibentuk oleh

budaya-budaya masyarakat.
BAB 1- KONSEP ASAS HE

SAS/CTU 553

49

PLURALITI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


Model masyarakat Islam Madinah.

Surah al-Hujurat:13

Anda mungkin juga menyukai