Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Syukur alhamdullilah dengan limpah rahmat yang telah diberikan oleh Allah S.W.T, dengan ini kami akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami dengan jayanya. Walaupun kami menghadapi banyak kekangan dan masalah semasa menjalankan tugasan kerja kursus ini, namun dengan pertolongan khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada pensyarah yang berpengalaman iaitu, Pn Normah Binti Abdul Rahman, akhirnya kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Kami telah dibekalkan tugasan yang diberikan iaitu menyediakan tugasan menyiapkan baju mengikut kehendak soalan dan menyediakan dokumentasi

mengenainya. Pada mulanya kami menghadapi beberapa kekangan yang terpaksa ditempuh, namun saya berusaha untuk menyiapkannya dan akhirnya siap tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Kami juga bersyukur kerana dapat bekerjasama bagi bersama-sama dengan rakan seperjuangan untuk menyiapkan tugasan ini. Apa yang penting semasa melakukan kerja ialah Kerjasama. Tanpa mengira apapun tugasan yang diberikan, tanpa kerjasama yang baik antara ahli kumpulan maka tugasan akan menjadi pincang. Jutaan penghargaan kepada rakan-rakan yang membantu kami bagi

menyiapkan tugasan ini daripada pelbagai aspek bantuan yang kami perlukan. Tanpa sokongan dalaman dan luaran yang diberikan rakan-rakan kemungkinan tugasan ini tidak dapat dijayakan dengan lengkapnya. Malah kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara tidak langsung dalam membekalkan idea-idea yang menarik untuk saya jadikan ilham menyiapkan tugasan ini.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai