Anda di halaman 1dari 24

1.

Pengenalan Sudah ditakdirkan tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk

memudahkan pembelajaran murid. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktivitiaktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang

berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak mehalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Dewey misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain. Dalam tugasan ini, beberapa aspek tentang pengajaran P & P bahasa Melayu turut dihuraikan. Penekanan terhadap aspek pendekatan, kaedah, teknik sehinggalah penyerapan KBT untuk pengisian kurikulum turut dimuatkan. Tidak ketinggalan juga pengajaran mikro sebagai suatu usaha yang dapat membantu guru melicinkan corak dan strategi pengajaran mereka.

2.0

Teori Pemerolehan Bahasa Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dikurniakan bersama-samanya

beberapa alat fizikal yang sesuai untuknya memperolehi bahasa. Semua insan di dunia ini mempunyai alat fizikal yang sama untuk melakukan setiap perkara dan mengikut kepada teori biologis, sejak lahirnya sesorang anak itu, sesungguhnya telah dikurniakan satu kebolehan iaitu kebolehan berbahasa. Setiap kanakkanak memperoleh bahasa pertama bukan melalui proses pembelajaran tetapi proses ini berlaku dengan tidak formal. Kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan apabila mereka didedahkan dengan pengalaman yang banyak sekaligus dapat meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Terdapat beberapa teori pemerolehan bahasa yang telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh aliran ini iaitu teori behaviorisme, teori mentalis, teori interaksionalis dan kognitif. Semua aliran ini mempunyai pelbagai pendapat dan cara tersendiri untuk menerangkan bagaimana seseorang individu yang bergelar manusia dapat mempelajari sesuatu bahasa sejak mereka kecil lagi.

2.1

Teori yang Dipraktikkan dalam Tugasan Dalam tugasan ini, terdapat satu contoh sesi pengajaran aktiviti bagi

subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sudah tentulah proses P & P tersebut melibatkan teori pembelajaran bagi membolehkan murid menguasai bahasa. Pada bahagian ini akan dihuraikan mengenai teori yang dipraktikkan oleh guru dalam usaha mencapai objektif pembelajaran yang direncanakan.

Teori pembelajaran yang digunakan ialah teori Behaviorisme. Berdasarkan sukatan pelajaran, terdapat aktiviti yang melibatkan kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk memastikan murid dapat bertutur dan berkomunikasi dalam keadaaan yang bertatasusila. Tambahan pula, aktiviti ini dilakukan terhadap murid Tahun 1 yang diketahui umum baru sahaja ingin memulakan kehidupan baharu yang menghendaki mereka melalui interaksi sosial dalam persekitaran masing-masing. Pada awal pengajaran, guru meminta murid untuk

mendengar perbualan melalui pita rakaman mengenai situasi di kedai buku. Tujuan langkah ini adalah untuk membiasakan murid dengan suasana di kedai buku sekaligus dapat memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Teori Behaviorisme telah menetapkan bahawa setiap pengajaran bahasa haruslah bermula dengan bahasa lisan kemudian diikuti dengan bahasa tulisan. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli behaviorisme, dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memastikan murid-murid bertutur sebelum beralih kepada kemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran lisan merupakan asas kepada kemahiran yang lain. Jika murid tidak dapat menguasai peringkat asas, maka mustahil untuk murid-murid menguasai kemahiran yang berikutnya. Sama juga seperti aktiviti yang telah dirancangkan dalam tugasan ini, langkah selepas murid mempelajari kemahiran lisan, murid akan cuba menulis ayatayat mudah yang berkenaan dengan apa yang mereka dapat daripada guru sebelum itu. Ingatan mereka akan bertahan dalam tempoh yang lama.

Menurut Kamarudin Hj Husin (1998:43), bahasa merupakan satu tabiat atau sesuatau perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Proses pengajaran ini sesuai diterapkan dalam contoh akitiviti yang dicadangkan. Proses ini akan memberi satu perkara baru kepada murid-murid dan untuk membentuk kebiasaan ini memerlukan latih tubi serta perbualan bahasa perlu diutamakan dan untuk proses ini, murid-murid tidak perlu terikat dengan peraturan bahasa. Dalam aktiviti ini, pengukuhan menjadi satu syarat penting dalam pembelajaran. Pengukuhan merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan bagi menetukan tingkah laku yang dikehendaki. Semasa guru mengajak murid untuk mengajuk dialog perbualan, guru boleh menggunakan strategi pengukuhan dalam usaha menarik minat murid untuk menghafalnya. Dengan pengukuhan ini akan menjadikan murid lebih gembira dan menjadikan mereka akan melakukan sesuatu perkara yang memberikan mereka pujian.

Menurut Nik Hassan Basri (2003:110), antara ciri-ciri yang boleh disimpulkan ialah pembelajaran merupakan proses mekanis yang terjadi daripada hubungan antara rangsangan (stimulus) dan gerak balas (respon). Ini bermaksud, aktiviti yang dijalankan dalam rancangan pengajaran harian yang telah dirancang pada bahagian berikutnya nanti telah membuktikan ciri yang pertama tersebut di mana murid memberi respon kepada rangsangan guru yang memuji mereka. Selain itu, Nik Hassan Basri juga mengatakan sesuatu gerak balas yang diulangi akan membentuk kebiasaan. Perkara ini sangat bersesuaian dengan aktiviti pengajaran bahasa tersebut di mana murid sentiasa akan mengajuk dialog perbualan supaya dapat mengahafalnya. Bukan sekali, malah berulang kali guru mengulang ayat tersebut di samping melakukan teknik latih tubi penggantian dalam usaha menambah perbendahaaan kata murid.

Namun, aktiviti P & P tersebut bukan sahaja melibatkan teori Behaviorisme, sebaliknya, guru akan mempraktikkan teori Situasional. Mafhumnya, di penghujung pembelajaran, guru meminta murid melakukan sesi dialog di kedai buku bagi memenuhi keperluan mereka dalam situasi yang bakal mereka hadapi. Walau bagaimanapun, transformasi pendekatan tersebut tidaklah sehingga mencapai ke tahap komunikatif. Teori pendekatan komunikatif menyatakan interaksi diajarkan di dalam kelas dan dilakukan oleh murid tanpa ada larangan atau teguhan negatif daripada guru. Tujuannya adalah untuk membolehkan murid berkomunikasi dalam keadaan yang fleksibel dan spontan. Sedangkan aktiviti yang dijalankan guru hanya membolehkan murid meniru ayat yang diajarkan guru. Ini bermakna, pengajaran yang disampaikan masih tidak memenuhi ciri-ciri pendekatan komunikatif. Oleh itu, murid dikehendaki menggunakan ayat yang diajarkan dahulu, dan sekiranya situasi memaksa mereka berbicara secara spontan, guru tidak harus melarang sebaliknya menggalakkan murid. Kesimpulannya, aktiviti yang dirancang mempraktikkan Teori Behaviorisme dan Teori Situasional.

3.0

Perkaitan Teori-Teori Pemerolehan Bahasa dengan Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran Setiap guru perlu mengajarkan murid mereka dengan teknik dan strategi yang betul. Teori-teori pemerolehan bahasa yang dipelajari semasa mengikuti latihan keguruan perlu diaplikasikan di dalam kelas supaya guru lebih jelas dengan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk diajarkan. Maka, guru perlu mengkaji terlebih dahulu ciri-ciri setiap teori pemerolehan bahasa yang sesuai untuk diajarkan. Apa yang paling utama ialah proses hubung kait teori yang dipilih dengan strategi pembelajaran sebelum menghasilkan rancangan pengajaran harian. Pada bahagian berikutnya akan dihuraikan mengenai perkaitan teori-teori pemerolehan bahasa dengan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Berpandukan tulisan Abd. Aziz Abd. Talib (2000:28-29), pendekatan bermaksud yang paling global atau yang paling abstrak. Ini adalah kerana pendekatan merupakan suatu pandangan, pendirian, pegangan dan falsafah bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara. Sementara itu, beliau turut menjelaskan maksud kaedah yang membawa erti cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Akhir sekali, teknik pula didefinisikan sebagai suatu cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. 3.1 Konsep Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pembelajaran Bahasa
3.1.1 Teori Behaviorisme

Teori Behaviorisme merupakan teori yang sudah lama dipraktikkan oleh golongan pendidik. Hal ini berikutan teori jenis ini wujud pada suatu tempoh masa yang lama berbanding teori yang selepasnya. Namun, pengajaran bahasa melalui teori ini tidak langsung mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak pendekatan, kaedah dan teknik yang dapat disuaikan bagi teori ini.

Sebagai contohnya, diambil pendekatan oral atau lisan dalam pengajaran bahasa. Menurut Kamarudin Hj Husin (1998:115) dalam bukunya Pedagogi Bahasa: Perkaedahan, pendekatan oral ialah satu kaedah yang memberi penekanan kepada penguasaan kepada aspek lisan dalam aktiviti pelajaran bahasa. Ini dilakukan sebelum seorang itu menguasai kemahirankemahiran yang lain seperti membaca dan menulis. Perbendaharaan kata merupakan aspek utama dalam reka bentuk pendekatan ini. Selain itu, kawalan aspek tatabahasa adalah juga diberi perhatiaan. Maksudnya, pendekatan ini sangat bertepatan dengan ciri-ciri Teori Behaviorisme yang menekankan aspek lisan serta mekanis. Bagi menambah pemahaman lagi, Kamarudin Hj. Husin (ibid:116) turut mengatakan bahawa teori bahasa yang menjadi dasar kepada pendekatan ini dicirikan sebagai satu bentuk struktural. Aspek dan bentuk-bentuk pengucapan dilihat sebagai asas bahasa, sementara strukturnya pula dilihat sebagai fokus kepada keupayaan bertutur. Tambah beliau, teori pendekatan ini didokongi oleh teori mekanis yang boleh juga didefinisikan sebagai teori Behaviorisme. Teori ini menanggap bahasa adalah satu aktiviti fizikal yang mementingkan satu rangkaian turutan kesan dan sebab. Ia menganggap faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak balas organisma. Sementara itu, kaedah yang sesuai semasa teori ini dipraktikkan ialah kaedah terus atau ada juga yang mengatakan kaedah askar. Nik Hassan Basri (2005: 143) berpendapat bahawa dalam kaedah ini, bahasa sasaran digunakan dengan serta merta, berfikir dalam bahasa yang dipelajari tersebut. Oleh sebab bahasa lain tidak digunakan, maka pengajaran perkataan dijalankan dengan menggunakan benda-benda konkrit, melalui gambar dan sebagainya, atau melalui perbandingan dan persamaan sekiranya benda itu tidak konkrit. Tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dengan contoh-contoh yang sesuai. Tatabahasa secara formal tidak diberikan, melainkan jika perlu tetapi diserapkan dalam bahan mengajar. Bagi Kamarudin Hj. Husin pula (1998:185), kaedah ini mengikut tanggapan ahli Behavioris iaitu bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa mereka dengan cara semula jadi. Beliau juga menambah bahawa kaedah

terus lebih berfokuskan kemahiran lisan. Teori Behaviorisme sememangnya mengkehendaki corak pengajaran yang lebih bersifat lisan. Murid hendaklah meniru dan mengikut guru dalam aspek bahasa yang diajarkan. Apabila guru sudah mengajar murid kemahiran, guru memberi peneguhan positif dalam usaha menambah minat murid menjawab dengan betul dan tepat. Dengan cara ini, murid akan mematuhi perintah guru sementara nahu dan perbendaharaan kata mereka menjadi semakin jitu. Secara kesimpulannya, kaedah terus mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama, pelajar belajar secara mendengar dan bertutur. Nik Hassan Basri (2005:147). Terjemahan tidak digunakan secara langsung. Oleh sebab sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini merupakan gabungan linguistik dengan pengajaran bahasa. Perkara terakhir yang perlu diberikan penekanan ialah aspek teknik. Teknik yang sesuai digunakan dalam teori ini ialah teknik latih tubi. Bagi Nik Hassan Basri (2000:149), latih tubi dilakukan bertujuan untuk membolehkan murid menguasai sebutan dan membiasakan telinga mereka dengan sistem bunyi bahasa itu serta menyerap rumus-rumus bahasa dalam bentuk polapola ayat tertentu. Dengan itu, cara pembentukan bahan mestilah memberi perhatian kepada butir-butir tersebut. Manakala Kamarudin Hj. Husin (1998:197-198) mengatakan latih tubi merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini bertepatan dengan teori Behaviorisme yang memerlukan latihan secara kerap dan pengukuhan guru dalam meningkatkan penguasan kemahiran lisan murid.

3.1.2 Teori Kod Kognitif

Teori pemerolehan bahasa yang terakhir ialah teori kod kognitif. Pendekatan yang sesuai dengan teori ini ialah pendekatan induktif. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998:83-84), pendekatan induktif adalah satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi. Pembelajaran teori kognitif melibatkan proses mental. Semasa aktiviti P & P bahasa dijalankan, pengajaran dimulakan dengan memberi contoh-contoh

struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari terlebih dahulu sebelum sesuatu kesimpulan mengenainya dilakukan. Selepas menyatakan contoh, generalisasi secara umum akan dilakukan. Dengan kata mudahnya, pengajaran ini menekankan aspek pembentukan kesimpulan umum setelah menyenaraikan beberapa contoh. Teori Kod Kognitif bersesuaian dengan pendekatan ini kerana teori ini menghubungkan pengalaman murid dengan contoh-contoh yang ada (skema) untuk menghasilkan pengetahuan baharu selepas melalui proses asimilasi dan akomodasi. Oleh itu, pendekatan teori ini jelas membuktikan bahawa pemerolehan bahasa adalah bergantung kepada persekitaran kanak-kanak untuk memproses skema yang sedia ada bagi tujuan asimilasi dan akomodasi melalui pendedahan terhadap pengalaman baharu. Bagi melihat kaedah pengajaran yang sesuai untuk teori ini, aspek pengajaran pemprosesan mental perlu diambil kira. Kaedah yang dijangkakan dapat membantu guru dalam melaksanakan pengajaran P & P ialah kaedah induktif. Semasa aktiviti dijalankan, guru perlu memberikan contoh yang jelas kepada murid terutamanya dalam pengajaran aspek ejaan, morfologi, dan sintaksis dalam tatabahasa. Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2000:43), kaedah induktif ialah kaedah pengajaran bahasa yang menampilkan contoh terlebih dahulu, sebelum hukum-hukum tatabahasa (generalisasi) dijelaskan kepada pelajar. Contohnya aspek ejaan, pembinaan kata (morfologi) atau strukturstruktur ayat (sintaksis). Teori Kod Kognitif mengatakan kanak-kanak lebih mudah belajar sesuatu daripada yang konkrit kepada yang abstrak, terutamanya bagi kanak-kanak yang lemah atau lambat perkembangan mentalnya. Teori Piaget ini juga mengatakan kanak-kanak biasanya berada pada tahap operasi konkrit sewaktu berusia tujuh hingga sebelas tahun. Ini bermakna, kaedah induktif memang sesuai dilaksanakan di sekolah rendah. Akhir sekali, teknik yang boleh dihubung kait dengan teori Kod Kognitif ialah teknik inkuiri. Berdasarkan rujukan yang diperhatikan, didapati teknik inkuiri memiliki kaitan yang setara dengan teori ini. Teknik inkuiri merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan dan kesimpulan yang beroreientasikan masalah. Selain itu, teknik ini dapat menimbulkan daya

refleksi murid. Bukti yang jelas terhadap perkaitan tersebut adalah berkenaan dengan aspek pengendalian teknik ini. Guru harus memastikan murid mengenal pasti dahulu masalah atau pun butiran pengajaran, kemudian murid akan mengkaji dan membuat ramalan tentang struktur-struktur tertentu sebelum di akhirnya murid menyediakan rumusan atau generalisasi terhadap pengajaran. Oleh itu, teknik ini dilihat sesuai bagi tahap sekolah rendah kerana dapat melatih diri mereka berfikir secara kreatif dan kritis.

4.0

Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam Aktiviti dan Langkah P & P Bahasa Melayu
4.1

Huraian Hasil Pembelajaran yang Dipilih dan Objektif Pelajaran Huraian hasil pembelajaran yang dipilih ialah: 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Rasional pemilihan huraian hasil pembelajaran ini ialah, kemahiran

lisan dilihat mampu membentuk individu yang berketerampilan. Tambahan pula, aktiviti ini dirangka bagi murid Tahun 5. Oleh itu, dibayangkan bahawa murid Tahun 5 memerlukan pendedahan mengenai cara berkomunikasi dengan bertatasusila selain fokus sampingannya dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk menuntut keperluan apabila berurusan dengan khalayak. Guru akan mengajarkan ayat-ayat yang biasa digunakan dalam sitauasi tertentu supaya murid dapat menghafalnya dan digunakan semasa situasi itu benar-benar berlaku. Objektif pembelajaran: 1)
2) 3)

Murid dapat berkomunikasi dengan cara bertatasusila. Murid dapat bersoal jawab dengan cara bertatasusila. Membolehkan murid menguasai kemahiran lisan.

Jika dilihat rajah di atas, dapat difahami bahawa tujuan pelaksanaan pengajaran kemahiran berkomunikasi ini adalah untuk mengajar murid caracara berkomunikasi secara bertatasusila. Hasil pembelajaran selepas aktiviti, murid dapat belajar aspek laras bahasa yang sesuai ketika menuntut keperluan pada situasi-situasi tertentu. Objektif pembelajaran yang kedua ialah murid dapat menyatakan hasrat dan keinginan mengikut keperluan. Perkara ini jelas dapat dibuktikan apabila contoh aktiviti dialog yang digunakan dapat membantu murid menghafal cara meminta dan memohon kehendak dengan tertib tanpa terpesong daripada tuntutan yang difikirkan. Akhir sekali, murid dapat menguasai kemahiran lisan dalam interaksi sosial. Seperti mana yang diketahui, kemahiran lisan yang terdiri daripada kemahiran mendengar dan bertutur sangat dituntut dalam aktiviti perbualan. Murid perlu mendengar dengan teliti apa yang diperkataka oleh orang lain di samping cuba meluahkan atau melontarkan kata-kata dengan berkesan dan tepat.

4.2

Pendekatan, Kaedah dan Teknik Tugasan Projek Pendekatan yang digunakan dalam tugasan projek ialah pendekatan

oral atau lisan. Pendekatan ini melibatkan kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Pendekatan ini sangat sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar kemahiran berkomunikasi bagi stituasi-situasi tertentu. Selain itu, pendekatan lisan juga membabitkan kecekapan murid menggunakan bahasa yang dipelajari untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Hakikatnya, tidak ramai guru yang menggunakan pendekatan ini kerana dibayangkan bahawa pendekatan ini tidak begitu sesuai dalam melahirkan kanak-kanak atau murid yang kreatif berbahasa.

Sementara itu, kaedah yang digunakan bagi tugasan projek ialah kaedah audio-lingual. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah dengar dan sebut. Menurut Abd Aziz Talib (2000:38), kaedah dengar dan sebut ini dipelopori oleh J.B Carroll (1960) dan William Moultan (1961). Tambah beliau

lagi, pada tahun 1964, Wilga M. Rivers telah menjadikan kaedah tersebut lebih konkrit dan memasukkan unsur-unsur teori Skinner (khususnya dalam aspek pelaziman dan latihan) untuk membentuk perlakuan bahasa yang betul. Terdapat beberapa persamaan antara kaedah ini dengan kaedah terus. Malah ada yang beranggapan bahawa kaedah ini adalah variasi daripada kaedah terus.

Selain itu, teknik yang digunakan dalam tugasan projek ini ialah teknik latih tubi. Teknik latih tubi dilihat mempunyai potensi yang baik dalam melaksanakan aktiviti berbahasa kepada kanak-kanak. Hal ini kerana tahap perkembangan minda mereka sukar mencapai tahap yang tinggi tanpa latihan atau bantuan guru. Lebih-lebih lagi kumpulan sasaran dalam tugasan projek ini adalah kepada murid Tahun 5. Selain itu, teknik ini juga memerlukan pengulangan atau latihan berkala bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Teknik ini dipilih disebabkan kesesuaiannya terhadap teori Behaviorisme yang dilaksanakan. Terdapat perkaitan dan kebergantungan antara kedua-duanya. Kaitannya akan diperincikan dalam bahagian yang seterusnya.

4.3

Aplikasi Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pembelajaran Bahasa dalam Aktiviti dalam Langkah P & P Bahasa Melayu yang Dirancang Bagi Mencapai Objektif P & P

Berdasarkan aktiviti dan langkah pengajaran di bahagian belakang tugasan, teori pembelajaran bahasa yang dipraktikkan ialah Teori Behaviorisme dan teori bahasa yang digunakan pula ialah Teori Struktural. Teori Behaviorisme merupakan salah satu aliran yang mengutamakan bahasa lisan dan bahasa tulisan. Walau bagimanapun bahasa tulisan merupakan bahasa kedua. Ahli-ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa setiap pengajaran bahasa haruslah bermula dengan bahasa lisan kemudian diikuti dengan bahasa tulisan. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli behaviorisme ini, dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran,

guru haruslah memastikan murid-murid bertutur sebelum beralih kepada kemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran lisan merupakan asas kepada kemahiran yang lain. Jika murid tidak dapat menguasai peringkat asas, maka mustahil untuk murid-murid menguasai kemahiran yang berikutnya. Bagi Koh Boh Boon. (1990), bahasa merupakah satu tabiat atau sesuatau perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Proses pengajaran ini sesuai diterapkan dalam proses pengajaran bahasa kedua. Proses ini akan memberi satu perkara baru kepada murid-murid dan untuk membentuk kebiasaan ini memerlukan latih tubi serta perbualan bahasa perlu diutamakan dan untuk proses ini, murid-murid tidak perlu terikat dengan peraturan bahasa. Dalam aliran ini, pengukuhan menjadi satu syarat penting dalam pembelajaran. Pengukuhan merupakah salah satu cara yang dapat dilakukan bagi menetukan tingkah laku yang dikehendaki. Dengan pengukuhan ini akan menjadikan murid lebih gembira dan menjadikan mereka akan melakukan sesuatu perkara yang memberikan mereka pujian. Situasi sebegini adalah normal sebagai seorang manusia yang mempunyai perasaan. Ahli-ahli behaviouris menyimpulkan bahawa penguasaan bunyi bahasa dan sistem fonologi yang berkaitan ialah hasil proses rangsangan dan gerak balas. Orang-orang dewasa memberikan rangsangan bahasa yang secukupnya dalam bentuk yang mudah untuk ditiru. Kanak-kanak pula memberikan gerak balas kepada rangsangan ini menerusi aktiviti cuba jaya dan akhirnya mereka dapat mengucapkan bunyi bahasa dengan betul. Sistem fonologi pula dipelajari sedikit demi sedikit hingga dikuasai sepenuhnya. Biarpun ada yang beranggapan bahawa pengajaran melalui teori Behaviorisme adalah bosan dan kurang berkesan, namun sebenarnya pengajaran menggunakan teori ini ada kelebihannya. Murid Tahun 1 perlu didedahkan dengan interaksi sosial bersifat kontekstual kerana murid-murid kini semakin kurang berkomunikasi secara bertatasusila. Untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang, aktiviti dan langkah pengajaran disediakan untuk memudahkan pengajaran menjadi tersusun baik untuk guru mahu pun murid. Jika teknik yang digunakan bersesuaian dengan aras, sudah tentu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efisien. Untuk

itu, kami telah menggunakan teknik latih tubi dengan kaedah pengajaran audio lingual serta pendekatan oral atau lisan. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998:115-117), pendekatan oral ialah satu kaedah yang memberi penekanan kepada penguasaan kepada aspek lisan dalam aktiviti pelajaran bahasa. Ini dilakukan sebelum seorang itu menguasai kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca dan menulis. Perbendaharaan perhatian. kata merupakan aspek utama dalam reka bentuk pendekatan ini. Selain itu, kawalan aspek tatabahasa adalah juga diberi

5.0

Konsep Kemahiran Bernilai Tambah dalam Kurikulum Bahasa Melayu 5.1 Komponen-Komponen Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) 5.1.1 Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. 5.1.2 Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran ini perlu diajar kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, kecekapan, bertindak untuk menghadapi dunia yang semangkin mencabar dan sering berubah serta mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

5.1.3 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran ini perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan

menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.
5.1.4 Kemahiran Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.
5.1.5 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai merangkumi logik matematik, visual- ruang, muzik, naturalis, intrapersonal, kinestetik, verbal-linguistik dan interpersonal. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.
5.1.6 Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.
5.1.7 Kemahiran Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran ini adalah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman individu, masyarakat, dan alam bekerja. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai secara konkrit yang melibatkan latih amal adab berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna, dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

5.2

Kepentingan KBT dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Kemahiran bernilai tambah alaf baru mengutamakan pengalaman di

bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar serta senario dunia yang global. Sehubungan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah merupakan suntikan baru kepada

pengisian kurikulum, selain mengekalkan elemen pengisian kurikulum yang sedia ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan patriotisme, dan peraturan sosiobudaya. Tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran bernilai tambah yang diterapkan secara eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysian ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti. Antara kepentingan pengajaran bernilai tambah ialah merupakan salah satu cara untuk memenuhi konsep pembelajaran seumur hidup dan menempuh cabaran abad ke-21. Dengan adanya kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran kajiaan masa depan pelajar dapat bersedia untuk menghadapi sagala masalah dan cabaran pada masa depan. Hal ini kerana, kaedah kajian masa hadapan merupakan satu pendekatan pengajaran yang mendidik pelajar agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa hadapan. Ini bermakna pelajar dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan. Selain itu, kemahiran bernilai tambah yang disarankan dalam pengisian kurikulum sukatan pelajaran dapat memberi ilmu pengetahuan kepada murid secara tidak langsung. Biarpun murid ini tidak mempelajari kemahiran muzik dan kemahiran berfikir misalnya, namun kesan penyerapan itu dapat diambil positif oleh setiap pengguna kurikulum sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

5.3

Penyerapan Tiga Komponen KBT dalam Aktiviti dan Langkah P & P Bahasa Melayu yang Dirancang Bagi Mencapai Objektif P & P Setiap aktiviti P & P, pasti ada penyerapan komponen KBT yang

terkandung dalam rancangan pengajaran. Tujuannya adalah bagi memastikan murid mencapai objektif pembelajaran di samping pengisian kurikulum yang direncanakan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Fungsi KBT adalah memastikan unsur positif dan mapan yang terkandung dalam kurikulum sebelumnya sekali gus melahirkan pendidikan yang berkualiti. Dalam aktiviti dan langkah P & P bahasa Melayu yang dirancang, terdapat tiga komponen yang akan diambil kira dan dihuraikan bagi memperjelas fungsi KBT dalam sukatan pelajaran. Komponen KBT yang pertama ialah kemahiran belajar cara belajar. Kemahiran ini mengandungi aspek mengingat jangka panjang, serta kemahiran mendengar. Dalam aktiviti yang dirancang, guru memulakan pengajaran dengan memperdengarkan rakaman perbualan di radio untuk situasi di kedai buku. Ketika itu, murid perlu menumpukan perhatian mereka dengan mengaplikasikan kemahiran mendengar aktif yang telah dipelajari. Selain itu, komponen KBT bagi kemahiran ini melibatkan cara mengingat jangka panjang. Murid telah diajarkan beberapa ayat dasar yang berkaitan dengan situasi di kedai buku. Murid perlu menghafal setiap baris ayat itu untuk diaplikasikan semasa mengalaminya di dunia sebenar. Untuk itu, murid perlu mengingat jangka panjang dialog situasi itu serta meningat beberapa kosa kata tambahan yang dipelajari semasa aktiviti latih tubu gentian bagi sistem bahasa dan tatabahasa. Kedua, aktiviti yang dirancang ini juga turut dimuatkan dengan komponen KBT iaitu kecerdasan pelbagai. Seperti mana yang diketahui, cabang dalam kemahiran ini ada banyak dan kesemuanya melibatkan ilmu yang pelbagai untuk diserapkan dalam aktiviti pengajaran. Mengambil contoh dalam aktiviti, kecerdasan yang terkandung ialah kecerdasan interpersonal, intrapersonal serta verbal linguistik. Bagi kecerdasan interpersonal, aktiviti P & P tersebut membolehkan murid memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini merangkumi keupayaan bertindak secara

berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakkan dan mempengaruhi orang lain. Contohnya, apabila guru menyuruh murid mencari pasangan untuk berdialog bagi situasi di kedai buku, murid dapat menjalankannya dengan baik di mana setiap mereka menyelami perasaan dan hasrat masing-masing dalam urusan pembelian dan penjualan barang di kedai buku tersebut. Seterusnya, kecerdasan intrapersonal pula menekankan aspek

pemahaman terhadap diri sendiri termasuklah kemahiran mengawal emosi. Murid akan memahami diri sendiri ketika cuba menyatakan hasrat dan keperluan serta dapat mengawal emosi mereka semasa berurusan dengan peniaga. Ketiganya ialah kecerdasan verbal linguistik. Setiap pegajaran bahasa perlu ada kecerdasan ini. Tidak boleh tidak, kecerdasan verbal linguistik mesti diterapkan bagi mencapai tata tingkat kemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan. Verbal linguistik ialah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan sama ada melalui lisan, penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa. Semasa aktiviti dijalankan, sememangnya murid-murid ini akan melalui proses komunikasi berkesan sesama mereka. Mereka juga akan cuba meyakinkan orang lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Di samping itu, murid dapat menggunakan laras bahasa yang sesuai. Akhir sekali ialah komponen kecerdasan kontekstual. Pembelajaran kontekstual ialah pendekatan pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran di sekolah dengan kehidupan seharian mereka. Sebagai contohnya, aktiviti latih tubi dialog situasi di kedai buku boleh mengaitkan pengetahuan murid dengan kehidupan seharian. Melalui aktiviti ini juga, murid akan memperoleh pengalaman baharu dalam hidup mereka khususnya hubungan mereka dengan dunia luar agar mereka tidak kekok menghadapi persekitaran kelak.

6.0

Kesimpulan Secara konklusinya, tugasan ini, telah menjelaskan mengenai Kaedah

Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Di samping itu, hasil tugasan ini juga telah menganalisis dan menjelaskan beberapa hasil pembelajaran kemahirankemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Selain itu, hasil tugasan ini juga telah menganalisis dan mengaplikasi Pengisian Kurikulum dalam langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aras pembelajaran kemahiran. Untuk itu, pelbagai kaedah pengajaran telah dirangka bagi memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran yang mementingkan penyerapan kemahiran bernilai tambah serta beberapa cabang kemahiran lain.

Kemahiran berkomunikasi sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada pelajaran bahasa. Sama ada secara langsung atau tidak, kemahiran ini terpaksa diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak dari darjah permulaan lagi. Aspek komunikasi merupakan aspek yang diberi penekanan kepada murid tentang kemahiran interpersonal, yakni membolehkan murid memulakan, membina dan mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau dengan orang lain melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurusan bagi tujuan keperluan harian sama seperti dalam contoh aktiviti yang dihuraikan dalam tugasan projek. Oleh itu, guru perlu menyediakan satu aktiviti khusus yang dapat meningkatkan kemahiran lisan murid supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif dengan persekitaran di samping mengikis perasaan malu dan takut ketika berhadapan orang luar di alam luar persekolahan. Secara keseluruhannya dengan melakukan tugasan ini, secara tidak langsung telah membimbing guru pelatih untuk memahami dengan lebih mendalam

lagi mengenai kaedah pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu. Ini adalah satu peluang kepada guru pelatih untuk membiasakan diri dengan alam kehidupan seorang guru yang sebenar. Selain itu, guru sepatutnya menjadikan Sukatan Pelajaran sebagai dokumen rujukan dalam menghasilkan rancangan pengajaran yang menepati aras pengetahuan murid. Kajian yang mendalam tentang pedagogi untuk mencapai hasil pembelajaran sukatan pelajaran harus dipertingkatkan supaya murid dapat mengadaptasi kemahiran yang sepatutunya mereka kuasai. 7.0 Refleksi 7.1 Mohammad Fadzrin Bin Abdul Karim SEBELUM

Saya mendapat tugasan BMM ini, saya berasa gementar dan risau kerana tidak mendapat sebarang gambaran yang jelas mengenai tugasan tersebut. Namun, setelah mendapat penerangan yang jelas daripada pensyarah, saya berasa teruja untuk memulakan tugasan berikutnya.

Sebelum menjalankan tugasan, beberapa fokus utama aktiviti telah dikenal pasti. Fokus tersebut melibatkan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran selain pembacaan terhadap pengisian kurikulum dalam sukatan pelajaran. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti sama ada guru benarbenar memainkan peranan dalam mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui aktiviti yang dirancang secara berkumpulan, saya dapat mengetahui juga cara pelaksanaan dan langkah-langkah pengajaran dalam kelas termasuk penggunaan sumber bahan pengajaran seperti ICT dan sebagainya.

Selain itu, aspek yang terpenting sebelum tugasan projek dilaksanakn ialah pengetahuan sedia ada mengenai tajuk tugasan. Rata-rata antara kami masih tidak begitu mahir dalam kemahiran pedagogi bahasa. Jadi, bantuan

pensyarah serta rakan sangat ditagih. Namun, amali di dalam kelas yang telah dibentangkan banyak membantu kami. Antaranya aspek pengajaran mikro dan sebagainya.

Akhir sekali, sebelum tugasan dilaksanakan, saya dan beberapa orang rakan yang lain telah merancang strategi pelaksanaan tugasan ini. Ada dalam kalangan kami yang sudah mendapatkan beberapa maklumat penting daripada senior dan sebagainya. Perancangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu kami melakukan persediaan sebelum tugasan projek dilaksanakan. Jadual kerja juga dirangka supaya dapat memudahkan perjalanan penyediaan laporan penuh tugasan.

SELEPAS Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Biarpun pada awalnya menjangkakan bahawa tugasan ini sukar, tetapi akhirnya dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Sebenarnya, di awal mendapat tugasan ini, penulis tidak terbayang sedikit pun apa yang perlu dilakukan. Tetapi dengan dorongan Puan Zaleha Fadzil gambaran itu menjadi jelas sedikit dan membuatkan penulis tidak sabar-sabar untuk memulakan tugasan. Saya telah mencari bahan di pelbagai tempat dan sumber. Biarpun hanya sedikit sahaja isi yang ditemui, namun tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya tidak melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Tugasan ini banyak mendisiplinkan diri khususnya ketika berada di penghujung tarikh serahan tugasan. Selain itu, saya dapati kerjasama yang terjalin bersama rakan bagi menjayakan tugasan ini merupakan nadi utama terhadap kejayaan semua. Rakan-rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea yang bernas dalam memantapkan isi-isi kerja kursus ini.

Sementara itu, secara jujurnya saya sangat bersyukur kerana mendapat tugasan ini. Hal ini disebabkan penulis dapat menambah pengetahuan pedagogi bahasa kerana sebelum ini hanya memahami apa yang di ajar secara umum. Dengan adanya tugasan seperti ini, ilmu menegenai kemahiran bahasa serta kandungan yang terdapat dalam sukatan pelajaran dapat dipraktikkan semasa menjadi guru kelak. Tanpa pengetahuan mengenai semua ini, mungkin rancangan pengajaran harian sukar untuk dihasilkan. Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih dihamparkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini.

8.0

Rujukan 8.1 Sumber buku Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Modul 2/4 Bahasa Melayu KPLI SR. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1993).

Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kamarudin Hj. Husin. (1998). Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Petaling Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Koh Boh Boon. (1990). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu: Prinsip dan Teknik. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mangantar Simanjuntak. (1998). Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir. (2003). Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Bahasa. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Zulkifley Hamid. (1994). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 8.2 Sumber intrernet Sharbi Ali. (2005). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Diperoleh pada 7.8.2011. daripada www.ppk.kpm.my: http://www.ppk.kpm.my/sphsp/muka22.htm Ariffin. (16 Mac 2010). Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik. Diperoleh pada 7.8.2011. Daripada dadwayne.blogspot.com: http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/konsep-strategipendekatan-kaedah.html Yahya Nursidik. (16 Mei 2008). Teori Behaviorisme. Diperoleh pada 7.8.2011. Daripada apadefinisinya.blogspot.com: http://apadefinisinya.blogspot.com/2008/05/teori-behaviorisme.html SIL International. (2 July 1998). Behaviorist theory of learning (Skinner). Diperoleh pada 7.8.2011. Daripada www.sil.org: http://www.sil.org/lingualinks/literacy/implementaliteracyprogram/be havioristtheoryoflearningski.htm

Laura Davenport. (April 26, 2001). cognitivsm vs. behaviorism in learning theory. Diperoleh pada 7.8.2011. Daripada www.greenspun.com http://www.greenspun.com/bboard/q-and-a-fetch-msg.tcl? msg_id=0056KI

9.0

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai