Anda di halaman 1dari 1

Perjalanan dakwah tiada penghujung kita bukan pemula, bukan jua penghujung, tetapi penyambung Maka jgn hentikan

perjalanan itu teruskanlah berjalan


Ilahi... Alangkah beratnya amanah ini Alangkah besarnya tugas ini Kami berkewajipan menghapuskan Sampah Sarap Jahiliyah yang bertimbun ini Kami berkewajipan pula menegakkan asas yang kuat dan teguh diatasnya Untuk membina bangunan yang besar Iaitu bangunan Daulah Islamiah Walaupun kami merasa betapa berat amanah ini Tetapi kami juga merasa Betapa mulia dan agungnya tugas ini

Wahai Tuhanku! Kami berjalan di atas jalan dakwah Dan kami terdedah kepada pelbagai cabaran Ada di antara kami yang singkat cita-citanya Lalu dia berundur dan terduduk

Ya Rabb! Sesungguhnya bebanan dakwah Di atas gelanggang ini amat banyak Dan amalan itu amatlah berat Memerlukan angkatan lelaki mukmin As-Sidiqqin lagi berpendirian tetap Maka ramaikanlah lelaki demikian dikalangan kami

Ya Rabb.. Demikian juga muslimat Srikandi Tanahair Muslimin Yang Telah bangkit Hari ini Dan tampil ke hadapan Untuk mencabar segenap gelombang keruntuhan dan kerosakkan

Ya Allah.......... Istiqamahkanlah kami, Teguhkan Aqidah Kami, Bantulah Kami Dalam meneruskan mata rantai perjuangan Islam ini..... Dan, moga kami mendapat barakah dan maghfirah Dan apa yang kami cari...... hanyalah Keredhaan dariMu............................. Ya Rabb...............Ya Ilahi.............

Jadilah umat yang baik dan cerdik supaya kita tidak ditipu, Tp jgn lah jd umat yang cerdik tp xbaik, nati kita yg jd penipu..renung2kan~

Anda mungkin juga menyukai