Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK

Ya Allah dipagi yang permai ini, kami menadah tangan dengan penuh rasa kehambaan
memohon kepadamu, ampunila dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, para guru dan alim
ulama yang telah banyak berjasa dalam hidup kami, serta muslimin dan muslimat samada
yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Ya Allah ya Rahman
Bersempena dengan Seminar Integriti Warga Pendidik pada pagi ini, kami merafakkkan
kesyukuran diatas izinmu sehingga majlis ini dapat direalisasikan..semoga majlis ini berjalan
seperti yang dirancang, disulami dengan hati yang tenang dan diakhiri dengan penuh kasih
sayang.
Ya Allah ya Rahim
Kami pohon agar perjuangan kami mendidik generasi pewaris nabi sentiasa subur dan
istiqamah, pengubah sifat mazmumah kepada akhlak mahmudah, tidak lemah, putus asa
dan kecewa pinta disisih. Tugas sebagai Muaddib, Murabbi, dan Mursyid jangan dibiar
berkerak, walau dilambung gelombang jahiliah berkarat.
Ya Allah ya Aziz
Penuhkan jiwa kami dengan taqwa dan iman yang kental dalam mengharungi dunia yang
penuh tipu daya, hiasilah diri kami dengan keindahan akhlak dan peribadi agar Islam yang
dijunjung,dihormati semua bangsa dan agama. Jadikan diri kami warga pendidik yang
berintegriti dalam menjalankan tugas kami yang amat mulia ini. Jauhkan diri kami dari
anasir-anasir kotor yang cuba mengugat kejernihan pekerjaan kami. Agar kami dianugerahi
semangat makruf diamal mungkar ditinggal, akhirnya lahirlah generasi yang berkualiti bakal
penghuni syurgawi terus melata di bumi Malaysia yang tercinta.
Semoga doa yang dipinta bersama kesungguhan dan keinsafan yang tersimpul, mendapat
perkenan dan makbul, kejayaan yang dicita bersama tawaduk dijiwa bakal tercipta dan
menuju ke jalan yang lurus, dan bakal lahir dalam kalangan kami generasi Ulul Albab yang
mampu memperjuangkan amanah yang dipikul berlandaskan al-quran dan sunnah para
rasul.
Ya Allah ya Ghaffar
Kami sandarkan hidup dan mati hanya padamu yang maha kuasa, berbekalkan nadi masih
berdenyut bernyawa, bisikan doa kami panjatkan bersama titisan air mata. Tampunglah
segala kekurangan, iringi usaha yang diatur dengan keredhaan dan keberkatan.
Pengampunan dipinta atas segala keuzuran dan keterlanjuran serta kejayaan dan
kecemerlangan yang diharap bakal menjadi kenyataan.

Anda mungkin juga menyukai