Anda di halaman 1dari 4

Perbezaan pendapat dan pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah.

Apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa. Allah s.w.t. telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun. Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran, ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya. Janganlah pulak kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabarmencabar. Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai orang perantaraan bagi menjelaskan sesuatu perkara. 3 faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah, 1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur 2. Mencari waktu yang tepat 3. Memahami kedudukan orang yang ditegur Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira samaada kita pemimpin atau tidak, tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia. Kalau kita gagal mengawal perasaan kita berhujah, pasti akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita. Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain. Ia terkandung dalam Al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud; Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut. Oleh itu kita perlulah berhemah apabila menegur kesilapan orang lain. Jangan kita mudah ikut hati atau emosi kita tanpa menyiasat keadaan sebenar. Kesilapan orang lain mungkin bukan kesilapan bagi mereka, kerana mungkin mereka ada sebab-sebab yang kukuh yang mendorong mereka membuat sesuatu perkara. Jadi, eloklah kita siasat atau Tanya dengan cara berhemah untuk mengetahui kedudukan sebenarnya.

Imam al-Ghazali ada menyebut 6 perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat: 1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam. 2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang. 3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah. 4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat. 5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain. 6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain. Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan 5 perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah: a. Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburukburukkan orang lain itu berdosa besar b. Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang c. Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Terdapat suatu kisah di mana seorang lelaki bersama anaknya membawa seekor keledai ke pasar. Di tengah jalan, beberapa orang melihat mereka dan menyindir: Lihatlah orang dungu itu. Mengapa mereka tidak naik ke atas keledai itu? Kedua-dua bapa dan anaknya mendengar sindiran tersebut. Maka dia suruh anaknya naik ke atas keledai. Seorang perempuan tua melihat mereka dan berkata: Sudah terbalik dunia ini. Anak itu tidak ada perasaan. Sanggup dia duduk selesa di atas keledai, sedangkan ayahnya yang tua dibiarkan berjalan! Kali ini anak itu turun dari punggung keledai dan ayahnya yang naik. Beberapa saat kemudian mereka bertemu dengan seorang gadis muda. Mengapa kalian berdua tidak menaiki keledai itu bersama-sama? Maka mereka pun menuruti nasihat gadis muda itu. Tidak lama kemudian, mereka terserempak dengan sekumpulan orang dan berkata: Binatang malang., ia menanggung beban dua orang gemuk tidak berguna. Kadang-kadang manusia memang sangat kejam! Sampai di sini, ayah dan anak itu sudah muak. Mereka memutuskan untuk memikul keledai itu. Melihat kejadian itu, mereka tertawa dan berkata: Lihat, manusia keledai memikul keledai sorak mereka. Jika anda anda cuba menyenangkan atau memuaskan hati semua orang, pasti anda tidak akan dapat menyenangkan sesiapa pun. Fikir-fikirkanlah. Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya. Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Ramai manusia tidak menyedari sebenarnya otak tidak pernah kehilangan daya untuk mengingati sesuatu perkara. Otak boleh merakan segala perkara dan peristiwa seperti juga sebuah komputer.. Meskipun begitu, masalah kehilangan daya ingatan boleh juga terjadi kerana kita tidak mempraktikkan diri untuk mengingati infomasi atau sesuatu maklumat sehingga memori yg kita miliki boleh hilang. Otak seperti juga bahagian tubuh yang lain. Ia memerlukan latihan fizikal dan mental bersama-sama dengan nutrisi khusus untuk meningkatkan kekuatan daya ingatannya. Disini disenaraikan perkara yang boelh anda lakukan untuk menjaga daya ingatan anda agar tetap dalam keadaan baik. Kacang SoyaKacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori Zat BesiPenurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak Kopi Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapat, bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yg signifikan dibandingkan mereka yg minum kopi tanpa kafein Latihan Mental Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yg memiliki daya ingatan yg bagus dan cemerlang cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi

tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya. Latihan Fizikal Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif. Mengunyah Gula-Gula Getah Kajian yg dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga mmeperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif. Ginkgo Biloba Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yg lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen. Minyak Ikan Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yg merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan. Vitamin B Vitamin B berfungsi mengirimkan oksogen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan. Niacin atau B3 sgt baik utk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya ingatan. 1. Yakin dengan kebolehan sendiri. Kita perlu yakin dengan diri sendiri bahawa kita mempunyai daya ingatan yang baik. Jauhkan fikiran negatif seperti 'nombor bukan untuk saya' atau 'saya susah mengingati nama orang'. Ramai yang gagal untuk belajar meningkatkan memori kerana mereka gagal pada peringkat awal untuk berasa yakin dengan diri sendiri. 2. Latih otak. Latihan yang berulang dan konsisten mampu membina daya ingatan yang baik. Mulakan dengan latihan mudah seperti membaca, diikuti dengan latihan yang lebih kompleks seperti belajar kemahiran-kemahiran baru. Cabar minda dengan bermain kuiz atau sudoku. Sedikit sebanyak otak akan mula aktif dan berfungsi secara teratur dan kreatif. 3. Kurangkan stress. Stress tidak akan hilang. Tidak normal jika kita tidak merasa stress. Kita cuma perlu belajar mengawal stress kerana stress tahap kronik akan melemahkan daya ingatan dan kesihatan. Belajar untuk menenangkan diri. Fikir secara positif. Stress yang ditangani secara betul mampu meningkatkan produktiviti. Tarik nafasss..Senyum.. :) 4. Jaga pemakanan. Kata orang kita ialah apa yang kita makan. Diet yang seimbang baik untuk tubuh dan otak. Secara mudah kita boleh mengambil supplemen seperti pil ginkgo biloba. Selain itu, diet yang mengandungi anti oksidan seperti brokoli dan bayam juga mampu membantu meningkatkan daya ingatan. Kismis dan kurma juga sangat bagus. 5. Tingkatkan perhatian. Ada yang selalu merungut mereka mudah lupa nama orang yang mereka baru jumpa. Sebenarnya ia bukanlah kerana memori kita yang teruk tapi kerana kita kurang memberi perhatian terhadap nama dan sifat seseorang. Belajar mengingati nama dengan mengaitkan sifat fizikal dan tingkah laku mereka. Fokus yang baik dalam komunikasi juga akan membantu kita untuk mengingati rakan baru. 6. Beri cukup masa. Jangan mudah berputus asa. Beri masa secukupnya untuk diri kita belajar mempertingkatkan daya ingatan. Setiap manusia mempunyai daya yang berbeza untuk mengingati sesuatu perkara. Jauhi diri dari gangguan luar supaya lebih fokus. 7. Luaskan imaginasi. Cipta imaginasi sendiri secara kreatif dan mudah diingati. Visualkan apa yang kita cuba ingat. Lakarkan visual yang luar biasa kerana ianya akan lebih mudah diingati. 8. Ulang dan ulang. Sentiasa ulang apa yang ingin kita ingat. Sebutkan berulang-ulang tarikh lahir rakan baru, atau nombor telefonnya. Kemudian tuliskannya di atas kertas. Semakin banyak yang kita ulang, semakin banyak yang kita akan ingat. 9. Kategori. Cuba kategorikan senarai barangan yang ingin dibeli mengikut kumpulannya. Contohnya, berapa jenis sayur dan berapa jenis lauk

untuk dimasak. Apa ramuan asas untuk masak lemak cili api? Ia akan lebih memudahkan kita kerana cara ini lebih berfokus dan 'organized'. 10. Aturkan hidupmu. Selalu tercicir barangan penting seperti telefon bimbit dan kunci kereta? Latihkan diri dengan meletakkan barangan penting di tempat yang sama setiap masa. Kita juga boleh menggunakan teknologi terkini seperti PDA untuk mengingati tarikh-tarikh penting atau temujanji.

Anda mungkin juga menyukai