Anda di halaman 1dari 32

HBEF3503

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2013

HBEF3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

NO. MATRIKULASI

840701135058001

NO. KAD PENGNEALAN

840701-13-5058

NO. TELEFON

0165770700

E-MEL

ystitoahahmad@oum.edu.my

E-TUTOR

LING CHUNG YEO

E-MEL

chungyeoling@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

: PUSAT PEMBELAJARAN SIBU

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
ISI KANDUNGAN
1.0

PENDAHULUAN

2.0

PERNYATAAN MASALAH

3.0

OBJEKTIF

4.0

PERSOALAN KAJIAN

5.0

KEPENTINGAN KAJIAN

6.0

MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

7.0

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF UNTUK MURID LEMBAM ATAU


SLOW LEARNER.

8.0

PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID LEMBAM


ATAU SLOW LEARNER

9.0

KESIMPULAN

10.0

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

11.0

LAMPIRAN

12.0

RUJUKAN

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK

1.0

PENDAHULUAN
Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas

dikelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep
pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan
untuk murid-murid berkeperluan khas seperti Slow Learner. Program Pendidikan Inklusif
telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang
sama rata kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka.
Matlamat Kementeria Pendidikan Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan adalah untuk memastikan semua sekolah dan semua murid mempunyai
peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengenalpasti jurang pendidikan perlu dirapatkan supaya
akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.
Setiap insan di dunia ini mempunyai impian dan cita-cita yang tersendiri begitu
juga dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang seringkali kita sebut sebagai kanakkanak istimewa. Seandainya diberikan peluang, pastinya mereka akan meneroka dan
memperkembangkan minat serta kebolehan masing-masing sebagaimana kanak-kanak
normal yang lain. Dengan minat dan bakat terpendam yang dimilikki, sudah tentu ia akan
membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan sekaligus meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri dalam diri mereka.
Oleh itu sebagai pendidik yang memikul amanah untuk mencurahkan ilmu
pengetahuan, kita seharusnya jangan cepat melenting dan mengeluh dalam memberi
pendidikan sama rata kepada murid-murid berkeperluan khas. Sebagai guru dan ibu bapa
yang berhadapan dengan kanak-kanak istimewa, kita perlu membantu mereka menjalani
kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain. Kita perlu memenuhi keperluan
pendidikan mereka agar mereka dapat menikmati kejayaan dalam bidang yangdiceburi.
Biarpun kebolehan, pengetahuan dan kemahiran golongan ini agak terbatas, kita
seharusnya meyakini dan memberi galakan kepada mereka. Ini kerana sejarah telah
membuktikan mereka juga boleh mencapai kejayaan sepertimana orang lain malahan
lebih baik daripada kita.
3

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK

2.0

PERNYATAAN MASALAH
Sepertimana yang kita sedia maklum, perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif

bagi murid-murid bermasalah pembelajaran telah sekian lama dijalankan. Justeru itu, satu
kajian yang menyeluruh perlu dilaksanakan dengan mengambil kira semua faktor yang
mempengaruhi

perlaksanaan

Program

Pendidikan

Inklusif

supaya

ia

dapat

diimplimentasikan secara lebih efektif seterusnya memberi impak positif sama ada
kepada semua murid berkeperluan mahupun murid-murid normal yang belajar dalam
kelas yang sama. Namun begitu, hanya murid-murid berkeperluan khas yang mampu dan
berupaya dalam akademik sahaja yang akan diinklusifkan dalam kelas arus perdana.
Bagi mencapai kejayaan dalam perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini,
semua guru harus menjalankan peranan masing-masing. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dan
murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Oleh itu, guru mata
pelajaran perlu membuat penyesuaian bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan
khas, Slow Learner.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dirancang Kementerian Pelajaran
Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan muridmurid berkeperluan khas, maka satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap
semua faktor yang mempengaruhi perlaksanaan program tersebut. Program Pendidikan
Inklusif murid-murid berkeperluan khas khususnya murid Slow Learner, sedang
dijalankan di sekolah rintis. Maka kajian ini dijalankan bagi melihat perlaksanaan dan
kesannya kepada murid Slow Learner dan semua guru yang terlibat.
3.0

OBJEKTIF
Objektif kajian kes ini adalah untuk meninjau perlaksanaan Program Pendidikan

Inklusif murid-murid berkeperluan khas dari kategori Slow Learner di SK Lichok,


Roban. Objektif khusus kajian kes ini adalah untuk mengumpul maklumat-maklumat
tentang bagaimanakah perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif bagi murid
berkeperluan khas, Slow Learner dari segi;
3.1

Murid Slow Learner di kelas inklusif:


4

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
-

Ciri ciri penempatan murid Slow Learner di kelas inklusif.

Ciri-ciri pemilihan murid Slow Learner di kelas inklusif.

Program persediaan dan bantuan yang diperlukan oleh murid Slow


Learner di kelas inklusif.

3.2

Kemajuan yang dapat dikesan daripada murid Slow Learner.

Guru-guru;
-

Pendedahan guru-guru mata pelajaran mengenai Pendidikan Khas dan


Pendidikan

Inklusif

sebelum

melaksanakan

pengajaran

dan

pembelajaran.
-

Aspek kerjasama di antara guru mata pelajaran dan guru Pendidikan


Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif.

4.0

Amalan pengajaran guru-guru di kelas inklusif.

PERSOALAN KAJIAN
Kajian kes ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan

berikut;
Bagaimanakah perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif bagi murid berkeperluan khas
kategori Slow Learner di SK Lichok dari segi;
4.1

Murid Slow Learner di kelas inklusif:


-

Ciri ciri penempatan murid Slow Learner di kelas inklusif.

Ciri-ciri pemilihan murid Slow Learner di kelas inklusif.

Program persediaan dan bantuan yang diperlukan oleh murid Slow


Learner di kelas inklusif.

4.2

Kemajuan yang dapat dikesan daripada murid Slow Learner.

Guru-guru;
-

Adakah guru-guru mata pelajaran diberi pendedahan mengenai


Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif sebelum melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran?

Adakah wujud kerjasama di antara guru mata pelajaran dan guru


Pendidikan Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan
Inklusif?

Apakah amalan pengajaran guru-guru di kelas inklusif?


5

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK

5.0

KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak

yang terlibat dalam perancangan dan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini.Di
pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di sekolah diharapkan mendapat maklumat bagi
menyediakan Program Pendidikan Inklusif yang berkesan bukan sahaja kepada murid
inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa menerima
murid Slow Learner sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai akan
membolehkan pihak yang terlibat dalam perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif dapat
merancang dengan lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al. 2002).

6.0 MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN


Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan
dengan IQ seseorang kerana selalunya IQ individu tersebut berada pada tahap yang
normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran seringkali disalah tafsir
sebagai individu yang malas, tidak menumpukan perhatian dan tidak minat untuk
mengikuti pembelajaran. Selain itu, mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak
matang, sukar memberikan tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan
ciri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan
ini menyebabkan kita sering salah tafsir terhadap mereka.
Untuk pengetahuan kita, masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak
menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Ia merupakan
kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan
kefahaman atau penggunaan bahasa sama ada lisan atau bertulis. Justeru itu, kecelaruan
ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis,
mengeja atau mengira. Di samping itu juga, masalah ini mungkin disebabkan oleh
aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran murid berbeza dengan murid yang tidak
menghadapi masalah tersebut. Namun begitu, masalah ini juga seringkali dikaitkan
dengan masalah tingkah laku dan emosi. Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah
6

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
pembelajaran termasuklah masalah pembelajaran dalam akademik, masalah bahasa,
ingatan, sosio-ekonomi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi
perhatian dan hiperaktiviti.
DEFINISI DAN CIRI-CIRI LEMBAM ATAU SLOW LEARNER
Brennan (1974) mendefinisikan murid lembam sebagai murid yang gagal
melaksanakan kerja normal sekolah seperti kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan
mereka tidak boleh dikatakan disebabkan oleh kecacatan. Murid lembam selalunya
kurang aktif dan kurang berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran di dalam bilik
darjah.
Jamila (2005) menyatakan kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak
yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti
pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca
menulis dan mengira dalam pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk
menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak
antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka
tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan permasalahan
mereka dapat dikesan.
Kanak - kanak ini tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas atau kurikulum atau
belajar di sekolah biasa. Mereka ini terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif
pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya
rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah.
Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaan
intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di
dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi
perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan
mereka.
Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat
kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat
tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan
kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan
7

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
proses dalam penyelesaian matematik (Jamila 2005). Disebabkan masalah kurang
tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi
menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak
lembam sering mengganggu rakan-rakan.
Kita dapat mengenalpasti perbezaan murid lembam dengan murid-murid normal.
Salah satu ciri yang dapat dilihat adalah dari segi pencapaian pelajaran dan prestasi
akademik mereka berbeza dengan murid-murid normal. Murid normal boleh mengikuti
pengajaran dan pembelajaran ketika guru mengajar manakala murid lembam akan
ketinggalan dan tidak mampu mengikuti pengajaran guru. Mereka adalah golongan yang
pendiam, tidak aktif dan tidak banyak bercakap. Selain itu, murid lembam juga
mengalami kesukaran dalam menerima arahan.
Mereka juga tidak dapat berkomunikasi sepertimana murid-murid normal
berkomunikasi. Murid lembam mempunyai tulisan yang buruk dan sukar dibaca. Mereka
kerap melakukan kesalahan dalam ejaan dan tanda bacaan, menulis huruf terbalik,
membuat urutan dan arah yang salah serta idea yang tidak berkembang dan penyusunan
idea yang tidak teratur. Di samping itu, mereka tidak dapat menyebut huruf-huruf dengan
tepat dan seringkali meninggalkan huruf, sukukata atau perkataan ketika membaca dan
menulis.
MAKLUMAT MURID YANG MENGALAMI MASALAH PEMBELAJARAN
Untuk menyempurnakan perlaksanaan Program Pendidikan Insklusif ini,saya
telah menjalankan kajian ke atas seorang murid berkeperluan khas di sekolah ini iaitu
Lydia Imas, 11 tahun. Beliau adalah salah seorang murid yang belajar di kelas pendidikan
khas integrasi. Beliau pernah mengalami penyakit mengidap penyakit hydrocephalus
atau kepala besar di mana tisu otaknya dipenuhi air sejak dilahirkan. Penyakitnya telah
pulih namun beliau masih perlu menjalankan pemeriksaan rutin setiap bulan. Kesan
daripada penyakit tersebut, beliau menjadi seorang yang lambat belajar dalam segala hal
dan dikategorikan murid lembam atau Slow Learner.

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
BIODATA MURID

NAMA

: LYDIA IMAS ANAK LINGGI

TARIKH LAHIR

: 28 SEPTEMBER 2002

TEMPAT LAHIR

: HOSPITAL SARATOK

NO. SIJIL LAHIR

: SK 099244

JANTINA

: PEREMPUAN

ANAK KE

: DARIPADA 4 ORANG ADIK BERADIK

KAUM

: IBAN

AGAMA

: KRISTIAN

WARGANEGARA

: MALAYSIA

ALAMAT

: TR. RANGGAU, TINGKAT ATAS SEBLAK, 95300 ROBAN

POSKOD

: 95300

NEGERI

: SARAWAK

NAMA BAPA

: LINGGI AK AMBUNG

PEKERJAAN

: PETANI

NAMA IBU

: SANTA AK ABET

PEKERJAAN

: TUKANG CUCI
9

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
7.0 PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF UNTUK MURID LEMBAM ATAU
SLOW LEARNER
Menurut Barber dan Holdbart (1998), strategi penilaian yang berbeza diperlukan
dalam mengajar kanak-kanak berkeperluan khas dalam menentukan keberkesanan
pengajaran. Sebagai seorang guru, kita perlu meneliti pendekatan pengajaran yang sesuai
sebelum mengajar kanak-kanak berkeperluan khas.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, terdapat dua bentuk perlaksanaan Program
Pendidikan Inklusif iaitu Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan Pendidikan Separa
Inklusif (Integrasi). Bagi menjayakan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini, saya
telah memilih Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan telahpun mendapat persetujuan
daripada pihak sekolah. Melalui Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa, murid-murid
berkeperluan khas seperti Lydia Imas akan mengikuti semua mata pelajaran di dalam
kelas biasa seperti murid-murid normal yang lain tetapi nama mereka dikekalkan dalam
daftar kelas khas. Dengan itu, guru biasa boleh merujuk atau mendapatkan bantuan
daripada guru kelas Pendidikan Khas seandainya terdapat sebarang masalah berkaitan
pembelajaran mahupun tingkahlaku murid serta murid tersebut mempunyai keupayaan
dalam akademik.
Model Pendidikan Inklusif yang saya gunakan untuk perlaksanaan Program
Pendidikan Inklusif di SK Lichok ialah Model B di mana murid berkeperluan khas
ditempatkan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat dan
bimbingan daripada guru kelas Pendidikan Khas. Dengan perlaksanaan Program
Pendidikan Inklusif di SK Lichok, ianya akan memberikan impak positif kepada sistem
pendidikan Malaysia. Program ini sememangnya member peluang kepada murid-murid
berkeperluan khas untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang yang diceburi
sekaligus menjadi aset penting kepada masyarakat dan negara.
Keberkesanan seorang guru dapat dilihat apabila objektif pembelajaran yang
dijalankan tercapai dan corak pengajaran yang mampu menarik dan mengekalkan minat
murid terhadap pembelajaran.

Guru perlu sentiasa efektif dalam menyediakan

perancangan pengajaran agar memberi faedah kepada murid Slow Learner dengan
berkesan.

10

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
Strategi pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid lembam seperti Lydia
Imas adalah berbeza daripada murid-murid normal. Sebagai guru, kita mestilah lebih
kreatif, prihatin dan peka dalam merancang seterusnya melaksanakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang efektif. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang
sesuai dan menyeronokkan sekaligus menarik minat murid Slow Learner melibatkan diri
dalam aktiviti yang diadakan.
Selain itu, guru mata pelajaran perlu memulakan pengajaran daripada mudah
kepada kompleks supaya murid Slow Learner boleh menerima pengetahuan dan
kemahiran yang diajar dengan lebih tersusun. Dengan itu, mereka boleh memproses
maklumat yang diterima dengan lebih mudah dan bermakna.
Di samping itu juga, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah daripada
konkrit kepada abstrak. Ianya perlu bagi mengelakkan murid-murid lembam
membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan
menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw
(2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas dengan mengubah
yang abstrak kepada konkrit. Oleh itu, guru mata pelajaran perlu menyediakan sumber
pengajaran dan pembelajaran seperti bongkah tiga dimensi untuk mengajar topik bentuk
dan ruang. Dengan adanya bahan maujud sebegini, mereka akandapat mengamati bentukbentuk tiga dimensi seperti silinder dan piramid melalui sentuhan dan pemerhatian
mereka sendiri.
Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) turut boleh membantu
mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid. Bersangkutan itu,
penyediaan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni, akan
turut menarik minat murid-murid seperti Lydia Imas untuk terus fokus kepada
pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, dengan menggunakan
bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang
menarik.
Aktiviti yang dijalankan untuk murid Slow Learner juga perlu melibatkan
sebanyak mungkin pancaindera. Untuk mata pelajaran Sains contohnya, guru boleh
mengadakan aktiviti luar kelas untuk tajuk benda hidup dan benda bukan hidup. Dengan
itu, murid berkeperluan khas akan dapat melihat, mendengar dan menyentuh benda hidup
11

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
dan benda bukan hidup di sekeliling sekolah mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam akan mempertingkatkan keupayaan
mereka.
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan Power Point dalam komputer dan
electronic dictionary dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini
dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan
mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang
stereotype.
Guru juga boleh memperbanyakkan latihan pengukuhan dan latih tubi kepada
murid Slow Learner agar mereka lebih ingat dan mahir tentang sesuatu perkara yang
telah diajar. Apa yang paling utama, guru perlu menjauhkan dendaan negatif sekiranya
mereka melakukan kesilapan kerana ini boleh menyebabkan mereka merasa rendah diri
dan malu.
Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan
pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam dapat melihat perkara yang diajar.
Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi
tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976).
Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat
menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi
murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat
menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat
kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak
harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang
berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja.

12

HBEF3503

8.0 PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF


SEBELUM
Untuk melaksanakan Program Pendidikan Inklusif di SK Lichok, satu
Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini
bertanggungjawab membuat pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian,
pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah
dipertanggungjawabkan. Segala data dan maklumat murid-murid khas yang akan
mengikuti program ini akan dikumpul dan dianalisis dengan terperinci.
Penempatan murid dari kelas pendidikan khas integrasi ke Program Pendidikan
Inklusif sekolah ini adalah secara inklusif penuh. Tempoh perlaksanaan program
Pendidikan Inklusif di SK Lichok adalah dua bulan. Ini bermakna Lydia Imas akan
mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepenuh masa di dalam kelas Tahun 5
bersama-sama murid yang normal kerana usia beliau adalah 11 tahun. Beliau juga telah
menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Menurut ibu beliau,
Lydia Imas mampu menguruskan diri sendiri dan boleh berkomunikasi dengan orang
lain. Perkara paling utama ialah, beliau mempunyai tingkahlaku yang terkawal dan tidak
mempamerkan masalah tingkahlaku yang ganjil yang boleh menjejaskan komunikasi
dengan guru mata pelajaran serta murid-murid lain. Perkara ini perlu diketahui sejak awal
lagi kerana tingkahlaku sedemikian akan menganggu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, penempatan Lydia Imas dalam Program
Pendidikan Inklusif di kelas arus perdana telah mendapat persetujuan dan kerjasama yang
baik daripada ibu bapanya. Mereka juga telah mempersetujui segala syarat yang
dijelaskan oleh pihak sekolah.
Di samping itu, guru kelas pendidikan khas terlebih dahulu memberikan
penerangan mengenai keadaan dan senario aktiviti pembelajaran yang akan berlaku di
dalam kelas inklusif kepada Lydia Imas. Dengan itu, beliau telah dibawa ke kelas Tahun
5 pada setiap pagi untuk meninjau dan membiasakan diri dengan suasana bilik darjah.

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
Murid berkeperluan khas seperti Lydia Imas yang mengahadapi masalah Slow
Learner pastinya merasai perbezaan dengan penempatan ke sekolah biasa. Oleh itu, guru
kelas dan guru-guru mata pelajaran Tahun 5 telah diberitahu tentang kehadiran Lydia
Imas dalam kelas mereka. Sebagai guru penyelaras Program Pendidikan Inklusif SK
Lichok, saya telah mengadakan taklimat kepada semua guru tentang ciri-ciri murid
berkeperluan khas seperti Lydia Imas yang akan ditempatkan di sekolah ini.
Bagi menjayakan lagi Program Pendidikan Inklusif ini, guru kelas pendidikan
khas yang bertindak sebagai guru pendamping akan membantu guru-guru mata pelajaran
Tahun 5 semasa Lydia Imas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas inklusif. Dengan adanya kerjasama antara guru pendamping dan guru mata
pelajaran, ianya akan membantu Lydia Imas belajar dengan keadaan tenang tanpa rasa
takut seterusnya mampu menunjukkan perubahan yang memberangsangkan dalam
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Guru pendamping diberikan jadual waktu kelas Tahun 5 supaya beliau
mengetahui masa yang telah ditentukan untuk beliau membantu guru mata pelajaran. Ini
bermakna, guru pendamping tidak akan berada sepanjang masa di dalam kelas Tahun 5.
Apabila guru mata pelajaran telah membiasakan diri dengan tingkahlaku dan prestasi
Lydia Imas, mereka boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
tanpa bantuan guru pendamping. Namun begitu, guru pedamping masih boleh
memberikan nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan kepada guru mata pelajaran sekiranya
diperlukan.
Lydia Imas akan ditempatkan di bahagian depan kelas supaya beliau tidak
menghadapi masalah membaca dan menulis apa yang ditulis oleh guru di papan hitam.
Selain itu, ianya akan memudahkan beliau untuk berinteraksi dengan guru.
Memandangkan bilangan murid di dalam kelas Tahun 5 SK Lichok adalah sepuluh orang
sahaja, guru mempunyai masa untuk memberi tunjuk ajar kepada Lydia Imas sekiranya
beliau mempunyai masalah dalam pelajaran yang diajar.
SEMASA
Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, Lydia Imas mengikuti semua mata
pelajaran Tahun 5 yang dipelajari oleh murid-murid normal yang lain. Beliau kelihatan
2

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
agak kekok dengan perubahan yang diterimanya. Semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, beliau agak pasif, gelisah dan tidak menumpukan perhatian sepenuhnya
semasa guru sedang mengajar. Menurut guru Bahasa Malaysia Tahun 5, Lydia Imas
boleh membaca tetapi agak lambat dan masih terdapat kesalahan dalam menyebut
perkataan. Walau bagaimanapun, beliau agak yakin apabila diminta membaca petikan
yang terdapat dalam buku teks. Untuk itu, beliau diberikan tepukan oleh murid-murid lain
sekaligus meningkatkan motivasi dirinya.
Sebagai guru Matematik Tahun 5, saya telah menyediakan lima soalan
penambahan wang di papan tulis. Saya telah meminta Lydia Imas menyelesaikan salah
satu daripada soalan tersebut. Beliau mengambil masa yang agak lama untuk menjawab
soalan tersebut sehinggalah saya memberikan bimbingan kepada beliau. Akhirnya beliau
mampu menjawab soalan tersebut biarpun memakan masa yang agak panjang. Saya
memberikan sebatang pensel kepada semua murid yang menjawab soalan dengan betul
termasuklah Lydia Imas. Beliau kelihatan begitu gembira. Semasa membuat latihan
Matematik, beliau sememangnya memerlukan bantuan dan bimbingan. Oleh itu, guru
pendamping telah membantu saya memberikan bimbingan dengan cara yang betul kepada
Lydia Imas. Ini adalah penting agar emosi beliau tidak terganggu sehingga menyebabkan
beliau rasa rendah diri dan takut sekaligus menyebabkan beliau enggan mengikuti
pembelajaran di dalam kelas.
Semasa mengikuti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, pada
mulanya Lydia Imas enggan mengenakan baju sukan dan hanya duduk di tepi padang.
Beliau hanya memerhatikan tingkahlaku murid murid lain dan adakalanya beliau ketawa
apabila melihat rakan sekelasnya bermain bola. Selepas dua minggu barulah beliau mahu
menyertai aktiviti yang diadakan semasa pelajaran Pendidikan Jasmani. Sepanjang
aktiviti berjalan, beliau lebih banyak berdiri, tersenyum dan tidak aktif. Namun begitu,
guru Pendidikan Jasmani cuba menarik perhatian beliau dengan memberi peluang
kepadanya untuk membaling bola kepada rakan-rakannya. Beliau boleh melakukannya
tetapi pergerakannnya agak lambat.
Menurut guru Pendidikan Seni Visual Tahun 5 semasa aktiviti membuat kad hari
jadi dan perayaan dijalankan, Lydia Imas hanya termenung dan tidak melakukan aktiviti
sebagaimana yang diminta oleh guru. Hampir 10 minit beliau berkeadaan begitu
3

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
sehinggalah guru mata pelajaran memberikan bimbingan kepada beliau untuk melukis
dan mewarna pada kad tersebut. Bagi meningkatkan semangat beliau, guru Pendidikan
Seni Visual telah mempamerkan hasil kerja beliau di ruangan Pendidikan Seni Visual
sepertimana murid-murid yang lain.
Semasa di dalam kelas, Lydia Imas mampu berkomunikasi dengan rakan-rakan
sekelas seperti meminta rakannya menemani beliau untuk pergi ke tandas. Selepas
sebulan di sekolah inklusif, beliau sudah mula bergaul dengan semua rakan di dalam
kelas, mendengar cerita rakan-rakan dan ketawa bersama-sama. Semasa waktu rehat,
rakan sekelasnya mengajak beliau untuk makan bersama-sama dan ini menyebabkan
beliau rasa dihargai. Beliau juga telah melaksanakan tugas yang telah ditetapkan dalam
jadual betugas membersihkan kelas Tahun 5 iaitu menyusun meja.
Bagi mengekalkan minat dan motivasi Lydia Imas dalam pelajaran, guru telah
menguruskan ruang dan masa dalam kelas dengan baik di mana masa senyap dan aktif
diselang-selikan. Dalam memastikan peningkatan beliau dari segi sosial, aktiviti
kumpulan kecil telah diadakan sekerap yang mungkin.

SELEPAS
Setelah dua bulan menjalankan program Pendidikan Inklusif yang melibatkan
Lydia Imas, seorang murid Slow Learner, terdapat beberapa perubahan yang telah
berlaku dalam kehidupan beliau. Perubahan dari segi emosi ialah Lydia Imas menjadi
seorang yang ceria dan suka tersenyum berbanding sebelum ini beliau seorang yang
sensitif dan pendiam. Beliau juga menunjukkan minat dalam aktiviti yang dijalankan
kerana guru-guru seringkali memberikan peneguhan positif kepada beliau.
Perubahan dari segi sosial pula, beliau mudah untuk menghulurkan bantuan
kepada rakan-rakannya dan tidak lokek untuk berkongsi makanan dengan rakan
sekelasnya. Beliau juga suka berkawan dan sudah mula membiasakan diri bermain
dengan rakan sekelasnya. Melalui aktiviti kumpulan kecil yang selalu diadakan, muridmurid dapat menerima keadaan beliau dan ini membuatkan beliau rasa dihargai.
Dari segi akademik pula, beliau telah menunjukkan banyak peningkatan. Tulisan
beliau menjadi lebih kemas dan cantik. Beliau juga cuba untuk menyiapkan latihan yang
4

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
diberikan biarpun agak lambat namun setelah diberikan perhatian dan bimbingan oleh
guru, beliau menjadi lebih bermotivasi untuk menjawab soalan latihan. Sepanjang
Program Pendidikan Inklusif terhadap Lydia Imas dijalankan, guru-guru mata pelajaran
telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Ada di kalangan guru memberikan
tugasan bertulis yang ringkas tetapi kerap. Ini adalah penting dalam memastikan Lydia
Imas tidak merasakan tugasan tersebut membebankan malahan menyeronokkan.
Sekiranya beliau tidak memahami apa yang diajar oleh guru, beliau sudah berani dan
yakin untuk bertanya kepada rakan sekelas dan guru.
.
9.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya,program ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Ini
kerana perkara asas yang menjadi prasyarat kepada kejayaan Program Pendidikan
Inklusif telah dilaksanakan. Antaranya ialah hanya memilih murid berkeperluan khas
yang menguasai kemahiran asas 3M, boleh berkomunikasi dengan baik dan tiada masalah
tingkahlaku berat yang boleh menggangu-gugat proses pengajaran dan pembelajaran.
Murid yang telah dipilih untuk diinklusifkan juga telah mendapat persetujuan dan
kerjasama daripada ibu bapa murid tersebut. Perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif
ini amat bergantung kepada pemhaman, penerimaan dan kolaborasi dari semua pihak.
Perancangan yang teliti adalah kunci utama kerana program ini tidak akan mencapai
kejayaan jika tidak dirancang dengan rapi dan tiada persediaan teliti. Saya berharap
program ini akan dapat diteruskan pada masa yang akan datang dengan penglibatan lebih
ramai murid berkeperluan khas diinklusifkan.

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK

10.0 LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF


Program Pendidikan Inklusif telah berjaya dilangsungkan selama dua bulan di
Sekolah Kebangsaan Lichok bermula pada pertengahan bulan April sehingga
pertengahan bulan Jun. Program ini melibatkan seorang murid berkeperluan khas Slow
Learner, guru kelas Tahun 5, guru-guru mata pelajaran Tahun 5, guru kelas pendidikan
khas, murid-murid Tahun 5 khasnya serta semua warga SK Lichok amnya.
KEKUATAN
Terdapat beberapa kekuatan dalam perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif
yang dijalankan terhadap Lydia Imas. Anatranya ialah ia mampu memberi peluang
kepada beliau untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang baru.
Beliau juga dapat merapatkan hubungan dan berinteraksi dengan semua murid normal
dengan lebih baik. Selain itu, program ini telah menjadi platform kepada murid-murid
normal untuk mencurahkan bakti kepada murid lembam seperti Lydia Imas dengan
bertindak sebagai rakan pembimbing. Di samping itu, perlaksanaan Program Pendidikan
Inklusif ini telah meningkatkan kerjasama di kalangan pentadbir sekolah dengan guruguru. Dengan adanya program ini, murid seperti Lydia Imas akan mempunyai peluang
untuk menyertai aktiviti-aktiviti masyarakat seterusnya menyediakan lebih peluang untuk
berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan pada masa akan datang. Beliau juga dapat
menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti
tingkahlaku, komunikasi dan prestasi akademik. Selain itu, adanya gandingan dan
kerjasama di antara guru pendidikan khas, guru kelas dan guru-guru mata pelajaran akan
membantu melonjakkan mutu pencapaian murid berkeperluan seperti Lydia Imas.
Melalui program ini juga, guru-guru dapat meningkatkan kemahiran dan menimba
pengalaman dalam menguruskan murid berkeperluan khas seperti murid lembam atau
Slow Learner. Guru juga akan menjadi lebih tabah, berdedikasi, prihatin dan penyayang
apabila mendidik murid berkeperluan khas. Dengan adanya program ini juga, ianya akan
mengurangkan perlabelan di kalangan guru dan murid-murid normal terhadap murid
Slow Learner seperti Lydia Imas.
6

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK

KELEMAHAN
Di sebalik kekuatan, pasti ada kelemahannya. Antara kelemahan yang
dikenalpasti dalam perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini ialah apabila murid
Slow Learner seperti Lydia Imas adakalanya kurang mendapat perhatian dan tumpuan
kerana mungkin guru tersebut kurang memahami pendekatan yang sesuai dalam
mengajar murid lembam. Guru merasa terbeban dengan kehadiran murid lembam dalam
kelas mereka dan berlakunya perlabelan. Namun ada guru yang terlalu memberi perhatian
kepada beliau sehingga kurang memberi tumpuan kepada murid-murid normal yang lain.
Apabila situasi ini berlaku, murid-murid normal turut merasakan ia menggugat
kelancaran proses pembelajaran mereka kerana perlu menunggu guru mengajar murid
Slow Learner. Mereka menganggap program ini telah memberikan kesan negatif kerana
membuang masa guru mengajar mereka semata-mata kerana seorang murid lembam. Di
samping itu, murid berkeperluan khas seperti Lydia Imas mungkin akan keletihan
menyiapkan latihan yang diberikan guru serta kepenatan kerana perlu menghadiri sesi
pengajaran dan pembelajaran yang banyak. Guru kelas biasa juga terpaksa memikul
tanggungjawab yang lebih dengan kehadiran murid berkeperluan khas di dalam kelasnya.
PENAMBAHBAIKAN UNTUK MASA AKAN DATANG
Murid Slow Learner seperti Lydia Imas biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran
yang diajar oleh guru yang hanya menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi yang
biasa seperti chalk and talk dan penerangan semata-mata. Ini kerana beliau tidak dapat
memberikan tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara
ini telah memberikan kesedaran kepada guru-guru untuk menjadi lebih kreatif dan
inovatif dalam melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan. Penggunaan alat bantu
mengajar yang pelbagai sebenarnya mampu memberi kefahaman konsep yang lebih
berkesan dan menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menyeronokkan. Bahan pengajaran
dan pembelajaran perlu dinyatakan dalam lengkah-langkah yang pendek dan ringkas.
Selain itu, guru juga perlu bijak dalam memberikan arahan kepada murid Slow
Learner seperti Lydia Imas. Guru haruslah menggunakan bahasa yang mudah difahami
7

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
dan arahan mestilah dinyatakan dengan jelas dan sentiasa diulang. Ia boleh diberikan
dalam bentuk visual atau dipaparkan pada papan hitam atau papan kenyataan kelas.
Tugasan dan penilaian haruslah bersesuaian dengan tahap murid tersebut. Ianya boleh
diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang mampu dilakukan. Semasa menyiapkan
latihan, guru boleh memberikan tempoh masa yang bersesuaian. Sekiranya guru ingin
memberikan tugasan dan kerja rumah kepada murid berkeperluan khas seperti murid
Slow Learner, guru boleh menampalnya pada papan notis kelas sebagai peringatan.
Selain itu, guru boleh menyediakan satu salinan kerja rumah untuk diserahkan kepada ibu
bapanya. Seandainya perkara ini seringkali dibuat, ianya akan membiasakan diri murid
tersebut untuk membuat kerja rumah.

RUMUSAN
Kejayaan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif di SK Lichok adalah
bergantung kepada perancangan yang teratur. Segala usaha perlu diteruskan bagi
memastikan program ini akan dijalankan secara teratur dan mencapai kejayaan
sepertimana yang dirancang. Oleh itu, guru-guru haruslah lebih peka dan sensitif dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana yang kita ketahhui,
dalam dunia pendidikan hari ini kita perlu bersedia dari segala aspek supaya kita mampu
membentuk murid berkeperluan khas menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
seterusnya menyediakan diri mereka untuk bersaing di peringkat global.

Laporan disediakan oleh


(YSTITOAH BINTI AHMAD)

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK

LAMPIRAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5
MATA PELAJARAN

: BAHASA MALAYSIA

TAHUN

: LIMA

TARIKH

: 3 MEI 2013

MASA

: JAM 0730 HINGGA 0830 (60 MINIT)

TEMA

: KESUSATERAAN ( PANTUN )

TAJUK

: BUAH-BUAHAN TEMPATAN

HASIL PEMBELAJARAN/ KEMAHIRAN;


1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila;
Aras 3: Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan
soalan pelbagai aras.
Fokus Sampingan

: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2: Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang
betul serta gaya yang sesuai.
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
-

menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara bertatasusila.

membaca kuat teks pantun teka-teki dan definisi kata adjektif dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan gaya yang sesuai.

Sistem bahasa:
Tatabahasa

: kata adjektif, binaan ayat lengkap

Kosa kata

: kolek, menorah

Pengisian Kurikulum

Ilmu

: kesusasteraan, kemasyarakatan

Nilai murni

: kesyukuran, patriotism, rasional


9

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
Kemahiran bernilai tambah :
Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti.
Teori kecerdasan pelbagai Muzik
Belajar cara belajar : Membaca mekanis
Sumber

Masa

Set Induksi
(5 minit)

: Kad imbasan, teks pantun teka teki, slaid dan lembaran kerja.

Isi pelajaran

Video lagu :
Buah-buahan
tempatan.
Soalan
Apakah yang
ditunjukkan dalam
video?
Buah apakah yang
ditunjukkan?

Aktiviti pengajaran dan


pembelajaran

Guru menayangkan video lagu buahbuahan tempatan


Murid memerhati tayangan video buahbuahan tempatan.

Catatan

Teknik :
- Soal jawab

Nilai :
Guru bersoal jawab dengan murid tentang
- Kerjasama
video.
Murid meneka tajuk pelajaran.

BBM :
Guru memberitahu tajuk pelajaran hari ini.
- video

Di negara manakah
kita boleh perolehi
buah-buahan ini?
Langkah 1
(10 minit)

Slaid
Pantun teka-teki
bertajuk Kenali
Buah-buahan
Tempatan.
Teks pantun
Pantun teka-teki
bertajuk Kenali
Buah-buahan
Tempatan.

Setiap kumpulan diberikan 1 teks pantun. Teknik :


- Tunjuk cara
Guru membuat demonstrasi pembacaan
pantun di hadapan kelas.
Nilai :
Murid diminta meneliti sebutan, intonasi
- Kerjasama
dan gaya guru ketika guru berpantun.
- Tekun
Wakil setiap kumpulan diminta membaca
pantun dengan menggunakan sebutan
BBM :
intonasi dan gaya yang betul.
- Slaid dan teks
pantun teka-teki.

10

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
Langkah 2
(15 minit)

Teks pantun
Teka teki bertajuk
Kenali Buah-buahan
Tempatan.
Soalan:
Apakah perkataan
yang kamu tidak
faham dalam pantun
rangkap (pertama,
kedua, ketiga,
keempat kelima dan
keenam)
Perkataan:
Belanga
(periuk tanah)
Meranduk
(mengharungi)
Paras
(rupa muka)
Kolek
(sampan kecil)

Soal jawab antara guru dan murid


berkaitan perkataan yang tidak difahami. Secara berkumpulan murid diminta
menyenaraikan nama buah-buahan yang
tersirat di sebalik teka-teki, di atas
lembaran kerja yang disediakan.
Murid diminta menyebut kembali nama
buah-buahan tersebut secara lisan.
Guru memberikan jawapan bagi pantun
teka-teki yang diberikan.

Teknik :
Soal jawab
Perbincangan
sumbangsaran
Nilai :
Kerjasama
Tekun
BBM :
Lembaran kerja,
teks pantun, slaid

Jawapan pantun:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Langkah 3
(15 minit)

Rambutan
Durian
Nenas
Manggis
Kelapa
betik

Pengajaran :
Kata adjektif.
Contoh :
- cantik
- tajam
- manis
- merah
- hitam

Guru menerangkan secara ringkas definisi


kata adjektif.
Murid dikehendaki membaca secara
berkumpulan definisi kata adjektif secara
kuat.
Murid diminta mencari dan membulatkan
kata adjektif yang terdapat dalam rangkap
pantun teka-teki. Kemudian menulis
kembali dalam kotak yang disediakan.

Teknik :
Tunjuk cara
Soal jawab

Perbincangan antara guru dan murid

BBM :

11

Nilai :
Kerjasama
Tekun
Mendengar arahan

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
mengenai kata adjektif yang terdapat di - teks pantun tekadalam teks pantun.
teki, lembaran kerja
dan slaid.
Wakil murid setiap kumpulan diminta
membuat ayat lain berdasarkan kata
adjektif, secara spontan.
Langkah 4
(5 minit)

Penutup
(10 minit)

Murid diperdengarkan terlebih dahulu


Nyanyian lagu.
rentak lagu Ikan Kekek.
Teknik :
Pantun teka-teki
- Tunjuk cara
menggunakan rentak Guru membuat demonstrasi terlebih
dahulu cara nyanyian menggunakan rentak
lagu ikan kekek
lagu Ikan Kekek dan rangkap pantun
Nilai :
sebagai lirik lagu.
- Kerjasama
- Tekun
Murid diminta menyanyi beramai-ramai
seperti nyanyian yang telah ditunjuk oleh
guru.
BBM :
- Teks pantun tekateki.
Nilai murni:
- Kesyukuran
- Patriotisme
- Rasional
Isi pelajaran :
1.Cara membaca
pantun dengan betul.

Guru menyimpulkan pelajaran.

Teknik :
- Soal jawab

Soal jawab antara guru dan murid


berkaitan isi pelajaran dan nilai murni
berdasarkan teks pantun teka-teki, secara Nilai :
lisan.
- Kerjasama
- Tekun
Guru memberikan aktiviti latihan
pengukuhan.

BBM :
Lembaran kerja

2.Konsep Kata
adjektif

12

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 5


MATA PELAJARAN

: MATEMATIK TAHUN 5

TARIKH

: 9 MEI 2013

MASA

: 8.25 HINGGA 9.25 (60 MINIT)

TAJUK

: WANG HINGGA RM100 000

SUBTOPIK

: Memahami dan menggunakan perkataan melibatkan wang

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Membaca wang sehingga RM100 000.


2. Menulis wang di dalam ringgit dan sen.
HASIL PEMBELAJARAN

Domain kognitif
-

Membina kemahiran pemikiran dan kefahaman

Domain afektif
-

Membina sikap, emosi dan tingkahlaku positif

Domain psikomotor
ABM

Membina kemahiran manipulatif dan jasmani.

: Set duit mainan, kad imbasan, set kad barang jualan, pelekat magnetik,
lembaran kerja dan marker pen.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

: Keusahawanan, kreatif dan inovatif dan


teknologi.

KEMAHIRAN

: Menamakan wang dalam ringgit dan sen.

STRATEGI

: Berpusatkan pelajar

PENGETAHUAN SEDIA ADA


NILAI MURNI

: Pelajar telah mengetahui tentang kegunaan wang.

: Kerjasama, keberanian, kejujuran, kerajinan, kesyukuran dan


rasional.

KAEDAH

: Perbincangan, penyoalan, permainan

KBKK

: Mencirikan, menjana idea, menghubungkait.

13

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Langkah/

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Strategi/Kaedah/

Masa
Set Induksi
7 minit

ABM/Nilai/
Pengenalan

KBKK
Guru bertanyakan kepada Murid menyatakan jumlah STRATEGI:

(Sumbangsaran)

murid

Pemilihan

belanja yang mereka bawa bawa pada hari ini.

Barangan Jualan

pada hari ini.

jumlah

Guru

wang wang belanja yang mereka Berpusatkan guru


Murid

melihat

dan pelajar
gambar KAEDAH:

menunjukkan barangan

yang Penyoalan, inkuiri

beberapa gambar barangan ditunjukkan dan meneka penemuan


dan

meminta

murid harganya.

meneka anggaran harga.

Secara

ABM:
rawak,

Guru meminta murid ke diminta


hadapan untuk menampal harga
harga

pada

murid imbasan,

gambar

menampalkan foto, pita pelekat


pada

gambar NILAI:

gambar barangan

barangan tersebut.

Kad

ditunjukkan tersebut.

yang Keberanian,
kebebasan,
rasional, kejujuran
KBKK:

Menjana

idea, mencirikan
Langkah 1

Pengenalan

15 minit

wang
Malaysia

Guru

menunjukkan Murid menyatakan nama STRATEGI:

di beberapa set wang mainan kepada wang mainan yang Berpusatkan guru
kepada murid.

ditunjukkan.

dan pelajar

Guru membuat perkaitan Murid memberi pendapat KAEDAH:


wang

mainan

dengan

tersebut mereka berkaitan harga Penyoalan,

gambar-gambar setiap barangan.

perbincangan

barangan jualan di papan Murid menampal harga ABM: set wang


putih.
Secara
meminta

dan menamakannya.
rawak,

mainan

dan

guru

gambar

barang

murid

jualan

14

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
melekatkan harga (wang

NILAI:

mainan) yang sesuai pada

Keberanian,

setiap gambar barangan

kebebasan,

jualan tersebut.

kesyukuran
KBKK:
Mencirikan,
menghubungkait,
meneka
dan STRATEGI:

Langkah 2

Menamakan

Guru menerangkan harga Murid

15 minit

harga (wang)

boleh dibaca dalam ringgit memahami cara membaca Berpusatkan guru

Menamakan

dan sen.

dalam

mendengar

harga(wang) dalam ringgit dan pelajar

ringgit Guru membuat tunjuk cara dan sen.

dan sen

pengiraan

KAEDAH:

menukarkan Murid mendengar dengan Penerangan

wang dalam ringgit dan teliti


sen.

dan

dan

memahami tunjuk cara

tunjuk ajar guru.

ABM: marker pen,

Guru membimbing murid Murid menamakan wang gambar

barang

menamakan wang dalam dalam ringgit dan sen.

jualan

ringgit dan sen.

NILAI: Kerajinan
dan rasional
KBKK:
mencirikan,

Langkah 3
15 minit

Aktiviti

Guru mengedarkan sampul Secara

kumpulan

berisi wang mainan dan murid


kad gambar barang jualan.

melihat

mengagihkan

Guru menerangkan arahan mainan


aktiviti kumpulan.

menghubungkait
berkumpulan, STRATEGI:

kepada

dan Berpusatkan
wang pelajar
ahli KAEDAH:

kumpulan masing-masing.

Guru mengedarkan jadual Murid

mendengar

dan ABM:

kepada semua kumpulan memahami arahan guru.


untuk dilengkapkan.

Perbincangan
wang

mainan

Murid berbincang secara NILAI: Ketelitian


berkumpulan
melengkapkan
15

dan dan kerjasama


jadual KBKK:

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
yang diberi.
Penutup
8 minit

Pengukuhan

Guru

meminta

beberapa

wakil Murid

Mencirikan,
menghubungkait
mendengar NILAI:

kumpulan jawapan rakan-rakan

membacakan

Keberanian

hasil

jawapan anda.
Guru

merumuskan

pengajaran

dan

pembelajaran hari ini.


SUASANA PEMBELAJARAN DALAM KELAS INKLUSIF DAN HASIL KERJA
LYDIA IMAS

16

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK

17

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK

18

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK

19

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID


LEMBAM ATAU SLOW LEARNER SK LICHOK
RUJUKAN / REFERENSI
Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah
Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan
Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Hasnah Udin. (1988). Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP.
Jabatan Pendidikan Khas (1995). Perancangan Strategik: Pendidikan Khas 2020. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Zalizan M. Jelas dan Khatijah Rohani Mohd. Yunus. (1993). Laporan Kajian: Satu
Tinjauan Prevalen Keperluan Pendidikan Khas di Kalangan Kanak-kanak
berumur 4-9 tahun. Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://pkppdlms.wordpress.com/2008/04/19/strategi-perlaksanaan-program-pendidikaninsklusif/
http://pkppdlms.wordpress.com/2008/04/20/program-pendidikan-inklusif/
www.amaljaya.com/.../Pendidikan%20Khas/Pendidikan%20Inklusif.pdf
http://infopkbpsktpr.blogspot.com/2012/07/inklusif.html

20

Anda mungkin juga menyukai