Anda di halaman 1dari 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN ,BATU PAHAT, JOHOR

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ( EDU 3102 )

NAMA : KHAIRUL AMILEIN BIN RAHIM NO.KP : 920119-03-6329 OPYSEN : PSV/EL/BM SEMESTER : 1 PISMP NAMA PENSYARAH : EN.AZLAN BIN LIN

Biodata Guru Pelatih

NAMA : KHAIRUL AMILEIN BIN RAHIM

NO KAD PENGENALAN : 920119-03-6329

ALAMAT : LOT 254 KG.LANDAR , 17000 PASIR MAS , KELANTAN DARUL NAIM

ALAMAT ASRAMA : BILIK 04-233, BLOK IKHSAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT.

OPSYEN : PSV / EL /BM

AMBILAN : PISMP SEM 1 AMBILAN JAN 2012

NO TEL : 014-5151887

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS


NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING : KHAIRUL AMILEIN BIN RAHIM : 920119-03-6329 : PISMP PSV/BM/BI : PERKEMBANGAN KANAK-KANAK : EN. AZLAN BIN LIN

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN PENERIMAAN TUGASAN DARIPADA PENSYARAH. PERBINCANGAN BERSAMA PENSYARAH MENGENAI TUGASAN YANG DI BERI. PENCARIAN MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN. PERBINCANGAN BERSAMA RAKAN SEKELAS MENGENAI TUGASAN. PENCARIAN MAKLUMAT DI INTERNET. PERBINCANGAN KALI KEDUA BERSAMA PENSYARAH MENGENAI TUGASAN. PERBINCANGAN KALI KETIGA BERSAMA PENSYARAH. PENYERAHAN TUGASAN.

KOMEN

T/ TANGAN PENSYARAH

Isi Kandungan

Penghargaan Pengenalan.. Faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti Peranan Guru Membantu Murid Membentuk Personaliti Positif. Refleksi. Bibliografi..

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan rahmat dan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek untuk program persediaan ijazah sarjana muda perguruan semester 1 ambilan Jan 2012 bagi subjek Pendidikan Kanak-Kanak Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu En.Azlan bin Lin yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak memberikan buah fikiran dan bantuan yang berkaitan dengan tugasan ini terutamanya rakan-rakan dari Pendidikan Seni Visual 1 untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti, baik, serta lengkap. Setinggi tinggi penghargaan juga ditujukan kepada keluarga saya yang telah banyak memberikan bantuan dan sokongan dari segi moral untuk menyapkan tugasan ini. Akhir kata dari saya, semoga Allah dapat membalas segala bantuan yang telah diberikan samada secara langsung mahu pun tidak langsung dalam masa saya menyiapkan tugasan ini. Saya berharap agar tugasan ini dapat diaplikasikan pada masa akan datang.

Pengenalan Konsep Personaliti


Pengertian Personaliti Personaliti, pada umumnya, bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan. Sebenarnya, perkataan personality adalah diterjemahkan daripada perkataan Bahasa Inggeris yang berasal pula daripada perkataan Latin, iaitu persona. Perkataan persona bermaksud topeng muka, yang dipakai oleh pelakon Yunani pada zaman dahulu untuk mewakili sesuatu perwatakkan orang di pentas. Di bawah konteks psikologi pendidikan, konsep personality adalah tafsiran dengan pelbagai definisi yang berbeza, Misalnya : Alder (1948), personality merupakan gaya hidup seseirang individu Gordon Allport (1961) menghuraikan personality sebagai organisasi system psikologikal yang dinamik di dalam jiwa individu. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya dengan alam persekitaran. Mischel (1981) menghuraikan personality sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupannya. Berdasarkan pelbagai huraian diatas boleh dirumuskan bahawa personality ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain.

Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan hingga ke akhir hayat. Perkembangan bersifat kualitatif dan perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi, dan moral. Perubahan yang berlaku merupakan proses yang berterusan sepanjang hayat dan

melalui peringkat kematangan yang tertentu. Kematangan merujuk kepada perubahan semulajadi dan ditentukan oleh genetik. Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak berlaku secara seiring dan tidak terpisah. Dalam masa yang sama, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam dimensi fizikal, kognitif dan sosioemosi. Ini sangat penting kerana perkembangan yang dialami dalam dimensi yang lain akan mendorong mereka menjadi lebih matang serta mampu berfikir dan berkelakuan baik.

Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu.

Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.

Klasifikasi Personaliti dan Ciri-Cirinya Personality seseorang individu dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu, introvert dan ekstrovert. Seseorang dikatakan introvert adalah orang yang sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi nyata. Di dalam interaksi social, orang ini tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan mendengar pertuturan orang lain sahaja. Umumnya, orang introvert ini mempunyai sikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu, tidak mempunyai cita tinggi, jarang mengambil inisiatif tetapi suka kepada sisitem kehidupan yang teratur. Sebaliknya, seseorang ekstrovert pula lebih suka dengan dunia luar daripada dunia dalam. Orang ekstrovert ini mempunyai semangat yang aktif dan suka bergaul dengan orang, sentiasa suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti social, sering megambil inisiatif sendiri, suka perubahan, sering cepat membongkarkan

perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya. Bagaimanapun, tiada manusia yang benar-benar dikategorikan sebagai introvert atau ekstrovert sepenuhnya. Sebenarnya, setiap individu mempunyai ciriciri kedua-duanya mengikut kepada perubahan persekitaran.

Faktor-Faktor Mempengaruhi Personaliti


Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang kanakkanak itu.Faktor ini terbahagi kepada dua, iaitu faktor baka dan juga faktor persekitaran.Faktor baka adalah faktor yang sedia ada pada tubuh badan yang dibawa oleh seseorang kanak-kanak itu daripada ibu bapanya. Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya.Trait yang kita warisi daripada ibubapa terkandung dalam gen-gen ini.Ia menguasai perkembangan manusia dan adalah unik bagi setiap individu.Tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan dipegaruhi oleh faktor genetik individu tersebut, misalnya saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata. Faktor Baka Menurut Sheldon (1985), ciri personality seseorang adalah berkaitan rapat dengan bentuk tubuh badannya. Beliau menggolongkan bentuk badan manusia dalam tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf, ektomorf

Jenis Bentuk Badan Mesomorf

Rupa Bentuk Badan Bulat dan lembut

Ciri-ciri Personaliti Suka mesra, bergaul, cepat

endomorf

Otot-otot kuat,berkemahiran psikomotor

Tegas,agresif,suka riadah, sedia cabaran Tidak bergaul,introvert, suka aktiviti fizikal suka tidak menghadapi

Ektomoft

Kurus dan tinggi

Selain itu factor gen juga mempengaruhi personality seseorang kanak-kanak. Gen merupakan sel pembiakan lelaki dan wanita.Prinsip pewarisan telah oleh

Gregor Mendel pada tahun 1960-an.Mendel berpendapat terdapat dua jenis tret iaitu tret dominan dan tret resesif dalam manusia dan juga tumbuh-tumbuhan.Sel pembiakan hanya mempunyai satu fungsi iaitu menyalurkan hayat dari satu generasi ke generasi berikutnya, melalui penyatuan di antara sel-sel pembiakan daripada pasangan lelaki dan perempuanSel-sel pembiakan lelaki iaitu sperma dihasilkan oleh testis iaitu organ seks lelaki. Dalam sejarah kehidupan seorang lelaki, bahkan sebelum ia dilahirkan sebahagian tisunya telah diasingkan untuk menjadi sperma.Tisu yang istimewa ini berkembang menjadi testis di dalam tubuh seorang anak lelaki.Walaupun semasa kanak-kanak, sel pembiakan sudah wujud dalam testis tetapi belum matang.Sambil anak lelaki membesar menjadi dewasa, sel-sel pembiakan pun menjadi matang, membolehkan anak lelaki menjadi seorang ayah.

Keadaan fizikal khasnya penyakit seperti cacat pendengaran atau cacat penglihatan diwarisi, pula mempengaruhi perkembangan personality seseorang. Sebagai contoh kanak-kanak yang mempunyai cacat pendengaran berkemungkinan mempunyai ciri-ciri personality introvert dan bersifat pendiam serta pemalu. Kesimpulannya, emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi personality seseorang. Seseorang individu yang mewarisi emosi yang negative akan menonjolkan ciri personality yang agresif dan pemarah.

Factor Persekitaran Menurut teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) persekitaran kanak-kanak terdiri dari satu set sistem sosial ini sebagai struktur berlapis yang bermula dengan mereka yang terdekat dengan kehidupan kanak-kanak seperti ibubapa serta keluarga dan beransur kepada mereka yang akan terlibat dalam kehidupan kanak-kanak ini secara langsung atau tidak langsung. Menurut beliau, persekitaran individu terdiri daripada lima lapisan sistem, iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Factor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personality seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya. Sesungguhnya pembentukkan dan perkembagan personality seseorang bermula dalam keluarga. Keadaan rumah yang harmonis dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak mereka erat dan mesra akan menggalakkan perkembangan

personality yang positif. Sebaliknya, suasana rumah yang tegang atau kucar-kacir akan menggalakkan perkembangan personality yang negative. Selain itu juga, makanan seharian ibu mengandung seharusnya mengandungi ketujuh-tujuh kumpulan makanan iaitu makanan berprotein(ayam, daging, telur ),bijibijian dan bahan tepung bijirin,sayur-sayuran(sayur berdaun hijau atau sayursayuran) berwarna kuning(sumber vitamin A) dan sayuran lain,buah limau dan buahbuahan lain,hasil ternakan(susu, keju, mentega, yogurt),minyak dan lemak (secara sederhana). Howard dan Cronk (1983) mendapati dalam sesetengah kes, jika ibu kurang zat makanan pada akhir waktu hamil boleh menyebabkan bayi mengalami kerencatan akal. Ibu yang hamil harus menjaga kesihatannya dengan memakan pemakanan yang seimbang dan mengurangkan pengambilan gula dan garam untuk

mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi serta preaklamsia yang teruk.Ibu yang hamil juga harus menjaga kesihatannya dengan menjalani pemeriksaan doktor mengikut jadual yang ditetapkan.Ibu hamil juga mesti menjaga kebersihan dirinya dengan mandi setiap hari dan memakai pakaian yang longgar dan selesa serta memakai kasut yang tidak bertumit atau kasut bertumit rendah.Ibu hamil juga perlu bersenam dan mengalami tidur yang cukup (lebih kurang 8 jam).Sebaik-baiknya ibu hamil berehat di rumah dan berhubung dengan kawankawan melalui telefon atau e-mail untuk mengelakkan daripada dijangkiti rubela atau selsema.Faktor ibu mengandung ini juga di ambil kira sebagai faktor yang mempengaruhi personality kanak-kanak.Sebagai contoh yang jelas di sini adalah,ibu yang menjaga pemakanan dan kesihatan semasa mengandung berpotensi ke arah melahirkan kanak-kanak yang cerdas.

Sekolah diberikan tugas untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Guru yang bersifat penyanyang dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi akan menjadi role-model murid untuk membentuk personality mereka yang positif. Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan membentuk ciri personality yang berkeyakinan. Iklim sekolah yang konduksif serta berpeluang penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personality yang positif. Rakan sebaya mempengaruhi individu sejak dia mula bersosial di luar rumah selain daripada adik-beradiknya sendiri.Menurut Berk (1989), rakan sebaya ialah mereka sama umur kronologi atau hampir sama umur dengan seseorang individu.Melalui rakan sebaya individu memperolehi kemahiran penting untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat.Individu belajar untuk menghormati hak individu lain, bekerjasama, mempelajari peranannya, bertanggungjawab di atas tugas yang diberikan padanya, mematuhi peraturan kumpulan dalam usaha mewujudkan keharmonian dalam kumpulan.Individu mempelajari kemahiran tersebut berperingkat-peringkat dan melalui permainan. OIeh yang demikian kanak-kanak amat penting dalam urusan memilih rakan sebaya kerana mereka cepat mempelajari sesuatu. Keluarga sangat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan

seseorang.Ibu bapa akan bertanggungjawab dalam menyediakan pemakanan kepada anak-anaknya.Selain itu, cara asuhan (parenting style) juga akan mempengaruhi pembentukan sahsiahnya. Mengikut Diane Baumrind (1973) terdapat 3 gaya asuhan ibu bapa iaitu:

Ibu bapa authoritarian (selepas ini disebut otoritarian) mementingkan ketaatan sehingga mengorbankan rasa otonomi anak-anak.

Ibu bapa permisif (selepas ini disebut permisif) memberi sepenuh kebebasan dan meletakkan pencapaian yang diharapkan daripada anak-anak mereka.

Ibu bapa authoritative (selepas ini disebut otoritatif) membentuk tingkah laku kanak-kanak mengikut kebolehan diri mereka, pada masa sama menyatakan harapan atau tingkah laku yang mereka harapkan dicapai oleh anak-anak mereka. Menurut Baumrind, cara asuhan yang efektif ialah otoritatif sebab akan dapat

membentuk anak-anak yang berdikari, berkendiri asertif, mudah berkawan, dapat bekerjasama dengan ibu bapa, tinggi harga diri dan orientasi pencapaian tinggi.Oleh itu, faktor keluarga juga amat berkait rapat dengan perkembangan sahsiah dan personaliti seseorang kanak- kanak itu. Sumber teknologi yang merupakan faktor yang terakhir merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti

suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer.Pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya.Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini. Hal ini haruslaha dibendung agar kanak-kanak pada masa kini tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif akibat daripada kepesatan sumber teknologi pada hari ini.Arus pemodenan pada hari ini amat memberi impak terhadap kehidupan kanak-kanak.Sebagai contoh, kanak-kanak yang asyik dengan

kemudahan internet semakin lalai dalam urusan mengurus diri dan pelajaran.Minda mereka semakin dikuasai dengan dunia hiburan sebagai contohnya kartun dan permainan di internet.Perkara ini memberi kesan terhadap personaliti kanak-kanak tersebut yang akan lambat matang dari segi pemikiran.

Peranan Guru Membantu Murid Membentuk Personaliti Positif


Dari zaman ke zaman kita dapat melihat berbagai kemajuan dan kejayaan dapat ditempuh dalam bidang pendidikan di negara kita.Kejayaan dalam bidang pendidikan negara amat membanggakan kita sebagai seorang rakyat Malaysia.Guru pula menjadi satu asset yang amat penting di dalam bidang pendidikan negara.Tanpa seorang guru, insan yang berjaya tidak akan dapat dilahirkan.Oleh itu, besarlah sumbangan guru di dalam bidang pendidikan.Guru juga berperanan dalam membentuk personaliti murid yang positif ketika proses pembelajaran dan pengajaran. Pelbagai peranan guru yang dapat dilihat dalam usaha membentuk personaliti murid yang positif.Skolah diberi tugas untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Guru bersifat penyayang dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi akan menjadi role model murid untuk membentuk personality mereka yang positif. Dalam pada masa yang sama juga guru hasrus menjadi sebagai agen perubahan kepada murid.Dalam konteks perubahan ini adalah perubahan ke arah positif. Sebagai contoh adalah guru menaikkan semangat murid yang ingin menghadapi perperiksaan dengan sentiasa mendidik dan memberi kata-kata semangat. Dengan cara ini murid akan merasakan guru membawa satu perubahan dalaman kepada diri mereka yang bakal menghadapi perperiksaan.Oleh itu, jelaslah disini guru memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan murid yang berpersonaliti positif.

Guru juga berperanan sebagai pembentuk sahsiah murid.Di sini kita boleh lihat guru memainkan peranan dalam membentuk sahsiah murid.Dalam hal ini, guru membentuk sahsiah murid dengan memperbaiki dan mendidik sifat murid ke arah murid yang berdisplin.Sebagai contoh guru membimbing pelajar agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan juga kebersihan persekitaran.Perkara ini juga adalah salah satu langkah pendidik membentuk sahsiah murid yang unggul. Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan membentuk ciri personality yang berkeyakinan. Iklim sekolah yang konduksif serta ada peluang penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personality yang positif. Strategi Menguruskan Personaliti yang Berbeza Introvert 1. Murid yang mempunyai ciri introvert diberi motivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran 2. Menggunakan murid-murid yang mempunyai sahsiah positif sebagai role model 3. Memberi peneguhan positif dan pujian 4. Melibatkan murid-murid introvert secara aktif dalam aktiviti kumpulan. Ekstrovert 1. Menggalakkan murid yang mempunyai ciri ekstrovert mengemukakan soalan 2. Melantik mereka membimbing murid sedarjah yang mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan 3. Memberi mereka aktiviti pengayaan

4. Menggunakan pembelajaran

kaedah

inkuiri-penemuan

dalam

aktiviti

pengajaran-

Bibliografi 1. Haslina Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008) Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. 2. Jas Laile Suzana Jaafar (2002) Psikologi Kanak-kanak& Remaja. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. 3. Kamaruddin Hj. Husin (1996) Sekolah Dan Perkembangan Kanak-Kanak. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

4. www.yahoosearch.com_piagetsconservation 5. "http://en.wikipedia.org/wiki/Conservation_%28psychology%29" 6. http://ehlt.flinders.edu.au/education/DLiT/2000/Piaget/stages.htm

Refleksi Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek ini dalam masa yang agak singkat. Seperti yang kami semua sudah jangka bahawa dalam mata pelajaran Perkembangan Kanak - Kanak ini akan ada kerja kursus pendek sepertimana yang semester-semester lalu. Dalam kerja kursus ini saya dikehendaki menjelaskan faktor factor yang menyumbang kepada perbezaan personality yang terdapat pada setiap kanak-kanak tetapi sebelum itu saya haruslah memahami apakah yang dimaksudkan dengan personaliti.Saya dengan gigihnya berusaha mencari segala bahan untuk

melengkapkan kerja kursus ini dengan cemerlang dan sumber utama yang saya rujuk ialah di perpustakaan di IPG Kampus Tun Hussein Onn.Di perpustakaan saya memperoleh maklumat yang terhad dan memaksa saya untuk menggunakan kemudahan yang lain bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan melayari internet.Setelah mendapat bahan untuk kemahiran interpersonal,saya menukarkan maklumat tersebut ke dalam essei menggunakan perisian Microsoft Word 2007. Selain mencari maklumat mengenai peranan guru dalam membentuk personality murid yang positif.Pada mulanya agak sukar namun dengan usaha dan sokongan moral daripada ibu bapa ,rakan-rakan serta pensyarah akhirnya saya dapat siapkan kerja kursus ini dengan waktu yang ditetapkan. Akhir kata,saya berharap agar subjek ini menjadi salah satu subjek yang dapat membantu bakal guru dalam membentuk diri yang serba boleh dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai