Anda di halaman 1dari 8

Tengok cara-cara nak buat aiskrim ni senang sangat! Budak tadika pon boleh buat.

Aku pon try jugak lah buat. Cuma rasa aiskrim ni tak ada lah sebijik macam Baskin Robbins punya aiskrim. Apatah lagi aiskrim Haagen Dazs. Rasa sipi-sipi tu ada lah kot. kehkeh tapi still boleh diterima anak tekak lah.

Ni bahan-bahan nak buat aiskrim: @ 1 tin susu cair @ 1/2 tin susu pekat (suku je pon boleh, ikut manis masing-masing.Aku prefer letak suku je) @ 1 biji telur @ 1 sudu kecil esen vanilla @ 1 sudu besar Ovalett (cari yang HALAL ok!) Ok tu je bahan-bahan nak buat aiskrim. Senang je kan??? Untuk perasa: ok ni tak kesah nak buat perasa apa pon. Aku guna @Durian (nak habiskan durian punya pasal) @Milo @Strawberi Emulco

Cara-cara nak buat aiskrim ni senang gila je uolssssssss.Gila pon tak senang macam ni. Guna stand mixer, campak aje susu cair, susu pekat,telur,esen vanilla, ovalett semua tu

Dan goyang gerudi kan lah ia selama 15 minit- 20 minit. Haaa part ni yang boleh buat berketul muscle. Gelek je lah tanpa henti.

Sampai lah dapat tekstur yang pekat dan likat macam ni. Ala-ala cream tu. Dah nama pon ice cream kan?? Wajibulghunnah benda ni akan jadi cream. Kalau nama nya ice box,mungkin kena tunggu sampai tekstur nya menjelma menjadi sebuah kotak? eh

Sebab kan aku buat lebih daripada satu perasa. Aku asing-asingkan lah untuk buat pelbagai perasa. Kalau nak buat satu perasa tu je, tak payah asingkan

Ni perasa durian. Better kacau guna stand mixer bagi durian ni hancur lebur sikit

Yang lain guna sudu pon boleh. Agak-agak je letak strawberi emulco ni

Milo!

Lepastu dekat atas nya boleh lah tabur-tabur kan nasi coklat (perghh tak urban nya nama). Ok boleh taburkan chocolate rice ke kismis ke coklat cip ke, badam ke. Suka hati lah nak tabur apa pon, janji kau happy. Pastu boleh keraskan dalam peti ais

Haaa keras dah! hihi. Perasa durian, stawberry dan milo

Sebab family aku ni hantu durian, buat lagi perasa durian dengan strawberi lagi sebekas.

Senang je kan nak buat aiskrim ??? Haaa macam ni lah cerita dia macam mana nak buat aiskrim sendiri dekat rumah. Siapa yang nak cuba, selamat mencuba! :D

Anda mungkin juga menyukai