Anda di halaman 1dari 1

Kaki meja di ubah supaya wujud nilai estetika serta dapat menarik minat pengguna untuk mendapatkan meja

kopi tersebut. Kaki meja dibuat dalam bentuk X supaya ia kelihatan lain dari yang lain dan tidak susah untuk membuatnya.

Luas permukaan kaki meja juga dibesarkan dengan memotong kaki meja tersebut secara condong supaya dapat meningkatkan tahap kestabilan meja kopi tersebut. Kayu MDF yang digunakan berbeza dengan kayu yang biasa digunakan untuk membuat kaki meja, jadi saya mengambil langkah ini supaya ianya nampak lebih konsisten.

Untuk mengatasi masalah tempat letak kertas surat khabar akan bersepah apabila ditiup angin, saya mengambil jalan untuk membina laci pada meja tersebut. Selain dapat mengatasi masalah tersebut, laci tersebut juga boleh digunakan segabai tempat untuk meletakkan sudu, alat kawalan jauh televisyen( jika diletakkan di ruangan menonton TV). Pembinaan laci ini juga akan menampakkan lagi kekemasan meja kopi tersebut.

Ruangan di tengah-tengah meja kopi tersebut saya kosongkan berbanding dengan idea asal lakaran yang mengandungi tempat letak surat khabar di tengah-tengahnya. Namun, saya mengosongkan bahagian berkenaan bagi membolehkan pengguna memasukkan kerusi di dalamnya. Ia juga dapat menjimatkan ruang disamping saiznya yang tidak terlalu besar.

Anda mungkin juga menyukai