Anda di halaman 1dari 2

1. Dinosaur ialah sejenis haiwan bersisik yang dikenali sebagai reptilia. Haiwan ini hidup berjuta-juta tahun dahulu.

Terdapat pelbagai jenis dinosaur. Ada yang kecil dan ada yang besar, ada yang tinggi dan ada yang rendah, ada juga uang bersifat pemburu ganas dan pemakan tumbuhtumbuhan. Namun begitu, dinosaur telah mati lama dahulu. 2. Dinosaur hidup kira-kira 230 juta hingga 65 juta tahun dahulu. Tempoh masa ini dikenali sebagai Era Mesozoik. Dinosour hidup 80 kali lebih lama daripada manusia yang hidup di Bumi. 3. Dinosaur bukan satu-satunya haiwan yang hidup pada Era Mesozoik. Terdapat pelbagai jenis haiwan lain yang hidup pada era ini seperti serangga, ikan, cicak, buaya, burung berbulu pelepah dan mamalia berbulu. 4. Dinosaur terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Sesetengahnya lebih kecil daripada tangan manusia. Selainnya lebih besar daripada sebuah rumah. 5. Sesejenis dinosaur tidak hidup pada seluruh Era Mesozoik. Pelbagai jenis dinosaur muncul dan mati silih berganti. Sesetengahnya dapat wujud kurang dari satu juta tahun. Selainnya, seperti Stegosaurus terus wujud selama lebih daripada 20 juta tahun.

6. Manusia tidak ada semasa Zaman Dinosaur. Tempoh masa antara dinosaur yang terakhir dengan kemunculam manusia yang pertama ialah 60 juta tahun. 7. Dinosaur bukan haiwan pertama yang hidup di Bumi. Banyak haiwan lain yang hidup sebelum dinosaur, termasuklah pelbagai jenis reptilia. Lebih berjuta-juta tahun dahulu, salah satu daripada kumpulan reptilia ini mungkin berubah secara perlahan-lahan atau berevolusi menjadi dinosaur yang pertama. 8. Dimetrodon ialah reptilia pemakan daging yang ganas dan kelihatan seperti dinosaur tetapi bukan dinosaur. Dimetrodon hidup 270 juta tahun dahulu, lama sebelum dinosaur muncul. Dimetrodon berukuran tiga meter panjang dan mempunyai sayap kulit seperti layar di belakangnya. 9. Sesetengah buaya kelihatan seperti dinosaur tetapi ia bukan dinosaur. Buaya sudah ada sebelum dinosaur yang pertama wujud. Haiwan ini masih hidup pada hari ini, lama selepas dinosaur yang terakhir mati. Erythrosuchus berukuran 4.5 meter panjang, hidup 240 juta tahun dahulu di dalam paya dan makan ikan.

10. Terapsid hidup sebelum kemunculan dinosaur dan juga sepanjang zaman awal dinosaur. Haiwan ini juga dikenali sebagai reptilia jenis mamalia kerana tidak mempunyai kulit bersisik seperti kebanyakan reptilia. Ia mempunyai kulit berbulu atau berambut seperti mamalia. 11.

Anda mungkin juga menyukai