Anda di halaman 1dari 6

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Definisi .Kaedah ditafsirkan sebagai peringkat sesuatu teori pengajaran itu cuba dipraktikkan.

Pemilihan dibuat untuk menentukan kemahiran-kemahiran tertentu yang hendak diajar. Susunan bagaimana isi pelajaran itu akan disampaikan juga ditentukan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Mengajar Terdapat pelbagai kadeah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru uutk menyampaikan pelajaran. Walaubagaimanapun, guru perlu memilih kaedah yang tepat dan sesuai gar penyampaiannya lebih berkesan dan menarik. tidak ada satu kaedah yang boleh dikatakan sebagai kaedah terbaik. Beberapa factor yang perlu diberikan pertimbangan dan diubahsuaikan agar sesuatu kaedah itu lebih berjaya dan berkesan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) terdapat lima faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar. I. Objektif pengajaran yang hendak dicapai. II. Jangka masa pengajaran. III. Bahan-bahan pengajaran yang ada. IV. Latar belakang pelajar. V. Jumlah dan susunan pelajar.

Objektif pengajaran Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan.setelah memastikan objektifobjektif, barulah guru menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut. Penyediaan objektif semestilah berdasarkan isi atau kandungan mata pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran mata pelajaran tersebut.

Jumlah objektif tertakluk kepada kelas yang diajar, bagi kelas yang agar baik pencapaian pelajarnya, bilangan objektif pengajaran mungkin lebih daripada kelas yang agak lemah pencapaian pelajarnya. Jangka Masa pengajaran Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 minit hingga 40 minit atao 60 minit hingga 80 minit sekiranya pelajarn tersebut diberikan dua masa yang berturutan. Dengan jangka masa yang telah ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam masa tersebut. Beberapa kaedah perlu diubahsuai agar pelajar tidak melebihi masa. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangan yang bercorak perbahasan, sebaik-baiknya menggunakan dua masa pelajaran. Jumlah pelajar yang terlibat dan masa menyampaikan hujah-hujah perlu diambil kira agar perbahasan dapat dijalankan dalam jangka masa yang sepatutnya. Bahan Pengajaran Selain isi pelajaran, alat-alat bantu mengajar juga termasuk di dalam bahan pengajaran. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Sekiranya isi pelajarn itu berbentuk kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur di dalam pelajaran

bahasa, guru perlu memilih kaedah dan teknik yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran- kemahiran tersebut. Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendakalah sesuai digunakan dengan kaedah atau teknik yang dipilih. Biasanya alat bantu mengajar boleh disesuaikan dengan kaedah. Penggunaan papan tulis atau carta misalnya, boleh digunakan dengan pelbagai kaedah. Cuma masa menggunakan alatalat tersebut mungkin perlu diubah suai, sama ada di peringkat awal, pertengahan atau akhir pengajaran. Guru juga perlu meninjau kelengkapan yang ada di sekolah supaya boleh menggunakannya dan memastikan kelengkapan tersebut dalam keadaan yang baik. Alat-alat seperti carta, sebaik-baiknya dibuat sendiri agar sesuai dengan objektif dan kaedah yang dipilih. Latar Belakang Pelajar Kaedah yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar. Kaedah yang agak rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian sesuatu masalah, tentulah tidak sesuai bagi murid-murid di peringkat rendah.

Guru boleh mengetahui latar belakang pelajar dengan bertanya kepada guru kelas atau guru mata pelajaran. Cara lain ialah dengan menjalankan ujian pada hari pertama untuk mengetahui tahap pencapaian kelas tersebut. Jumlah dan susunan pelajar Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah ang hendak digunakan. Kelas yang agak ramai jumlah pelajarnya, biasanya menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Walau bagaiamanapun, guru boleh mengubah suai kaedah yang digunakan supaya jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagi memilih kaedah. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah permainan, pelajar boleh dipecah- pecahkan menjadi kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan ini menjalankan permainan masing-masing. Tempat duduk pelajar yang mudah alih boleh membantu kaedah pengajaran dan selain bilik darjah guru juga boleh menggunakan tempat lain yang sesuai sepeti di dalam dewan, Pusat Sumber atau di persekitaran sekolah. Kaedah Pengajaran I. Kaedah Syarahan Kaedah ini dikatakan yang paling popular digunakan di sekolah-sekolah. Sesuai untuk memperkenalkan sesuatu topic atau tajuk baru. Guru boleh terus menerangkan tentang topic tersebut tanpa membuang masa. Isi atau kandunagn yang sukar dapat dijelaskan. Guru boleh mengulangi

penjelasan sekiranya terdapat pelajar yang kurang faham. Dapat melatih pelajar mendengar, sambil mereka membuat catatan atau mereka

diberi masa untuk menyalin nota-nota yang dicatat oleg guru.

Guru dapat mengawal kelas dengan baik keran guru bersemuka dengan pelajar, namun guru perlu memastikan bahawa perhatian pelajar tertumpu kepada pelajaran

Dalam kaedah ini, suara guru amat penting. Oleh kerana itu suara guru seharusnya boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar. Intonasi suara guru amat penting supaya tidak mendatar kerana suara yang mendatar akan membosankan pelajar.

Bagi memastikan tumpuan pelajar, guru perlu mengemukakan soalan-soalan kepada mereka. Teknik penyoalan begini adalah perlu agar pelajar tidak bersikap pasif.

Antara kelebihan kaedah ini ialah guru dapat mengawal masa pengajaran. Sekiranya masa lebih daripada mencukupi, guru boleh menambahkan contohcontoh atau mengulangi semula isi-isi penting. Namun jika kesuntukkan masa, guru boleh mempercepatkan pengajaran dengan mengurangkan contoh-contoh

II. Kaedah perbincangan Perbincangan melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan pelajarnya di dalam kelas, ianya bertujuan melatih pelajar memberikan pendapat mengenai sesuatu topic yang ditetapkan. Pelbagai cara yang melibatkan aktiviti perbincangan diadakan di dalam kelas. Guru boleh merancangkan perbincangan secarakelas kumpulan kumpulan kecil, perbahasan, forum dan sebagainya.kaedah ini menggalakkan pelajar member pendapat dengan cara sistematik. Melalui aktiviti ini juga pelajar dapat dilatih

mengeluarkan pendapat yang bernas dalam bahasa yang teratur dan mudah difahami oleh orang lain. Selain itu juga, pelajar dapat didisiplinkan supaya mendengar dan menghormati pendapar rakan-rakan yang lain walaupun tidak sealiran dengan pendapat sendiri. Kaedah yang menarik terutamanya dari segi penyertaan atau penglibatan pelajar. Kaedah ini terbahagi kepada dua jenis iaiti perbincangan formal dan perbincangan tidak formal

Anda mungkin juga menyukai