Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti : Standad Khemah Pengenalan: Bila beberapa orang berteduh dengan bermalam dalam teduhan sementara di luar kediaman

mematuhi sesuatu set peraturan dan melaksanakan sesuatu program yang terancang mereka itu diakui sedang berkhemah. Oleh demikian perkemahan hendaklah dirancangkan dengan teliti dan mepunyai set peraturan yang jelas. Untuk memastikan pematuhan dan kelangsungan sesuatu perkhemahan maka pertandingan penilaian standad khemah direka dan dinilai dalam semua perkhemahan. Ojektif: 1. Mewujudkan semangat persaingan di antara kumpulan. 2. Memupuk integrasi dan pergaulan sihat dalam kumpulan. 3. Memastikan kebersihan dan keselamatan dalam khemah terjamin. Perlaksanaan. Pelaksana : 2 orang Pemimpin. Bil Penilai / Hakim : 1 dari setiap kumpulan. Borang pemeriksaan dengan kriteria. Bilangan Kumpulan Optimum : 3 kumpulan untuk dinilai oleh hakim (3 orang hakim) Perkara Yang dinilai:1.Kebersihan persekitaran Khemah 2.Kekukuhan Khemah 3. Gajet-gajet 4.Penyidaian 5. Hukuman dan kawad 6. Pelaporan dan hormat ketua/pemeriksa. 7. Prosedur.Penyampaian standad khemah 1, Dalam setiap pagi, untuk hari penuh perkhemahan akan dislotkan pemeriksaan pagi yang merangkumi semua perkara di atas, 2. Kumpulan dikehendaki untuk bersedia awal pagi dengan I. membuat pembersihan umum persekitaran tapak masing-masing.

ii. mengemaskan dan mengatur kekukuhan khemah iii. memeriksa gajet yang telah dibuat bersedia utuk dipersembahkan iv.Membuat penyidaian alatan dan barangan secara tersusun v, berlatih dan bersedia dengan kawad statik untuk menerima pemeriksaan hakim; 3. pemeriksaan dilakukan oleh penilai bertiga dalam 1kumpulan, dengan membahagi-bahagikan perkara-perkara yang dinilai antara mereka. 4. Pemeriksaan oleh sesuatu kumpulan penilai akan dilakukan kepada sekurang-kurangnya 3 kumpulan/Patrol. 5. Dalam masa pemeriksaan hakim-hakim boleh mengambil tindakan /hukuman serta merta yang sesuai untuk meningkatkan sesuana menyeronokan . 6. Setelah penilaian selesai, mata-mata yang diperolehi akan di selaraskan dan penyampaian standad khemah dilaksanakan. Penyampaian standad khemah. 1. Peserta berbaris ikut kumpulan di lapangan / tapak perhimpunan. 2. Ketua hakim akan menerangkan hasil-hasil pemeriksaan dan mencadang apa yang sepatutnya diperbaiki oleh kumpulan. 3. Mengumumkan keputusan dan standad khemah dan merit diberikan kepada kumpulan berdasarkan bilangan ahli dan kedudukan. Merit untuk kumpulan yang berjaya adalah 10 untuk setiap peserta. Jika terdapat 9 orang peserta dalam kumpulan maka kumpulan juara itu akan menang 90 merit bersama dengan Pendan standad khemah 4. Memaklumkan standad khemah yang hendak digunakan untuk waktu pemeriksaan selanjutnya.

Anda mungkin juga menyukai