Anda di halaman 1dari 6

Modul 1: Media dalam Pengajaran dan Pembelajaran (1 J)

Pengenalan:
o Media Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem, video, radio, gambar foto, risalah, poster dan sebagaimana. (Heinich, Molenda, Russell, 1981). o Teknologi - Asal perkataan Yunani, techne yang bermaksud kemahiran. o Heinich, Molenda dan Russel (1969) Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekeuatannya terletak pada yang pertama iaitu proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Manakala, alat sebagai mangkin ke arah mencapai kejayaan. o Evan dan Nation ( 2000 ) Technology is not a tool it is an art or science of how to use a tool for a purpose. Persatuan Teknologi Malaysia (1988) Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia (1991) Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, system, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehinga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Media pengajaran dapat ditakrifkan sebagai apa sahaja bentuk benda, bahan alatan-peralatan dan sebagainya sama ada konkrit atau abstrak yang dapat diguna dan dieksploitasikan oleh seseorang untuk mencapai objektif pengajarannya. [http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/ ]

Definisi Pembelajaran Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku pada pelajar akibat daripada berinteraksi dengan persekitaran. [Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin & Manimegalai Subramaniam(2002). UTM - m/s 13] Definisi Pengajaran Pengajaran adalah pemilihan kaedah atau strategi untuk menyusun maklumat, aktiviti, pendekatan dan media untuk membantu pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan. [Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin & Manimegalai Subramaniam(2002). UTM - m/s 13] Secara umumnya media pengajaran dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu (a) media cetak dan (b) media bukan cetak.

Media Pengajaran

Media Cetak

Media Bukan Cetak

Media Tayang

Media Bukan Tayang

Media Cetak

Modul Pengajaran

Buku Teks

Surat Khabar

Buku Rujukan

Komik

Nota Edaran

Risalah

Dokumen

Majalah/Jurnal

Media Tayang

Transparensi

Slaid

Filem Jalur

Mikro Filem

Mikrofis

Bahan Legap

Pelbagai Imej

Video Interaktif

Filem dan Audio

Media Bukan Tayang

Lukisan

Carta

Cakera Padat

Spesimen

Graf

Kad Imbasan

Diorama

Model

Papan Flanel

Pita Audio

Realia

Papan Kenyataan

Gambar Foto Papan Hitam

Boneka

Papan Magnet

Poster

Papan Elektrik

Kartum

Kelebihan Media Pengajaran i. Memperjelaskan penyampaian mesej ii. Mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera iii. Penggunaan secara betul dan bervariasi iv. Pengalaman dan persepsi yang sama

Kelebihan Media pengajaran: [http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/]


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

8.

Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep dalam pengajaran, Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar Menghasilkan kesan pembelajaran yang lebih kekal Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar Membina pemikiran yang berterusan, umpamanya melalui penggunaan filem bergerak Mengukuhkan pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar Menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi daripada bahan-bahan lain serta menjadikan pembelajaran lebih mendalam, Memudahkan pelajar memahami sesuatu pelajaran dengan cepat dan ini menjimatkan masa guru .

Terdapat juga objektif lain, iaitu; [http://spc.upm.edu.my/webkursus/EDU3305/notakuliah/] 1. Memudahkan penjelasan Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat perkaraperkara yang sukar difahami dan agak kabur. Media pengajaran dapat memberi gambaran yang nyata dan jelas kepada pelajarpelajar 2. Sebagai motivasi atau penggerak

Dengan gabungan unsur bunyi, lihat, gerak dan warna, media pengajaran boleh menggerak indera pelajar terhadap kegiatan pelajar dengan lebih cergas dan berkesan 3. Sebagai pengukuh atau pengekal Penggunaan media akan membantu menajam dan mengukuhkan lagi daya ingatan terhadap ilmu yang dipelajari dalam sesuatu sesi P&P

(i) Fungsi Media Pengajaran bersama pengajar Pengajaran kendiri Folio bermedia Pengajaran Tematik ( thematic ) Pendidikan Jarak Jauh / e-learning Pendidikan bagi pelajar istimewa

(ii) Fungsi Media Membuat pengajaran lebih tersusun, Memperkayakan pengalaman Memberi maklumat, Pengajaran lebih berindividu, Pembelajaran menjadi lebih dekat, Pendidikan boleh disebarkan, Pembelajaran lebih Seronok

Anda mungkin juga menyukai