Anda di halaman 1dari 4

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Contoh 3: Tandakan (x) yang ganjil

(b) Ingat Kembali. Bertujuan melatih murid supaya dapat mengingat kembali apa yang telah diamati. Guru boleh menggunakan himpunan bahan maujud dan keratan gambar. Murid meneliti bahan-bahan maujud dan menyebutnya kembali tanpa melihatnya. Guru boleh menggunakan kad imbasan yang mengandungi pelbagai gambar dan murid menunjukkan gambar lain yang sepadan dengan kad gambar. Contoh 1: Lihat dan ingat gambar

(c) Orientasi Kedudukan. Menguji kebolehan murid membezakan kedudukan sesuatu objek atau gambar. Berdasarkan beberapa keping gambar yang mempunyai ciri-ciri yang sama, murid-murid mengesan kedudukan gambar yang berbeza. Contoh 1: Tunjukkan gambar yang berbeza kedudukan

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Contoh 2: Tunjukkan objek yang berbeza kedudukan

(d) Mazing atau Cari Jalan Keluar Dalam aktiviti ini, murid-murid perlu mencari jalan keluar atau jalan pulang, ibu mencari anak atau mencari makanan dengan selamat. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menguji kesabaran dan pengamatan penglihatan sebagai kemahiran menyelesaikan masalah. Latihan Berdasarkan aktiviti di atas, bina satu bahan pengajaran yang sesuai dan hantar pada interaksi seterusnya. 1.4.3.2 Bentuk Pengamatan Pendengaran. Terdapat enam aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan pengamatan pendengaran, iaitu diskriminasi pendengaran, penerimaan pendengaran, perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran, melengkapkan pendengaran dan percantuman bunyi. (a) Diskriminasi Pendengaran Tujuannya adalah untuk melihat keupayaan murid-murid mengenali dan mengecam persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar Contoh 1: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang sama Dengar bunyi dan namakan haiwan

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

Ayam Betina Anak Ayam Ayam Jantan

Contoh 2: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang berbeza Dengar bunyi dan namakan haiwan

1.4.3.3 Bentuk Pergerakan Tangan dan Mata. Tujuannya adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan tangan secara kemas, berpandu, terarah dan berfokus. Terdapat dua yang boleh dilaksanakan untuk tujuan itu, iaitu menyambungkan titik dan menyalin corak. (a) Menyambung Titik. Aktiviti ini memerlukan murid menyambungkan titik-titik mengikut nombor atau abjad pada gambar dengan membuat garisan bagi menghasilkan sebuah gambar, objek atau huruf yang lengkap. Oleh itu, guru perlu menyedikan bahan pertama dengan banyak titik, diikuti dengan sederhana titik dan akhir sekali, kurang titik.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA BUAT BBM 1. HURUF 2. GAMBAR (b) Menyalin Corak.

Anda mungkin juga menyukai