Anda di halaman 1dari 5

SUKANEKA 1 MALAYSIA SEKOLAH KEB JALAN SELAMA

PENDAHULUAN Program ini merupakan lanjutan kepada beberapa program yang telah diadakan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah-sekolah yang terlibat.Program ini dicadangkan dan dirancang bagi memberi peluang seluasluasnya kepada pelajar sekolah ini yang terdiri dari pelbagai kaum untuk menunjukkan keupayaan dan potensi disamping mengeratkan perpaduan sesama mereka. RASIONAL Kita perlu menggunakan setiap ruang dan peluang yang ada bagi menyemai semangat kesukanan dalam diri para pelajar disamping memupuk semangat perpaduan dikalangan para pelajar di sekolah ini yang pelbagai kaum. MATLAMAT Meningkatkan kefahaman tentang perpaduan dan kemampuan pelajar dengan berkesan dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dari jasmani, emosi, rohani dan intelek. OBJEKTIF 1. Membina integrasi kemahiran kognitif dalam sukan 2. Mengeratkan dan mewujudkan hubungan kekeluargaan warga SK Jalan Selama . 3. Mengelakkan keciciran pelajar daripada ponteng sekolah selepas Peperiksaan Akhir Tahun. 4. Melahirkan semangat kerjasama,tolerasi dan semangat kesukanan. ANJURAN Sek Keb Jalan Selama,09800 Serdang Kedah TEMPAT Padang Sek Keb Jalan Selama,09800 Serdang Kedah TARIKH 15 November 2009 ( Ahad ) PESERTA Semua pelajar Pra Sekolah hingga Tahun 6 ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk Lampiran

SUMBER KEWANGAN Peruntukan Yuran KoKurikulum pelajar JAWATANKUASA PELAKSANAAN & TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran PENUTUP Adalah diharapkan agar kertas kerja ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang program yang akan dilaksanakan.Segala bantuan dan kerjasama daripada semua pihak yang menjayakan program ini didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan. Sekian,terima kasih. Disediakan oleh, ------------------------------( AHMAD ZAIREL B IBRAHIM ) SETIAUSAHA SUKAN

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEWARNA & MELUKIS POSTER KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA SEK KEB JALAN SELAMA.
PENDAHULUAN Program ini dicadangkan dan dirancang bagi memberikan peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat dan potensi mereka disamping meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan nilai-nilai baik dan amalan keselamatan di jalan raya. RASIONAL Kita perlu menggunakan setiap ruang dan peluang yang ada bagi membantu para pelajar tentang pentingnya mengetahui aspek-aspek keselamatan jalan raya. MATLAMAT Membentuk generasi baru pengguna jalan raya yang berhemah dan bertimbang rasa apabila berada di jalan raya serta mewujudkan budaya mengutamakan keselamatan di kalangan pelajar serta persekitaran mereka sama ada di sekolah ataupun di rumah. OBJEKTIF 1. Mengamalkan nilai-nilai baik dan amalan keselamatan jalan raya setiap kali menggunakan jalan raya demi keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. 2. Berkongsi pengetahuan berkaitan nilai-nilai baik dan amalan keselamatan jalan raya dengan orang-orang terdekat serta mempengaruhi mereka untuk menggunakan nilainilai baik dan amalan keselamatan apabila berada di jalan raya. ANJURAN Kelab Keselamatan Jalan Raya Sek Keb Jalan Selama TEMPAT Kantin dan Pavilion Sek Keb Jalan Selama TARIKH 10 April 2010 ( Sabtu ) MASA 10.40 pagi hingga 12.40 tengah hari PESERTA Semua pelajar Pra Sekolah hingga Tahun 6

ANGGARAN PERBELANJAAN Bil 1 2 3 Perkara Hadiah Kertas Lukisan Runcit Anggaran Jumlah Kadar 3 x RM 3.50 x 7 Aliran 5 x RM 3 Jumlah RM 73.50 RM 15 RM 11.50 RM 100

SUMBER KEWANGAN Peruntukan Yuran Ko-Kurikulum Pelajar JAWATANKUASA PELAKSANA PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 SETIAUSAHA AJK : : : : : : EN IBNIRISLAN B MAHMAD ISA PN NORWATI BT SALLEH EN MOHD NOOR B HANAPIAH EN HASHIM B OSMAN EN AHMAD ZAIREL B IBRAHIM PN UMAIROH BT HASHIM PN ZURINA BT SHAMSUDIN GURU-GURU SEK KEB JALAN SELAMA

PENUTUP Adalah diharapkan agar kertas kerja ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang program yang akan dilaksanakan. Segala bantuan dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amat kami perlukan dan kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan Sekian, terima kasih

Disediakan oleh, ......................................... (AHMAD ZAIREL B IBRAHIM) Setiausaha Pertandingan Mewarna & Melukis Poster Kelab keselamatan Jalan Raya Sek Keb Jalan Selama

Anda mungkin juga menyukai