Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN STESEN PLEDGE WORLD TURTLE DAY

HARI: SABTU TARIKH: 16 JUN 2012 TEMPAT: UPPER GROUND, DATARAN PAHLAWAN, MELAKA MASA: 9.00 pagi -6 .00 petang

World Turtle Day peringkat negeri Melaka telah diadakan pada 16 jun 2012 bertempat di Dataran Pahlawan,Melaka. Saya, Nurul Amira dan rakan saya, Mathila telah bertugas sebagai fasilitator pada hari itu dan kami ditugaskan untuk menjaga stesen turtlr pledge. Persiapan awal yang dilakukan adalah membuat origami penyu dalam kuantiti yang banyak. Pada hari kejadian, kami menyusun semua origami yang telah disediakan di stesen kami untuk memudahkan pengunjung untuk membuat pledge. Pledge ini dibuat bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai kepentingan memelihara penyu supaya haiwan itu tidak akan pupus suatu hari nanti. Bagi setiap pledge yang dibuat, kutipan sebanyak RM 1.00 dikenakan untuk dimasukkan ke dalam tabung jabatan perikanan untuk digunakan dalam aktiviti konservasi penyu. Namun begitu, bagi pelajar yang berpakaian sekolah, bayaran tidak dikenakan. Sepanjang hari, banyak pledge yang dibuat oleh ramai pengunjung dan pelbagai mesej yang menunjukkan sokongan mereka dalam program melindungi penyu dapat dilihat. Pada penghujung aktiviti kutipan yang berjaya dikutip bagi stesen pledge ini adalah sebanyak RM 14.00. Kutipan yang diperoleh diberikan kepada pihak yang bertanggungjwab menguruskan konservasi penyu karah di Melaka.

Antara pledge yang telah dihasilkan

Mesej pada pledge yang dibuat

Anda mungkin juga menyukai