Anda di halaman 1dari 5

6.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 Mata pelajaran Tahun Bil.

Murid Tema Tajuk Tarikh Masa : Bahasa Melayu : 4 Afdal : 30 orang : Keluargaku Sayang : Keluarga Bahagia : 1 April 2012 : 10.00 11.00 pagi (60 minit)

Objektif: Pada akhir pelajaran murid dapat: 1) Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami, dilihat atau dibaca. 2) Membaca lancar bahan sastera dan bukan satera dengan intonasi yang betul 3) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.

Fokus utama: 1.2 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata-kata ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai Aras 2 i) menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.

Fokus sampingan: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

30

Aras 1 ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

8.1

Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik.

Aras 1 i)

Kemahiran bahasa Sistem bahasa

: Bertutur, membaca dan menulis : Tatabahasa : Kata Panggilan Sintaksis: Ayat Tunggal

Ilmu Nilai Pengisian Kurikulum

: Pendidikan Moral : Kasih sayang, prihatin, hormat- menghormati : Penggabungjalinan Kemahiran, Pemulihan

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran berfikir Kecerdasan pelbagai Kontekstual Pengetahuan sedia ada Bahan bantu belajar : Penjanaan idea, menghubungkaitkan, menilai, mencirikan : Interpersonal, intrapersonal, kecerdasan muzik : Mengaitkan pengalaman sedia ada, hidup berkeluarga :Murid sudah mengetahui tentang kosa kata : Komputer, gambar-gambar keluarga bahagia

LANGKAH / MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Set induksi 10.00-10.05 (5 minit)

Menyanyikan lagu bertajuk Keluarga Bahagia.

1. Guru menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Keluarga Bahagia.

Penggabungjalinan kemahiran: Kemahiran pendidikan muzik

31

2. Guru mengaitkan lirik dan kemahiran lagu dengan tajuk pelajaran. bahasa KB: Menghubungkaitkan, mencirikan BCB: Mendengar aktif

Langkah 1 10.05-10.25 (20 minit)

Nilai-nilai murni: Kasih sayang hormat-menghormati, prihatin

1. Guru menayangkan video klip tentang perbualan sebuah keluarga bahagia. 2. Guru meminta pendapat murid mengenai video yang ditayangkan sama ada kata panggilan yang digunakan di dalam video tersebut menepati tatabahasa. 3. Guru bercerita tentang ciri-ciri sebuah keluarga yang bahagia. 4. Guru meminta murid menyatakan pengajaran dan nilai-nilai murni dalam video tersebut.

KB: Mengimbas kembali, menghubungkaitkan BCB: Berbincang, bersoal jawab BBB: Video klip Keluarga Bahagia KP: Interpersonal, verbal-linguistik Nilai: Simpati, kasihsayang Ilmu: Pendidikan Moral

32

Langkah 2 10.25-10.40 (15 minit)

Membaca petikan Keluarga Bahagia dan menyenaraikan perkataan yang tidak difahami. (Lampiran 1)

1. Guru meminta murid duduk secara berpasangan. 2. Guru memberi teks mengenai Keluarga Bahagia. 3. Murid diminta membaca teks tersebut. 4. Guru menyuruh murid menyenaraikan perkataan yang tidak difahami. 5. Murid dikehendaki berbincang bersama pasangan tentang makna perkataan.

KB: Mengklasifikasi, menilai BCB: Membaca dan berbincang BBB: Petikan Keluarga Bahagia KP: Intrapersonal, interpersonal Nilai: Hormatmenghormati Ilmu: Pendidikan Moral

Langkah 3 10.40-10.55 (15 minit)

Membina ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberi i. Bahagia ii. Bimbing iii. Prihatin

1. Guru mengajar murid tentang ayat tunggal. 2. Guru menyuruh murid membina ayat tunggal berdasarkan perkataan yang telah diberi. 3. Guru menyemak ayat yang telah dibina oleh murid secara individu. 4. Guru membetulkan ayat murid yang salah.

KB: Penjanaan idea, menghubungkaitkan BCB: Mendengar, inkuiri penemuan BBB: Soalan latihan membina ayat KP: Intrapersonal, interpersonal Nilai: Prihatin Ilmu: Pendidikan Moral

33

5. Guru memberikan latihan yang lebih mudah dan menepati kemampuan murid. Penutup 10.55-11.00 (5 minit) Penutup kognitif Membuat rumusan isi pelajaran Penutup sosial Memberi pujian dan motivasi 1. Guru menyoal murid tentang perkara yang telah dipelajari. 2. Guru menyimpulkan pelajaran. 3. Guru memberi pujian dan dorongan kepada murid supaya meningkatkan penguasaan terhadap kosa kata.

Pengisian Kurikulum: Pemulihan

Refleksi: 1. Kekuatan 2. Kelemahan 3. Cara mengatasinya

34

Anda mungkin juga menyukai