Anda di halaman 1dari 4

CONTOH RANCANGAN PENGAJIAN HARIAN BAHASA MELAYU Mata pelajaran Tahun Bil.

Murid Tema Tajuk Tarikh Masa : Bahasa Melayu : 2 Gemilang : 30 orang : Masyarakat Penyayang : Insan Istimewa : 9 Ogos 2011 : 10.00 11.00 pagi (60 minit)

Objektif: Pada akhir pelajaran murid dapat: 1) Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya tiga pengajaran daripada video yang ditonton. 2) Murid dapat membaca teks dengan kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3) Murid dapat membina tiga ayat tunggal secara gramatis.

Fokus utama: 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Aras 2 i) Mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah dengan menggunakan kata tanya.

Fokus sampingan: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 1 ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

8.1

Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik.

Aras 1 i)

Kemahiran bahasa Sistem bahasa Ilmu Nilai

: Bertutur, membaca dan menulis : Sintaksis: ayat tunggal : Pendidikan Moral : Kasih sayang, prihatin, tolong-menolong, simpati

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran berfikir Kecerdasan pelbagai : Penjanaan idea, menghubungkaitkan, menilai, mencirikan : Interpersonal, intrapersonal, kecerdasan muzik

Pengetahuan sedia ada :Murid sudah mengetahui tentang kosa kata Bahan bantu belajar : Komputer, gambar-gambar kategori insan istimewa

LANGKAH / MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Set induksi 10.00-10.05 (5 minit)

Lakonan guru

1. Guru melakonkan watak sebagai seorang yang buta. 2. Guru mengaitkan lakonan dengan tajuk pelajaran.

KB: Menghubungkaitkan, mencirikan BCB: Mendengar aktif

Langkah 1 10.05-10.25 (20 minit)

Nilai-nilai murni: Bermotivasi tinggi, cekal, rajin, bekerjasama

1. Guru menayangkan video klip tentang insan istimewa. 2. Guru meminta

KB: Mengimbas kembali, menghubungkaitkan BCB: Berbincang,

pendapat murid mengenai video yang ditayangkan. 3. Guru bercerita tentang keistimewaan insan tersebut. 4. Guru meminta murid menyatakan pengajaran dan nilai-nilai murni dalam video tersebut. Langkah 2 10.25-10.40 (15 minit) Membaca petikan Insan Istimewa dan menyenaraikan perkataan yang tidak difahami 1. Guru meminta murid duduk secara berpasangan. 2. Guru memberi teks mengenai Insan Istimewa. 3. Murid diminta membaca teks tersebut. 4. Guru menyuruh murid menyenaraikan perkataan yang tidak difahami. 5. Murid dikehendaki berbincang bersama pasangan tentang makna perkataan. Langkah 3 10.40-10.55 Membina ayat tunggal berdasarkan 1. Guru mengajar murid tentang ayat

bersoal jawab BBB: Video klip Insan Istimewa KP: Interpersonal, verbal-linguistik Nilai: Simpati, kasihsayang Ilmu: Pendidikan Moral

KB: Mengklasifikasi, menilai BCB: Membaca dan berbincang BBB: Petikan Insan Istimewa KP: Intrapersonal, interpersonal Nilai: Kerjasama Ilmu: Pendidikan Moral

KB: Penjanaan idea, menghubungkaitkan

(15 minit)

perkataan yang diberi i. Buta ii. Cacat iii. Simpati

tunggal. 2. Guru menyuruh murid membina ayat tunggal berdasarkan perkataan yang telah diberi. 3. Guru menyemak ayat yang telah dibina oleh murid secara individu. 4. Guru membetulkan ayat murid yang salah.

BCB: Mendengar, inkuiri penemuan BBB: Soalan latihan membina ayat KP: Intrapersonal, interpersonal Nilai: Keberanian, kesungguhan Ilmu: Pendidikan Moral

Penutup 10.55-11.00 (5 minit)

Penutup kognitif Membuat rumusan isi pelajaran Penutup sosial Memberi pujian dan motivasi

1. Guru menyoal murid tentang perkara yang telah dipelajari. 2. Guru menyimpulkan pelajaran. 3. Guru memberi pujian dan dorongan kepada murid supaya meningkatkan penguasaan terhadap kosa kata.

Refleksi: 1. Kekuatan 2. Kelemahan 3. Cara mengatasinya

Anda mungkin juga menyukai