Anda di halaman 1dari 11

BIDANG B Perniagaan dan keusahawanan UNIT 6 MERANCANG DAN MENYEDIAKAN JUALAN

HASIL PEMBELAJARAN - Menerangkan cara mendapat komisen melalui jualan - Menyenaraikan barang yang sesuai dijual secara komisen - Membuat rancangan jualan - menerangkan faedah menjual barang secara komisen - mengenal pasti pengendalian jualan secara komisen

Membuat Rancangan Jualan 1. Sebelum memulakan perniagaan seseorang peniaga perlulah membuat perancangan yang rapi. Merancang jualan bermaksud merangka strategi untuk memulakan perniagaan. 2. Di antara berikut langkah langkah yang perlu dirancang termasuklah (a) Barang barang untuk dijual (b) Bagaimana untuk menjual barangan (c) tempat untuk memulakan perniagaan 3. 4. Cara menjual barangan bergantung kepada jenis barangan yang hendak dijual. Secara umumnya,barang yang dijual di pasaran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu barang buatan sendiri dan barang yang diperolehi daripada pembekal. 5. Barang jualan daipda pembekal pula terdapat juga dua jenis iaitu (a) Barangan yang dibeli daripada pembekal dengan harga yang murah dan dengan kuantiti yang banyak dapat dijual dengan harga yang tinggi kepada pembeli untuk mendapatkan keuntungan. (b) Barangan pembekal yang diletakkan di premis jualan kita untuk jualan dan penjual akan hanya komisen. Barangan ini bukannya milik pekedai dan barang yang tidak habis

akan dipulangkan balik kepada pembekal. Barang jualan jenis tidak merugikan peniaga kerana tidak perlu menanggung kerugian jika barang tersebut tidak terjual. 6. Komisen adalah merupakan upah atau bayaran kebiasaannya ditentukan dalam bentuk peratus kerana menjual sesuatu barang bagi pihak pembekal berdasarkan persetujuan diantara pembekal dengan penjual. Cara mendapatkan pembekal barang jualan secara komisyen 1. Pembekal barangan jualan secara komisen dapat dicari dengan pelbagai cara iaitu peniaga boleh mendapatkan maklumat melalui internet,media massa,persatuan peniaga dan lain lain lagi. 2. Kebiasaannya pembekal akan membuat promosi dengan cara pengiklanan melalui katalog,rakan niaga,banner dan lain lain lagi. 3. Penjual perlu bijak memilih pembekal untuk mendapatkan barangan. Diantara kriteria kriteria untuk memilih pembekal seperti berikut. (a) Memilih pembekal yang dapat memberikan komisen yang tinggi daripada hasil jualan. (b) Memilih pembekal yang senang untuk berurusan dan berbincang serta bertimbang rasa. (c) Memilih pembekal yang dpat membekalkan barangan dengan cepat dan tepat dengan masa yang ditentukan. (d) Mendapatkan pembekal yang tidak meletakkan harga barangan yang tinggi dan meletakkan harga barangan yang berpatutan. (e) memilih pembekal yang dapat menyediakan senarai harga barangan dan dapt memberi kemudahan kepada penjual . 4. Peniaga juga boleh menggunakan teknik bertanya diri sendiri dalam memilih pembekal seperti siapa pembekal, apa yang dibekalkan ,di mana pembekal tersebut, berapakah kadar komisen yang diberi serta harga dan yang paling penting kita perlu tahu siapakah yang akan menggunakan barangan tersebut. 5. Ini boleh menentukan kadar jualan terhadap pelanggan . Pemilihan barangan yang tidak tepat dengan citarasa pengguna akan menyebabkan barngan yang dijual tidak dapat di jual dengan baik.

Menyenaraikan barang sesuai dijual secara komisen 1. Hanya barang tertentu sahaja sesuai dijual secar komisen diantaranya seperti berikut.

Jenis barangan (a) Makanan

Karipap Kuih- muih

donat

kuih pau

Makanan berbungkus (b) bahan bercetak

Surat khabar

majalah buku

(c) Alat tulis

Pen

buku tulis

pensel warna

(d) Cenderamata

Album gambar

bingkai gambar

(e) Tiket atau kupon

Membuat Rancangan jualan 1. Sebelum memulakan sebarang perniagaan,peniaga perlu membuat perancangan yang teliti. 2. Dalam merancang perniagaan peniaga perlu memikirkan beberapa aspek yang perlu dititikberatkan seperti memilih tempat yang sesuai untuk memulakan perniagaan. 3. Diantara ciri ciri pemilihan tempat untuk memulakan perniagaan ialah. (a) mempunyai kemudahan awam dan selamat (b) Tempat tumpuan orang ramai (c) tempat yang mudah dikunjungi oleh pelanggan (d) Menentukan barangan yang ingin dijual mestilah sesuai dengan cita rasa pengguna. 4. Di antara berikut beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam merancang jualan. (a) Mengenal pasti jenis barangan yang hendak dijual mengikut citarasa pengguna (b) mengira komisen yang diperolehi iaitu dengan membuat anggaran pengiraan keuntungan.. (c) Kaedah perniagaan yang hendak dijalankan sama ada dalam bentuk gerai,kedai,berjaja ataupun jualan terus. (d) strategi jualan 5. Peniaga perlu menyediakan borang rancangan jualan bagi memastikan segala keperluan dan perjalanan perniagaan berjalan secara sistematik.

6.

Contoh borang rancangan jualan adalah seperti berikut.

BORANG RANCANGAN JUALAN


1. Barang jualan (a) Jenis barang : ____________________________ (b) Pembekal : __________________________ (c) Alamat pembekal : _________________________ (d) Sebab barangan dipilih : _____________________ (e) Nombor telefon pembekal : ________________ 2. Modal (a) Anggaran modal : _______________ (b) Punca modal : __________________________ 3. Tempat perniagaan (a) lokasi perniagaan : ___________________ (b) sebab lokasi dipilih : ______________________ 4. cara Jualan (a) Cara menjual barangan : ____________________ (b) Pembeli : ________________ 5. Strategi jualan (a) Cara penyusunan barang : ____________________ (b) Cara melayan pelanggan : ____________________ 6. Anggaran keuntungan (a) Kos barang seunit :________________ (b) Harga jualan seunit : _______________

Membuat jadual kerja

(c) Anggaran keuntungan seunit : ________________ (d) Anggaran jualan sehari : ________________

1.

Setiap bakal peniaga perlu mewujudkan jadual kerja bagi melaksanakan rancangan jualannya.

2.

Jadual kerja adalah merupakan senarai tugas yang perlu dilakukan mengikut masa yang ditetapkan.

3.

Perniagaan yang memiliki jadual kerja dapat menjalankan perniagaan dengan lebih teratur dan sistematik. Ini juga boleh mengelakkan berlakunya pengendalian yang tidak cekap atau halangan sebelum memulakan perniagaan .

4.

Di bawah ditunjukkan contoh jadual kerja .

Masa 7.00 pagi 7.15 pagi

Tugasan - membuka kedai - mendapat bekalan daripada pembekal - memunggah bekalan ke dalam premis perniagaan - menyusun barang

Cara - tempat berniaga - menerima,mengira dan merekodkan bilangan barangan yang diambil daripada pembekal - menyusun barang - mengemas premis perniagaan - melayan pelanggan - menerima pesanan - menghantar pesanan - mengira hasil jualan harian - mengira baki jualan - mengira komisen - mengira bayaran untuk pembekal - membuat pesanan barang jualan kepada pembekal

Pekerja Kamal Ramli

7.30 pagi 8.00 pagi

Lina dan Rosli Semua petugas

- memulakan jualan

4.00 petang

- mengira hasil jualan

Faiz

5.00 petang

- membuat pesanan

Ali

Faedah menjual barangan secara komisen

1. 2.

Menjual barangan secara komisen terdapat kelebihan dan banyak faedahnya. Diantara kelebihan dan faedah menjual baranga secara komisen seperti berikut. (a) Peniaga tidak perlu mengeluarkan modal untuk mendapatkan barangan. Ini kerana barangan akan dibekalkan oleh pembekal. (b) Peniaga tidak perlu menyediakan bahan pengiklanan kerana ia disediakan oleh pembekal. (c) Peniaga tidak akan menanggung risiko kerugian ke atas barangan yang rosak atau tidak laku dijual. (d) Mendapat komisen bergantung kepada jumlah jualan. Semakin banyak jualan ,semakin tinggi jumlah komisen yang diperolehi oleh peniaga . (e) Peniaga dan pembekal bebas membuat pilihan untuk menjual dan membekal barangan. Peniaga juga bebas untuk mengambil barangan daripada pembekal yang berlainan.

Menyediakan barang jualan 1. Sebelum memulakan perniagaan, peniaga perlu menyediakan barangan jualan yang telah dihantar oleh pembekal dan dimasukkan ke dalam kedai. 2. Diantara berikut cara cara penyediaan barang jualan sebelum memulakan perniagaan. (a) Barang yang diterima daripada pembekal perlu disusun mengikut jenisnya dengan teratur dan kemas serta boleh menarik minat pelanggan untuk membelinya. (b) Melabelkan nama barang dan tanda harga diletakkan pada barang tersebut (c) Barangan makanan perlulah ditutup dan dijaga kebersihannya semasa pengendalian jualan . (d) Meletakkan barangan yang mudah pecah dan berharga di tempat yang selamat.

Mengenal Pasti pengendalian Jualan secara komisen

1. 2.

Barang barang yang hendak dijual perlukan pengendalian yang sempurna. Di bawah ditunjukkan cara pengendalian jualan secara komisen.

Kenal pasti pembekal dan pilihan barang

Berbincang dengan pembekal peratus komisen

Menerima barang jualan

Menjual barangan

Menyerahkan wang jualan dan menerima komisen

Mengira komisen

1.

Komisen yang dijual boleh dikira dengan dua cara iaitu (a) mengikut kadar komisen untuk setiap unit dijual Contoh pengiraan Barang jualan : Kuih Pau Harga jualan : RM 1.50 sebiji Kadar komisen : 30 sen sebiji Jumlah bekalan : 50 biji Jumlah jualan kuih pau Jumlah kutipan jualan : 45 biji : 45 x RM1.50 = RM 67.50

Jumlah komisen diterima : 45 x 30 sen= RM 13.50 Jumlah bayaran keoada pembekal : 45 x RM 1.20 = RM 54.00 Jumlah baki : 5 biji dipulangkan kepada pembekal (b) mengikut peratus komisen untuk setiap unit yang dijual. Contoh pengiraan Barang jualan : Majalah Harga jualan : RM 4.00 Peratus komisen : 20% senaskah Jumlah bekalan : 15 naskah Baki tidak dijual : 3 naskah dipulangkan kepada pembekal Peratus komisen setiap naskah : RM 4.00 x 0.2 = 80 sen Jumlah jualan : 12 naskah Jumlah kutipan jualan : 12xRM4.00 = RM48.00 Jumlah komisen diterima : 80 sen x 12 = RM9.60

Jumlah bayaran kepada pembekal : 12 x RM3.20 = RM38.40 Jumlah baki : 3 naskah 2. Setiap komisen ditentukan diantara persetujuan diantara peniaga dan pembekal.

Anda mungkin juga menyukai