Anda di halaman 1dari 11

PEMERHATIAN KELAS PENDIDIKAN JASMANI

1|PJM3106

Pemerhatian Kelas Pendidikan Jasmani

Saya telah melakukan satu pemerhatian terhadap satu kelas pendidika jasmani untuk mengumpulkan maklumat, berbincang dengan guru dan merekod data. Berikut adalah butiran mengenai waktu kelas tersebut: Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Masa Kelas Nama guru : 7.45 pagi - 8.45 : 4 Bakti : Cikgu Mohd Adham Bin Mohd Nordin ( Cikgu Adham )

Bilangan murid : keseluruhan : 23 orang tidak hadir : 5 orang

1. a) Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan? Pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan pada hari tersebut diajar oleh Cikgu Adham. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh cikgu berkenaan. Sebelum memulakan aktiviti, Cikgu Adham telah memeriksa kehadiran dan murid-murid telah diminta untuk memanaskan badan terlebih dahulu. Cikgu Adham menyuruh murid berlari bebas seperti burung layang-layang. Cikgu Adham melakukan aktiviti seperti itu kerana ingin melatih koordinasi badan untuk bergerak sambil berlari atau berjalan. Aktiviti seperti ini juga merupakan satu aktiviti memanaskan badan agar adar nadi murid dapat ditingkatkan sebelum melaksanakan aktiviti yang lebih berat.
2|PJM3106

Selepas itu, barulah aktiviti regangan dilakukan. Murid-murid membuat separuh bulatan untuk melakukan regangan. Cikgu Adham sendiri menjadi ketua dalam

aktiviti regangan ini. Hal demikian, murid perlu mengikut apa yang dilakukan oleh ketua mereka iaitu Cikgu Adham. Dalam masa yang sama, Cikgu Adham dapat melihat dan membetulkan kesalahan yang dilakukan murid semasa aktiviti memanaskan badan ini. Regangan yang dilakukan merangkumi semua anggota

badan yang penting seperti kepala, tangan, pinggang dan kaki. Semua murid dapat melakukan aktiviti memanaskan badan dengan baik dan selamat.

3|PJM3106

4|PJM3106

b) Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada murid-murid? Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di jalankan, Cikgu Adham telah menyatakan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan kepada murid-murid secara umum iaitu menyatakan bahawa tujuan memanaskan badan adalah untuk mengelak daripada berlaku kecederaan semasa bermain atau melakukan aktiviti. Hal demikian sudah memadai bagi seorang murid tahap satu untuk memahaminya.

c) Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberikan tumpuan?

Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan, aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut melibatkan otot besar iaitu ketika melakukan aktiviti memanaskan badan dan permainan kecil yang melibatkan otot pada bahagian tangan. Pengajaran pada hari tersebut menfokuskan kepada koordinasi badan murid dalam melakukan aktiviti. Guru tersebut telah memberi perhatian kepada otot yang akan digunakan semasa permainan kecil iaitu ketika aktiviti memanaskan badan, murid dikehendaki berlari bebas dan tangan terbang seperti burung. Hal ini, Cikgu Adham telah melatih pergerakan tangan murid secara tidak langsung melaksanakan aktiviti yang melibatkan otot tersebut.

5|PJM3106

d) Adakah aktiviti yang diadakan semasa pengajaran dan pembelajaran membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan?

Sewaktu melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di padang, tiada aktiviti yang dilakukan membahayakan otot-otot, sendi dan anggota lain. Hal ini kerana, setiap aktiviti yang dilaksanakan telah dirancang dengan baik dan aspek-aspek keselamatan juga telah ditekankan oleh guru terlebih dahulu. Hal ini penting kerana murid-murid tersebut adalah murid sekolah rendah yang memererlukan guru untuk menjaga dan mengawasi tahap keselamatan mereka. Malah aktiviti yang dilakukan hanyalah permainan kecil yang tidak melibatkan pergerakan yang berat iaitu murid hanya dikehendaki melambungkan bola kecil ke dalam bakul. .

6|PJM3106

2. Adakah aktiviti cooling down dijalankan dan diberi penjelasan kepada murid-murid?

Selepas tamat menjalankan aktiviti tersebut, murid-murid diminta oleh Cikgu Adham untuk melakukan sedikit aktiviti cooling down tetapi tidak memberikan penjelasan kepada murid mengenai tujuan cooling down atau maklumat berkaitan dengannya. Hal ini kerana, guru kesuntukan masa untuk menjelaskan aktiviti tersebut. Aktiviti cooling down dimulakan dengan bahagian dengan bahagian kaki dahulu sehingga kepala. bawah dahulu hingga ke atas iaitu

7|PJM3106

3. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dijalankan?

Setelah aktiviti memeasnaskan badan selesai, murid Cikgu Adham mengajar muridnya untuk bermain satu permainan iaitu Belalang Belatuk. Aktiviti ini hanya melibatkan kawasan padang dan beberapa kon untuk menandakan kawasan. Tiada peralatan khas digunakan untuk permainan ini. Walau bagaimanapun, Cikgu Adham bijak menggunakan ruang yang sesuai saiznya untuk aktiviti ini dan disesuaikan dengan bilangan murid.

4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti pendidikan jasmani sesuai seperti yang dirancang?

Aktiviti yang dirancang dilaksanakan dengan baik. Hal ini kerana, pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai dan berakhir dengan tepat mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Setiap aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Ketetapan masa ini amat penting agar tidak mengganggu masa murid untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

8|PJM3106

5. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat terhadap kelas pendidikan jasmani tersebut, secara keseluruhannya objektif Cikgu Adham untuk melatih murid meningkatkan kemahiran koordinasi mata, tangan, dan kaki dengan melakukan aktiviti permainan kecil tercapai. Namun, terdapat saranan dan tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut yang perlu dilakukan oleh Cikgu Adham, pertama sekali ialah menekankan aktiviti menyejukkan badan melalui penerangan semasa di dalam kelas. Aktiviti ini penting bagi murid-murid faham bagaimana aktiviti ini membantu memulihkan semula otot otot dan mengelakkan kecederaan pada murid. Tambahan pula, walaupun aktiviti menyejukkan badan dilaksanakan tetapi ia tidak mencukupi kerana hanya sebahagian anggota badan sahaja dilakukan. Cikgu Adham perlu melakukan aktiviti ini sekurang-kurangnya dalam masa 5 hingga 10 minit. Dengan itu, dia hendaklah sentiasa peka agar murid dapat membuat persediaan pada diri mereka sendiri untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya di dalam kelas. Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran tersebut menarik dan penglibatan murid secara menyeluruh dapat memberi kesan terhadap objektif yang hendak dicapai. Murid-murid juga berasa gembira dengan aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Justeru, saya telah mempelajari sesuatu yang amat berguna iaitu merancang aktiviti dengan baik dan terancang sangat penting agar setiap aktiviti yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada anak murid. Hal ini dapat melahirkan murid yang sentiasa cergas dan cerdas serta cemerlang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

9|PJM3106

10 | P J M 3 1 0 6

LAMPIRAN

11 | P J M 3 1 0 6

Anda mungkin juga menyukai