Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA KERTAS KERJA KLINIK BOLA TAMPAR SEKOLAH RENDAH DAERAH BATU PAHAT

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1.0

TUJUAN Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk merangka sebuah program sukan

yang berkonsepkan pendidikan. Dengan adanya pembentukan kertas kerja cadangan ini, sesebuah program itu dapat dirancang secara tersusun dan spesifikasi. Selain itu, segala perjalanan sebelum, semasa dan selepas program juga akan dirancangkan supaya matlamat dan hala tuju sesebuah program ini mencapai objektifnya. Selain itu, tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapatkan sokongan dan kelulusan dari pihak pengurusan UTHM. Justeru itu sokongan, bantuan dan tunjuk ajar dari pihak atasan amat kami harapkan agar segala perancangan ini berjalan dengan lancar. Antara tujuan lain kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapatkan peruntukan bertujuan bagi menampung kos pembiayaan sepanjang program ini berlansung. Peruntukan dan tajaan ini amat diperlukan, supaya perjalanan program ini dapat direalisasikan dengan penuh jayanya. Kami amat mengharapkan sepenuh kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak agar segala yang dirancang dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Sekian terima kasih.

2.0

LATAR BELAKANG Klinik Bola Tampar yang dirangka ini merupakan satu program yang bukan sahaja berteraskan teori semata-mata malah turut melibatkan elemen praktikal kepada murid-murid sekolah rendah sekitar Daerah Batu Pahat. Program ini dirangka bagi memberi kepelbagaian ilmu dan kemahiran berkaitan dengan dunia sukan Bola Tampar. Selain itu, program ini juga menerapkan konsep permainan dan kepengadilanbagi semua peserta. Kefahaman konsep permainan dan kepengadilan dalam sukan ini akan mengasah bakat dan seterusnya menarik minat mereka dengan sukan ini. Program ini akan menggunakan khidmat dari Jawatankuasa Daerah (JKD ) Bola Tampar Batu Pahat. Simulasi permainan kecil yang akan diadakan akan dapat membantu peserta untuk memahami sukan ini dengan lebih mendalam lagi.

3.0

OBJEKTIF Objektif program ini dirangka berteraskan prinsip 1 Murid,1 Sukan,1 Malaysia yang mana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan murid-murid bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah cemerlang dari segi kokurikulum. Berdasarkan prinsip ini, objektif utama program ini diadakan adalah untuk : 3.1 3.2 3.3 3.4 Melahirkan golongan pelajar yang cerdas minda dan cergas fizikal Membentuk pelajar yang berkualiti dari segi akademik dan ko-kurikulum Mewujudkan sikap saling bekerjasama dan bertanggungjawab tanpa mengira bangsa dan agama Melahirkan golongan pelajar yang mahir dan pakar dalam bidang sukan yang diceburi.

4.0

HASIL PEMBELAJARAN PELAJAR Di akhir program ini, pelajar-pelajar akan dapat : 1. Memahami konsep permainan Bola Tampar 2. Meningkatkan stamina dan kecerdasan minda serta kecergasan tubuh badan 3. Mengetahui dan boleh melakukan teknik-teknik asas permainan bola tampar 4. Memahami dan boleh mengadili permainan bola tampar mengikut garis panduan yang ditetapkan

5.0

BUTIRAN PROGRAM 5.1 Tarikh 12 dan 13 November 2011 ( Sabtu dan Ahad ) 5.2 Lokasi/Tempat Program Padang Sekolah SK Seri Gading Batu Pahat Johor 5.3 Tentatif Program Rujuk Lampiran 1 5.4 AJK/Urusetia Rujuk Lampiran 2 5.5 Senarai Peserta Rujuk Lampiran 3

6.0

KEWANGAN 6.1
1

Perbelanjaan
Bil. Perkara
Makanan & minuman : Urusetia & VIP Peserta 2. Pentadbiran: Kertas A4 Photostat Bahan Sijil 3. Bayaran Penceramah Cenderahati Lain-lain Kos 2 50 Set 50 1 2 RM 10.00 RM 3.00 RM 1.50 RM 300.00 RM 30.00 RM 100.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 20.00 RM 150.00 RM 75.00 RM 300.00 RM 60.00 RM 100.00 RM 1005.00 10 50 RM 5.00 RM 5.00 RM 50.00 RM 250.00

Kuantiti

Harga Seunit (RM)

Jumlah (RM)

6.2

Pendapatan
Penaja Pihak UTHM Pihak Luar Yuran Pendaftaran Kuantiti RM 500.00 RM 500.00 RM 500.00 Jumlah Jumlah RM 500.00 RM 500.00 RM 500.00 RM 1500.00

7.0

IMPLIKASI Jika program ini tidak mendapat kelulusan dan seterusnya tiada pelaksanaan, terdapat beberapa implikasi terhadap murid dan kesannya terhadap pihak universiti. Antaranya : 7.1 7.2 7.3 Murid-murid akan kekurangan ilmu berkaitan dengan permainan bola tampar Murid yang berakademik ko-kurikulum tidak dapt dilahirkan Kurangnya kepelbagaian pilihan sukan dan permainan kepada murid

8.0

KEPUTUSAN
4

Semoga program ini akan memberikan pendedahan dan kesedaran tentang pentingnya aktiviti ko-kurikulum dalam menjadi salah satu elemen kejayaan menyeluruh seseorang individu. Melalui program seumpama ini juga, pihak universiti dapat membantu melahirkan golongan murid yang berkualiti, bukan sahaja dari segi pelajaran, malah turut cemerlang dari segi kesukanan. Dengan kerjasama daripada pihak Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, pihak sekolah-sekolah yang terlibat dan pihak penaja, adalah menjadi harapan pihak Jawatankuasa penganjur program ini supaya program ini dapat direalisasikan dan berjalan lancar demi memartabatkan pendidikan bangsa. Dengan ikhlasnya kami mengharapkan pentadbiran UTHM dapat menyokong dan meluluskan usul ini, bagi menjayakan program yang dicadangkan. Dengan adanya kerjasama daripada pihak atasan, dapatlah kami merealisasikan hasrat ini.

Disediakan oleh :

MOHD SHEIKH B ALI Setiausaha Program Klinik Bola Tampar Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat DB100010 UQ* 1**01 Disahkan :

Tarikh

20.10.2011

EN MOHD NORASRI B ISMAIL UQ* 1**01

Tarikh :

Disemak:

MOHD FADEL BIN ALWI Ketua Jabatan Kokurikulum Pusat Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tarikh :

Kelulusan :

PROF. MADYA KAMARUDIN BIN KHALID Pengarah Pusat Kokurikulum dan Kebudayaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tarikh :

Lampiran 1
6

Tentatif Program Sabtu ( 12hb november 2011 ) 07.30 pagi 08.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi Pendaftaran Peserta / Sarapan Kelas Teori Konsep Permainan dan Kepengadilan Kudapan Kelas Teori Teknik Asas Permainan Bola Tampar - Hantaran/Menyangga - Servis Kelas Praktikal - Hantaran/Menyangga - Servis Rehat , makan, solat Zuhur Kelas Teori Teknik Asas Permainan Bola Tampar - Merejam - Mengadang Kelas Praktikal - Merejam - Mengadang Bersurai

11.30 pagi

12.30 tghari 02.00 ptg -

03.00 ptg

04.30 ptg

Ahad ( 13hb November 2011 ) 08.00 pagi 09.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 11.30 pagi Sarapan / Senamrobik / Pembahagian Kumpulan Permainan kecil 1 Rehat / Kudapan Permainan kecil 2 Penutupan rasmi / Penyampaian Sijil / Jamuan / Bersurai

Anda mungkin juga menyukai