Anda di halaman 1dari 7

Ini adalah gambaran umum idea had dalam matematik.

Untuk penggunaan khusus, lihat had jujukan dan had fungsi. Dalam matematik, had merupakan nilai yang sesuatu fungsi atau jujukan menghampiri sewaktu input ke dalam fungsi itu menghampiri suatu nilai tertentu. Ia penting dalam bidang kalkulus dan digunakan untuk mentakrifkan keselanjaran, terbitan dan kamiran. Dalam formula, had biasanya disingkat sebagai lim, seperti pada lim(an) = a, atau diwakili oleh anak panah kanan () seperti dalam an a. Rencana berkaitan matematik ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php? title=Had_(matematik)&oldid=2745481"

HAD DAN KESELANJARAN


1.1. HAD KANAN Jika nilai f(x) menghampiri nombor l1 apabila x menghampiri xo dari sebelah kanan, maka ditulis

span style="mso-ignore:vglayout">

yang dibaca sebagai had f(x) apabila x menghampiri x0 dari sebelah kanan bersamaan dengan l1. 1.2 HAD KIRI Jika nilai f(x) menghampiri nombor l2 apabila x menghampiri x0 dari sebelah kiri, maka ditulis

yang dibaca sebagai had f(x) apabila x menghampiri x0 dari sebelah kiri bersamaan dengan l2. 1.3 HAD SUATU FUNGSI Jika had dari sebelah kiri dan had dari sebelah kanan bagi f(x) mempunyai nilai yang sama, iaitu

Sebaliknya, apabila

maka had tak wujud.


1.4. 1.4 KES HAD TIDAK WUJUD

Terdapat juga kes di mana had suatu fungsi apabila

tidak dapat dipastikan. Jika had tidak ada , maka disebut had tidak wujud. 1.5. 1.5 HAD DI KETAKTERHINGGAAN Had juga boleh digunakan untuk menggambarkan kelakuan sesuatu fungsi apabila pembolehubah tak bersandar bergerak jauh dari asalan di sepanjang paksi-x. Jika x dibiarkan menokok tanpa batas, x dikatakan menghampiri positif ketakterhinggaan. Sebaliknya, jika x dibiarkan menyusut tanpa batas, x dikatakan menghampiri negatif ketakterhinggaan. Katakanlah had bagi f(x) apabila x menghampiri positif ketakterhinggaan ialah l, dengan l suatu nombor nyata. Pernyataan ini boleh ditulis sebagai

Garis y = l merupakan garis asimptot mengufuk untuk f(x).

1.6. 1.6 SIFAT ASAS HAD Misalkan a, k dan n ialah nombor-nombor nyata, maka

1.7 SIFAT-SIFAT HAD YANG LAIN Misalkan had mewakili had-had

Jika had f(x) dan had g(x) kedua-duanya wujud, maka

1.8 TAKRIF HAD SECARA FORMAL Misalkan f(x) tertakrif untuk semua nilai x di dalam selang terbuka yang mengandungi nombor a, kecuali mungkin f(x) tertakrif atau tidak tertakrif pada a. Seterusnya

jika untuk setiap nombor > 0, wujud suatu nombor > 0 supaya untuk semua x,

Dalam takrif tersebut, ungkapan 0 < | x - a | < disebut pernyataan toleransi manakala ungkapan | f(x) - l | < disebut pernyataan toleransi . 1.9. 1.9 KESELANJARAN Suatu fungsi f(x) dikatakan selanjar di titik x = a jika syarat berikut dipenuhi. 1. Fungsi f(x) tertakrif di x = a, iaitu f(a) wujud. 2. had f(x) wujud 3. had f(x) = f(a)

1.10 KESELANJARAN DALAM SELANG Andaikan f(x) tertakrif dalam [a, b]. Fungsi f(x) dikatakan selanjar dalam [a, b] jika f(x) selanjar dalam (a, b), dan

Kalkulus (Bahasa Latin: calculus, artinya "batu kecil" untuk menghitung) adalah cabang ilmu matematik yang merangkumi had, terbitan, kamiran, dan deret tak terhingga. Kalkulus adalah ilmu mengenai perubahan, sebagaimana geometri adalah ilmu mengenai bentuk dan algebra adalah ilmu mengenai pengerjaan untuk memecahkan persamaan serta aplikasinya. Kalkulus mempunyai aplikasi yang luas dalam bidang-bidang sains, ekonomi, dan teknikal; serta dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan algebra asas. Kalkulus mempunyai dua cabang utama, iaitu kalkulus pembezaan dan kalkulus kamiran yang saling berhubungan melalui teorem asas kalkulus. Pelajaran kalkulus adalah pintu gerbang menuju pelajaran matematik lain yang lebih tinggi, yang khusus mempelajari fungsi dan limit, yang secara umum dinamakan analisis matematik.

Sejarah
Penyelidiakan tentang topik kalkulus telah dijalankan pada awal kurun ke-17. Sir Isaac Newton dan Gottfried Wilhelm Leibniz telah menjalankan penyelidikan secara berasingan dan telah memberi sumbangan terbesar dalam kajian tersebut. Penyelidikan Sir Isaac Newton bermula apabila University of Cambridge ditutup pada tahun 1665 yang menyebabkan beliau terpaksa pulang ke tempat asalnya iaitu Lincolnshire. Selama 18 bulan di sana, beliau telah mencipta Method of Fluxions, teori graviti dan teori cahaya. Berikutan dengan penciptaan teori-teori tersebut, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul De Methodis Serierum et Fluxionum pada tahun 1671. Namun, Sir Isaac Newton telah gagal untuk menerbitkan buku tersebut. Buku tersebut tidak diterbitkan sehingga John Colson berjaya menerbitkannya dalam versi Bahasa Inggeris pada tahun 1736. Walau bagaimanapun, buku hasil tulisan Sir Isaac Newton tidak mempunyai simbol dan rumus.

Sir Isaac Newton Gottfried Wilhelm Leibniz telah memulakan penyelidikan beliau pada tahun 1673. Beliau merupakan tokoh yang telah mencipta simbol pembezaan dan pengamiran. Penerbitan pertamanya adalah pada tahun 1684 iaitu Nova Methodus pro Maximis et Minimis,

itemque Tangentibus dalam Acta Eruditorum, sebuah surat khabar yang diwujudkan pada tahun 1682 di Leipzig. Kemudian dua orang adik-beradik Bernoulli iaitu Jacob dan Johann mengambil idea tersebut dan mengembangkannya. Sejak kurun ke-17, penyelidikan tentang kalkulus telah mula berkembang dan mencapai tahap seperti yang sedia ada sekarang.

Prinsip
[sunting] Had dan infinitesimal

Definisi had: Katakan had f(x) ketika x mendekati titik p adalah L apabila untuk setiap bilangan > 0 apapun, terdapat bilangan > 0, sedemikian rupanya:

Kalkulus pada umumnya dibangunkan dengan memanipulasi sejumlah kuantiti yang sangat kecil. Objek ini, yang boleh diperlakukan sebagai nombor, adalah sangat kecil. Sebuah bilangan dx yang infinitesimalnya dapat lebih besar daripada 0, namun lebih kecil daripada bilangan apapun tentang deret 1, , , ... dan bilangan nyata positif apapun. Setiap integer yang didarab dengan infinitesimal tetaplah infinitesimal, dengan kata lain kecil tak terhingga tidak memenuhi hotel Archimedes. Dari sudut pandang ini, kalkulus adalah sekumpulan teknik untuk memanipulasi infinitesimal. Pada abad ke-19, konsep infinitesimal ini digantikan oleh konsep had. Had ini menjelaskan nilai suatu fungsi pada nilai input tertentu dengan keputusan daripada nilai input berdekatan. Dari sudut pandang ini, kalkulus adalah segugusan teknik memanipulasikan had-had tertentu.

[sunting] Terbitan

Grafik fungsi terbitan. Terbitan dari suatu fungsi mewakili perubahan yang sangat kecil dari fungsi tersebut terhadap pembolehubahnya. Proses menemukan terbitan dari suatu fungsi disebut sebagai pembezaan. Secara matematik, turunan fungsi (x) terhadap pemboleh ubah x adalah ' yang nilainya pada titik x ialah:

, dengan syarat wujudnya limit tersebut. Jika ' eksis pada titik x tertentu, kita katakan bahawa dibezakan (mempunyai keturunan) pada x, dan jika ' eksis di setiap titik pada domain , kita sebut terdiferensialkan.

[sunting] Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kalkulus

Anda mungkin juga menyukai