Anda di halaman 1dari 4

PENGERTIAN MASALAH TINGKAH LAKU Mengikut Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ), mentakrifkan masalah tingkah laku individu sebagai

tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Mengikut pandangan Lewis M. Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Bagi Garry Martin & Joseph Pear (2003), tingkah lagu juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan atau reaksi. Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kalenjar (glandular) dan aktiviti eletrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkahlaku adalah apa saja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Feldhusen ( Levin & Nolan, 2004), merujuk kepada tingkah laku yang bermasalah yang melakukan gangguan terhadap perlaksanaan proses pengajaran yang lancar. Menurut Emmer ( Levin & Nolan, 2004) pula, mengganggu pengajaran guru serta pembelajaran beberapa orang murid untuk jangka masa yang tertentu. Manakala, dalam konteks pendidikan, masalah tingkah laku merujuk kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pembelajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkah laku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, masalah tingkah laku disebut sebagai Abnormal Behavior iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Tingkah laku bermasalah ini boleh berupa tingkah laku negatif atau positif dan yang pastinya masalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat diguna pakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar serta berkesan.

Justeru itu, terdapat cara-cara untuk mengenal pasti masalah tingkah laku di kalangan murid iaitu melalui jenis ujian (diagnostik dan psikologi), jenis bukan ujian (pemerhatian dan temubual) dan kajian (kajian kes, kajian dokumen dan kajian membujur). Disamping itu, terdapat pengurusan tingkah laku yang mana terdapat beberapa proses yang telah ditetapkan dalam proses memodifikasikan tingkah laku dikalangan muridmurid. 2.0) CARA-CARA MENGENAL PASTI MURID-MURID YANG BERMASALAH TINGKAH LAKU Untuk mengenal pasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku, terdapat kaeadah yang digunakan iaitu mengumpulkan maklumat berasaskan ujian (diagnostik dan psikologi), jenis bukan ujian (pemerhatian dan temubual) serta berasaskan kajian ( kajian kes, kajian dokumen, kajian membujur). Apabila seseorang murid telah dikenal pasti mempunyai masalah tingkah laku di sekolah, gurunya mestilah membincangkan masalah tersebut dengan ibu bapa murid tersebut. Dalam perbincangan ini, guru akan meminta maklumat yang lebih lanjut mengenai perkembangan murid tersebut. Tambahan lagi, dalam perbincangan ini, guru harus memberikan murid yang bermasalah satu ujian kecerdasan I.Q. untuk menentukan tahap kebolehan akademiknya secara keseluruhan serta untuk mengenal pasti aspek-aspek kekuatan dan kelemahannya. Berdasarkan keperluan setiap murid, guru juga boleh memberikan ujian diagnostik untuk mendiagnos tingkah laku murid dengan lebih terperinci. Semua keputusan ini perlu dibincangkan dengan ibu bapa murid tersebut. Selepas itu, guru perlu menasihati ibu bapa murid tentang tindakan susulan yang mereka perlu ambil untuk mengatasi masalah tingkah laku anak mereka. Selain itu, ibu bapa perlu diberikan keputusan ujianujian ini oleh guru dalam satu laporan khas. Laporan ini mesti mengandungi rekomendasi-rekomendasi untuk mengatasi masalah tingkah laku murid tersebut. 2.1) Teknik Jenis Ujian ( Ujian Psikologi, Diagnostik) Guru boleh menggunakan ujian psikologi atau ujian diagnostik untuk menganalisis semua masalah tingkah laku yang berlaku dalam bilik darjah dengan lebih terperinci. Murid boleh diuji melalui ujian pencapaian akademik iaitu Ujian Sumatif dan Ujian Formatif. Ujian Sumatif ialah peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian

Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Penilaian Menengah (STPM). Manakala, Ujian Formatif merujuk ujian bulanan, ujian pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. Melakukan Ujian Kecerdasan untuk mengukur darjah kecerdasan murid (I.Q) seperti yang disarankan oleh Terman dan Binet. Seterusnya Ujian Kecenderungan Bakat seperti Ujian Aptitut Differential (DAT), Ujian Minat untuk menilai minat murid terhadap sesuatu aktiviti atau kerjaya seperti Career Assessment Inventory (CAI) yang mengandungi tiga bidang, merangkumi enam tema am, 22 asas minat dan skala 89 kerjaya. Kemudian, melakukan Ujian Personaliti untuk mengkaji aspek bukan kognitif seperti aspek afektif, motivasi, emosi dan sikap seseorang murid. Contohnya, The Survey of Personal Values (SPV), dan The Mooney Problem Check Lists (MPCL). Kedua-dua ujian ini digunakan untuk mendapatkan maklumat peribadi serta nilai sikap murid. Ujian Saringan digunakan untuk mengasingkan murid-murid yang cerdas dengan murid yang kurang cerdas. Selain itu, turut menggunakan Ujian Diagnostik untuk mengesan punca kelemahan atau masalah penguasaan kemahiran pembelajaran murid. Keputusan ujian ini penting bagi guru untuk merancang aktiviti pemulihan. Akhir sekali, melakukan Ujian Aptitut Khas seperti Ujian Aptitut Mekanikal, Ujian Aptitut Perkeranian, Ujian Aptitut Seni, dan Ujian Aptitut Muzik yang mana digunakan untuk mengukur potensi murid dalam bidang tertentu. Di dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sekolah, maklumat-maklumat asas dikumpulkan dan yang diperlukan ialah hal peribadi murid, pencapaian akademik, serta aktiviti kokurikulum yang disertainya. 2.2) Teknik Jenis Bukan Ujian (Pemerhatian dan Temubual) Pemerhatian boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah kajian yang boleh digunakan guru untuk mencari kebaikan dan kelemahan murid dan menentukan faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu masalah tingkah laku berlaku. Guru boleh mengenal pasti ciri-ciri perkembangan murid daripada bidang afektif dan psikomotor khasnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani. Ianya boleh dibuat di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Pemerhatian seperti ini penting bagi guru untuk menentukan kekerapan, tempoh langsungnya serta intensiti sesuatu salah laku yang telah dikenal pasti. Data yang dikumpul melalui teknik pemerhatian adalah sangat penting kerana guru dapat merancang tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah tingkah laku yang berlaku. Selain itu, pemerhatian ini

juga penting kerana ia dapat menolong guru mengawal tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. Berikut disertakan satu contoh borang pemerhatian untuk meneliti tingkah laku bermasalah yang digunakan oleh guru. Selain kaedah pemerhatian, guru juga boleh menggunakan kaedah temubual dengan murid-murid yang mempunyai masalah tingkah laku ini. Temubual ini boleh dijalankan antara guru bimbingan atau guru biasa dengan murid bermasalah, ibu bapa atau penjaga, rakan sebaya dan pihak lain untuk mendapatkan maklumat.

2.3) Kajian Dokumen ( Kajian Rentasan, kajian membujur, kajian kes) Kajian dokumen ialah, analisis yang dibuat oleh guru terhadap sesuatu tingkah laku masalah murid berdasarkan dokumen-dokumen yang telah dikumpulkan mengenai murid-murid yang biasa menunjukkan salah laku di sekolah. Menurut Bailey (1978), dokumen ini terbahagi kepada dua iaitu, Dokumen Utamadan Dokumen Sekunder. Dokumen Utama merangkumi autobiografi murid, anekdot dan kad kumulatif. Manakala, Dokumen Sekunder merupakan laporan ditulis berdasarkan temubual, pemerhatian ataupun rujukan dokumen-dokumen utama. Contoh Dokumen Sekunder ialah biografi murid, laporan guru dan senarai semak. Dalam kajian membujur, murid bermasalah yang dikaji diperhatikan untuk jangka masa yang panjang oleh guru untuk menilai semua perubahan tingkah lakunya. Kajian ini meliputi pemerhatian kepada tingkah laku murid bermasalah untuk mendapat maklumat terperinci mengenai perubahan-perubahan tingkah lakunya. Kajian ini memakan masa yang lama dan memerlukan belanja yang banyak. Manakala, dalam kajian rentasan pula, guru akan mengkaji murid-murid bermasalah pada peringkat- peringkat umur tertentu sahaja. Contohnya, guru mengambil sampel kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku daripada umur yang berlainan untuk dikaji. Perubahan-perubahan dalam tingkah laku bermasalah diukur dengan membandingkan perlakuan murid-murid dari satu peringkat umur ke peringkat umur yang lain. Oleh itu, kajian rentas menjimatkan. Guru juga boleh membuat kajian kes untuk menganalisa tingkah laku bermasalah secara terperinci khususnya untuk murid-murid yang mempamerkan salah laku yang serius. Melalui kajian kes, seseorang yang mempunyai tingkah laku yang bermasalah yang serius akan diperhatikan untuk satu tempoh masa yang lama supaya guru dapat satu gambaran yang tepat dan menyeluruh mengenai murid tersebut. Kelemahan kajian kes adalah, ianya mengambil masa yang lama dan panjang. Justeru itu, pihak kaunselor sekolah perlu menjalankannya.

Anda mungkin juga menyukai