Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI (NOOR AFIFAH AZIZAN)

Assalamualaikum dan salam sejahtera , syukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus pendek subjek Literasi Bahasa Melayu serta berjaya menganjurkan pameran dan seminar pada 5 September 2013 yang lalu. Sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini saya telah membahagikan masa dengan betul agar saya dapat menyiapkan tugasan lain di samping turut menyiapkan tugasan ini. Saya juga telah belajar cara mencipta bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dan kreatif di samping mempelajari bagaimana untuk menguruskan pameran.

Tugasan ini membuatkan saya lebih faham mengenai LINUS serta konsep pengajaran Bahasa Melayu yang baru. Sememangnya pelaksanaan pameran ini amat penting dalam bidang pendidikan kerana ianya merupakan cara untuk mendedahkan kepada para guru pelatih mengenai kaedah dan teknik P&P yang lebih menarik dan pelbagai. Saya telah berusaha mencari sumber di laman sesawang serta bertanya kepada senior dan para pensyarah bagi memperoleh bahan untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini juga dapat dijadikan asas panduan kepada diri saya pada masa akan datang setelah bergelar sebagai seorang guru.

Walupun saya tidak menjawat sebarang jawatan, hanya menjaga gerai pameran kelas G2.7 dapat juga saya membuat kesimpulan mengenai pameran tersebut. Pertama sekali, saya ingin memuji kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya menjalankan pameran dengan jayanya terutamanya kepada ahli jawatankuasa. Sebelum melaksanakan pameran ini terdapat banyak kekangan yang dilalui. Mensyuarat sering dilaksanakan untuk mendapat kata putus dari semua pihak. Saya akui bahawa saya kagum dengan para rakan yang terlibat dalam seminar ini kerana mereka memberikan komitmen yang sepenuhnya dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Sempat juga saya berbual dengan penceramah yang hadir sewaktu beliau meminta tolong untuk membantunya menyelesaikan masalah dengan videonya. Beliau, menyatakan bahawa program seperti ini wajar dilaksana dalam kalangan guru pelatih supaya dapat dijadikan panduan kepada setiap guru agar dapat menggunakan ilmu yang diperolehi kearah meningkatkan lagi kualiti P&P di sekolah. Bahkan, saya mendapati bahawa

kesemua bahan bantu mengajar yang dihasilkan begitu kreatif dan menarik. Setiap kelas mempunyai idea yang menarik dan berbeza antara satu sama lain. Namun mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk membantu murid untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar.

Selain itu, saya berpendapat bahawa topik yang dibentangkan oleh pembentang kertas seminar amat menarik dan bermakna serta mampu memberi ilmu pengetahuan baru kepada yang mendengarnya. Dengan adanya para guru pelatih yang berbakat dalam menyampaikan forum berjaya menarik perhatian rakan-rakan lain. Unsur kecindaan turut diselitkan dalam penyampaian serta aktiviti lakonan menggunakan boneka turut berjaya menghidupkan majlis. Sesungguhnya kesemua peserta yang terlibat amat berbakat sekali dalam menyampaikan isu masing-masing.

Manakala dari segi kelemahannya pula, saya mendapati bahawa pengurusan program ini kurang sistematik. Hal ini kerana, kita dapat lihat bahawa kebanyakan kerja dilaksanakan pada tarikh yang hampir dengan pelaksanaan program dan ini memberi tekanan kepada para pensyarah serta AJK atasan. Bahkan, apabila mendapat kertas tugasan, kami agak keliru dengan tugasan yang diberi kerana tugasan kumpulan dan individu merupakan kerja yang sama. Bahkan apabila ditanya kepada pensyarah yang mengajar di dalam kelas juga bercanggah. Sehinggakan kami telah membeli barang untuk membuat aktiviti kumpulan. Namun, pensyarah mengatakan bahawa ia merupakan kerja individu. Akhirnya kami membiarkan kerja tersebut sehingga mendapat maklumat yang jelas. Selain itu, saya juga mendapati bahawa tempoh pelaksanaan seminar dan pameran ini agak singkat dan ini menjadikan jadual seminar padat dan kelam kabut. Dapat dlihat bahawa aktiviti yang dirancang berjalan secara terus dan tiada sesi rehat ketika pertukaran aktiviti yang seterusnya. Hal ini akan membuatkan peserta bosan dan gagal memberi tumpuan kepada aktiviti yang berlangsung. Malahan, hadirin yang datang kurang memberi perhatian kepada sesi forum yang datang kerana lebih tertumpu kepada gerai kumpulan kelas masing-masing.

Kelemahan seterusnya ialah kesukaran berkomunikasi antara guru pelatih. Hal ini berlaku apabila terdapat segelintir guru pelatih yang lambat menerima maklumat dari AJK atasan disebabkan oleh sumber maklumat hanya disampaikan melalui laman sosial facebook. Seperti yang sedia maklum,rangkaian internet di institut ini mengalami masalah sejak pulang dari cuti raya dan ini menyebabkan para guru pelatih sukar untuk membaca maklumat yang disampaikan khusunya kepada guru pelatih yang tiada kemudahan rangkaian internet sendiri. Keadaan ini merupakan masalah teknikal, namun dengan bantuan-bantuan rakan lain dapat juga diselesaikan permasalahan ini. kerjasama antara satu sama lain merupakan kunci kepada segalanya. Sesunguhnya

Cadangan saya untuk pameran seterusnya adalah agar pihak yang terlibat dapat meningkatkan lagi tahap pengurusan aktiviti kearah yang lebih baik. Pihak yang berkenaan seharusnya memilih AJK yang memiliki komitmen dan pengalaman dalam mengendalikan pameran serta seminar. Dengan itu, segala pengendalian aktiviti mampu berjalan dengan lebih lancar. Cadangan saya yang seterusnya ialah, pameran ini perlu dilaksanakan dalam tempoh yang lebih lama agar kita dapat memberi lebih peluang kepada pihak luar seperti sekolah, guru pelatih dari institut lain mahupun guru pelatih institut ini sendiri untuk turut serta dalam program ini. Malahan, memasukkan aktiviti yang menarik untuk disertai oleh pensyarah dan juga para guru pelatih. Selain itu, menjemput seluruh guru pelatih IPGKIK yang berkelapangan untuk menghadirkan diri untuk melihat idea baru dalam menghasilkan bahan bantu mengajar.

Konklusinya ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah, rakan-rakan yang bertungkus lumus mengendalikan aktiviti pameran ini serta ibu bapa saya yang banyak membantu dan memahami keadaan saya yang agak sibuk sepanjang pelaksanaan tugasan dan program ini. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pelaksanaan tugasan ini dan tersalah kata. Akhir kata, saya berharap agar program ini mampu diteruskan dan dapat dipertingkatkan kearah yang lebih baik.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai