Anda di halaman 1dari 9

MODUL BESTARI ‘A’

PENGAJIAN AM KERTAS 2
2008

VOL. 1 - SET 5
SET 5
Edisi Guru

Unit Kurikulum
Jabatan Pelajaran Perak
BAHAGIAN A

ISU - ORANG KURANG UPAYA (OKU)

A. MASALAH OKU

1. Tanggapan negatif masyarakat - Kurang kepercayaan daripada masyarakat dan


dianggap insan yang lemah dari segi fizikal serta
mental.
- Kurang produktif.
- Kesukaran berinteraksi.

2. Persaingan dengan insan yang - Ketinggalan dalam mengejar kecemerlangan.


normal. - Pergerakan yang agak terbatas.
- Banyak bergantung kepada orang lain.
- Kurang mampu berdikari.
- Peluang pendidikan berterusan terhad.

3. Kekurangan kemudahan di - Kekurangan tempat berjalan kaki, tandas dan


tempat awam. tempat meletak kenderaan.
- Sukar untuk bergerak.
- Terpaksa menggunakan kemudahan orang normal
yang tidak sesuai dengan OKU.

4. Kurang kepercayaan /keyakinan - Mengasingkan diri.


diri. - Rasa rendah diri.
- Suka hidup dalam kelompok mereka.
- Gagal memberi dan menerima arahan dengan
baik.

B. PUNCA MAJIKAN ENGGAN MENGAMBIL OKU BEKERJA


5. Majikan kurang yakin. - Tidak yakin mereka dapat melaksanakan tugas
yang diberi dengan baik.
- Kesukaran mereka untuk bergerak.

6. Kekurangan kemahiran yang - Mempunyai kemahiran bekerja yang terhad.


sesuai. - Sesetengahnya langsung tiada kemahiran.
- Kurang produktif dalam syarikat.

7. Menanggung kos yang tinggi. - Syarikat terpaksa mengeluarkan perbelanjaan


yang besar bagi menyediakan kemudahan.
- Perbelanjaan yang dianggap membazir jika OKU
berhenti kerja.
- Merupakan satu beban kepada syarikat-syarikat
yang kecil.

C. KEISTIMEWAAN OKU
8. Elaun sara hidup - Jabatan Kebajikan Masyarakat memberikan elaun
kepada mereka yang mendaftar dengan jabatan
tersebut.
- Boleh menampung kehidupan OKU.

9. Potongan cukai - Ibu bapa dan majikan boleh mendapat potongan


cukai apabila membeli peralatan atau menyediakan
kemudahan kepada OKU.
- Potongan cukai kepada ibu bapa yang mempunyai
anak OKU.

10. Mengadakan sekolah-sekolah - Kerajaan menyediakan peruntukan yang besar


khas. untuk membina Sekolah Pendidikan Khas.
- Menyediakan guru-guru berpengalaman dan
terlatih bagi mengajar OKU ini.
- Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh
OKU.

11. Hak istimewa. - Kerajaan membenarkan penubuhan persatuan-


persatuan yang memperjuangkan hak OKU.
- Melantik seorang Senator di Dewan Negara bagi
mempejuangkan hak OKU.
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat menerbitkan buletin khas.
- Menyediakan kemudahan khas di tempat-tempat
awam.

Contoh-contoh Soalan.

1. Kerajaan telah memberikan beberapa keistimewaan kepada Orang Kurang Upaya, namun
pada masa yang sama majikan-majikan masih tidak mahu mengambil mereka sebagai
pekerja.
Bincangkan.

Skema : 2 + 2

2. Kerajaan telah memberikan beberapa keistimewaan kepada Orang Kurang Upaya bagi
mewujudkan masyarakat penyayang, namun timbul halangan-halangan bagi mencapai
hasrat ini.
Jelaskan penyataan ini.

Skema : 2 + 2
BAHAGIAN B

ISU : HUJAN ASID

BIL IDEA HURAIAN


A. KESAN HUJAN ASID
1. Tumbuh-tumbuhan • menyebabkan perubahan komposisi bahan organik
dalam tanah kerana kandungan nutrient yang
diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan akan terhakis
• mengancam mikro organisma dalam tanah
• Jejaskan proses pereputan dan penguraian bangkai
haiwan dan tumbuh-tumbuhan
• musnahkan tisu daun dan mereputkan akar tumbuh-
tumbuhan
• menyebabkan kerosakan hutan dan hasil tanaman
2. Kerosakan bangunan • hujan asid merosakkan bangunan lama. Cth: Tugu
Peringatan dan artifak-artifak bersejarah
• Hujan asid yang menyerap ke dalam batu bata dan
gangsa alami tindak balas kimia – batu jadi reput
dan gangsa terurai.
• Menjejaskan kekuatan dan kekukuhan konkrit dan
cat bangunan.

3. Mengancam hidupan akuatik • bila keasidan air meningkat, bahan-bahan logam


akan larut dalam air. Cth: alumunium, zink dan
raksa
• Pertambahan logam –logam beracun beracun ini
mengurangkan aktiviti mikrobiologi seperti
zooplankton dan fitoplankton. Akibatnya bekalan
makanan untuk ikan terjejas
• Hujan asid juga akan merosakkan telur-telur ikan
dan jejaskan perkembangan embrionya.
4. Mengancam Kesihatan • Bila hujan asid berlaku di kawasan sungai atau
manusia tasik, bahan logam dalam tanah akan
bertindakbalas dengan air berasid
• untuk menghasilkan pelbagai logam dan sebatian
asid bertoksik.
• minuman tercemar kerana mengandungi antimoni,
stanum dan plumbum yang tinggi
• penyakit yang boleh diakibatkan oleh pencemaran
air hujan asid ialah leukemia.
B. Punca-punca
5. Faktor semulajadi • Aktiviti gunung berapi, kebakaran hutan dan
pereputan bahan-bahan organik
• Membebaskan sulfur dioksida

6. Aktiviti Perindustrian • Melibatkan aktiviti pembakaran bahan bakar fosil


seperti arang batu, petroleum dan gas asli
• Gas-gas yang dibebaskan hasil aktiviti ini akan
bertindakbalas dengan oksigen dan larut dalam air
hujan
7. Penggunaan baja kimia • Bahan agrokimia seperti pestisid, insektisid,herbisid
secara berlebihan yang digunakan dalam sektor pertanian
mencemarkan komposisi tanih dan dilarutkan oleh
air.
• Pemeluwapan berlaku. Wap air yang berasid
terbentuk seterusnya menjadi hujan asid
8. Pembuangan sisa-sisa • Sisa-sisa toksik seperti asid nitrik akan
toksik merendahkan pH tanah
• Menyebabkan air hujan menjadi lebih berasid
C: Langkah
9. Mengurangkan pelepasan • Kawalan daripada kenderaan dilakukan dengan
gas-gas pencemar udara ke cara mengawal peleasan asap dari ekzos
atmosfera kenderaan
• Pemasangan alat pengubah bermangkin pada enjin
kenderaan membolehkan sifat pencemar yang
terhasil dari pembakaran bahan api diubah sebelum
dileaskan ke atmosfera
• Pemasangan cerobong asap di kilang-kilang dapat
mengurangkan kadar pelepasan gas beracun di
udara
10. Mengelakkan pembakaran • Mengelakkan pembakaran sisa dosmetik atau
terbuka ladang
• Pelepasan gas-gas beracun mencemarkan udara.
• Kaedah alternatif seperti pereputan dan menanam
sisa ini boleh dilakukan.
11. Menggunakan peralatan • Dapat mengurangkan kandungan pencemar udara
mesra alam dalam gas yang dibebaskan
• Penggunaan sistem denitrifikasi dan nyahsulfur
dapat mengurangkan pelepasan oksida nitrogen
dan oksigen sulfur

Soalan-soalan Contoh :

1. Hujan asid terjadi apabila sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang beredar di udara
bertindakbalas dengan wap air.
Bincangkan fakor dan kesan hujan asid kepada hidupan.

Skema: 2+2

2. Hujan asid boleh memudaratkan manusia dan alam sekitar. Justeru, pelbagai langkah
peru diambil bagi mmbendung masalah ini.
Bincangkan.

Skema: 2+2

BAHAGIAN E
1. Berdasarkan maklumat di bawah, huraikan pola perubahan pembacaan jenis akhbar
dalam kalangan pembaca di negara ini dari tahun 2001 hingga 2003. Mengapakah bilangan
pembaca New Straits Times semakin merosot ?

MALAYSIA : PEMBACAAN JENIS AKHBAR DALAM KALANGAN PEMBACA

2002
2001

The Star Utusan The Star


Malaysia 26% Utusan Malaysia
28%
33% 36%

NST
NST
9%
10% Berita Harian Berita Harian
29% 29%

Jumlah : 850,000 naskah Jumlah : 920,300 naskah

2003

The Star
28%
Utusan Malaysia
37%

NST
6% Berita Harian
29%

Jumlah : 1,100,310 naskah ( Sumber : kementerian Penerangan Malaysia, 2004 )

Pendahuluan / Intro

Carta pai yang diberi adalah mengenai trend aliran pembacaan jenis akhbar dalam kalangan
pembaca di Malaysia dari tahun 2001 hingga 2003. Antara jenis akhbar yang mendapat tempat di
kalangan pembaca ialah Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan The Star.

Bil. Idea Huraian


A. Pola perubahan
1. Jumlah keseluruhan – pola 2001 – 850 000 naskah
peningkatan 2003 – 1 100 310 naskah
Peratus peningkatan – 29.45% (250 310 naskah)
2. Pola meningkat berterusan
- Utusan Malaysia 2001 – 33.0%
2002 – 36.0%
2003 – 37.0%

3 Pola menurun berterusan


- New Straits Times (NST) 2001 – 10.0%
2002 – 9.0%
2003 – 6.0%

4. Pola tidak konsisten


- The Star 2001 – 28.0%
2002 – 26.0%
2003 – 28.0%

B Faktor penurunan berterusan - Tidak banyak menawarkan iklan berkaitan


akhbar New Straits Times. peluang pekerjaan berbanding akhbar
bahasa Inggeris lain.

- Faktor penguasaan bahasa Inggeris yang


agak lemah di kalangan pembaca Melayu
terutama yang berasal di kawasan luar
bandar.

- Kempen budaya membaca bermusim /


tidak berterusan / kurang mendapat
sambutan.

- Harga akhbar NST secara relatif lebih


mahal berbanding dengan akhbar bahasa
Inggeris yang lain.

Kesimpulan

Usaha tertentu perlu dijalankan untuk memastikan jenis akhbar yang terdapat di negara ini
mempunyai pembaca yang setia dan sentiasa bertambah pada setiap tahun.

Skema cadangan : 2+2

Idea - 4m
Huraian - 8 m (2x4)
Bahasa - 1m
Rumusan - 2m
------------------
15 m
------------------

2. Berdasarkan jadual di bawah, huraikan perkembangan pembacaan jenis akhbar dalam


kalangan pembaca di negara ini dari tahun 2001 hingga 2003. Mengapakah bilangan
pembaca New Straits Times (NST) semakin merosot ?
MALAYSIA : PEMBACAAN JENIS AKHBAR DALAM KALANGAN PEMBACA

Tahun (Orang)
Jenis Akhbar 2001 2002 2003
Nilai Peratus Nilai Mutlak Peratus Nilai Mutlak Peratus
Mutlak
Utusan Malaysia 280,500 33.0 331,308 36.0 407,114 37.0
Berita Harian 246,500 29.0 266,887 29.0 319,090 29.0
New Straits Times 85,000 10.0 82,827 9.0 66,019 6.0
(NST)
The Star 238,000 28.0 239,278 26.0 308,087 28.0
Jumlah 850,000 100 920,300 100 1,100,310 100

(Sumber: Kementerian Penerangan Malaysia, 2004)

Skema Jawapan
Pengenalan

Bil. Idea Huraian


A. Pola perubahan

1. Jumlah keseluruhan – pola 2001 – 850 000 orang


peningkatan 2003 – 1 100 310 orang
Peratus peningkatan – 29.45% (250 310 orang)

2. Pola meningkat berterusan


- Utusan Malaysia Contoh : Utusan Malaysia
- Berita Harian 2001 – 280,500 orang
- The Star 2003 – 407,114 orang
Meningkat sebanyak 126,614 orang
Peratus peningkatan sebanyak 45.14%

3 Pola menurun berterusan


- New Straits Times (NST) 2001 – 85000 orang
2003 – 66019 orang
Menurun sebanyak 18981 orang
Peratus penurunan sebanyak 22.33%

B. Pola Bandingan

4. 2001 Tertinggi – Utusan Malaysia - 33.0% (280 500


orang) daripada jumlah keseluruhan tahun
berkenaan 850 000 orang.

Terendah – New Straits Times – 10.0% (85 000


orang) daripada jumlah keseluruhan tahun
berkenaan.

(*Sederhana – pilih mana-mana selain tertinggi dan


terendah)
5. 2002 Tertinggi – Utusan Malaysia - 36.0% (331 308
orang) daripada jumlah keseluruhan tahun
berkenaan 920 300 orang.

Terendah – New Straits Times – 9.0% (82 827


orang) daripada jumlah keseluruhan tahun
berkenaan.

(*Sederhana – pilih mana-mana selain tertinggi dan


terendah)
7 2003 Tertinggi – Utusan Malaysia - 37.0% (407 115
orang) daripada jumlah keseluruhan tahun
berkenaan 1 100 310 orang.

Terendah – New Straits Times – 6.0% (66 019


orang) daripada jumlah keseluruhan tahun
berkenaan.

(*Sederhana – pilih mana-mana selain tertinggi dan


terendah)
C Faktor penurunan - Tidak banyak menawarkan iklan berkaitan
berterusan akhbar New peluang pekerjaan berbanding akhbar
Straits Times. bahasa Inggeris lain.

- Faktor penguasaan bahasa Inggeris yang


agak lemah di kalangan pembaca Melayu
terutama yang berasal di kawasan luar
bandar.

- Kempen budaya membaca bermusim /


tidak berterusan / kurang mendapat
sambutan.

- Harga akhbar NST secara relatif lebih


mahal berbanding dengan akhbar bahasa
Inggeris yang lain.

Kesimpulan

Usaha tertentu perlu dijalankan untuk memastikan jenis akhbar yang terdapat di negara ini
mempunyai pembaca yang setia dan sentiasa bertambah pada setiap tahun.

Skema cadangan : 2 + 1 + 1

Idea - 4m
Huraian - 8 m (2x4)
Bahasa - 1m
Rumusan - 2m
------------------
15 m
------------------

Anda mungkin juga menyukai