Anda di halaman 1dari 17

SULIT*

900/1 STPM 2005

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM
SET1 KERTAS 1
LEARNING TO SCORE

(ANEKA PILIHAN)
(Dua jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada
Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah
markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 17 halaman bercetak


Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2005

STPM 900/1 [Lihat sebelah


SULIT*

Halaman 1
SULIT*

Strategi
• Mendedahkan pegawai kepada pengurusan perniagaan
• Tingkatkan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan

1. Pernyataan di atas merujuk kepada


A Dasar Produktiviti
B Dasar Penswastaan
C Dasar Padang ke Timur
D Dasar Pe rsyarikatan Malaysia

2. Yang manakah benar tentang Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-2 (RRJP 2)
Dasar Pembangunan Nasional?
A Menentukan pembangunan tanah dan wilayah
B Membangunkan ekonomi berdasarkan pengetahuan
C Membina sebuah negara yang mampu berdaya saing
D Mewujudkan sebuah masyarakat perindustrian bumiputera

• Menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil


• Mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor gantian import
• Menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia oleh pengguna tempatan

3. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas


A Pelan Induk Perindustrian
B Dasar Perindustrian Berat
C Dasar Perdagangan Bebas
D Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia

4. Antara berikut yang manakah benar tentang Dasar Telekomunikasi Negara?


I Memastikan penggunaan barang-barang tempatan oleh sektor telekomunikasi
II Menggalakkan pertumbuhan sektor sokongan dalam perkhidmatan telekomunikasi
III Mencapai keseimbangan ekonomi antara kawasan bandar dengan kawasan luar
bandar
IV Membenarkan pencarum menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) untuk membeli komputer

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

5. Antara berikut yang manakah benar tentang Dasar Sosial Negara 2003 ?
I Membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat tanpa mengira kaum
II Mencapai keseimbangan pembangunan fizikal dan pembangunan rohaniah
III Mewujudkan masyarakat yang maju dan mantap dari segi sosial ekonomi dan
teknologi
IV Melahirkan pembangunan sumber manusia terlatih melalui bidang penyelidikan
dan pembangunan

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

Halaman 2
SULIT*

6. Yang berikut ialah dasar-dasar di Malaysia


I. Bersih, Cekap dan Amanah X. meningkatkan daya pengeluaran
II. Dasar Kepimpinan Melalui Y. Meninggikan prestasi pengurusan dan
Teladan pembangunan
III. Dasar Pandang Ke Timur Z. Mewujudkan etika kerja dan sikap
berkhidmat untuk meningkatkan hasil dan
mutu kerja
Padankan objektif X, Y dan Z dengan dasar I, II dan III

I II III
A X Y Z
B X Z Y
C Y X Z
D Z X Y

7. Antara yang berikut, yang manakah merupakan langkah yang telah diambil oleh
kerajaan untuk membanteras rasuah ?
I Kempen kesedaran tentang bahaya rasuah oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR)
II Meletakkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di bawah Jabatan Perdana Menteri
(JPM)
III Penguatkuasaan undang -undang, Akta Pencegahan Rasuah 1997 mengenakan
hukuman mandatori
IV Mengadakan kawalan dan pemantauan prosedur kerja dan operasi sesuatu
organisasi oleh pihak berkuasa

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8. Antara berikut yang manakah benar tentang Wawasan 2020 ?


I Membentuk masyarakat yang maju dan beretika
II Menekankan pembasmian kemiskinan di kalangan masyarakat
III Wawasan ini terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang I (RRJP I)
IV Wawasan ini mengandungi visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
mengikut acuan sendiri

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9. Antara berikut yang manakah faktor penentu pelaksanaan dasar luar Malaysia?
I Sistem demokrasi berparlimen
II Agama Islam sebagai agama rasmi
III Keanggotaan Malaysia dalam PBB
IV Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Halaman 3
SULIT*

10. Antara berikut yang manakah menunjukkan peranan Malaysia dalam peristiwa
antarabangsa pada tahun 1990-an iaitu
I Ujian nuklear oleh India dan Pakistan
II Pengunduran tentera Amerika dari Afghanistan
III Menerima pelarian perang Bosnia-Herzegovina ke Malaysia
IV Penyerahan wilayah Hong Kong daripada British kepada China

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11. Yang manakah antara perkara berikut terkandung dalam Deklarasi Hanoi 1998 di
Persidangan Kemuncak ASEAN ?
I Membangunkan ekonomi melalui pertanian
II Melaksanakan AFTA seperti yang dirancangkan
III Bekerjasama dalam mengawal dan menghalang penyakit Malaria
IV Menggalakkan penggunaan mata wang ASEAN dalam perdagangan intra-
ASEAN

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12. Organisasi manakah yang terlibat dalam melaksanakan kerjasama Selatan -Selatan?
I Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)
II Pertubuhan Bangsa -bangsa Bersatu (PBB)
III Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
IV Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13. Malaysia merupakan Pengerusi kepada pertubuhan berikut dalam tahun 2000-an.
I Pertubuhan Komanwel
II Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
III Pertubuhan Bangsa -bangsa Bersatu (PBB)
IV Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM )

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Halaman 4
SULIT*

14. Antara berikut yang manakah faedah yang diperoleh Malaysia dengan menyertai Dialog
Utara -Selatan ?
I Dapat meluaskan pasaran komoditi utama
II Dapat menikmati Sistem Keistimewaan Am (GSP)
III Menganggotai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
IV Meningkatnya hubungan dagangan dengan negara-negara maju

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

15. Antara berikut yang manakah matlamat dasar luar Malaysia?


I Hubungan yang erat dengan negara-negara jiran
II Hubungan yang dapat mewujudkan pakatan perdagangan
III Hubungan ekonomi dengan negara-negara lain tanpa mengira ideologi
IV Hubungan erat dengan negara-negara kuasa besar untuk mendapatkan bantuan
ketenteraaan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

16. Antara berikut yang manakah termasuk dalam agenda kerjasama ASEAN ?
I Pemupukan kerjasama ketenteraan serantau
II Peningkatan kerjasama dalam bidang pendidikan dan kesihatan serantau
III Penyelesaian masalah politik secara aman di kalangan negara -negara anggota
IV Pemupukan kerjasama ekonomi dengan blok-blok perdagangan dunia yang lain

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

17. Yang manakah antara kes berikut merupakan tanggungjawab Mahkamah Jenayah
Antrabangsa (ICC) ?
I Pencerobohan tentera Iraq ke atas Kuwait
II Membuat tuntutan persempadanan wilayah yang bertindih
III Pembunuhan beramai-ramai kaum Bosnia oleh puak Serbia
IV Pertikaian kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) oleh negara yang terlibat

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Halaman 5
SULIT*

18.

Menentukan semula syarat perdagangan untuk mengelakkan eksploitasi Utara
ke atas ekonomi Selatan
• Menggalakkan pemindahan teknologi dari Utara ke Selatan
Pernyataan di atas merujuk kepada
A Kumpulan G-15
B Dialog Utara-Selatan
C Kerjasama Selatan -Selatan
D Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)

19. Antara berikut yang manakah tujuan utama Malaysia menyokong Pergerakan Negara-
negara Berkecuali (NAM) ?
I Mengiktiraf persamaan semua ras dan negara
II Tidak campur tangan dalam hal-ehwal dalaman negara lain
III Meningkatkan kerjasama ekonomi dua hala antara negara maju dan negara
mundur
IV Membenarkan campur tangan negara-negara maju dan kuasa besar dalam
urusan negara lain

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

20. Antara berikut yang manakah merupakan pendirian Malaysia terhadap penahanan
pemimpin pro-demokrasi, Aung San Syu Kyi.
I Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Myanmar
II Malaysia memohon kerjasama kuasa besar menegakkan keadilan di Myanmar
III Malaysia berpegang kepada prinsip segala penyelesaian politik hendaklah dibuat
secara aman tanpa kekerasan
IV Malaysia menyerahkan kepada Pertubuhan Bangsa -bangsa Bersatu (PBB)
untuk menyelesaikan isu tersebut

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

21.
Jenis Kerajaan Ciri-ciri Khas
I Monarki P Kuasa sebenar pada kerajaan negeri
II Persekutuan Q Kuasa utama pada Presiden
III Republik R Perkongsian kuasa kerajaan pusat dan negeri
IV Konfederasi S Sistem warisan raja dan raja berkuasa mutlak

Padankan jenis kerajaan dan ciri-ciri khas sistem pemerintahan

I II III IV
A P Q R S
B Q P S R
C S R Q P
D R S P Q

Halaman 6
SULIT*

22. Antara berikut yang manakah benar tentang Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia ?
I Mengutamakan kuasa relatif antara badan perundangan, eksekutif dan
kehakiman
II Badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mempunyai kuasa dan peranan
yang sama
III Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi kepada badan perundangan,
kehakiman dan eksekutif
IV Badan perundangan, eksekutif dan kehakiman melaksanakan peranan masing-
masing tanpa sebarang pertindihan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

23. Antara berikut yang manakah merujuk kepada konsep Ketertinggian Perlembagaan?
I Perle mbagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi
II Parlimen mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pentadbiran
III Undang -undang yang bercanggah dengan Perlembagaan akan terbatal
setakat mana bercanggah
IV Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan menjalankan kuasa
mengikut budi bicara baginda

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

24. Antara berikut yang manakah memerlukan persetujuan 2/3 ahli Parlimen dan mendapat
keizinan Majlis Raja -Raja sebelum dilakukan pindaan ?
I Keistimewaan Parlimen
II Pengubahsuaian peralatan diraja
III Perlantikan Ahli Dewan Negara
IV Undang-undang berkaitan dengan perubahan sempadan negeri

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Halaman 7
SULIT*

Suruhanjaya

Tetap D

A B C
25. Badan D merupakan dari jenis yang berbeza dengan badan A, B dan C. Antara berikut
yang manakah memungkinkan badan D tersebut
I Suruhanjaya Gaji Harun
II Majlis Angkatan Tentera
III Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
IV Suruhanjaya Siasatan PERWAJA

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

26. Nasihat Majlis Raja-Raja diperlukan dalam hal perlantikan


I Perdana Menteri
II Ketua Audit Negara
III Menteri-menteri Kabinet
IV Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

27. Antara berikut yang manakah benar tentang Timbalan Yang di-Pertuan Agong?
A Dilantik oleh Majlis Raja-raja atas nasihat Yang di-Pertuan Agong
B Menjadi Yang di-Pertuan Agong secara automatik apabila Yang di-Pertuan Agong
mangkat
C Memegang sementara jawatan Yang di-Pertuan Agong jika jawatan Yang di-Pertuan
Agong dikosongkan selama 2 minggu.
D Menjalankan tanggungjawab dan menikmati segala keistimewaan sebagaimana
yang diperuntukkan oleh jawatan Yang di-Pertuan Agong

28. Antara berikut yang manakah benar tentang fungsi Ketua Audit Negara ?
I Mengaudit akaun-akaun bagi Kerajaan Persekutuan sahaja
II Mengelakkan ketidakcekapan dan penyelewengan dalam pengurusan kewangan
negara
III Melaksanakan sebarang kewajipan dan menjalankan kuasa berhubung dengan
akaun-akaun Persekutuan dan badan swasta
IV Menghantar laporan-laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dan atas arahan
baginda laporan -laporan te rsebut dibentangkan dalam Dewan Rakyat.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Halaman 8
SULIT*

29. Pejabat Daerah dan Tanah di peringkat Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk
I melantik Penghulu di setiap daerah
II mengurus soal pembangunan kampung
III menyelaraskan kegiatan semua cawangan agensi-agensi Kerajaan Negeri di
peringkat daerah
IV memastikan agensi-agensi kerajaan melaksanakan program-program
pembangunan di peringkat daerah

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

30. Antara berikut yang manakah merupakan komponen badan perundangan peringkat
negeri ?
I Dewan Undangan Negeri
II Sultan atau Yang Dipertua Negeri
III Penasihat Undang -undang Negeri
IV Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

31. Antara berikut yang manakah kuasa yang diberi kepada Parlimen melalui Akta Kerajaan
Tempatan 1976 ?
I memberi khidmat nasihat teknikal
II mengawal sempadan dan status perbandaran
III menggubal dasar atau undang-undang Kerajaan Tempatan bagi tujuan
keseragaman
IV menyalurkan peruntukan kepada Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK)

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

32. Antara p ernyataan berikut yang manakah benar tentang Majlis Perbandaran?
I Ketua Eksekutif Majlis Perbandaran ialah Setiausaha
II Anggota Majlis Perbandaran dilantik oleh Kerajaan Tempatan
III Majlis Perbanda ran mempunyai penduduk melebihi 100,000 orang
IV Majlis Perbandaran melantik kakitangannya sendiri dengan kelulusan Kerajaan
Negeri

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Halaman 9
SULIT*

33. Antara berikut yang manakah menyebabkan seseorang Ahli Parlimen hilang
kelayakannya?
I beliau telah dituduh melakukan kesalahan jenayah dan dihadapkan ke
mahkamah
II beliau tidak mengangkat sumpah walaupun telah sebulan beliau dipilih sebagai
ahli dewan
III beliau tidak menghadiri persidangan selama 6 bulan berturut-turut tanpa
kebenaran daripada Yang Dipertua Dewan
IV beliau tidak mengemukakan akaun perbelanjaan yang digunakan semasa pilihan
raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam tempoh yang ditetapkan.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

34. Antara berikut yang manakah benar tentang jawatan Setiausaha Politik kepada seorang
menteri kabinet ?
I Dilantik oleh Perdana Menteri
II Tidak semestinya ahli Majlis Parlimen
III Dilantik oleh menteri berkenaan dengan persetujuan Perdana Menteri
IV Perlantikannya dibatalkan oleh menteri berkenaan pada bila-bila masa

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

35. Antara berikut yang manakah benar tentang Badan Kehakiman Malaysia ?

I Parlimen berkuasa memecat Hakim Mahkamah Persekutuan


II Seseorang hakim boleh memegang jawatan sehingga berumur 56 tahun
III Seseorang hakim tidak boleh didakwa atas sebab kata-kata dan perbuatannya
semasa menjalankan tugas
IV Kelakuan seseorang hakim boleh dibincangkan oleh Badan Perundangan dengan
usul yang disokong oleh satu perempat ahli parlimen

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

36. Hukuman yang b oleh dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera ialah


I Sesi kaunseling
II Diberi amaran keras
III Hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun
IV Hukuman mati yang disahkan oleh Yang di-Pertuan Agong

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Halaman 10
SULIT*

• Isteri dan anak warganegara telah bermastautin di Persekutuan selama 2 tahun


• Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dilahirkan di Persekutuan sebelum
Hari Merdeka

37. Kriteria di atas merupakan syarat asas untuk memohon kewarganegaraan secara
A Pendaftaran
B Naturalisasi
C Percantuman wilayah
D Kuatkuasa undang -undang

38. Antara berikut yang manakah perbezaan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dengan
mahkamah lain ?
A Mendengar bidang kuasa sivil dan jenayah mahkamah di bawahnya
B Menyelesaikan kekeliruan yang berkaitan dengan soal perlembagaan
C Menyelesaikan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
D Mempunyai kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh mahkamah di bawahnya

39. Antara berikut yang manakah benar tentang bidang tugas Suruhanjaya Perkhidmatan
Kehakiman dan Undang-undang ?
I Melantik Peguam Negara
II Melantik Hakim Mahkamah Rayuan
III Mengenakan tindakan disiplin terhadap Hakim Mahkamah Sesyen
IV Menetapkan status pencen bagi kakitangan Jabatan Peguam Negara

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

40.
X. Jawatan kuasa Dewan I. Menjaga kepentingan dewan dan disiplin
Y. Jawatan kuasa Hak Ahli II. Meneliti perbelanjaan kementerian dan
Jabatan
Z. Jawatan kuasa Akaun Awam III. menjaga keselesaan ahli
Padankan Jawatan kuasa X, Y dan Z dengan fungsi I, II dan III

X Y Z
A I II III
B I III II
C II III I
D III I II

Encik X telah dituduh membunuh seorang pragawati di rumah mangsa pada malam
21 Januari 2005. Dia berjaya membuktikan bahawa dia tidak berada di situ pada
masa kejadian tersebut.

41. Antara berikut yang manakah merujuk kepada situasi di atas ?


A Writ
B Alibi
C Sapina
D Injuksi

Halaman 11
SULIT*

42. Antara berikut yang manakah benar tentang bidang kuasa Mahkamah Sesyen?
A Mendengar kes rayuan daripada mahkamah di bawahnya
B Membicarakan semua kesalahan jenayah kecuali kes pembunuhan
C Menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah yang terlibat dalam pembunuhan
D Mendengar rayuan kes sivil yang nilai perkara pokoknya melebihi RM250,000.00

• Peringkat ini sangat penting


• Menteri perlu menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan

43. Proses penggubalan rang undang-undang di atas merujuk kepada peringkat


A Bacaan Pertama
B Bacaan Kedua
C Bacaan Ketiga
D Peringkat Jawatankuasa

44. Antara berikut yang manakah yang akan memperkenankan sesuatu rang undang-
undang yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Neg eri ?
A Sultan
B Menteri Besar
C Speaker Dewan Undangan Negeri
D Penasihat Undang -undang Negeri

45. Antara berikut yang manakah merupakan sumber undang -undang tidak bertulis ?
I Akta
II Enakmen
III Common Law
IV Keputusan -keputusan Mahkamah

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

46. Harga kereta berjenama X kurang RM3000 daripada kereta jenama Y. Kereta berjenama
Z ialah RM68 500, iaitu RM4600 lebih daripada Kereta jenama X. Berapakah harga
kereta Y ?
A RM 60 900.00
B RM 66 900.00
C RM 70 100.00
D RM 73 100.00

47. Azmi telah bekerja sebagai seorang mekanik di sebuah kilang pembuatan mesin pada 1
Januari 2003. Azmi telah dibayar gaji sebanyak RM1100 sebulan. Setelah menjalani
tempoh percubaan selama 3 bulan, Azmi telah disahkan jawatannya dengan kenaikan
gaji sebanyak RM120 sebulan. Berapakah purata gaji bulanan Azmi untuk tahun 2003 ?
A RM 1190
B RM 1220
C RM 1615
D RM 2320

Halaman 12
SULIT*

Soalan 4 8 dan 49 berdasarkan Jadual 1 di bawah

Jadual 1 : Harga Barang-barang Keperluan Harian di Pasar Raya Utama


di Ipoh pada Jan 2005
Pasar Raya K L M N
Barang RM RM RM RM
Milo (1kg) 10.68 10.50 11.00 10.99
Beras wangi (10 kg) 18.99 18.59 19.00 19.00
Minyak masak (5 kg) 12.00 12.50 11.50 11.99
Sos cili 1.70 1.79 1.60 1.65

48. Yang manakah benar tentang jadual di atas ?


I Harga milo mencatatkan perbezaan 5% harga jualan antara pasar raya L dan M.
II Sos cili mencatatkan perbezaan peratusan harga yang paling tinggi di keempat-
empat buah pasaran.
III Harga beras wangi mencatatkan perbezaan harga yang paling rendah di
keempat-empat buah pasar raya.
IV Minyak masak di pasar raya K dan N mencatatkan perbezaan peratusan yang
terendah antara barangan yang dijual

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

49. Dengan mengabaikan faktor jarak, pasar raya yang manakah yang paling jimat untuk
berbelanja ?
A K
B L
C M
D N

50. Sebuah kilang kasut menghasilkan kasut kanvas dan kasut getah. 30% daripada kasut
kanvasnya adalah untuk wanita. Peratusan kasut getah lelaki adalah 3 kali peratusan
kasut kanvas wanita. Jumlah kasut getah adalah 2 kali jumlah kasut kanvas.
Berapakah peratusan kasut getah lelaki daripada jumlah kasut yang dihasilkan?
A 40%
B 50%
C 60%
D 80%

Halaman 13
SULIT*

Soalan 51 dan 52 berdasarkan Jadual 2 di bawah

Jadual 2 : Kadar Panggilan ke Negara -negara Asing bagi Tempoh


1 Jan hingga 28 Feb 2005
Tempoh 12:01pagi – 8:59 pagi 9:00 pagi – 12 : 00 malam
Panggilan (RM per minit ) (RM per minit)
Negara
Singapura 0.12 0.14
Hong Kong 0.15 0.18
Taiwan 0.45 0.50
Australia 0.79 0.90
New Zealand 1.30 1.30
*Kiraan dibundar kepada minit berikutnya.

51. Encik Lee telah membuat 2 panggilan kepada saudaranya di Australia pada pukul 8:00
pagi dan Hong Kong pada waktu petang masing-masing selama 2 minit dan 3 minit 45
saat. Berapakah bayaran yang dicajkan kepada bil telefonnya ?
A RM 2.18
B RM 2.30
C RM 2.40
D RM 2.52

52. Yang manakah benar tentang jadual di atas ?


A Kadar panggilan ke Hong Kong dicajkan 20% lebih tinggi jika panggilan dibuat pada
waktu malam.
B Panggilan ke Hong Kong selama 3 minit adalah sama kadar panggilan 1 minit ke
Taiwan pada tengah hari.
C Kadar panggilan ke Australia adalah dicajkan 80 % lebih tinggi berbanding dengan
kadar panggilan ke Taiwan.
D Panggilan selama 5 minit ke Singapura pada waktu petang adalah lebih mahal
berbanding dengan 1 panggilan selama 2 minit ke Taiwan pada masa yang sama.

Soalan 5 3 berdasarkan Carta 1 di bawah ini.

Carta 1 : Pecahan Kes Kemalangan Jalan Raya Bagi Tahun 2001 dan 2002

2001 2002

Kemalangan Parah Kemalangan Parah


Kemalangan Maut 2.4%
Kemalangan Maut 2.6%
1.9%
2.0% Kemalangan
Kemalangan
Ringan
Ringan
11.6%
10.8%

Kemalangan Rosak Kemalangan Rosak


83.8% 84.9%

Jumlah : 265,175 kes Jumlah : 279,711 kes

Halaman 14
SULIT*

53. Antara berikut yang manakah benar tentang kes kemalangan jalan raya ?
I Kemalangan parah telah berkurangan sebanyak 181 kes
II Jumlah kes kemalangan ringan telah berkurangan dalam temp oh 2 tahun
tersebut.
III Pada tahun 2002, kes kemalangan maut telah berkurangan berbanding
dengan tahun 2001
IV Jumlah kemalangan jalan raya telah meningkat sebanyak 5.0% dalam tempoh
2 tahun tersebut

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Soalan 54 dan 55 berdasarkan Rajah 1 di bawah ini.

Rajah 1 : Fungsi Sistem Maklumat Dalam Sesebuah Organisasi

Pelabur/ pemegang syer X

Input Pemprosesan Output

Organisasi

Pelanggan Pesaing

Persekitaran

54. Berdasarkan Rajah 1 di atas, apakah yang diwakili oleh anak panah yang bertanda Y ?
A Produktiviti
B Maklum balas
C Kawalan kualiti
D Aktiviti-aktiviti jual-beli

55. Anta ra berikut yang manakah paling sesuai untuk X ?


I Pembekal
II Pengurus atasan
III Perancang strategi
IV Polisi dan undang -undang sesebuah negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Halaman 15
SULIT*

Soalan 56 dan 57 berdasarkan maklumat di bawah

Seorang pekerja mahir memerlukan masa 3 jam untuk melukis corak semeter kain
batik Seorang pekerja separuh mahir pula memerlukan masa 5 jam untuk melukis
corak semeter kain batik. Kedua-dua pekerja tersebut bekerja 8 jam sehari.

56. Jika mereka bekerjasama untuk melukis corak batik, berapa lamakah masa yang
diperlukan untuk menyiapkan 40 meter kain
A 60 jam
B 75 jam
C 120 jam
D 160 jam

57. Jika upah untuk untuk menyiapkan 40 meter kain adalah RM 600, berapakah upah yang
diterima oleh pekerja mahir mengikut bahagian yang disiapkannya?
A RM 200
B RM 225
C RM 320
D RM 375

58. Seorang jurulatih permainan chess ingin membuat pemilihan pemain untuk menyertai
pertandingan di peringkat antara bangsa. Beliau telah mengadakan pertandingan
pemilihan untuk 26 orang pelatihnya, setiap orang daripada mereka perlu bermain 1 se t
permainan dengan setiap pelatih yang lain.
Berapakah jumlah permainan perlu dijalankan untuk pemilihan tersebut ?
A 25
B 52
C 650
D 676

Soalan 59 dan 60 berdasarkan Jadual 3 bawah

Jadual 3 : Kuantiti Eksport Komodititi Perikanan ke pelbagai Negara, 1999 - 2000


Negara 1999 2000
Kuantiti Peratus Kuantiti Peratus
(Tan Metrik) (%) (Tan Metrik) (%)
Thailand 25,556 18.3 28,439 19.7
Singapura 27,608 20.3 27,191 18.8
China 12,383 9.1 12,251 8.5
Jepun 14,885 10.9 9,871 6.8
Hong Kong 7,399 5.4 9,093 6.3
Indonesia 6,002 4.4 7,383 5.1
Itali 6,581 4.8 7,022 4.9
Australia 4,820 3.6 5,591 3.9
Lain-lain 30,810 22.7 37,749 26.0
Jumlah 136,044 100.0 144,590 100.0

Halaman 16
SULIT*

59. Yang manakah benar tentang jadual di atas ?


I Kuantiti eksport komoditi perikanan ke pelbagai negara menunjukkan pertambahan
II Pengekspotan kuantiti komoditi perikanan ke negara Jepun mengalami perubahan
peratusan yang paling tinggi
III Pengeksportan kuantiti komoditi perikanan ke negara China mengalami perubahan
yang kurang daripada 1 %
IV Pengeksportan kuantiti komoditi perikanan ke negara Australia menunjukkan
perubahan peratusan sebanyak 0.3 %.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

60. Yang manakah berikut benar tentang pengeksportan komoditi perikanan ke negara-
negara ASEAN ?
I Jumlah pengeksportan komoditi perikanan ke negara -negara ASEAN telah
meningkat sebanyak 2.68%
II Indonesia telah menunjukkan peningkatan peratusan yang paling tinggi dalam
kuantiti eksport perikanan.
III Pengeksportan kuantiti komoditi perikanan ke Thailand mengalami perubahan
peratusan yang kurang daripada 1 %
IV Sumbangan keseluruhan pengeksportan kuantiti komoditi perikanan ke negara
Singapura menunjukkan kemerosotan peratusan sebanyak 1.5%

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

Halaman 17

Anda mungkin juga menyukai