Anda di halaman 1dari 8

MODUL BESTARI ‘A’

PENGAJIAN AM KERTAS 2
2008

VOL. 2 - SET 4
Edisi Guru

Unit Kurikulum
Jabatan Pelajaran Perak
BAHAGIAN A

ISU - KEGANASAN RUMAH TANGGA

BIL IDEA HURAIAN


A. FAKTOR BERLAKU KEGANASAN RUMAH TANGGA
1. Personaliti / sikap - Personaliti yang ganas, emosional, panas baran, hobi
mendera menyebabkan berlakunya keganasan rumah
tangga.
- Terdapat juga sikap cemburu yang keterlaluan.

2. Kitaran keganasan (sejarah - Terdapat pendera yang pernah mengalami kisah silam
keganasan semasa kecil) yang menyedihkan pada zaman kanak-kanaknya. –
diasuh secara kasar oleh ahli keluarganya sendiri.
- Ingin membalas dendam terhadap perbuatan yang
dilakukan terhadapnya.
- Ahli keluarga akan menjadi mangsa dendam.

3. Kemiskinan / Tekanan hidup. - Ahli keluarga yang mempunyai masalah tekanan hidup
dan kesempitan wang akan bertindak ganas.
- Mendorong wanita dijadikan alat untuk mendapatkan
wang. Cth: Terdapat suami / bapa yang memaksa
isteri / anak perempuan menjual maruah untuk
menampung kehidupan.

4. Penagihan arak dan dadah. - Pendera hilang pertimbangan dan bertindak ganas
terhadap keluarga.
- Lupa akan tanggungjawab dan peranan sebagai suami
dan bapa yang seharusnya melindungi keluarga.

5. Kurang didikan agama dan - Tidak dapat membezakan yang baik dengan buruk
moral. - Sudah tidak waras untuk berfikir.
- Beranggapan tindakan mendera bukan satu kesalahan

B. KESAN KEGANASAN RUMAH TANGGA


6. Tekanan emosi / trauma. - Mangsa keganasan rumah tangga akan menghadapi
tekanan emosi.
- Sentiasa dalam ketakutan dan hilang keyakinan diri /
bertindak ganas.
- Boleh bertindak melakukan jenayah yang lain.

7. Keruntuhan institusi keluarga - Tiada lagi kemesraan dalam kalangan keluarga


- Timbul perasaan benci dan dendam.
- Selalunya berakhir dengan perpisahan / perceraian

8. Peningkatan kos. - Kerajaan terpaksa menanggung kos untuk mewujudkan


rumah perlindungan.
- Kerajaan terpaksa menyediakan kursus khas / kaunselor
bagi mengatasi masalah ini.

C. LANGKAH MENGATASI KEGANASAN RUMAH TANGGA


9. Tindakan undang-undang - Kelulusan Akta Keganasan Rumahtangga 1994 akan
dapat melindungi mangsa keganasan rumah tangga.
- Melalui akta ini, pesalah boleh didenda tidak melebihi
RM4000 dan penjara tidak lebih setahun.

10 Kaunseling/kursus - Khidmat kaunseling perlu dilakukan sebelum atau


perkahwinan selepas memasuki alam perkahwinan agar mereka
memahami tentang kewajipan dan dasar-dasar
perkahwinan.
- Mewajibkan kursus perkahwinan kepada semua
pasangan yang ingin berkahwin.

11 Peranan media massa - Media massa berperanan secara proaktif sebagai


sumber sebaran maklumat dalam usaha menyedarkan
semula masyarakat tentang keganasan rumah tangga.
- Menyiarkan berita-berita berkaitan keganasan rumah
tangga agar menjadi panduan kepada seluruh
masyarakat apabila membacanya.

12 Memantapkan pendidikan - Pendidikan yang berteraskan pengetahuan agama dan


agama dan moral. moral perlu dilaksanakan pada semua peringkat
sekolah.
- Penekanan kepada penghayatan agama dan moral.
- Akan membentuk sebuah masyarakat penyayang dan
bertanggungjawab.

13 Peranan masyarakat - Masyarakat perlu mempunyai rasa tanggungjawab


sosial untuk bersama-sama membantu mengatasi
masalah ini.- menjadi mata dan telinga.
- Melaporkan kepada pihak yang berkuasa jika terdapat
keganasan keluarga yang berlaku di tempat masing-
masing.

Contoh-contoh Soalan.

1. Keganasan rumah tangga berpunca daripada sikap individu dalam keluarga itu sendiri.
Justeru, langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi menyelamatkan institusi keluarga ini.
Bincangkan.

Skema : 2 + 2

2. Keganasan rumah tangga memberi kesan yang mendalam terhadap keutuhan sesebuah
institusi keluarga. Oleh itu, usaha-usaha yang berkesan harus diambil dengan segera supaya
keruntuhan institusi keluarga ini dapat diatasi.
Ulaskan pernyataan di atas.

Skema : 2 + 2
BAHAGIAN B

ISU: SISA PERTANIAN – PEMBUANGAN TIDAK TERANCANG

BIL IDEA HURAIAN


A. KESAN SISA PERTANIAN
1 Pencemaran udara . - Sisa pertanian menghasilkan gas beracun seperti
ammonia atau sulfur dioksida semasa proses pereputan.
- Menyebabkan keracunan sekiranya terhidu atau termakan.

2 Mencemarkan sungai dan - Sisa dibuang ke dalam sungai dan laut – mengeluarkan
laut. bahan beracun
- Menjejaskan hidupan akuatik dan habitatnya.
- Sumber makanan atau protein terjejas.

3. Menjejaskan kesihatan - Udara tercemar menyebabkan penyakit bronkitis / kulit.


manusia. - Pencemaran air menyebabkan cirit birit, muntah, taun.

B. MANFAAT PENGURUSAN SISA PERTANIAN SECARA SISTEMATIK


4 Penghasilan kompos atau - Jerami, hampas tebu dan sekam padi boleh menghasilan
baja . baja organik.
- Baja organik dapat mengekalkan kelembapan dan
mengurangkan larut resap zat makanan.
- Proses metabolisme bakteria dalam media ini menyuburkan
tanaman.

5. Menjadi sumber makanan - Hampas kacang soya, daun kelapa sawit dan hampas
haiwan ternakan. isirung menjadi makanan binatang ternakan.
- Dicampur dengan fosfat, bahan ini menjadi makanan
seimbang.
- Daun ubi kayu dan sayur yang dibuang . boleh diproses
menjadi dedak (sumber makanan ikan air tawar.)

6. Sumber tenaga alternatif – - Air kumbahan daripada najis ternakan boleh menghasilkan
tenaga biojisim tenaga biojisim
- Najis haiwan dan sisa kelapa sawit (hampas atau isirung),
diproses, menghasilkan gas metana
- Gas ini menghasilkan pembakaran yang lengkap dan lebih
mesra alam.

7. Menghasilkan barangan - Proses pengesktrakkan batang-batang kelapa sawit yang


kesihatan/ kosmetik masih segar dan lembap,boleh menghasilkan glukosa
(sesuai sebagai bahan perasa dalam minuman)
- Bahan buangan bunga-bungaan (bunga raya, bunga
mawar), boleh diproses untuk dijadikan jus minuman dan
bahan kondisioner rambut, yang berkhasiat.

C. KAEDAH PENGURUSAN SISA PERTANIAN


8. Pengkomposan - Sisa pertanian seperti hampas tebu, sekam padi ,tandan dan
batang kelapa sawit, dihasilkan melalui cara himpunan / cara
lubang
- Bahan-bahan sisa ini akan mengalami penguraian melalui
proses metabolisme bakteria
- Proses ini menukarkan bahan buangan pertanian menjadi
kompos, yang membekalkan nitrogen dan zat makanan lain
yang diserap oeh tumbuhan

9. Guna semula - Hampas kacang soya hampas isirong ,dan daun kelapa
sawit,boleh diguna semula sebagai makanan haiwan
ruminan (seperti lembu dan kambing)
- Apabila sisa –sisa ini dicampur dengan ferus
fosfat,menjadikan kandungan makanan haiwan ini lebih
seimbang dari segi kandungan zatnya.

10. Kaedah biologi - Najis haiwan seperti najis lembu,kambing dan ayam boleh
menghasilkan biogas.
- Air kumbahan haiwan yang mengandungi bakteria seperti
Ecoli dan pelbagai parasit yang lain,akan mengalami
pereputan melalui proses pembiakan mikrobiologi
- Proses pereputan ini akan menghasilkan gas metana,(bahan
api yang lebih sempurna pembakarannya)

11 Teknologi pengawetan - Melalui teknologi ini, sisa pertanian seperti batang-batang


kelapa sawit dan getah, menjadi kayu yang berkualiti untuk
membuat perabot
- Penggunaan bahan kimia, menjadikan kayu-kayu lebih
kukuh dan tidak mudah diserang anai-anai
- Keratan kayu atau reja-reja kayu boleh diproses menjadi
papan lapis dan papan serpai

Soalan-soalan Contoh :
1. Pembuangan bahan-bahan sisa pertanian yang tidak terancang menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar. Namun, pengurusan bahan buangan pertanian yang sistematik
akan mendatangkan manfaat kepada manusia.
Bincangkan.

Skema: 2+2

1. Penebusgunaan bahan–bahan sisa pertanian secara sistematik, dapat memberi manfaat


kepada manusia.
Bincangkan kaedah pengurusan sisa–sisa pertanian yang memberi manfaat
kepada manusia.

Skema: 4+0
.
BAHAGIAN E

Soalan ini mempunyai dua bentuk soalan, soalan 3(a) dan 3 (b)

3 (a) Berdasarkan jadual, huraikan perubahan kes kebakaran mengikut punca-punca terpilih dalam
tempoh yang dinyatakan. Jelaskan mengapa berlaku peningkatan dalam beberapa kes
kebakaran.

Skema:

a. Pola perubahan
b. Alasan

MALAYSIA: BILANGAN KEBAKARAN MENGIKUT PUNCA-PUNCA TERPILIH DARI TAHUN 1999


HINGGA 2002

Tahun 1999 2001 2002


Punca (kes) (kes) (kes)
Kilang 246 195 161
Rumah Kediaman 1242 1207 1445
Kawasan Setinggan 102 145 167
Bangunan lain (a) 386 428 454
Kenderaan 1055 1002 956
Kebun/Hutan/Belukar/Lalang 4927 6560 13047
Lain-lain (b) 3715 3750 3651
Jumlah 11,673 13,287 19,881
Nota: (a) – termasuk gudang/sekolah/asrama/institusi/tempat hiburan/hospital dan klinik
(b) - termasuk kapal terbang dan kapal laut

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, 2003)

3 (b) Berdasarkan jadual di atas, tafsirkan perubahan kes kebakaran mengikut punca-punca terpilih
dalam tempoh yang dinyatakan. Jelaskan mengapa berlaku peningkatan dalam beberapa kes
kebakaran.

Skema:

a. Pola perubahan
b. Alasan

SKEMA: (Boleh digunakan untuk soalan 3 (a) dan 3 (b).

Pengenalan

Jadual menunjukkan jumlah kebakaran mengikut jenis dari tahun 1999 hingga tahun 2002 yang dipetik
daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Idea Huraian
A. POLA PERUBAHAN

1. Pola Keseluruhan didapati meningkat - 1999 – 11,673 kes


- 2002 – 19,881 kes (Meningkat sebanyak
6594 kes dari tahun 2001)
- Peratus peningkatan 1999 – 2002 ialah
sebanyak 70.32% atau 8208 kes
2. Pola Meningkat Berterusan

i. Kawasan Setinggan i. Kawasan Setinggan


ii. Bangunan lain dan isinya - 1999 – 102 kes
iii. Kebun/Hutan/Belukar/Lalang - 2002 – 167 kes (Meningkat sebanyak 22
kes dari tahun 2001)
- Peratus peningkatan 1999 – 2002 ialah
sebanyak 63.73% atau 65 kes

ii. Bangunan lain dan isinya


- 1999 – 386 kes
- 2002 – 454 kes (Meningkat sebanyak 26
kes dari tahun 2001)
- Peratus peningkatan1999 – 2002 ialah
sebanyak 17.62% atau 68 kes

iii. Kebun/Hutan/Belukar/Lalang
- 1999 – 4927 kes
- 2002 – 13,047 kes (Meningkat sebanyak
6487 kes dari tahun 2001)
- Peratus peningkatan 1999 – 2002 ialah
sebanyak 164.81% atau 8120 kes
-
3. Pola Menurun Berterusan
i. Kilang i. Kilang
ii. Kenderaan - 1999 – 246 kes
- 2002 – 161 kes (Menurun sebanyak 34 kes
dari tahun 2001)
- Peratus penurunan 1999 – 2002 ialah
sebanyak 34.55% atau 85 kes

ii. Kenderaan
- 1999 – 1055 kes
- 2002 – 956 kes (Menurun sebanyak 46 kes
dari tahun 2001)
- Peratus penurunan1999 – 2002 ialah
sebanyak 9.38% atau 99 kes

4. Pola tidak konsisten

i. Rumah Kediaman i. Rumah Kediaman


ii. Lain-lain - 1999 – 1242 kes
- 2001 – 1207 kes (Menurun sebanyak 35
kes dari tahun 1999)
- 2002 – 1445 kes (Meningkat sebanyak 238
kes dari tahun 2001)
- Peratus penurunan dari 1999 hingga 2001
ialah sebanyak 2.82%
- Peratus peningkatan dari tahun 2001
hingga 2002 ialah sebanyak 19.72%
ii. Lain-lain
- 1999 – 3715 kes
- 2001 – 3750 kes (Meningkat sebanyak 35
kes dari tahun 1999)
- 2002 – 3651 kes (Menurun sebanyak 99
kes dari tahun 2001)
- Peratus peningkatan dari 1999 hingga
2001 ialah sebanyak 0.94%
- Peratus penurunan dari tahun 2001 hingga
2002 ialah sebanyak 2.64%

B. Punca Peningkatan Beberapa Kes 5. Kecuaian manusia :


Kebakaran: - membuang puntung rokok merata-rata
- pembakaran terbuka
- tiada alat pemadam api
6. Sistem pendawaian yang usang/tiada
penyelenggaraan – bangunan lama
7. Faktor cuaca - kemarau
8. Aktiviti pertanian tradisional – pembakaran
jerami, penerokaan tanah secara haram
9. Penggunaan bahan kimia yang mudah
terbakar
10. Litar pintas
11. Tidak mematuhi peraturan – guna
lilin/memasak di asrama/ubat nyamuk

Penutup:

Semua pihak harus bersikap prihatin bagi mengelak kejadian kebakaran yang boleh menyebabkan
kehilangan nyawa dan harta benda.
Skema: 3 + 1

Isi - 4
Huraian - 8 (4x2)
Bahasa - 1
Rumusan - 2

Nota:
Calon mesti mengemukakan nilai mutlak dan peratus sebagai bukti data mengikut tahun

Anda mungkin juga menyukai