Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL 3 Seorang pelajar ingin mengkaji tentang Faktor-faktor yang menyebabkan murid kelas Awana Tahun 5 mengantuk semasa

pengajaran dan pembelajaran. Apakah jenis reka bentuk kajian yang boleh digunakan? Reka bentuk : Penyelidikan Kualitatif

Bincangkan prosedur menjalankan penyelidikan ini dengan menggunakan carta alir. Prosedur menjalankan penyelidikan:

Soalan Kajian : Pernyataan Masalah : Faktor-faktor yang menyebabkan murid kelas Awana Tahun 5 mengantuk semasa P&P. Objektif Kajian : i. Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan muris kelas Awana Tahun 5 mengantuk semasa P&P. ii. Mengenal pasti kesan masalah mengantuk terhadap P&P.
Adakah faktor murid sendiri yang menyebabkan murid mengantuk semasa P&P? Adakah faktor guru yang menyebabkan murid mengantuk semasa P&P? Adakah faktor keluarga (ibu bapa) yang menyebabkan murid mengantuk semasa P&P? Bagaimanakah masalah mengantuk mempengaruhi proses P&P?

Tinjauan Literatur :
Puan Noraini Ahmad (2007), mengatakan masalah yang dihadapi pelajar iaitu mengantuk serta menguap sebaik-baik sahaja memulakan pembelajaran atau mengulang kaji pelajaran. Di samping itu, pelajar berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur 7 tahun lagi. Menurut MohdHasani Dali (2009), punca masalah mengantuk adalah disebabkan keadaan fizikal yang lesu, kedudukan seseorang pelajar di dalam kelas, dan pelajar yang mempunyai masalah disiplin kerana mereka kurang berminat dengan subjek tertentu. Selain itu, Tengku Asmadi (2010), turut mengatakan bahawa mengantuk adalah disebabkan pelajar tidak mempunyai tidur yang cukup namun sesetengah pelajar pula mengambil masa tidur yang berlebih-lebihan. Pelajar yang makan terlalu banyak dan keadaan badan mereka yang terlalu letih menyebabkan mereka mengantuk. Sesetengah pelajar yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum menyebabkan badan mereka letih dan mereka akan mengantuk. Tambahan pula, tiada minat untuk belajar dan membaca hanya satu hala turut menjadi faktor-faktor masalah mengantuk.

TUTORIAL 3

Persampelan :
Sepuluh orang sasaran di Kelas Awana Tahun 5 telah dipilih sebagai peserta kajian, iaitu enam orang pelajar lelaki dan empat pelajar perempuan.

Menganalisis Data :
Analisis Temu Bual i. Apakah yang menyebabkan kamu berasa mengantuk setiap kali guru sedang mengajar? a. Faktor Guru? (guru suka membebel, selalu marah, P&P tidak menarik) b. Suasana Kelas? (kelas bising) c. Faktor Murid? (tidak faham, tidak berminat, tidak sihat) d. Faktor Keluarga? (lewat hantar ke sekolah, i/bapa bergaduh) Analisis Pemerhatian i. Tidak menumpukan perhatian dalam P&P ii. Tidak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti iii. Berbual-bual dengan rakan iv. Menunjukkan wajah yang letih v. Menguap vi. Tidur vii. Tahap pencapaian yang rendah dalam ujian Analisis Soal Selidik Soalan Soal Selidik Pembelajaran berdasarkan buku teks dan buku latihan adalah membosankan. Pengajaran secara lisan oleh guru tidak dapat menimbulkan minat saya untuk belajar. Penggunaan Powerpoint slides oleh guru dalam kelas adalah sangat menarik. Saya suka menonton video klip yang ditayangkan oleh guru untuk memahami tentang isi pelajaran. Bahasa Melayu merupakan satu subjek yang membosankan. Suasana bilik darjah yang tidak selesa menyebabkan rasa mengantuk semasa P&P. Saya tidak berminat untuk belajar. Oleh itu, pencapaian dalam ujian adalah tidak penting. Setuju X Setuju

Mengumpul Data : Temu bual Soal selidik Pemerhatian (mengambil gambar, video, senarai semak, rekod anekdot)

Laporan :
Melalui hasil analisis yang dibuat, faktor-faktor yang menyebabkan murid kelas Awana Tahun 5 mengantuk adalah disebabkan faktor guru, faktor keluarga dan faktor murid sendiri. Sekiranya murid sering mengantuk di dalam kelas, tahap pencapaian mereka dalam peperiksaan semakin merosot. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, guru dan murid sendiri perlu memperbaiki kelemahan diri masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai